[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, February 28, 2011

! Kisah Dulu-dulu !

Pernah kene rotan tak?





Assalamualaikum..

Prince nak cite zaman prince sekolah rendah dulu..mase ni prince sekolah agama di dalam satu masjid dekat setiawangsa...nama masjid tu pun prince dah lupe tapi pengalaman kene rotan dengan ustaz memang tak lupe lagi...

Pada satu hari tu, prince ade kelas tambahan..dan kelas die hari sabtu pulak tu..tapi datang la jugak nak tuntut ilmunya pasal..Bila sampai ke kelas je, pelajar2 lain pun menunggu kedatangan ustazah yang mengajar kami time tu..tunggu punya tunggu tak nampak jugak batang hidung ustazah tu..kelas2 lain dah start kuliah., kami tak tahu nak wat ape..masing2 malas nak study kalau xde ustazah..

Dah lebih setengah jam kami tunggu..akhirnya tak muncul2 jugak...pastu ade seorang murid ni bawa keluar bola takraw..Disebabkan kelas kami ni hujung sekali dekat dengan kawasan lapang dalam masjid tu..jadi kami pun bermain la takraw ramai...mulanya prince tengok2 saje..pastu lepas diajak last2 main la jugak..(padahal tak sabar nak tunjuk aksi dah tu..hahahah) 

Yang budak2 perempuan pulak duk sibuk bergosip ape ntah dalam kelas tu...memang best giler semua orang dalam kelas tu bile ustazah tak masuk kan...kelas lain tengah belajar kami bersukaria...bile kami dengar je ade orang berjalan terus kami masuk kelas dan berpura2 bace buku..(kawasan kelas kami bawah masjid,memang bergema kalau ade orang jalan...)

pastu,bile dah tak dengar kami pun beraksi lah kembali..pandai cover line beb...tibe2 mase main tu ade seorang budak ni tertendang kuat sangat pecah lampu kat atas tu..masing2 kelam kabut masuk kelas..dari jauh kami tengok nampak ustaz (pengetua sekolah) datang ke tempat kejadian..masing2 berlakon bace buku sambil dengan peluh meleleh2 satu badan sebab penat bermain..

Terkejut beruk ustaz tu..terus mencari orang yang melakukan...die jalan2 tengok dari kelas ke kelas..tibe2 terus masuk ke kelas kami..masing2 berdegup2 jantung...yang budak perempuan membisu terus, masing2 khusyuk benor membacenya..Ustaz tu tegas tapi ade mase kelakar orangnya...Terus ustaz  tanye kami "mane ustazah?kami serentak jawab, ustazah xdatang ustaz"..."Sape yang bagi pecah lampu kat luar tu?" masing2 senyap.."Sape yang main bola kat luar tadi,angkat tangan!"..semua tak angkat..."Kalau macam tu yang berpeluh semua keluar ke depan"...terus semua lelaki lap peluh..."Ok saya dah tahu,semua lelaki dlm kelas ni bangun".."Jom kite berborak kat pejabat saya..saya geram kenapa kamu tak ajak saya main sekali tadi.." (uztaz ni sindir je tu..sebenarnya adelah nak bagi kami 'hadiah' tu)

Semua berbaris satu barisan..dan angkat tangan kanan seperti di suruh ustaz..kami tengok ustaz ambik rotan yang digantung kat dinding...akhirnya semua kene rotan..ade yang sempat mengelak lagi dari rotan tu sebab takut punye pasal..xpasal2 dapat 2 rotan sekali...pastu ustaz suruh kami masuk ke kelas dan balik rumah..sebelum kami keluar dari pejabat ustaz tu..die bagi pesanan pada kami, "lepas ni kalau nak main bola jangan lupe ajak saya sekali...". ade seorang budak ni cakap tu la korang..kalau ko ajak ustaz tadi tak kene rotan..kami gelakkan saje kat die sebab die memang lurus bendul..

p/s: seronok bile dikenang kembali zaman sekolah dulu2..nakal jugak prince kan..hehe.Tapi dulu kami klu kene rotan takdenya nak mengadu kat mak bapak..nanti lagi teruk kene ade lah..haha

Friday, February 25, 2011

! Tajuk Drama??? !

Mak Dara 1st Giveaway (GA)...


Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Hari ni prince nak join lagi GA kali ini GA Bicara Mak Dara pulak..GA yang sangat sempoi dan enjoy sebab tu prince berminat nak join..Thanks to Adah kerana tag kan prince..hehe
----------------------------------------------
Syarat syarat untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ini ialah:
1. Mesti Mempunyai Blog - [Inilah blognye]
2. Follow Blog Bicara Mak Dara - [dah follow pun]
3. Berikan 1 Tajuk Drama - [Jap Nak Pikir]
4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini.
[Done]
5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
[kpd yg berminat juga boleh join..jom3x]

6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry anda.
[Done]
Tajuk Drama: "SEKUNTUM IMAN"
----------------------------------------------
Hadiah-Hadiahnya:
Tempat pertama:

a)Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara yang berjudul Puteri Salamia dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.

b) Sehelai T-Shirt limited edition




Tempat Kedua: 
Sehelai T-Shirt limited edition [seperti di atas]

Tempat Ketiga:
Topup - RM 10

Tarikh Tutup:
3 March 2011

Thursday, February 24, 2011

! Katak Oh Katak !

Imageshack punye pasal...


Semalam prince dikejutkan dengan beberapa komen daripada kawan2 blogger prince yang mengatakan mereka nampak katak dekat blog prince...Mula2 prince rase agak hairan jugak, setakat ni dalam blog prince hanya ade gambar 2 ekor kucing je...Prince ucapkan Terima Kasih kepada mereka yang memberitahu hal ni pada prince antaranya  ialah Aq&Puteraku, CikAppleHijau, Nabilah, Asliner, Pistachio dan SMJ.

Prince tahu setelah prince menggunakan perisian Internet Explorer (IE) untuk membuka blog prince dan keluar gambar macam di atas tu..Tapi kalau prince buka melalui firefox atau google chrome prince xde masalah imageshack. Tapi prince tak sure sama ade mereka yang beritahu ni menggunakan perisian IE atau yang lain.

Jadi, semalam prince terpaksalah mencari solution untuk settelkan masalah ini. Setelah berbagai2 cara dibuat dan akhirnya prince try buka melalui kesemua IE, Firefox dan Google Chrome dah tak nampak gambar katak tu. Samada ianya sementara atau pun tak itu prince tak tahu dan prince harap korang semua dapat beritahu prince kalau masih ade katak lagi dalam blog prince ni supaya prince dapat ambil tindakan segera atau mane2 rakan prince yang hebat dalam IT ni boleh juga memberi suggestion untuk menyelesaikannya. Harap2 katak2 tu dah tak ade lah..kalau ade jugak prince kene letak ular la dalam blog prince kasi makan sama itu katak atau call Pest Control ke..hehe

Lupekan pasal katak sekejap..semalam prince pergi stadium Shah Alam saksikan perlawanan bolasepak Malaysia vs Pakistan..jom layan gambar pulak..mai..mai..mai tengok!

time ni diorang siap nyanyi lagu enjet2 semut lagi ramai2...

kibarkan bendera

aksi pemain malaysia

Penyokong bersorak gol!!!

Malaysia mendahului 2-0

Ucapan Terima kasih daripada pemain kpd penonton yg hadir

SYABAS PASUKAN MALAYSIA

Wednesday, February 23, 2011

! Kelayakan Olimpik !

Malaysia VS Pakistan...


Assalamualaikum..
Hari ini prince nak berbicara mengenai bolasepak pula..setelah pasukan Malaysia gah mencatat nama di Asia Tenggara baru2 ini di Piala Suzuki AFF mengalahkan Indonesia, hari ni bakal berlangsung perlawanan kelayakan Olimpik menentang Pakistan.  Tengok je gambar kat atas tu korang rase ape? poster tu mungkin menunjukkan sorakan penyokong Malaysia dan Pakistan yang bakal beraksi malam ini. Kalau poster di bawah ni pun menarik juga designnya..semua poster ni prince cari dalam google je..


Di Malaysia ramai yang meminati bolasepak dan tak ketinggalan jika ade match mereka sanggup datang ke stadium beramai2 malah dapat menyatukan perpaduan daripada pelbagai kaum. Bagi yang meminatinya prince nak bagi info sedikit mengenai perlawanan malam ini..Mengikut ranking yang dikeluarkan Fifa yang terkini Malaysia berada di ranking ke-140 manakala Pakistan ke-173. Di atas kertas memang memihak kepada Malaysia namun bukanlah menjamin kemenangan lagi. Skuad Malaysia yang diturunkan pada kelayakan Olimpik mestilah berada dibawah umur 21 tahun..namun nama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan K.gurusamy semestinya dah biasa di dengar di media sebelum ini..


