[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, December 23, 2010

:: Kiriman Dari Kampung ::

Dah Lame Mengidam Nie...


Korang pernah makan tak makanan dia atas tue??? ke tak pernah tengok atau tak taw ape la tu kan...Ok, sebenarnya itulah bubur asyura yang dibuat oleh mak prince dan sedara mara secara gotong royong di kampung..Rasenya memang lain daripada yang lain..memang sedap..tapi ia tak sama dengan bubur lambuk taw..sebab ade orang ingat bubur asyura ni sama dengan bubur lambuk..salah same sekali ye..

Semalam mak prince telefon dan tanye "ade dapat tak bubur asyura?", dan prince pon jawab lah "sini tak ade wat bubur asyura"..rupe2 nya maksud mak prince, dapat tak bubur yang dikirim olehnya kepada sepupu prince. Malam semalam sepupu prince call suruh datang amik kat sek18..dengan pantas prince datang ke rumahnya sebab dah lame inginkannya...

Bagi yang tak pernah rase atau pun tak pernah lihat, sebenarnya bubur asyura ni bubur yang dibuat daripada pelbgai ramuan pada 10Muharam..tapi tak tak kisah pun kalau nak wat bila2..dalam bubur asyura ni boleh diletak seperti isi ayam,daging, kacang atau lain2..Selalunya orang kelantan suke campur pelbagai dalam bubur ni, tapi kebiasaannya kalau ade kacang pon dah lengkap..rase die liat2 sikit dan ditaburkan serbuk kacang atas bubur ni..

Kalau ade antara kawan2 yang nak wat bubur asyura ni boleh la tengok link ini: Resepi Bubur Asyura

Selalu bubur ni memang dibuat ketika bulan Muharam..sape yang cipta bubur ni pon tak taw..yang prince taw prince memang suke bubur asyura ni..hehe..

p/s: korang pernah makan tak bubur asyura ni??

Wednesday, December 22, 2010

:: Tak Di Duga ::

Merewang Sini Sana...


Semestinya hari minggu yang lepas diisi dengan penuh aktiviti antaranya ber'window shopping' dengan apad..di mane lagi kalau bukan Plaza Low Yat..Kebiasaanya disitu memang jalan agak sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu di atas jalan raya..

Beberapa tujuan utama kami ke sana adalah untuk survey harga barang2 yang tertentu seperti kamera DSLR, Laptop, Portable Hardisk, Handset dan pelbagai lagi..tujuannya adalah untuk masa hadapan..haha..Terdapat juga beberapa barang yang membuatkan prince rase teruja untuk memilikinya seperti kamera DSLR NikonD90,3100, CanonD550, D500..tapi bila pergi kedai komputer pulak nampak hardisk 1 Tera..teringin nak beli jugak..ntah ape yang nak diisi dalam hardisk tu pon tak taw..memang banyak betul pilihan nak dibuat..selamat lah prince dapat kawal nafsu boros..kene la saving gak untuk masa depan kan...

Baliknya pula sudah malam, kami terus je ke kedai mamak kegemaran kami di Hakim untuk menyaksikan perlawanan kedua antara Malaysia dengan Vietnam...penuh dengan aksi yang mendebarkan sepanjang perlawanan itu..Tahniah, Malaysia dapat mara ke final...Ni prince nak tunjuk video yang prince ambik kat kedai mamak ritu..meriah betul...jom layan




p/s: Ahad ni, sama2 lah kite sokong pasukan bolasepak negara kita ye kekawan..

Tuesday, December 21, 2010

:: Konvoi ::

Kawin Lagi...

Asyik citer pasal kawin jer kan..Bukan prince yang nak kawin ye..maklumlah kenduri kawin belum melabuhkan tirainya lagi pada bulan Disember ini. Kali ini kenduri kawin salah seorang dari anak staf di ofis prince iaitu Kak Zakiah..

Jadi, kami berpakatlah berkonvoi ramai2 untuk ke rumah Kak Zakiah yang terletak di Jalan Iskandar,Kapar..Mula-mula ingatkan tak ramai, rupanya sekali konvoi 8 buah kete daa..macam rombongan pegantin pulak..dah la ramai yang pakai baju kaler unggu dam merah...berpakat ke ape diorang ni...Jom layan gambar semasa konvoi itu..

berkumpul...tengah tunggu kak sariah n kak shida sampai pulak..
ketibaan Kak Sariah...mane Kak Shida nie??
Akhirnya, peserta konvoi terakhir pun sampai..

dah sampai rumahnya...

hadiah tuk pegantin..
Kak Zak meyambut tetamu yg hadir..

