[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, November 30, 2010

:: Bertolak ke Melaka ::

Perjalanan...

Gambar dari Uncle Google
Selepas waktu kerja pukul 5.00 petang ni, prince akan bertolak ke Melaka untuk menghantar adik prince ke Politeknik. Selamat la ke Melaka je, kalau jauh..penat la jugak kan..Memandangkan alang-alang dah ke sana so prince pun ambiklah cuti 2 hari je..sebab parent prince ade sekali..Disebabkan Raya Haji ritu prince tak dapat pulang ke kampung jadi, dapatlah lepaskan rindu pada family di sini.

Sebenarnya family prince dah sampai tengahari tadi lagi dan sekarang diorang menetap di Seksyen 18 rumah sepupu prince sementara tunggu prince pulang kerja. Tapi anak2 buah prince tak ikut kerana menemani ibunya(kakak prince) di Ipoh. Tak dapat nak tengok baby boy, Husyairi.  Tapi, bulan Disember ni prince akan pulang ke kampung jugak.Jadi, dapatlah dukung die puas2..hehe

Petang ni kelihatan dah mendung..harap2 tak ujan la..Tapi semalam disini hujan sangat lebat dari petang sampai ke malam..Seronok sempat update blog sebelum ke Melaka..sori tak sempat nak berblogwalking..

p/s: ingat nak bawa family bercuti di Melaka..tempat yang mane best tapi satu malam je la??

Saturday, November 27, 2010

:: Malam Tiada Bintang ::

Bosan or Boring??? 

Tajuk tu takde kene mengena pon gan entri prince ni..cuma nak bagi tahu prince tengah boring je malam ni..

Sepatutnya malam ni prince pergi bermain bowling dengan rakan2 ofis prince tetapi disebabkan oleh tempat yang kami nak main bowling tu dah ditempah untuk event tertentu terpaksalah batalkan hasrat untuk melontar bola bowling tu..Tapi, sekurang2nya prince berkesempatan untuk mengupdate blog prince pada malam ni..kat ofis tak ada waktu yg sesuai untuk menaip entri dan sibuk dengan pelbagai urusan..
 
Bila duk rumah lak terasa cam boring jer..nak tengok tv ..cite semua nya bukan taste prince..sempat layan Ahmad Durrah jer..pastu masuk bilik buka laptop main tenet..ape lagi buka blog la kan..time boring2 macam ni la nak update blog..
Tadi cuaca macam nak hujan bile dengar guruh berdentum beberapa kali, dalam fikiran prince asyik fikir tido la ape lagi tambah pulak cuaca mmg syok dibuai angin suam2 sejuk..dingin semacam jer tak macam selalu kepanasan sedikit..Tapi disangkakan hujan sampai ke petang rupanya di pagi hari saje..ape yang prince merepek ni..boleh pakai ke bahasa ni..maksud prince jangkaan prince meleset sama sekali, rupanya hujan tak pon turun2..so, tak jadilah prince nak tido..

prince rase malam2 ni perut berkoncang dengan rakusnya..lapar dan teringin nak makan cucur lak..tapi kalau wat cucur memang sedap walaupon dah malam..so, masuklah dapur cari bahan2 ape yang ada tuk wat cucur..princewat yang simple je..cucur ikan bilis..sedap jugak..kawan2 prince yang tadi dah masuk tido pun terhidu bau cucur prince lantas terbangun dari katil masing2..haha..sebenarnya bukan sedap mane pun tapi perut masing2 lapar..beberapa orang housemate prince pun kene kerja esok pagi sebab tu diorg tido awal..kalau tak ley ajak meronda..dah macam rukun tertangga lak bile cakap nak meronda ni..

Kalau you all kebosanan dan keboringan sampai tak tahu nak wat ape kat rumah ape yang u all wat ?? share sikit kat prince..hehe =)

Wednesday, November 24, 2010

:: Utusan Raja Sehari ::

Majlis Walimatulurus....


"Salam sahabat-sahabat yang ku sayangi, sorry sebab buat suprise...Just nak inform pada semua atas persetujuan family saya dan pihak perempuan, saya akan langsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini bersamaan 31 November 2010...Buat la REMINDER kat CALENDER korang ye...Bagi yang dapat datang, jemputlah ke rumah, kedatangan korang sangat saya harapkan untuk meraikan hari bahagia ini dan Raja Sehari saya...Walaupun sebenarnya saya terkejut dan tak beberapa setuju dengan keputusan family saya ini..Please support me dan DOA kan kebahagian saya dan pasangan..Sori sangat sebab lambat inform kepada korang."


