[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, January 27, 2011

! Tak Puas !

Bila Bermain...


Bukan bermain seperti di atas tu yang prince tak puas, kalau main cam dalam gambar tu konfem nak karate je bende tu tapi kene pikir 5 kali jugak takut tangan kaki prince pulak yang dikaratenya..Agak2 kalau letak gajah boleh tak di jongkit balik eh??fikir-fikirkan lah sendiri..
 
Semalam semasa prince bermain futsal setelah lame tak menunjukkan skill menyepak dan terajang bola futsal tu rase macam tak puas pulak bila terpaksa behenti kerana tibe2 hujan turun dengan lebat pulak setelah 1 jam 30 minit kami bermain. Disebabkan keputusan kami yang bertukar lokasi last minute terpaksa la tanggung akibatnya kalau tak kami plan nak bermain di Sport Planet kerana gelanggan tertutup dan berbayar. Tapi sebab nak free punya pasal dapat lah main jugak tapi tak puas la bermain.

Prince 30 minit pertama memang puas berlari dan mengejar bola dan ade jugak score taw walaupun tak banyak, tapi lepas tu kepancitan sudah mula terasa. Hilang Stamina sebab dah lame tak excersice la agaknya. Tapi tetap teruskan game tapi dah slow2 dan mula la pihak seteru menjaringkan gol pulak..diorg tak pe sebab ramai player boleh tukar2 tapi team prince ade seorang je yang reserve..terpaksalah bergilir2 kalau dah pancit..sepatutnya ade 3 orang lagi tapi diorg tak datang pulak..



Team prince yang baju kaler putih tu..tak ramai kan..hehe, tak banyak gambar yang dapat prince snap sebab leka bermain..Lepas rehat je nak sambung balik game baru 15 minit bermain tibe2 hujan turun pula dan ramai pulak yang jatuh sebab keadaan court yang licin, jadi kami pun terpaksalah stop..

Wednesday, January 26, 2011

! Nike Pilihanku !

Sales Di Al-Ikhsan...


Lewatnya prince update bog hari ni kan..Sebanarnya minggu ni prince ade dapat emel dari salah seorang staf disini mengenai jemputan untuk perlawanan futsal pada malam ini.Macam inilah emelnya:

"Salam,
Satu perlawanan futsal yang hebat antara PPS+CANSELERI vs KORPORAT akan diadakan seperti berikut:

 
Tarikh : 26/01/2011 (Rabu)
Tempat: Padang futsal INTEC,Seksyen 17

Waktu : 9.00 malam
Objektif : Menguatkan otot dan mengempiskan perut serta usus
 

semua dijemput hadir..ajak le cik abang n anak2 yang nk join...tunjukkan skill tanpa batasan anda.... 
 
"SUKAN MENJALIN SILATURRAHIM"
sekian,terima kasih
"

Begitulah emelnya..mula2 dapat emel ni rase memang malas join atas beberapa alasan yang kukuh antaranya kasut tak ada. Ini cakap pasal kasut memang prince geram sebab kasut futsal prince dan kawan2 kene curi sebab terlupa letak dalam rumah. Sejak kene curi tu dah lame gak tak beli yang baru dan tak main futsal. Kawan2 lain semua dah beli baru. Akhirnya, semalam terbuka pulak hati nak pergi beli kasut sebab nak main futsal malam ini. Terutama bila bace Objektif perlawanan ini, sungguh hebat dan menarik perhatian prince! Satu lagi kenapa prince nak join futsal malam ni sebab tak cukup orang nak bermain disebabkan tak ramai lelaki yang nak join. 

Mingu lepas prince ade temankan kawan pergi beli kasut futsal di tempat yang sama. Die dan prince berkenan dengan kasut yang kat atas tu. Tapi die xcukup budget pula so die pilih la yang lain. Bila prince gan die pergi semula kedai ni semala, tengok2 ade sales di situ dan lagi angin kawan prince ni sebab bila tengok kasut tu pon ade sales. Prince pun ape lagi dah rezeki prince nk dapat kasut tu, jadi belilah. Mungkin sebab hari semalam adalah hari gaji sebab itulah ade sales. Kalau tengok kat ATM  pun pernuh je orang beratur panjang2...

p/s:Sekarang ni bukan laki je main futsal, perempuan pon dah minat main futsal kan..akhir kate dari prince "Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri"..hehe

Tuesday, January 25, 2011

! Operasi Bujang !

Huwa Huwa Sini Sana...


Gambar kat atas tu adalah ahli operasi bujang last weekend. Dari kiri Faiz, Ridwan dan Prince. Sempena sabtu malam ahad lepas kami mengadakan 'operasi bujang' disebabkan keboringan yang amat di rumah kami. Setelah bermesyuarat selama 15 minit akhirnya kami decide untuk memulakan operasi kami tepat pukul 11.30pm di Le Lac Restaurant, Seksyen 7 kerana masing-masing nak tengok bola sepak EPL. 