Menjamu selera..salah satu menu yg prince dpt makan ialah kambing bakar..nyam2..
wah makan bersama kak su dan wan ni eh..ehem2
]

prince pon gah khusyuk makan tu..sempat lagi kameraman ni snap..

eh..eh..CAH baru sampai gan little gurl nye..

nak balik dah...Kak Sar n Wawa tgh ingat nk amik gmbr diorg la tu..haha

Nilah saguhati yang kami dapat dari kenduri Kak Zak..banyak tue..

p/s: Minggu depan mungkin kenduri kawin yg terakhir untuk bulan ni yg akan prince pergi..Nasi minyak..Nasi minyak...huhu=p

Monday, December 20, 2010

:: Zuhaimi's Wedding ::

Jalan-Jalan Makan Kenduri...



Dah lame prince nak post entri ni tapi terpaksa tunggu dulu sebab picture ni baru dapat dari kamera member prince..maklumlah kamera prince dah rosak..Apepon, alhamdullilah kerana kami berjaya sampai ke pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri kawin member prince, Zuhaimi dan pasangannya...

Setelah sekian lame tak menjejakkan kaki ke negeri yang diberi jolokan nama jelapang padi ni, akhirnya sampai jua kami ke sana. Perjalanan memakan mase 7 jam lebih dari Shah Alam ke Pendang. Sepanjang perjalanan nak ke rumah pegantin, kiri kanan kami disajikan dengan lautan hijau padi yang sejuk bila mata memandangnya..walaupon ade jugak kami lihat beberapa bendang sawah yang ditenggalami air kerana musim hujan.

Sebaik kami tiba dalam pukul 2.30 petang, pegantin yang menjemput kami dihadapan rumahnya, seolah2 kami pulak yang dirai ketika itu..Jom tengok gambar yang sempat kami snap disana...

Sampai je, terus makan..perut dah berbunyi..

Barang hantaran pihak perempuan

Pelamin pegantin..

Ape lagi..bergambar lah..

Prince dengan pasangan pegantin..


Keris tamingsari ke ni???heehee

Alamak, pegantin minta balik daa keris tue!

Tolong!! Jangan Tikam aku....

Saguhati dari pegantin..

Nak pulang dah..
Eh..eh..banyaknya abg ni bagi...

SInggah solat dulu...sangat unik masjid tu..

Prince gah tunjuk lautan sawah padi

Bergaya sket...huhu

Menikmati udara yang nyaman dan menyegarkan

eh..eh..nak terjatuh ke saje2 wat tue???

berehat di RnR Tapah..

Bang..durian takde ker??

bersantai dulu sebelum memulakan pemanduan..

Thursday, December 16, 2010

:: Go Go Malaysia ::

Malaysia 2 - Vietnam 0


Morning You All....

Semalam sungguh meriah suasana di restoran mamak atau dikenali sebagai restoran Hakim..sungguh ramai yang ingin menyaksikan aksi bola sepak separuh akhir antara Malaysia menentang Vietnam malam semalam. Walaupon bukan di stadium tapi suasananya seperti dalam stadium setiap kali Malaysia menyerang ke kubu lawan. Penuh dengan sorakan serta tepukan kepada pemain2 Malaysia yang bersungguh2 hendak memenagi perlawanan malam tadi.

Apa yang prince nak kongsikan adalah beberapa orang asing yang berkulit gelap, mereka pon turut serta sorak dan berikan tepukan kepada pasukan Malaysia walaupon bukan warganegara kita. Maybe diorg hanya student di sini. Terima Kasih kepada mereka yang sudi support Malaysia.

Satu lagi spesel restoran ni ialah ayam gorengnya..memang betul-betul mengancam habis..memang berbeza dengan rasa ayam di tempat lain.sebab tu lah tak heran ramai orang yang datang ke sini terutama student. Layanan dia jugak bagus dan pantas..Eh..eh promote restoran ni lak..diorg kene bg komisen ni..haha

Cuma, ape yang prince kesalkan apabila melihat budak2 atau orang tua berjalan mengutip derma sambil dipimpin oleh orang yang bukan OKU..boleh dikatakan selalu mengutip derma disitu..memang kebanyakkan kita sering simpati dan memberi derma...begitu juga prince, tapi bila difikirkan balik betul ke diorg ni susah, bila tengok org yg pimpin OKU tu pakai jam tangan yg berjenama..kasut pon ade brand..tapi yang si OKU tu macam tu je setiap kali..hmm, hati2 lah supaya anda tidak ditipu ye...