Sahabat andai,sedara mara, rakan seperjabat dan  kawan-kawan Blogger prince yang dikasihi..Mungkin ade diantara kamu semua tidak sedari kan..sebelum itu, prince meminta maaf atas ayat2 diatas itu..itu hanyalah mukadimah untuk entri prince kali ini..saje nak bikin panas sikit entri nie..haha..Sebenarnya, ayat di atas itu juga telah dihantar oleh seorang "adik manis"(jgn marah eh org tu) kepada prince dalam SMS satu ketika dulu..prince pun hampir pecaya dan tipah tetipu bang!!haha..mane ade 31 November dalam kalendar..!haiya..so, saje prince nak share dengan korang semua jugak..hehe, Amacam, Pecaya ke??
 

Okay, sempena cuti sekolah yang baru bermula ni, seperti kebiasaan kenduri kahwin lah yang paling banyak dlm bulan2 seperti ini. Boleh dikatakan setiap dalam seminggu ade lebih dari 3 jemputan ke majlis perkahwinan..So, kalau kita dah dijemput wajib lah bagi kite untuk menghadirkan diri melainkan ade sebab2 yang tertentu..

Jadi, prince menghadapi beberapa kesukaran untuk membuat keputusan atau kebuntuan memikirkan hadiah ape yang nak di bagi kepada mereka sempena persandingan diorang selain dari barang2 elektrik..mungkin bagi lelaki macam prince ni tak beberapa kreatif untuk memikirkan hal2 sebegini..memang lah niat kita sentiasa IKHLAS untuk memberi walaupun tak seberapa, namun kan lagi bagus kalau kita dapat buat banyak pilihan dan barang ape yang sesuai untuk majlis seperti ini. Mungkin kadang2 idea2 daripada korang semua dapat kita kongsi..

Selain dari barangan elektrik yang kita selalu hadiahkan ade ke lagi barangan yang bersesuaian korang rase??cuma nak taw idea2 korang je..harap dapat bantu prince eh..Thanks my lovely friends..



p/s: prince lambat lagi nak berumah tangga, tapi kat rumah prince memang dah ada tangga :-p

Monday, November 22, 2010

:: Bantal Cinta ::

Jatuh Cinta Dengan Bantal...


Assalamualaikum and Good Evening Peeps...

Sudah beberapa hari prince tak update blog kesayangan prince ni sebab prince kehilangan mood untuk menaip entri sejak kebelakangan ini. Entah ape yang benak fikiran prince fikirkan pun tak tahu..Tapi mood yang hilang tu telah pun muncul kembali walaupun dalam hati prince ini penuh dengan perkara yang merungsingkan...opps, terlebey sudah, kite lupekan pasal ni, mari kite fokuskan pada tajuk entri prince kali ini..
Pernahkah anda memeluk bantal ketika anda mahu tidur atau tengah baring-baring??
Pernahkah juga anda jatuh cinta dengan bantal busuk anda itu??

Kebanyakkan dari kite mungkin tidak sedar bahawa betapa pentingnya bantal dalam hidup kite. Kerana bantallah yang menjadi teman tidur kite sepanjang hari dan tanpanya mungkin kita tidak akan selesa dan sukar untuk tidur. Keselesaan yang ade pada bantallah yang membuat kite inginkannya pada waktu yang kite perlukan. Tak salah prince katekan kalau bantal dapat menenangkan emosi kite kerana bila kite tidur kite akan lupe segala masalah yang penuh emosi dalam kehidupan seharian kita.

Pandangan prince ade berbagai-bagai cara atau gaya yang kita aksikan ketika tidur bersama bantal. Mungkin ada diantara kite suke memeluk bantal ketika ingin tidur dan jika tidak peluknya sukar untuk melelapkan mata. Mungkin ade juga yang suke tidur menggunakan lebih dari 2 bantal untuk keselesaan tidur. Jadi, keseronokan yang ade pada bantal memang tak dapat dinafikan lagi. Persoalannya, adakah bantal itu membuat kite teruja atau "jatuh cinta" untuk tidur??

