[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, January 3, 2011

! Kasih Si Ibu Beruk !

Tak Boleh Terima Kenyataan...

Gambar Hiasan..

Entri kali ini prince nak share dengan korang kisah si beruk yang dipelihara oleh makcik prince di kampung. Si beruk ini diperoleh dari Tuannya yang menjual kepada makcik prince sejak awal tahun lalu dan beruk ini merupakan seekor betina.

Tugas Si beruk ni adalah menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk mengambil kelapa atau petai atau buah2 yang tinggi dan memerlukan kemahiran memanjat. Itulah tujuan utama makcik prince mahu membelinya disebabkan rumahnya banyak pokok kelapa yang tinggi lampai.

Pada awal tahun baru 2011 ini, si beruk betina ini mengejutkan makcik dan sanak sedara yang mengenali beruk ini kerana tiba2 si beruk ini telah melahirkan anaknya. Makcik prince menyedari setelah melihat si beruk betina ini memeluk anaknya dan mencari2 kutu di kepalanya walaupun anaknya itu belum membuka mata lagi..Dalam masa yang sama makcik prince juga turut gembira dengan kelahiran anak beruk itu. Tapi, menjadi persoalan disitu apabila ade orang menanya dari mana datang beruk jantan? sedangkan kawasan disitu jarang untuk menemui beruk selain di dalam hutan..

Malangnya, hari kedua anak beruk itu kelihatan tidak bermaya walaupun cuba diberi minum dan makanan oleh makcik prince dan ibunya sendiri. Namun, anak beruk itu akhirnya mati didalam dakapan ibunya. Walaupun begitu si ibu beruk ini tetap cuba memberi sedikit makanan kepada anaknya itu walaupun sudah mati.

Disebabkan itu, makcik prince suruh anaknya tanam bangkai anak beruk itu, tetapi si ibu beruk itu naik marah dan tidak beri orang mengambil anaknya itu sambil memeluk anaknya itu dan mencari kutu2 di seluruh badan anak kera itu.
Sumber dari Google

Prince dapat tahu melalui  mak prince yang menceritakan kepada prince bila prince menghubunginya semalam. Sampai sekarang pun beruk itu masih menjaga anaknya yang dah mati itu. Memang ramai yang rase simpati dengan beruk itu namun prince rase beruk itu terlalu menyanyangi anak beruk yang mati itu.

Tapi sekarang kita lihat segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat manusia malah lebih teruk dari itu apabila anak sendiri dibuang dijalanan atau di tempat2 kotor sehingga ade yang dijadikan makanan binatang buas. Banyak lagi di dada2 akhbar yang menceritakan kisah pembuangan bayi di merata2 tempat sepanjang tahun lepas. Sedangkan haiwan lagi tahu mengasihani inikan pula manusia yang diberi akal fikiran. Allahualam..

Sekian. Terima Kasih yang sudi membacanya.

Sunday, January 2, 2011

! Bermulanya 2011 !

Ambang Tahun Baru Di I-City...




Sori lambat lak prince nak post entri nie..sepatutnya semalam prince nak post pastu ada masalah internet terpaksalah post hari ini..:-(


Sebelum menjelang ambang tahun baru 2011, prince memang plan nak ke i-city dengan housmates prince sebab ada diantara mereka yang tak pernah pergi lagi pun i-city walaupun rumah kami berhadapan saja dengan i-city tu..Tujuan kami hanyalah untuk melihat bunga api disana dengan jarak dekat.Kalau sebelum ni, prince tengok bunga api dari rumah saje pun dah boleh kalau ade event yang dibuat di I-City.


Tapi, sebelum kami pergi ke sana, kami plan untuk makan besar kerana masing2 malas nak memasak untuk malam tahun baru ni. Jadi pilihan kami pergi makan di luar iaitu Anggerik Corner. Menunya ialah ayam masak masam-masam manis, ikan kembung masak 3 rase (sebenarnya nak makan ikan siakap tapi dah habis pulak ikan tu), sotong goreng tepung, kangkung goreng, tomyam campur dan nasi putih. Tak pecaya jom tengok gambar yang sempat prince ambik walaupon dah nak abis makan..




