Syukur Alhamdulillah, akhirnya "Mother of the medal GOLD" di Sukan Sea 2011 ini milik pasukan Malaysia setelah mempertahankan kejuaraan di bumi penuh kontreversi, Indonesia dan sekalung tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berbekalkan keazaman yang tinggi dengan mental yang kuat walaupun sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda tidak menggentarkan Harimau Malaya namun telah mempamerkan permainan-permainan yang cantik sepanjang kejohanan ini. Kini ternyata kita juara Asia Tenggara dan kita sekarang berada di zaman kebangkitan dalam arena bola sepak sepertimana yang pernah dikecapi dulu.
Yang pasti mesti yang menonton perlawanan semalam berdebar-debar dengan aksi rancak kedua-dua pasukan dan tak senang duduk di depan tv ape lagi melihat penentuan sepak penalti yang terakhir diambil oleh
kapten Malaysia, Badrol Bakhtiar dan mungkin berkat doa rakyat Malaysia bola tendangannya terus bergolek ke pintu gol dan bergempita suara rakyat malaysia..Prince di rumah pun turut menjerit keseronokan..kalau korang mesti terlompat-lompat kan...hahaha
Apepun, janganlah kite mencaci tindakan penyokong fanatik Indonesia kerana kita orang Malaysia..menang kalah adat pertandingan, tak perlulah kite nak bersengketa dan bertikam lidah atau membencinya..lebih elok yang buruk itu kite tinggalkan dan yang baik itu kita patut contohi..Tahniah Malaysia dan kepada Indonesia boleh cuba lagi sukan sea yang akan datang..
p/s: Malam esok Malaysia vs Syria di Bukit Jalil...harap2 beroleh kemenangan lagi dan kami sebagai peminat sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya.. =)