Di Jerman, sejenis robot bantal ciptaan Stefan Ulrich yang dikenali sebagai "funktionide" boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekaligus mengubati kesepian seseorang. Menyerupai sebuah bantal besar,robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta. Tambahan lagi, robot itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Pastinya kalau anda memilikinya sukar untuk bangun pagi atau mesti  sentiasa terlewat untuk pergi kerja. Silap2 anda akan dapat surat amaran dari bos..hehe. 

Jadi, ape pandangan anda tentang bantal ini, adekah anda jugak telah "jatuh cinta" dengan bantal anda??

p/s: prince ade kenal orang yang tak boleh nak lepaskan bantalnya kalau dah peluk..hehe

Wednesday, November 17, 2010

:: Kesunyian ::

Menyambut Aidiladha Seorang Diri Di Rumah...



Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbarwalillahilham... Alhamdullilah, ibadah korban di tempat prince berjalan dengan lancar..cuma prince di sini keseorangan tanpa keluarga tercinta yang berada di kampung dan kawan2 prince yang telah bercuti beraya di kampung masing2..

Selepas 4 ekor lembu yang dikorbankan di masjid tempat prince selesai di lapah..prince pun terus mengorak langkah ke rumah dengan bekalan sekilo daging korban yang diperoleh disana..Suasana sunyi sepi di sekeliling kawasan prince dan apabila takbir bergema di masjid2 dan televisyen sayu je hati prince keseorangan disini..namun ini juga mungkin satu pengorbanan untuk prince untuk merasai ape yang dirasai oleh anak2 yatim mahupun yang telah hilang tempat bergantung..mungkin perasaan mereka lebih sunyi dari prince kan...

Semoga mereka yang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji dapat melaksanakan ibadah dengan tekun dan mendapat Haji Mabrur. Prince berharap satu hari nanti prince juga dapat menjejakkan kaki disana untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.

Cuaca di tempat prince seakan-akan menandakan hujan akan menitiskan air2nya di kawasan ini..Jadi, mungkin prince tak dapat nak ziarah sedara mara yang tak pulang ke kampung pada petang ni..badan pun rase letih sangat..mungkin memerlukan rehat ketika cuti ini kerana esok kene masuk keje balik. 

Alamak, best lak cite Gosok kat tv3 sekarang ni..da lame tak tgk cite ni,tak jadi plak prince nak tido..maw layan cite tu jap la..hehe..Salam Aidiladha semua...=)

Tuesday, November 16, 2010

:: Pengorbanan ::

Tauladan atau Coretan...



Esok 9 Zulhijjah 1431H, bermulalah ibadah korban di seluruh negara. Pada bulan ini jugalah umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul di suatu kota yang suci dan mulia untk malaksanakan perintah dan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Ibadah Haji. Kain putih yang membaluti tubuh tanpa mengira kedudukan,pangkat mahupun darjat semasa melaksanakan ibadah ini.

Ape yang prince dapat ringkaskan disini setelah membaca artikel mengenai Pengorbanan: Tauladan atau Coretan keluaran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM adalah tersirat lembaran sejarah agung yang menjadi iktibar kepada umat Islam sehingga kin. Kisah tersebut menceritakan tentang kehebatan barisan pelakon yang dipilih Allah s.w.t yang berjaya memainkan wataknya dengan jayanya sehingga amalannya diangkat menjadi syariat Islam hingga kini. Filem pengorbanan suci Nabi Allah Ibrahim a.s. bukan saje dirakam, malah filem ini turut dibukukan menjadi skrip yang sangat mulia di helaian suci al-Quran sebagai tauladan dan supaya watak2 ini mampu dicontohi dan menjadi pengajaran bagi umat di akhir zaman.

Peristiwa pengorbanan Ibrahim a.s dan Ismail a.s sering kite dengar dan disampaikan samada di surau mahupun masjid. Bahkan ia disambut setiap tahun oleh seluruh Umat Islam. Ape yang menjadi soalan, adakah peristiwa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada umat Islam hari ini? atau ibadah korban yang dilakukan tersebut hanya sekadar menjadi tatapan dan tontonan semata2?

Tapi kebelakangan ini kite sering dengar pelbagai gejala negatif samada di media atau di dada2 akhbar..Sepatutnya kitalah umat yang mencorakkan perjalanan dunia!Malangnya, umat harini lupe akan hakikat ini, malah ramai diantara mereka yang tenggelam dengan gaya hidup yang berkiblatkan hawa nafsu tanpa mempedulikan keimanan.