Lepas mengenyangkan perut, barulah kami berjalan kaki ke i-city sebab jalan ketika itu memang sangat sesak sehingga motor pun susah nak parking. Jadi untuk memudahkan perjalanan kami, hanya berjalan kaki sahaja ke situ. Akhirnya kami sampai ke i-city jua dengan hanya mengambil mase 20minit saje berjalan kaki..boleh membakar lemak di perut ni..hehe


Baru Sampai dah bergambar wpon penat berjalan..


orang ramai memenuhi pentas ini kerana ada artis 


warna warni di icity..

Jalan sesak ketika pulang...


Setiap kali prince datang ke i-city mesti ade tempat baru yang dibina..tapi prince tak sempat masuk ke tempat baru tu kerana telah ditutup. Prince pergi i-city hanya semata2 untuk tengok bunga api sahaje..Detik pukul 12am akhirnya bermula Tahun 2011 dan pastinya semua menanamkan azam masing2 pada tahun ini. 


p/s: Hujung minnggu ni korang sume wat ape??

Saturday, January 1, 2011

! Berakhirnya 2010 !

Kenangan Tahun 2010...


Awal 2010, prince telah menamatkan pengajian prince di peringkat U dan mula memasuki alam pekerjaan. Alhamdullilah, prince mendapat pekerjaan sebaik habis study dan memulakan langkah dan menimba pengalaman sebagai seorang yang bekerjaya. Semua kawan2 prince masing2 dengan membawa haluan sendiri namun masih lagi melakukan aktiviti beriadah bersama2 jika ada kelapangan.


Antara memori kenangan sepanjang 2010...










Apepun Terima Kasih 2010 yang meninggalkan banyak kenangan dan memori untuk diingati, terutamanya kehadiran dan keterbukaan hati ini menerima seorang gadis untuk disayangi dan dicintai walaupun baru setahun mengenalinya...



Berakhirlah sudah Tahun 2010 dan Selamat Datang Tahun 2011..Segala kesilapan diri, keterlanjuran dalam menulis entri dalam blog ini serta yang mengenali prince, jutaan ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita dan semoga 2011 dapat menyingkap memori yang lebih manis dan teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat..Assalamualaikum. 

Thursday, December 30, 2010

:: Garuda DiBaham Harimau ::

Ngauman Harimau Malaya…

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…



Ole!!Ole!!,Ole!!Ole!!...Ole,Ole,Ole,Ole....Berjuanglah..Pahlawanku, Satukanlah Tekad Semangat Mu, Kami Rela...Korban Nyawa Demi Daulat Negara (Malaysia) Tercinta...

Akhirnya! Pasti! Nyata! Piala Suzuki AFF 2010 mutlak menjadi milik Malaysia selepas perlawanan final pertama di Bukit Jalil dengan bekalan selesa 3-0 dibawa oleh anak buah Jurulatih K.Rajagopal ke Stadium Gelora Bung Karno yang bergelora kecewa apabila  pasukan Malaysia atau Harimau Malaya membaham Garuda dengan aggregate 4-2.

Di awal pemainan lagi penjaga gawang Malaysia mempamerkan aksi paling cemerlang apabila  sepakan penalti Firman Utina Berjaya diselamatkan Khairul Fahmi..Walaupun beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. Ternyata cahaya laser bukan memberi masalah kepada Khairul Fahmi seperti didakwa oleh penjaga gol indon.
Pada minit ke-55, Skuad Garuda semakin parah dengan kepatahan sayapnya apabila Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali. Walaupun Indonesia Berjaya memperoleh 2 gol saguhati dari Malaysia namun tidak mampu menyekat kemaraan anak buah Rajagopal menjuarai kejohanan ini.

Prince sekali lagi dapat menonton bersama penyokong kebangsaan di “stadium” Hakim Restaurant. Kenapa stadium?jom tengok gambar ni…


Lautan Manusia memenuhi restoran hakim..
Penonton yang sentiasa bersorak
Bunga Api dibakar selepas kemenangan
Prince sempat menonjolkan diri..ehehe
I Love Malaysia
Leader Sorakan..
Riuh bila wisel penamat dibunyikan
Tepukan diberi kepada pemain Malaysia
Wartawan dari mane ntah yang wat liputan disini..
Semestinya, segenap Rakyat Malaysia menyambut gembira dan bersorak apabila pengadil meniup wisel penamat walaupon prince begitu geram dengan pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan dengan berat sebelah. Tambahan lagi, rentetan dari kemenangan ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak menghadiahkan kepada rakyat Malaysia cuti umum pada esok hari iaitu Jumaat ini.Terima Kasih kepada PM kerana prihatin dan berbangga dengan kemenangan ini. Ini juga menjadi batu loncatan kepada pemain2 muda Negara ni untuk pergi jauh lagi atau mungkin melayakkan diri ke final piala dunia.

p/s: Sememangnya MALAYSIA LAYAK MENANG!