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton perlawanan antara Malaysia dan Pakistan bagi peminat sukan tanah air. Bagi yang ingin mnonton di stadium pula bolehlah membeli tiket.
Harga Tiket : Dewasa RM20, Kanak - kanak bawah 12 tahun RM5.
Mengenai bermulanya jualan tiket perlawanan:
Pada 22 Februari 2011:Bermula pukul 9 am - 5 pm di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011: Bermula pukul 9 am - 5 pm di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011: Juga dijual di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 4 pm

p/s: Agak2nya berapa jangkaan gol pelawanan malam ini??

Monday, February 21, 2011

! Giveaway Aliesha Kirana Makngah Auni !

Join GA Aliesha Kirana...



Disebabkan prince ade kelapangan mase sebelum balik keje ni..prince nak join contest GA dari AK ala seperti tajuk di atas dan gambar baby kiut tu..Bertuah AK sebenarnya sebab prince join ni selalu memang bz ramai yang tag tak sempat nak wat GA diorang..Bila tengok je anak sedara AK ni memang prince pun akan ingat kat anak buah prince yang tembam2 comey kat kampung...tapi yang beza anak buah AK a.k.a Mak Ngah AK ni gurl berbanding gan anak buah prince yang boy semuanya..nak tunggu anak buah gurl pulak lepas ni..tapi ade persamaan dengan prince sebab prince pun dipanggil Pak Ngah...hehe

Hari esok genaplah setahun umur Auni dan prince doakan semoga dikurniakan akal yang luas dan otak yang cergas, hati yang bersih dan insan yang mulia disisi Allah..

Sesiapa yang berminat nak join boley la lihat syarat2 dan cara menyertainya di laman blog Giveaway Aliesha Kirana Makngah Auni

Tarikh Tutup: 22 Mac 2011

! Nak Ber'FaceBlog' Pulak !

Jom Ramai-Ramai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah hari Isnin balik kan..sekejap je rase cuti...bila  prince buka jer blog try la usha2 cite2 menarik dari friendlist prince..tetibe ade somthing yang menarik minat prince untuk mengikuti kisahnya...mula2 prince perasan ade logo kaler pink dan simbol macam simbol Facebook tapi kaler tak same oleh rata2 yang membuat post entri tu...Jadi gi la usha2 kat blog diorang ni..
Hah! Baru prince taw yang rupanya sekarang pun dah ade Faceblog untuk blogger..bile fikir balik macam best jugak then terus la join Faceblog ni..takde la jemu asyik melayan facebook je at least ade alternatif lain untuk berhubung..Nak taw tujuan die?

"TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH"

Ini lah contoh laman faceblog..

P/S: Kepada yang berminat jom la kite memeriahkan lagi aktiviti berbloging kite..Jom Join!

Friday, February 18, 2011

! Berdentum-dentum !

Sambutan Cap Goh Mei Di I-City...


Semalam sedang prince menonton cite saka jentayu di tv3 dalam pukul 10.15 tetibe dikejutkan dengan bunyi yang berdentum2 oleh bunga api sempena sambutan Cap Goh Mei..Mulanya tak tahu ade sambutan ape di I-city tu dan disebabkan rumah prince pun berdekatan saje dengan i-city jadi dapat la jugak sekali melihat bunga api. Memang menjadi lumrah apabila setiap kali ade sambutan perayaan akan ade bunyi letupan bunga api di i-city..

Jadi, bila dengar saje ade bunga api diletupkan ramailah orang akan keluar rumah untuk tidak melepaskan peluang melihat letusan bunga api tersebut..Prince pun sempat la snap beberapa picture bunga api ketika itu..jom layan..





Semalam ade jiran prince tu nak tengok sangat2 bunga api, tapi bila die keluar rumah gan kawan2 die bunga api dah abis..pastu salahkan kawan die sebab lambat nak keluar..klakar lak kami tengok gelagat diorang..kawan prince pulak dengan berseloroh cakap dah habis..dah habis..tu la lambat keluar lagi..terus malu dak perempuan tu lari masuk rumah balik..haha..

p/s: ni prince upload picture semalam tu..klau teringin sangat nak tengok..hehe

Thursday, February 17, 2011

! Extension Plug !