Jadi, sempena kedatangan Aidiladha yang bakal tiba esok, marilah kita bersedia berkorban ke arah kebaikkan dan jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t. dan semoga ia dijadikan suatu asas untuk menjadi umat yang cemerlang. 

Dengan itu, prince mengucapkan Selamat menunaikan ibadah korban dan menyambut Idul adha dengan penuh taqwa kepadaNya. Kepada yang bercuti, berhati2lah pulang ke kampung halaman masing2.

p/s: prince sambut idul adha di shah alam je, tak dapat nak balik ke kampung..anda sambut di mane?

Monday, November 15, 2010

:: Salam Takziah Sahabat::

Menziarahi Keluarga Reza...


Hari ni prince berkesempatan untuk menziarah kawan rapat prince kat ofis iaitu Rezahafez (gambar).Semalam ayahnya telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Laboan Dagang. Bersimpati dengannya prince dan beberapa staf lain menyertai rombongan untuk menziarahi keluarga arwah untuk menyampaikan takziah dan menghulur sumbangan ikhlas daripada semua staf2 di pejabatnya.

Arwah yang berumur 61 tahun telah pergi meninggalkan isteri tercinta serta anak cucunya pada petang semalam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman dan marilah kite sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah.

Tepat jam 11 pagi, kami bertolak dari Ofis ke rumah Reza dengan menaiki van uitm (fakulti pergigian) tapi kami bukan doktor gigi pelatih..setelah berkumpul kami meneruskan perjalanan yang mengambil masa 40minit walaupun kami terlajak jalan ketika sampai di Laboan Dagang. Akhirnya, Reza sendiri yang sudi mengambil kami di persimpangan jalan untuk menunjukkan jalan ke rumahnya. Alhamdullilah, kami sempat sedekahkan tahlil ringkas yang diketuai oleh En Nizam untuk arwah. Kemudian, Dr Ahmad Naqiyuddin (ni la bos prince) memberi sumbangan yang diderma oleh staf2 sepejabat dengannya. Sebelum itu, Dr Mad sempat memberi sepatah dua kata ayat yang menguatkan semangat kepada keluarga Arwah. Sejurus itu, kami bergegas pulang ke ofis untuk menyiapkan kerja masing-masing.

p/s: Tiap2 umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat menggundurkannya walaupon sesaat dan tidak boleh pula memajukannya.

Friday, November 12, 2010

:: 12.11.10 ::

Semua Lewat Masuk Keje...

Harini tanggal 12.11.2010 prince dan rakan2 kerja lain terpaksa tunggu sehingga 8.17am baru la boleh masuk pejabat disebabkan gara-gara bekalan elektrik terganggu dan pintu masuk ofis prince semuanya pakai sistem kad elektronik, jadi semua kad staf tak dapat nak akses pintu tu..kebetulan harini pula prince datang seawal 7.30 pagi lagi dah terpacak kat ofis ni mungkin sebab harini ari jumaat dan esok dah start cuti kot..Tapi malangnya bila prince naik liftnya dan sampai je tingkat5 tengok2 dah ade beberapa orang yang tunggu di luar pintu ofis..terutama "Ustaz Z sudiro" yang kelihatan tenang menunggu dan tersenyum melihat situasi itu tanpa menyuarakan sepatah kate apabila prince tiba..

Sebenarnya, bukan Ofis kami sahaje, tapi ade jugak Ofis ditingkat lain yang mengalami keadaan yang senasib dengan kami..Ingatkan sekejap je, rupanya dah lepas pukul 8 pagi pun xdapat dibuka jugak..Setelah tingkat2 lain dapat mengakses pintu ofisnya, tinggallah kami di tingkat 5 saje yang belum masuk pejabat lagi..Bos datang pun terpaksa tunggu di luar jugak..biar die merasa berdiri jugak..hehe..

Semakin ramai staf2 lain sampai semakin padat la di depan pintu ofis tu..siap ade yang menunggu dengan bekalan sarapan lagi, malah bukan itu saje ade yang membawa buah jambu lagi..masing2 dah lapar menunggu di situ..