Tuesday, December 28, 2010

:: Pencuri Murahan ::

Ape punye barang la ko kebas...



Selamat Pagi dan Assalamualaikum...

Prince nak cite satu kisah mengenai pencuri murahan hari ini. Kejadian ni berlaku tengahari semalam apabila prince balik ken rumah untuk berehat ketika waktu lunch hour..Alkisahnya, lebih kurang pukul 1.45pm prince dan kawan prince yang juga balik berehat di rumah masing2 menyiapkan diri untuk pergi ke tempat kerja..kawan prince yang terdahulu keluar rumah sementara prince baru nak ambil air sembahyang untuk solat Zuhur..Tibe-Tibe...

Tuk..Tuk..(Bunyi pintu di ketuk)
Dalam hati prince member aku ni tertinggal kunci ker??
Prince pun pergi la buka pintu..tengok2 ade seorang budak depan pintu..lalu berlakulah perbualan seperti di bawah ini:

Prince: Ada ape?
Budak: Bang, nak tumpang toilet boleh, saya dah tak tahan nak terkencing nie bang..boleh la  bang..   (sambil wat terkepit2 nak buang air)
Prince: Rumah kat mane?
Budak: Rumah saya jauh kat sana bang..(sambil tangannya memegang bahagian tuuuuttttt)
Prince: Jauh kat mana?
Budak: Taman sebelah sana..jauh sana tu bang..
Prince: Tengok I.C ?
Budak: Saya tak bawa I.C bang, mak saya kate kalau I.C hilang kene bayar RM100. (pandai lak budak ni jawab)
Prince: Name sape?
Budak: Nama saya Shahrul bang..
Prince: Umur?
Budak: 17 tahun..baru lepas SPM..
Prince: Buat ape datang sini?
Budak: Nak jumpa kawan kat sini bang..
Prince: Rumah kawan kat mane?
Budak: Dekat kawasan ni bang, tapi die tak ada sekarang..(sambil mate die melilau melihat keadaan dalam rumah prince)
Prince: Maaflah dik, cari tempat lain la..sini tak boleh. (Disebabkan kelakuan yang mencurigakan prince tak sedap ati nak bg die masuk, terus tutup pintu kunci.)

Selepas tu budak tu berlalu pergi dan prince perhatikan die dari tingkap jalan dengan selamber jer tak rase macam nak buang air pun..dalam hati budak itu menipu atau berlakon je..Prince pun pergi la amik wuduk kembali di bilik air..selepas keluar bilik air, prince jenguk ke tingkap semula..tibe2 kelihatan budak tadi berada di tingkat 1, bawah rumah prince..prince perhatikan kelakuan die yang curiga itu..

Mula2 die pandang kiri kanan supaya tiada orang perasan..die tak perasan prince sedang perhatikan die dari atas..Selepas tu die berjalan ke ampaian di luar melihat pakaian yang disidai disitu..Memang prince tahu orang bawah tu tiada di rumah kerana keluar bekerja dan akan balik petang sama dengan waktu prince balik..Then, tahu ape yang die wat..benda pertama yang die amik ialah 'Boxer' dan lepas tu die try boxer tu kat diri dia..dan prince tengok die angguk dan terus letak boxer tu ke atas bahu die..kemudian die amik jersi warna merah pulak yang disangkut guna hanger..try kat badan dia dan dia letak kat bahu die lagi..pastu die nak amik naju lain pulak..prince sergah dia dari atas.."Ooii Budak!" , die tercari2 orang yang jerit tu..lepas tu prince keluar tangan kat tingkap bagi amaran..die terus buka langkah seribu la..prince turun ke bawah dan tengok die dah tak ade..

Selepas selesai solat, prince pun hendak ke tempat kerja semula, dalam perjalanan nk ke tempat kerja tu teserempak lagi dengan budak tadi..terus prince sergah die laju die larikan diri dengan bawa boxer gan baju tadi bersamanya..disebabkan dah terlambat nak pergi kerja prince malasla nk kejar die..tapi kalau die datang lagi memang sangat cam muka budak tu..cuma lupe nak tangkap gambar die pulak..kalau tak boleh tampal poster kat bawah tulis "WANTED"..

p/s: korang pernah terserempak dengan pencuri juga tak??