Terburai...

sumber dari google je..

Assalamualaikum...

Semalam lepas prince pulang dari kerja dan setibenya di rumah agak kehairanan kerana 2 orang housemate prince tengah mengerjakan sesuatu di satu sudut rumah..prince sambil duk letakkan beg dan menanggalkan kasut dan stokin melihat saje reaksi mereka...prince pun dengan rase ingin tahunya bertanyalah kat diorang...

Prince: Hah! ape yang korang duk 'kerja' kan kat situ??
Housemate 1: ade operasi sikit..hehe (dengan senyuman yang tak ikhlas)
Housemate 2: (tengah khusyuk duk lakukan operasinya...)
Prince: Macam ade yang tak kene jer..
Housemate 1: "demo boley ke tak wat ni.." tanye housemate 1 kpd housemate 2..
Housemate 2: molek la ni..mu tunggu jer..(terkeluar kecek klatenya)
Prince : Nape tak buka tv? selalu baik tv asyik on jer..
Housemate 1: harini takde cite best..(dlm ati "alamak mcm mane ni" )

Dengan rase tak puas ati nya, prince menuju terus ke tempat "operasi" mereka itu..kelihatan ditempat kejadian penuh dengan peralatan2 seperti repair motorsikal..dengan spanarnya, screwdriver, hammer pun ade sebab sekali tools box diorg letak kat situ..dengan berseloroh prince tanye..

Prince: korang nak try rase renjatan elektrik ke? (kasi perli sikit kat diorg)
Housemate 1 & Housemate 2: hanya ketawa dan tersengih2 ..
Prince : Habis tu..yang korang terkorek2 dekat plug tu wat ape? (ingin taw cite yg sebenar)
Housemate 2 : tadi lepas saye jerang air pastu soket plug ni  nak cabut ganti dengan plug tv lak pastu xley nak cabut..hehe
Housemate 1: besi plug tu melekat kat dlm extension ni la..(menyampuk tetibe)
Prince: korang nak wat ape dgn bende2 (tools)  ni semua?
Housemate 1: Nak buka extension ni..nak kuarkan besi die yang tercabut tu..
Prince: Reti ke?
Housemate 2: ala, senang je ni..lpas buka srew semua extension ni ley tarik kuar besi yg lekat tu..pastu pasang la semula..(dengan penuh konfiden)
Prince: owh...pandai2 korang lah..jgn rosak sudah la..(terus beredar masuk bilik salin baju dan mandi)

Bab mandi xyah la cite la..sambung lepas prince selesai mandi..dah siap 2 nak solat maghrib 10 minit lagi..prince perasan yang diorg masih bekerja keras dlm menyempurnakan 'operasi' mereka itu...selesai prince solat maghrib dan wat ape yang patut..prince pon terus kuar dari bilik untuk melihat berita di TV (dalam hati yakin semua dah ok)

Prince: Aik? takkan xsiap2 lagi kot?? korang dah solat ke belum ni? (berasa pelik dan hairan)
Housemate 1: ade masalah teknikal le..hehe
Prince: buka screw dan pasang balik je kan ape yang susah sangatnya?
Housemate 2: aku...lupe la nak pasang balik camne sebab tadi aku dah cerai2kan semua komponen dlm extension ni..aku suh Housemate 1 ingat..last2 die pun lupe..
Prince: Ya Allah...sampai semua sekali korang tanggalkan...pastu tak reti pasang balik lak tu..(dalam hati dah ketawa)
Housemate 1: xpelah..nanti saye beli baru la ganti balik extension ni..(dgn rase serba salah)
Prince: macam2 lah korang ni..dah la gi solat dulu..mai prince tengok dulu camne..(macam reti je)

Lepas je diorang mandi dan solat..diorang tanye kat prince camne dah siap ke..dengan yakin prince kate dah..ade kat kedai, japgi kite gi beli..
sumber dari google  juga..

Wednesday, February 16, 2011

! Lucky Day !

