[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Friday, January 14, 2011

! Makan Kek !

Terima Kasih...


Terima Kasih..itulah ungkapan daripada kak Mai kepada sume rakan2 nya di ofis prince ini kerana hari ini merupakan hari terakhir Kak Mai bersama kami di ofis ini. Sebab tu la die wat masak-masak untuk kami rase masakan die. Lepas ni tak dapat merasa dah..Apepun awal-awal pagi lagi satu ofis dah makan kek..bukan kek saje yg ade taw..mihun dan kuih pun ade jugak...makan free la kami awal pagi tadi..

Kek die memang sedap lar..ade rase coklat + pisang + pic lagi..terbaik lar..roti sardin goreng pun sedap gak..prince siap minta die ajar lagi wat resepi tu..hehe, pasni kene try wat la kan..Kami satu ofis ni kalau ade farewell or celebrate bufday ker mesti ade nyanyi2 walaupon taw ujan akan turun dengan lebatnya selepas kami nyanyi2..tak sah kalau tak de nyanyi2 ni..sifu kami sape lagi kalau bukan "Nenek Kebayan" dan Mr K..Diorang la vokalis utama kumpulan kami..riuh jadi kat pantri tue..Tapi, segan pulak prince nak post video kami nyanyi2 tue kat dalam blog ni..takut nanti ade orang panggil wat rakaman pulak kan..haha:p

Malam ni kami bercadang untuk bermain bowling dengan Kak Mai sebelum die berpindah esok hari..dah lame tak melontar bola nie..tapi, harap2 tak hampa bila kami datang ke sana nanti..takut jadi macam dulu 2 kali terpaksa cancel sebab ade orang dah booking pusat bowling tu kerana ade tournament..kempunan kami..

Ok la ni je entri prince kali ini..jumpe lagi next time..=)

Thursday, January 13, 2011

! Merah Itu Versatil??? !

Tali Leher Merah...

Dari Kiri Prince, Mr K dan Mr F
Topik hari ini kan prince berminat nak tanya u all semua mengenai tali leher berwarna merah.Ape yang prince tahu tali leher memang mempunyai gaya, fesyen dan penampilannya yang tersendiri apabila digayakan dengan baju kemeja. Prince dari zaman u lagi memang suke tengok orang pakai tali leher kaler merah dipadankan dengan baju kemeja. 

dah macam ahli politik jer..
Setakat ni prince dah 'memperagakan' baju kemeja kaler hitam dan tie merah, putih dan merah, biru dan merah, kelabu merah dan..xingat dah kaler ape lagi..tapi prince rase memang kebanyakkannya masuk dengan kaler baju tu..Prince paling suke kalau pergi dinner pakai baju kemeja hitam dan tie merah..sangat suke kombinasi dua warna ini. Prince rase nampak macam misteriiii.... lomentikkkk... kacakkkk.... bergayaaaaa..... berkaliber.....hahahaha..ye lah sangat tue..

So, kali nio prince nak bagi tips untuk memakai tali leher yang prince rase agak sesuai la..

Pilihan 1 : kalau baju berjalur/berkotak = pakai la tie yg kosong/bertekstur /bertona warnanye

Pilihan 2 : kalau baju kosong = pakai la tie yg bercorak, samada berkotak/jalur

Pilihan 3 : kalau baju kaler cerah, pilih la tie gelap dan sebaliknya

walaubagaimanapun, tak salahkalau nak pakai baju berjalur/corak + tie berjalur/corak  dan sebaliknya. Ini hanya pandangan prince dari pengalaman dan pengamatan kepada lelaki yang mencorakkan tali leher dengan kemejanya.

Ade prince terbace kat surat khabar yang mengatakan terdapat kajian yang mendapati warna merah ialah warna yang paling berkesan untuk menajamkan perhatian manusia terhadap perincian, manakala warna biru pula paling baik bagi meningkatkan keupayaan kita untuk berfikir dengan kreatif.

p/s: Kalau u all kan suke lelaki memakai tali leher kaler ape? saje nak tahu pandangan orang lain jugak..hehe..jom share!

Wednesday, January 12, 2011

! Pertemuan, Kebersamaan & Perpisahan !

Majlis Perpisahan Kak Mai...

Cik Maimunah Miswan
Perpisahab itu akan selalu ada kerana kita pernah berjumpa, bersama, senda tawa dan ianya jugak adalah sebahagian warna-warni dalam kehidupan kita.Tanggal 11.1.11 iaitu semalam ofis prince meraikan majlis perpisahan salah seorang staf kami iaitu Cik Maimunah yang akan bertukar ke tempat kerje barunya mulai minggu depan. 