Monday, December 27, 2010

:: Sorakan Malaysia ::

Detik Harimau Baham Garuda..



TAHNIAH dan SYABAS kepada pasukan bolasepak negara kita yang melakar kemenangan bergaya di tempat sendiri dan membawa bekalan selesa dengan 3 gol ke perlawanan final kedua di Indonesia.

Rase-rasenya semua peminat sukan di tanah air berasa gembira dengan keputusan ini dan diharapkan mereka sekal lagi mempamerkan aksi yang seperti ini pada Rabu ini. Prince dapat rase bahang kehangatan final edisi kali ini dengan sorakan padu penyokong2 Malaysia dari mula hingga tamat perlawanan bukan sahaja di stadium malah di seluruh tanah air. Kegembiraan dan sorakan bermula apabila gol yang dicari akhirnya menjelma dan disusuli oleh 2 lagi kemudiannya..Walaupon prince tak hadir ke stadium namun tetap memberi sorakan padu bersama kawan2 yang lain dengan menonton televisyen...Seakan-akan macam baru tamat perang sebaik wisel penamat ditiupkan, laungan jeritan suara berkumandang dari seluruh tempat mahupon di kedai atau pun rumah...semuanya menjerit keriangan tak kira laki atau pun perempuan..

Cuma ape yang prince kesalkan adalah sikap segelintir penyokong Malaysia di stadium yang tiada semangat kesukanan apabila meyalahgunakan laser kepada pemain di padang..Sepatutnya mereka hormati pasukan lawan dan menyokong pasukan negara dengan sorakan tetapi mereka ini membuat kita rase geram apabila perlawanan diberhentikan sekejap ketika aksi rancak Malaysia tengah menyerang ke kubu lawan..

Hanya selangkah lagi kaki untuk membawa Piala AFF Suzuki ke Tanah Air jika pemain Malaysia bermain seperti ini dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Apepon, prince tak sabar menunggu aksi 90 minit lagi yang mendebarkan pada perlawanan final ke2 nanti..sama2 kita memberi sokongan kepada pasukan bolasepak negara kita..

p/s: sangat hepi yang tak terhingga malam ini...mesti ramai yang akan tulis entri dan bercakap mengenai bolasepak saje minggu ini...tgk status fb kawan2 sume komen pasal bola..hehe =)

Friday, December 24, 2010

:: Chef Baru ::

Hidangan Malam...


Gambar di atas tue adalah menu malam semalam yang dimasak oleh chef baru rumah kami iaitu Zul..Semalam dia beria-ia benar ajak prince pergi beli barang kat Giant nak masak..So ikut je la..ada orang nak masak, prince makan jer..rezeki beb..haha

Selepas 30 minit membeli bahan mentah di Giant.. barulah terfikir nak masak ape..lame tu duk pusing2 kat kawasan benda2 basah tu..tengok ayam dah rase jemu..tengok ikan pulak, mak aiii..harga punyalah mahal teringin nak makan siakap 3rase tapi sebab 2 orang je yg nak makan tak jadi la beli..carilah udang pulak..tapi dah habis jual la pulak..last2 kami beli sotong je..kawan prince kate die nak makan sambal tumis sotong..selamat la prince tahu resepi die..so boley la beli sotong tu..sayur pulak beli touge jer..

Sampai rumah je suruh la die masak...tapi die pulak elok dah panas minyak tu, menjerit panggil prince sebab tak tahu nak masak macam mane..tadi kate dah paham dan senang je lepas bagi taw resepi.. prince tgk die dah siap potong bawang, cili, dan macam2 lagi la..sambal dah tumis tapi yang tak kene nya dia tak blend atau tumbuk dulu bawang dan cili tu terus masuk je dalam sambal tu..tapi prince kate tak pe la..ko yang nak makan kan..haha...

Tapi bila dah siap..boleh tahan gak sambal tumis sotong die tu..habis dengan licinnya sambal tu..yang tinggal asam keping je..memang sedap atau kelaparan kami eh?? Tapi prince puji masakan ikan tempoyak die..memang ade class,..prince kene belajar dari dia resepi tu...

p/s: Seronok bile rumah kami ade sorang lagi chef baru..hehe