Tepat pukul 8.17 baru la kami boleh "check in" waktu keje kami..so, terpaksalah pula beratur panjang untuk thumbprint...bagi sape yang terlewat itu adalah satu keuntungan padanya..tapi hari2 lain jangan lewat sudah..ade yang kate ofis ni kalau tak boleh buka kita cuti je arini..tapi kebaikkannya kita dapat berkumpul ramai2 bersama staf2 department lain untuk bertanya khabar..

Oklah..bagi lelaki jangan nak skip pulak Solat Jumaat hari ini..!

Thursday, November 11, 2010

:: Episod Akhir ::

CHINTA..


Bagi peminat yang mengikuti cerita ini mesti tak sabar nak tunggu kesudahan cerite ni kan..prince pun layan jugak la citer ni dan ade daya penarikan tersendiri dalam cerita ni yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan teladan...namun cerita ini banyak kesudahan dengan kematian...Mungkinkah Chinta Chanduri akan berakhir dengan kematian jugak?? atau ade keajaiban akan berlaku??? sama2 lah kita menantikan episod akhirnya hari ini pada pukul 6.30pm..

Satu lagi tarikan ialah sesuai dengan OST Drama Chinta ini iaitu lagu Khatimah Chinta- Sixth Sense yang betul-betul memukau penonton dengan jalan cerita dan lagu ini..Jadi,  lirik lagu dia ada prince taipkan dibawah..

Khatimah Cinta – Sixth Sense

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Woooo… ooooo… ooooo…
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi
 p/s: 11 November 2010-Keputusan UPSR akan keluar pada pukul 10 Pagi ..kepada yang mengambilnya mungkin anak-anak anda,adik beradik, sedara mara atau kawan-kawan semoga mendapat result yang cemerlang dan kepada yang kurang cemerlang jangan mudah berputus asa..beri semangat kepada mereka untuk terus mencipta kejayaan..

Tuesday, November 9, 2010

:: Nak dukung Baby ::

Teringat sewaktu di kampung...

Tibe-tibe kan, prince terasa rindu pulak kat anak sedara prince tu, yela ritu balik kg sekejap je dapat berjumpa dan melayan budak2 tu..terutama baby akak prince yang baru lahir tu..sonok giler dah berani nak dukung baby..dulu takut2 jugak sebab baby tu kecik lagi..tapi dah berani dukung bile saje2 nak try kan..sampai tertido baby tu prince dukung...baby tu plak selamat la duk diam je..tapi dah pandai senyum bile orang menyembang dengan dia..ntah ape yang die paham pun tak taw..comey lak tengok muke die, mule la datang geram rase cam nak cubit2 la muke die yang cute tu..hehe

Abang baby tu la dah pandai nak jeles bila prince layan adik die je...suke usik die kate nak bawa die balik Shah Alam..mule2 bagi pastu tak bagi pulak...haha..si abang die sekarang prince tengok dah manje dengan opahnya daipada mama die..semua nak opahnya yang buat termasuklah kalau nak susu pon..

Jom layan gelagat mereka kat gambar di bawah...

Lena betul husyairi ni tido..kalau nak bagi die bangun kene kacau die tido..hehe
ni abg die humaidi irshad..baju dan dahi putih selepas main bedak adik die..
akhirnya buak gak mate die tu selepas prince kaco die tido..hehe

Abang die pun sibuk nak dukung die gak tu...
nak bermanja gan pak ngah die la tue..

tengok la baby tu asyik nak tido jer..

time ni prince dah nak balik ke shah alam..
agak busy sket la minggu ni walaupon bos tak da..sepatutnya menjadi waktu2 gembira bila bos tak ada di ofis ni..tapi banyak pulak keje time bos tak ade ni..ni pun mencuri mase yang sesuai untuk menaip blog..oklah..prince nak sambung keje balik..nanti baru prince berblogwalking ke blog rakan2 prince..salam..

Sunday, November 7, 2010

:: Kembali ke Shah Alam ::

Jangan Lupe Esok Keje...