Lunch harini dibelanja oleh seseorang...

terkantoi tangan prince disitu..hehe
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, murah betul rezeki prince harini..semoga hari2 yang mendatang lebih banyak dibukakan pintu rezeki..Terima Kasih kepada orang yang sudi belanja makan Nasi Beriani Arab di Seksyen 7..sebenarnya prince tak sangka pulak kerana tetibe dapat mesej dari orang tersebut yang mengatakan nak belanja lunch harini..tapi bukan prince sorang saje yang terlibat, rakan prince 2 orang lagi juga diundangnya.

Terfikir jugak kenapa die tetibe nak belanja kami? tapi prince rase mungkin sebab mengenangkan jasa baik kami atau kami berjaya menjalankan tugas yang besar dengan baik..dan die pun dapat nama dan dipuji oleh orang atasan mungkin...

Yang penting semua hepy..tapi andai kate kami tersilap lakukan kerja jangan lah pulak sampai memaki kami sudah la kerana manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan dan berpeluang untuk memperbaiki diri juga..sekadar menasihati dan menegur untuk kebaikan adalah lebih baik.

Semoga hari rakan2 prince juga sentiasa dimurah kan rezeki dan diredhaiNya..janganlah kite cari rezeki dari sumber yang dilarang oleh Islam.. sampai sini saje entri prince kali ini dan selamat kembali dari cuti semalam..

Monday, February 14, 2011

! Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W !

Menjelang 12 Rabiulawal...

Assalamualaikum w.b.t....

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul.

12 Rabiulawal menjelang lagi. Alhamdullililah, prince dapat bertemu lagi pada tarikh ini. Tanggal 12 Rabiulawal 1432H atau bersamaan 15 April 2011 kali ini merupakan detik ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Ramai yang menyambut Maulud Nabi tapi tidak berapa ramai yang ingin mengenali Rasulullah s.a.w. dengan lebih dekat. Nama sebenar Baginda adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hisyam bin Abdul Manaf merupakan kekasih Allah dan utusan Allah swt dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar dengan mengutuskan risalah kebenaran dan penyelamat kepada umat dari terus dibelenggu arus jahiliyah. Rasulullah s.a.w adalah contoh segala contoh untuk dijadikan ikutan.

Jadi, sempena Maulidur Rasul ini, prince pun mahu mengajak korang semua menanamkan semangat mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah s.a.w sepanjang riwayat Baginda. Janganlah kite hanya lebih mengenali artis2 pujaan lebih dari Rasulullah s.a.w. sedangkan Rasulullah s.a.w sentiasa mencintai umatnya sehingga akhir hayatnya."Ummati, ummati, ummati.." itulah kate2 yang keluar dari mulut Baginda ketika diambang kewafatannya.

Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori (Al-Quran dan sunnah), tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi Muhammad s.a.w. . Rasulullah juga meninggalkan sahabat2nya untuk kita ikuti dan para ulama untuk kita pelajari setelah sekian lama Baginda meninggalkan kita. Namun harini tak ramai yang hendak mengikut sunnah Nabi s.a.w malah lagi menyedihkan budaya barat lebih dititikberatkan dalam kehidupan dan hanyut di arus pemodenan. Semoga kita dapat menjauhi daripada perkara yang dilarang Allah swt.

Dengan adanya sambutan Maulidur rasul secara tak langsung kita akan membuatkan hati kite tergerak untuk berselawat keatas Nabi s.a.w , meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda dan ini merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah ,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" 

Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi s.a.w akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan saje tapi hanya sekadar meningati dan mensyukuri hari kelahiran Nabi kita yang menjadi kekasih yang kita sanjungi dan pengbimbing ke jalan yang benar. Marilah kite sama-sama mengerjakan amal makruf nahi mungkar..

Marilah juga kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan sentiasa menjadikan Nabi S.A.W sebagai ikutan kita...antara selawat yang boleh kita amalkan seperti dibawah..


Wassalam..

! Sarapan Di Hujung Minggu !

Cucur Vs Spaghetti...





Assalamualaikum..

Pagi semalam dapur gas rumah prince kembali berasap dengan masakan Cucur De Jump dan Le Twist Spagheti..ok, abaikan nama yang prince berikan itu..pokoknya, disebabkan cuti semalam masing2 terperuk di dalam rumah kerana nak berehat secukup2nya..

