Morning U All...
Hari Sabtu lepas, prince ade tengok cite Puteri Kayangan yang suke berangan2 jer dalam hidup dia...tapi prince terkenang semula pengalaman prince time kat sekolah dulu2..korang pernah tak berkhayal atau berfantasi ketika cikgu tengah mengajar dalam kelas???prince dulu time pelajaran yang memboringkan contohnya mcm sejarah sebab cikgu asyik bace je buku dari teks book sampai mengantuk rasenya..kalau dah nak ngantok tu, prince pun ape lagi mula lah start berangan2 tak tentu pasal..kononnya jadi pahlawan Melaka dulu2 lah..lps tu murid yang nakal sikit tu prince bagi die watak lanun dalam fantasi prince...mengarut jer kan..lepas cikgu dah habis mengajar baru tersedar..haha
Salahkah berfantasi? Ape pendapat korang..? Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge"..tapi disini prince rase bukan ilmu itu tak penting tapi untuk mencapai kejayaan jugak imaginasi mesti kuat untuk cipta sesuatu yang hebat..agaknya la kan..
Bila sesuatu terjadi itu tidak seperti yang kita harapkan, kita akan mula berfantasi dan berkhayal, sama ada kita sedar perkara itu ataupun tidak.
Kita juga kadang bermimpi tentang sesuatu yang kita fikirkan mungkin benar atau mungkin juga tidak. Mimpi itu mainan tidur tetapi mimpi juga adakalanya menjadi kenyataan.
Realiti... suka atau tidak, kita perlu menerimanya. Namun, realiti mungkin boleh berubah jika kita berusaha untuk mengubahnya. Cuma, jangan terlalu berharap... kerana tidak semestinya perubahan itu sesuatu yang kita inginkan dan nanti akhirnya kita hanya mampu berfantasi atau berkhayal.
Fantasi itu indah. Kita menggambarkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan kita. Malah, fantasi juga boleh menyebabkan kita lupa akan realiti. Sering berfantasi akan memerangkap diri kita sendiri kerana nanti kita sukar membezakan mana yang realiti dan mana yang fantasi.
Khayalan... kadang indah, kadang juga tidak. Selalunya berlaku kerana kita berharapkan sesuatu, baik atau buruk. Khayalan juga seperti fantasi. Bila terperangkap dengannya, kita akan terleka dan terlupa seketika dengan realiti.
Mimpi... mainan tidur yang mengisi malam kita. Namun mimpi tidak selalu berlaku dan mimpi juga boleh jadi indah atau seram... dan mimpi, kadang datang kerana fantasi dan khayalan kita. Tetapi hati-hati...
Hidup kita tak akan tidak lari dari fantasi dan khayalan... tak akan lari dari realitinya. semua bergantung kepada kita.... apa yang kita mahu dalam hidup kita??
mahu terus berfantasi?? mahu terus berkhayal?? mahu terus bermimpi?? atau mahu apa yang kita fantasikan, khayalkan, mimpikan...menjadi realiti??
Tiada siapa tahu apa akan terjadi esok...
Yang pasti semua manusia pernah berfantasi,berkhayal,bermimpi atau berangan2...betul tak??