Harini dah 10 muharam atau Hari Asyura,salah satu hari yang diraikan oleh Umat Islam, kalau tak silap prince banyak peristiwa yg terjadi pada hari ini antaranya adalah Nabi Adam dan Hawa dicipta, Allah S.W.T  mencipta langit dan bumi, Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga, Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api dan Allah S.W.T menenggelamkan firaun pada hari asyura.Banyak lagi peristiwa dalam hari ini sebab prince ada dengar ceramah mengenai ini masa di U dulu. Memang baik kalau kita berpuasa sunat di hari sebegini..kalau kat kampung mesti mak prince dan sedara mara bergotong royong wat bubur asyura..teringin sangat nak makan bubur tu..

p/s: ade orang tolong kejutkan prince bangun sahur..hehe..tq =)

Monday, December 13, 2010

:: ssSssshhH... ::

Rahsia Terbongkar!!!


Hepy MonDay!!...

Entri prince kali ini ringkas sahaja tapi sangat padat..Prince nak tanya pernah tak ada dikalangan anda semua pernah mengalami rahsia yang anda pendamkan mungkin bertahun2 atau lagi lama dari itu tiba-tiba diketahui umum?? Agak-agak apekah respon atau reaksi anda ketika itu?? pengsan?malu? sakit jantung? tergamam?mati terkejut? atau tak terkeluar kate2?(senyum..tak perlu kata apa2..:-p)

Rasa-rasanya anda dalam kategori yang mane? jomlah share sikit dengan prince..cite pengalaman korang yang dah terkantoi ke..atau ada cara-cara anda mengelaknya??

Tapi kalau rahsia tu amat lah berat dan sulit..mahu meletup je korang kan...macam gambar picture kat atas tu..tunggu mase nak meletup je..hehe

p/s: tak sempat nk berblogwalking, banyak keje, tunggu habis keje prince dtg menjenguk ye =)

Friday, December 10, 2010

:: Shah Alam - Perak - Kedah ::

Balik Kampung & Kenduri Kawin..


Salam Jumaat rakan Bloggers yang dikasihi...

Bagai pinang dibelah dua pasangan dalam gambar diatas itu..Ok, itu adalah antara tujuan prince untuk pergi ke Pendang, Kedah esok sempena perkahwinan sahabat prince sejak dari universiti lagi. Tahniah kepada mereka yang telah diijabkabulkan pada 4 Disember lalu di rumah pegantin perempuan.

Pada tengah malam pula, prince dan tiga lagi kawan prince akan bertolak ke kampung prince terlebih dahulu sebelum kami pergi kenduri sahabat kami keesokkan harinya. Dapat la juga lepaskan rindu pada family prince di kampung..tapi anak buah prince tak ade di kampung mereka berada di Ipoh..geram tak dapat nak tengok mereka yang comel molek tu...

Kebetulan malam ni budak2 ofis ajak main bowling pulak..tiga jabatan pula tu terlibat sekali, maknanya memang ramai yang turun malam ni antaranya Department Canseleri, Pusat Perancangan Strategik dan IneD. Kalau jadi tentu meriah malam ni dengan pelbagai aksi yang akan ditonjolkan dan dipertontonkan..tapi kami semua ni amatur lagi, so jangan heran kalau ramai yang "cuci longkang"..hehe

lepas main bowling nanti, prince kena balik bersiap sedia untuk perjalanan ke kampung pulak..kene minim kopi kapal api dulu ni."betul2 kaw"..haha..selamat la kawan2 prince pun boleh drive..biarlah diorg drive prince boleh tido nyenyak2 kat belakang..hehe

Ramai kawan2 yang tak dapat pergi telah menumpangkan hadiah2 mereka untuk dibawa bersama kami..memang banyak la hadiah untuk diberi kepada pegantin..mesti orang tengok pelik je kami bawa banyak hadiah, tapi lantak lah ape orang nak kate yang penting kami nak makan nasi minyak..nyam2..

p/s: korang ade jemputan kenduri kawin jugak ke weekend ni??