Pagi2 lagi Zul, housemate prince bangun ajak masak sebab lapar..asal lapar je asal nama prince yang dicarinya?konfius disitu...Walaupon hari cuti bangun tetap awal juga walaupun semalam satu rumah melayan cite Hantu kak limah lagi di laptop Azmi..dah macam tengok wayang pulak..kitaorang tidor kul 3.30 pagi..selamat subuh tak missed..

Ingatkan nak berjogging tapi malas pulak sebab mate layu je..tapi perut dah berbunyi2 macam ultraman yang lampu kat badan die dah dlm kecemasan tu..lebih kurang begitulah kelaparan perut prince dan rakan2 ketika itu..Jadi, masuk dapur tengok ape yg ade untuk dijadikan sarapan..prince tengok di almari dapur dan zul pulak tengok di dalam peti ais..prince jumpe tepung je..(dlm fikiran cekodok jer)..Zul, jumpe spagheti yang belum direbus lagi..ntah mcm mane boleh ade dlm peti pun tak taw..




Disebabkan prince yang jumpe tepung terpaksalah masak mengunakan tepung..simple je cucur yang prince nak wat..menggunakan bahan yang ade saje,bawang,cili dan ikan bilis..janji boleh makan..Si Zul pula idea nya adalah membuat spagheti goreng..sebab sos spagheti dah abes jadi pandai2lah die goreng spagheti itu..prince nak gak snap picture die gah memasak..tapi die tak bagi pula..malu la tu..haha

Jadilah sarapan kami di pagi semalam...walaupon biase saje tapi tetap mengenyangkan...

Saturday, February 12, 2011

! Rase Nak Meyumpit !

Mode : Geram 


Assalamualaikum dan salam sejahtera my readers...

Harini prince kerja jugak taw..itupun nak beritahu.hehe..oklah, sebenarnya pagi tadi ade Menteri Pengajian Tinggi datang..tapi bab ni malas nak citer panjang la..prince nak fokus episod geram prince hari ni boley?

Semalam prince basuh la pakaian prince dan sidai di ampaian luar rumah..Lepas tu tadi prince balik keje petangnya, prince tengok baju prince yang kebanyakkan sudah kering habis basah balik gara2 orang yang tak berperikemanusiaan langsung..die sidai pakaian die dah la tak bilas..habis baju prince yang dibawah jadi basah..kemudian air pakaian yang tak dibilas tu luntur pulak tu kaler biru..habis pakaian prince terutama yang baju putih..

Kalau nak diikut bisik hati ni..prince nak je sumpit orang mcam ni bertubi2..amcam dasyat tak..ye la dah la penat balik keje tak habis lagi dah kene basuh balik pakaian tu..dah la rumah prince ni takde washing machine..nak hantar dobi malas..hehe..

Sampai sini je..pendek je entri prince kali ini...

Kalau korang la yang kene ape tindakan korang?? 

Friday, February 11, 2011

! Bertugas @ D.A.T.C !

Rehearsal & Perasmian Sebenar...


Assalamualaikum dan Hepy Friday...

Semalam prince tak sempat nak update blog prince sebab dari awal pagi hinggalah ke petang prince berada di Dewan Agong Tuanku Canselor(DATC) sempena Amanat Tahun Baru Naib Canselor dan Academic Conference bermula semalam hingga sabtu ni. Dewan ni baru saje siap siap dibina untuk fasa1..dan event semalam adalah dengan rasmi nya dewan ini digunakan untuk pertama kalinya.
Ini la Dewan Agong Tuanku Canselor
Alhamdullilah semuanya berjalan seperti dirancang semalam. Tugas krew2 prince semalam adalah mengawal alat2 untuk pelancaran program semalam seperti gambar di bawah ni..

Semasa pelancaran dilakukan...

Bayangkan kalau bende2 ni tibe2 buat hal tak berfungsi..memang malu rasenya..dah la dengan kehadiran 4000 orang staf UiTM di dewan serta VIP lagi memang menyeramkan kalau ade sebarang kesilapan berlaku..semasa tengah menunggu pelancaran untuk di mulakan memang prince dan krew2 lain tak senang duduk dibuatnya..

dewan yang penuh dengan staf2 UiTM
Sebelah Petang diadakan Academic Conference pula..
Itu semasa hari pelancaran, jom kite lihat semasa rehearsal sehari sebelum itu..
Kelihatan prince tengah suke main asap disitu..
Selepas seharian berada disini..memang tak sempat prince nak update blog semalam..Tapi selepas je keje semalam, sempat juga merayap2 sekitar dewan tu..