Ape yang menariknya tentang Kak Mai ini adalah kerana sikapnya yang mudah mesra dengan orang, baik, suke memasak dan bagi orang lain merasakan masakannya, rajin dan senang untuk ajak beriadah. Antara kenangan prince bersama Kak Mai sepanjang prince bekerja di sini :

Sewaktu menunggu bas ketika hendak pergi ke team building

bersama dengan kak mai menghadiri majlis kawin En Fikri

beraya di rumah Dr Nazip

ketika di atas kapal utk pergi Pulau Tioman

bergambar bersama ketika Jamuan raya di ofis

menghias gerai di padang kawad sempena sua raya aidilfitri

ini sebenarnya harijadi prince, tapi bagi penghormatan kpd kak mai untuk potong kek..haha

Tidak usah terlalu bersedih, Kak Mai…. kerana engkau akan menemukan suasana yang baru, bukan disini lagi, tapi disana.  Namun percayalah Kak Mai….. hati kami akan selalu terikat.  Jalinan ukhuwah akan semakin erat, semakin jauh ragamu melangkah, semakin hatimu mendekat. Segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan diraih, segala langkah yang akan diayunkan, yakinlah disana pasti temui kejayaan. Di sana ada keberkahan, dan di sana pasti ada cinta. Moga2 dapat kad jemputan kawin dari Kak Mai nanti..boleh prince datang ke Teluk Intan lagi..hehe..jap..nape tetibe baru prince rase macam jiwang sangat ni..lantaklah..haha

Gambar2 majlis semalam:

big boss bagi gift kat cik mai

ni nak share makanan ke?

smj sibuk je bersms dari mula sampai tgh makan..haha

aik, cah n n.k  ni kemabr ker..haha

prince yg pakai tie merah tu..cari le..haha
Pesanan prince pada Kak Mai supaya sentiasa ingatkan kami disini dan semoga lebih berjaya di tempat baru nanti. Terima Kasih atas segala kebaikkan Kak Mai pada prince dan jika ada salah dan silap sejak mengenali prince maaf dipohon.  Kad Ucapan semalam prince buat cincai2 je tapi penuh keikhlasan, semoga Kak Mai terhibur.

Monday, January 10, 2011

! Mengidam Ke Aku?? !

Craving for DSLR...


Itulah aksi prince ketika memegang Nikon D90 yang masih bau kedai lagi..tapi malangnya kamera itu bukan lah prince punya tapi kepunyaan Mr Apad. Terasa seronok dan teruja bila dapat test kamera baru die tu.. 

Sebenarnya dah lame jugak mengidam kamera ni..walaupun dah survey beberapa tempat dan dah taw macam2 mengenai kamera ni membuatkan prince terasa ingin memilikinya juga. Tapi, kene pikir dua tiga kali jugak tu nak beli sebab harga dia pun bukannya murah beribu beb..contohnya kamera Nikon D90 ni harga die RM3+++ tue..Tapi bila dah try memang betul2 puas hati. Nikon dan Canon antara yang popular sekarang tapi kebanyakkan orang lebih memilih Nikon. Dan bagi yang dah pro memang sesuai la beli D90 tu..

Alahai, bila la prince nak dapat kamera ni satu..kene saving dari sekarang baru ley beli ni..  banyak betul kemahuan dan kehendak prince ni..Sape2 tahu kedai mane yang best ar nak beli dan harga yang best boleh dapat?? Nak gi usha2 dulu kalau ade kedai best2 kan..Tapi budget takde lagi untuk kamera ni..tunggu prince bentang budget untuk bulan ni..rase2 cukup tak eh??haha

Friday, January 7, 2011

! Tak Menjadi !

Sotong Masak Tepung...


Selamat Hari Jumaat!

Semalam prince teringin nak makan sotong masak tepung seperti gamabr di atas tu..sebab kelmarin prince makan di kedai memang sedap dan teruja pulak untuk mencubanya di rumah. Jadi, malam semalam lepas je maghrib prince pergi la ke kedai berhampiran rumah prince beli sotong...

Balik2 rumah je kawan2 dah tanya nak wat ape dengan sotong banyak2 tue..ape punya soalan la diorg tanye..sambil berseloroh prince jawab nak wat minyak urut..amik ko kan dah kene,haha.. mesti la nak makan takkan nak wat perhiasan pulak..


Dah lepas je cuci sotong tu tibe2 blur sekejap sebab tak tahu macam nak masak sotong goreng tepung lar..resepinya prince tak tahu nak wat camne..jadi ape lagi prince pun search la jap kat google tu pinjam laptop member yang gah online..jumpe la cara2 die ajar..guna bahan yg mane ada di rumah saje..

Bahan2 yang prince guna: Tepung Gandum, telur, sotong, garam, lada sula xde ganti dgn lada hitam, bawang putih yang ditumbuk, tepung jagung sikit dan air...pastu baru la adunnya dalam tepung sebelum golekkan sotong tu dalam tepung...Nak tengok jadi camne??? seperti gambar di bawah ni..