Sepanjang perjalanan prince dari perak ke shah alam ni mendung dan kekadang hujan turun dengan lebat di beberapa kawasan...musim sekarang ni musim banjir di beberapa negeri terutama di Perlis dan Kedah..Tadi ade beberapa xcident yang berlaku, ade yang agak serius jugak sampai tak nampak bentuk kereta dah..tapi prince rase mesti kecuaian dan sikap pemandu tu sendiri kerana memandu laju walapon hujan lebat dan yang kesiannya pemandu yang berhemah di jalan raya juga terkena biasnya..agak sesak sepanjang 2km di lebuh raya sebab kereta menghalang ketiga2 lorong jalan tu, naseb baik ade lorong kecemasan untuk lalu...Berhati-hatilah Di Atas Jalan Raya!


Semasa prince di kampung pun cuaca memang tak menentu, tapi hujan semestinya turun..so, rase malas la nak kuar gi jalan2 di pekan..tapi seronok jugak duk rumah sebab ade 2 orang anak sedara prince tuh..layan la kerenah diorang yang macam2 tu..terlepas rindu prince nak jumpe baby baru kakak prince..dah 3 minggu dia dilahirkan barulah dapat jumpe die..hehe..


Penat betul la harini, so prince nak tidur jap la pulihkan tenaga balik..kat rumah line xbape clear nak buka internet kalau pakai broadband ni..so, kat sini barulah rase nak update blog..hehe..okay la..Selamat Bercuti di hujung minggu ni..esok nak keje pulak..bye2..salam =)

Thursday, November 4, 2010

:: Macam-macam Hal ::

Cerita Itu Ini....

Assalamualaikum, prince bersemangat kerja hari ni sebab esok dah cuti..hehe..ape lagi nak balik ke kampung la..dah rindu gan family di Kuala Kangsar..tambah2 lagi nak jumpe anak sedara prince yang baru lahir tu..semoga perjalanan pulang ke kampung selamat...
Semalam terlalu banyak peristiwa yang melucukan dalam hidup prince...mula2 mengenai emel berantai di kalangan ahli2 "spoting" dalam ofis prince memang melucukan..bermula dari "Ustaz Z Sudiro" yang mengajak prince minum "teh tarik kurang pedas" bersama "Shida MJ" dan "Datin Sari" di kedai mamak. yang kini menjadi tempat operasi utama kami untuk mengumpul "maklumat"..Lontaran kata2 dari Ustz Z memang betul2 "kaw" sehingga kami pon insaf seketika..tetapi yang nak dijadikan ceritanya, kami bermain emel dan berkongsi "input" yang dibualkan kami kepada geng2 kami yang lain, tetapi salah seorang dari kami tersalah masukkan emel orang lain...sehingga keadaan menjadi "hangat" petang semalam kerana orang yang menerima emel tersebut tibe2 "sound" kerana dapat emel itu...Kekadang kami memang suke bergurau senda di dalam emel atau nak release tensen jer..tapi selalunya melibatkan ahli2 "spoting" jer..lepas tu kami sambung di dalam facebook pulak..

Cite keduanya, petang semalam selepas prince balik kerja, prince pon terus teringat baju prince yang sidai di ampaian rumah kat luar tu mesti dah kering...jadi prince pergilah mengangkatnya, kebanyakkan baju prince selalunya sangkut guna "hanger" di ampaian tersebut..tapi tanpa prince sedari prince telah mengangkat sekali baju yang di sangkut oleh jiran depan rumah prince tu...disebabkan penat kerja memang malas nak lipat atau sangkut dalam almari, prince letak atas katil dulu..selepas tu gi mandi dan duduk di depan tv tunggu cite Chinta kat tv3 pula..selepas habis solat maghrib, barulah prince rase nak susun baju yang baru angkat tadi...tengok2 ade 3 helai baju perempuan tibe2 ade atas katil prince..prince tanya kat romate prince die punya ke? die kate tak..pastu prince teringat ni mesti salah angkat tadi..pastu ada kawan rumah prince beritahu yang tadi ada anak dara depan rumah tanya dia, nampak tak baju dia di ampaian..prince pon dengan serba salah letak lah balik baju tu kat luar dan kebetulan tuan punya badan pon keluar..prince cepat2 masuk rumah...haha..prince terfikir jugak nak minta maaf tak..tapi malu la pulak..yang die pun satu hal suke sidai baju kat ampaian kami tu sape suruh...ampaian sendiri ada tak cukup lagi ke??? 