Bilik Rehat Agong...
Bilik Rehat VIP
Tempat duduk VIP..ni semua nak berangan jadi VIP la konon..
Agak2 ape yg prince tgh berangan tue??
sempat lagi tu bersantai...hehe
Dah nak balik...
Ok, disebabkan semua berjalan lancar semalam bos pun hapy sangat jadi kami pun dapat la makan free di Restoran Harlinie...

Wednesday, February 9, 2011

! Sebiji RM14 !

Harga Buah Doyan...
Terkejut prince bile taw harga sebiji durian yang size die pun taklah besar sangat tapi RM14 sebiji..Disebabkan kawan prince ni teruja sangat nak makan durian dan sanggup la die beli kat tepi jalan..Mase musim durian kat kampung prince, pernah satu ketika prince jual satu guni durian tu ade la dalam 15-20 biji durian..taw tak bape je die kire?? hanya RM8 jer..tapi time tu memang durian dah jatuh harga sebab banyak lebihan..tapi time die mahal mmg prince dapat jual sebiji rm7 kalau yang besar tu..tapi diorg jual kat sini dua kali ganda tu..Selamat la sekarang kampung prince belum musim durian lagi kalau tak boley wat biznes durian kat shah alam ni.haha..semua bisnes prince nak buka...semalam restauran harini jual durian pulak..adeh..kuat betul berangan2..

Semalam jugak prince dan 3 orang housemate pergi makan kat PJ..tapi bukan Petaling Jaya taw..Padang Jawa jer..dekat2 jugak la dengan kawasan rumah prince..kami makan sambil nak plan aktiviti hujung minggu nanti..kami ni kalau plan memang tak hengat..macam nak plan wat rumah je..tapi yang jadinya tak tentu lagi..
prince suke minum susu laici

menu dinner kami..

nampak masing2 kelaparan sehingga licin pinggan

time ni nak bayar pun sempat nak snap pic lagi...
harini prince agak kesibukan sedikit kerana ade rehearsal untuk pelancaran program esok..Jumpe lagi nanti..Assalamualaikum..

Tuesday, February 8, 2011

! Try Masak Paprik !

Sewaktu Di Kampung...


Masa prince kat kampung, prince request kat mak prince nak makan paprik..asyik makan lauk kenduri jer rase macam muak pulak..pastu disebabkan kesibukan mak prince dengan aktiviti menolong jiran tetangga yang nak wat kenduri terpaksalah hampa untuk makan paprik..Tetibe kakak prince menyelah..die kate kat mak prince "die kan pandai masak, bagi je resepi kat die taw lah di buatnya.." terkesima sekejap prince..mane tak nya sebelum tu prince cakap kat kakak prince pernah masak2 macam2 kat rumah sewa dan semuanya sedap2..padahal banyak yang tak jadi..haha

Jadi, mak prince pun terus je bagi resepi kat prince..prince pun ape lagi ingat la betul2..konfiden jer nak masak malam tu..selamat bahan2 nya semua ade kat rumah..daun limau purut dan serai gi amik kat luar rumah je..selepas blend bawang,cili, halia dan ayam pun dah potong halus2, sayur hanya ade tomato dan kubis bunga je..lobak xde tapi boleh la..siap sedia lah nak memasak...Dengan penuh konfiden prince masak la paprik tu...agak2 nya korang rase jadi tak??


ta da..inilah paprik yang prince wat..tapi..rase macam tak cukup sesuatu..sebab kuah die tak bape nak pekat kan..haha..ape lagi adik2 prince tadi yang ketawa besar gelak kan prince terdiam terus bila tengok dah siap paprik ni..orang yang pertama merasa nya adalah..prince la..hehe..not bad..sedap gak...puji diri sendiri..pastu barulah kakak n adik2 pricne rase..macam2 pulak diorg komplen..lantaklah,yang penting mak prince dan anak buah buah prince kate sedap..hahaha


Inilah menu dinner kami sekeluarga..simple je tapi berkhasiat..haha..yang sayur jantung masak lemak tu mak prince masak..Lepas ni berangan nak bukak restoran pulak la..hehe..tak habis2 nak berangan2..Ok lah, Jumpe lagi di entri seterusnya..