Itulah gaya tepungnya diadun..tapi mula2 nak wat trial jer dulu sebab nak tengok jadi ke tak kan..so cadang nak try masak 2 atau 3 dulu...so, panaskan lah kuali kat api tunggu sehingga minyak panas...



Kali pertama try tengok macam jadi...so memang happy la prince kan..cuma rase die kurang sikit sebab xde rase sangat..sebab tu prince tambah ape yg patut supaya ade rase..Disebabkan yakin dengan percubaan pertama prince pun bersedialah untuk masak yang betul2..pastu, tengoklah ape yang jadi seterusnya...





Begitulah jadinya..ku sangkakan dapat makan sotong goreng tepung yang diluarnya rangup dalamnya lembut tapi luarnya leper dalamnya liat pulak...haha..Entah kenapa boleh jadi leper pun tak tahu..tapi rasenya boleh tahan cuma bentuknya tak seperti yang diharapkan...

Prince pun try la dapatkan respon dari Mak2 orang di ofis prince..kate mereka sebab prince tak letak banyak minyak..atau org putihnya kate kene goreng deep fry dan minyak betul2 dah panas baru masukkan sotong tue..itulah Alkisahnya di malam semalam...

p/s: sesape yang tahu resepi ni ley lah share dengan prince boleh prince belajar..boleh tak??? =)

Thursday, January 6, 2011

! Photo Kahwin !

Atas Permintaan mereka...


Entri Prince kali ini lebih berminat untuk meletakkan photo kahwin sahabat prince ini diatas permintaan yang menggalakkan daripada rakan2 prince sendiri yang ingin melihat photo mereka kawin dan juga kepada Aleen yang beria-ia benor nak tengok photo kawin member prince ini. Jadi, untuk tidak menghampakan permintaan mereka ini, prince mempersembahkan photo2 pada hari perkahwinan mereka itu. 

Disebelah Pihak Lelaki yang diadakan Di Sungai Besi..



Disebelah Pihak perempuan pulak kendurinya diadakan di Sarawak..





Mesti tak sabar nak tengok wajah pegantin perempuan kan???

prince sempat jugak bergambar ketika pegantin perempuan membuka purdahnya itu...Jom Tengok!




p/s: Untung kami balik lewat dapat tengok wajah pegantin disebalik kain purdahnya itu..hehe =)

Tuesday, January 4, 2011

! Aksi Chong Wei & Misbun !

Bercuti Bersama Badminton...


Mentang2 lah sekarang hangat diperkatakan perletakan jawatan secara tiba2 oleh Dato Misbun Sidek dan anak didiknya Chong Wei yang ingin mengikut jejak langkah sifunya, prince pun mengambil kesempatan mengupdate blog prince dengan cite badminton jugak..korang jangan marah, tak de kene mengena pun dengan isu mereka tu...

Cuma prince dah lame tak bermain badminton ramai2 dengan kawan. Kalau mase belajar dulu boleh dikatakan setiap minggu mesti kami pergi ke court untuk main badminton. Terutamanya ketika waktu tengah malam sebab time tu la court disitu tiada orang bermain.

Baru2 ni, prince dapat melepaskan gian bermain badminton dengan kawan2 walaupun masing2 sudah bekerja dan jauh dari rumah masing2 namun kami masih ade mase untuk main badminton bersama. Ceritanya bermula dengan kami berpakat pergi kenduri kawin kawan kami yang bergelar Fido.

Selepas kami berkumpul di kenduri kawinnya, kami berpakat untuk mengabiskan hari minggu kami dengan pergi ke Wangsa Walk di WangsaMaju. Ade yang main bowling ade yang karoke dan ade yang membeli belah disana. 

Selepas ke sini tibe2 kami bercadang untuk mengeluarkan peluh supaya badan kami sihat, jadi kami plan nak pergi main badminton di South Quay, Sunway. Disana kami telah sewa court selama 2jam. Pada mula2 ramai yang nak turun tetapi mungkin ade yang dah rase penat, hanya 8 orang sahaja yang pergi. Inilah aksi-aksi kami ketika bermain...

Yang berbaju putih tu adalah prince..


Inilah aksi ketika bermain..

Menghampiri mata kemenangan..

Mane bulu tangkis nie???

dah keletihan sangat untuk bermain ketika ini..
Jadi, selepas 2jam bermain memang terasa keletihan teramat sangat...rase sakit2 belakang dan sengal2 tulang...memang masing2 menunjukkan skill dan kemahiran yang mantap sehingga terpaksa prince bekerja keras untuk memenangi permainan. Tapi, prince dan kawan2 memang terasa puas bermain badminton. Ada antara kami yang terpaksa balik ke Melaka kerana rumahnya disana.

p/s: Dah lame tak  main volleyball..teringin nak menampar bola pulak..hehe =)