Malamnya pula, prince tibe2 rajin nak masak...dan prince goreng la daging untuk dimakan..sambil duk sembang2 gan kawan prince...tapi dah 15 minit tak masak2 jugak daging tu, tadi minyak dah panas apesal la tak masak2 lagi...sekali tengok gas habis daa....alamak, patut la tak masak2.. patut la daging tu same je kalernya...pergilah kedai beli gas, nak suh hantar dah malam, terpaksalah gi beli sendiri..

Esok hari Deepavali..kepada kaum India yang menyambut Deepavali...prince ucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI...yang pulang ke kg atau bercuti..berhati2lah di jalan raya ye..okay sampai sini saje entri prince..panjang lebar da citenya...bye2...salam

Wednesday, November 3, 2010

:: Cemas Seketika ::

Kereta Bomba Dan Polis Tiba....

Pinjam gambar dr  en google ye..
Selamat Pagi...Prince baru je selesai breakfast kat luar harini disebabkan cafe kat ofis dah tutup selama 2 bulan...jadilah terpaksalah makan di luar..korang semua dah sarapan ke belum???

Prince gan beberapa kawan prince bertikam lidah untuk memberi cadangan untuk makan di kedai mana pagi ni...akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi Kedai Gembira di Sek 3 yang kat belakang McD tue..

setibanya kami disana, tibe-tibe muncul juga 2 buah kereta bomba dan sebuah kereta polis dengan tergesa gesa...ramai orang yg berada disana hairan dan ingin mengetahui kemunculan mereka disitu... Disebabkan kedai makan tu gan tempat kejadian tu berdekatan saje, kami pun pergilah jugak tengok2..kelihatan anggota bomba memasuki kawasan perumahan disitu...

Setelah beberapa minit kami tengok anggota bomba dengan polis berbincang dan orang ramai mula tertanya2 ape yang berlaku...timbul la pulak gosip2 yang mengatakan ade orang nak bunuh diri la, ade orang terperangkap di dalam rumah, ade rumah terbakar,tapi tak nampak api pon..rupa-rupanya, setelah ditanya barulah tahu bahawa ada orang buat laporan yang mengatakan ternampak api di rumah tersebut..dan apabila anggota bomba masuk ke rumah itu, terus die membuka tingkap dan hanya mengatakan bahawa orang disitu terlupa untuk tutup api apabila memanaskan makanan...tapi tak terjadi kebakaran hanya asap yang tebal saje kelihatan...Terjawablah segala-galanya...

Prince dan kawan2 pon teruskan hajat kami untuk sarapan di kedai tadi..selepas beberapa minit, kereta boma dan polis itu pon beransur pergi...

p/s: ape pula cite korang pagi ni ??hehe

Monday, November 1, 2010

:: Pandangan Orang ::

1 NOVEMBER 2010...



Salam Sahabat semua dan Selamat Petang...Sekejap je dah masuk bulan november dan meninggalkan bulan-bulan sebelumnya..dalam bulan ni jugak kita ada sambut Deepavali dan Hari Raya Haji kan...

Oklah, prince nak cite pasal pandangan orang ni...Semalam, mase prince duk minum2 petang gan kawan2, ade la terkeluar cerita atau gosip2 panas..panas la sangat :-p
Prince ada seorang kawan ni yang selalu mengadu kat prince yang dia ni tak paham dengan perangai kawan rapatnya..kadang2 ape yang dia buat mesti ade rase tak selesa kepada kawannya..nak dijadikan cerita die pernah nak ngorat seorang minah ni..tut tut die dapat tahu kawannya juga ade hajat yang sama dengan die..dan dari situ kawannya semakin tidak menyukai die..walaupon pada luaran nampak die ok saje, tapi kesannya hanya dapat dirasai oleh pesaingnya saje..Yang prince herannya, minah tu tak layan pon dua2 mamat ni..so tak payah lah nak ade perasaan dengki ke,kecik hati ke, tarik muke dan macam2 lagi la..

Prince gan rakan2 pon ade la juga bagi nasihat kat mereka berdua ni..yelah sebagai kawan tak kan nak tengok diorg macam tu kan..bagi prince manusia yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, lansung tidak diendahkan nasihat yang diberi dan menjawab ‘kubur masing-masing dan dosa masing-masing tanggung’. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja. Walaupun kadangkala orang menderita dan terluka disebabkan sikapnya. Rintihan yang di sekeklilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Agak2nya kalau orang tu ade fikiran negatif kepada orang lain, ape tindakan wajar dari anda??