Sambil menonton tv di situ tetibe kami tertanya2 kenapa restaurant ni diberi nama Le Lac..tapi dalam kami tengah menjalankan siasatan ke atas nama kedai ini, tetibe datang seorang lelaki mendampingi kami. Mungkin agaknya kami cakap terlalu kuat sehingga menarik perhatian die. Jadi, lelaki tersebut terus duduk satu meja bersama kami. Die menggelar kan diri die sebagai 'Bro'. Serba ringkas dan peramahnya 'bro' ini kami terpaksa menyoal siasat ke atas die untuk mendapatkan bukti2 kukuh. Gaya percakapannya amat menyakinkan kami. Sebab bila berkenalan dengan kami sume loghat negeri die boleh bertutur dan kadang2 buat kami ketawa. Bila ditanye nama die, rupanya dia adalah Kapten Ramli Kadri pernah bertugas dalam paskal dan juga merupakan pemilik restoran tersebut. 

Le Lac itu terlintas dari fikirannya yang bermaksud rilek tapi bila die nak register kan nama itu banyak pula yang tak lepas dan terpaksa menukar nama lain. Namun disebabkan banyak negara yang telah dijelajahi nya semasa bertugas die teringat perkataan Perancis iaitu Le dan Lac adalah lake iaitu tasik kerana kedudukan restoran itu berhadapan dengan tasik. Jadi diberilah nama Le Lac. Sepanjang risikan yang kami jalankan banyak info baru yang kami tahu di dalam dan luar negara. Hampir 3 jam kami lepak di restoran itu sambil meminum air sahaja akhirnya kami pun mahu beredar selepas berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Bila kami nak bayar je, 'bro' ni belanja kami pulak jadi tak payah la bayar.

Tibe2 ade suara berbunyi duwet malam ni tak kuar lagi dari poket, jom kite wat pemantauan di uptown seksyen 24 pulak..Kami pon teruskan perjalanan ke sana. Tawaf la bangunan yang dipenuhi dengan gerai pelbagai barangan itu. Sambil tu ada lah jugak suara2 sedang berkaroke disitu walaupon jam dah pukul 3 pagi. Selepas semua pemantauan berjalan lancar dan kedai2 disitu pon nak melabuhkan tirai, kami pun dah keletihan, barulah nak tamatkan operasi kami dan pulang ke rumah dan jam sudah pukul 4 pagi.
Ini teknik penyamaran yang cuba dilakukan oleh kawan2 prince.
Sedang prince tengah drive menuju pulang, tetibe ade penuh dengan kereta polis menghalang jalan kami di Dataran Shah Alam. kelihatan begitu ramai orang di sana termasuklah kami terlihat ade kameraman, wartawan, krew2 filem yang mungkin tengah wat penggambaran di situ. Jadi, kami pun datanglah siasat di situ pulak. Sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, kami terus dekat dengan orang ramai yang tengah tengok penggambaran itu. Selepas bertanya dengan orang ramai, rupa2nya kami yang tersalah rupanya ade operasi JPJ  membanteras mat rempit daa..orang yang kami tanya tu ketawa besar dia. Patut la banyak kereta polis dan jpj serta mat2 rempit yang di tahan.
Gambar ni diambil sorok2 kerana tak dibenarkan mengambil gambar tanpa kebenaran..disebabkan kepakaran kami dapat juga snap satu tapi dari jauh je..adegan paling best ketika polis mengejar aksi2 mat rempit dan blok jalan2 sekitar situ sehingga mat rempit tak dapat nak larikan diri.

Akhirnya,operasi bujang tamat sehingga pukul 5 pagi. disebabkan Subuh pun dah hampir tunggu lah sehinnga  subuh. Akhirnya, operasi kami membanteras Denggi di kawasan kami yang prince pernah taipkkan entri sebelum ni terpaksa cancel kerana menggantuk yang amat....Selesai.

Monday, January 24, 2011

! Memang Best !

Malaysia Open SuperSeries 2011...


Semalam prince pergi menonton perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil..Tetibe jer rase nak menonton live di stadium, jadi prince ajaklah member2 rumah pergi jugak..dalam kul 12 tengah ari kami pun bertolak ke sana. Mula2 fikir jalan jem, tapi bila dah sampai, perjalanan lancar je tak kire la waktu pergi atau balik walaupun beribu orang yang datang menonton disitu.Sampai sana je prince tengok ade pameran proton dengan mempamerkan proton lekir, kasturi dan jebat..
Bila dah sampai tu ape lagi prince pun mula la beraksi dengan kamera sendiri snap je gambar kat sana sini walaupun tengah panas terik ketika itu..
Bila dah puas je snap picture kat luar masuklah dalam stadium nak tengok perlawanan yang bermula dengan bergu campuran yang melawan sesama sendiri iaitu China vs China..single woman dan double woman pun china vs china jugak..rase kecewa jugak sebab pemain Malaysia gagal menempatkan diri di final..Tapi yang paling best bila melihat aksi bergu lelaki antara China vs Denmark. Yang unik nya kerana pemain Denmark mendapat sokongan penuh dari penonton yang hadir dalam stadium itu sehingga tamat perlawanan bergu itu dan terpaksa akur dengan kemenangan pemain China. Tapi sebagai balasan kepada peminat Malaysia selepas mendapat hadiah dan bunga daripada penyampaian hadiah, mereka berlari ke arah peminat Malaysia dan membaling bunga tersebut untuk membalas jasa menyokong mereka. Ape lagi berebut la peminat untuk dapatkan bunga tu..


Akhirnya tibalah aksi yang dinanti2 kan oleh peminat Malaysia dimane perlawanan diantara Datuk Lee Chong Wei vs Taufik Hidayat. Sebaik sahaja mereka masuk ke stadium tepukan dan jeritan gemuruh bergema di dalam dewan..setelah menunggu kire2 6 jam di dalam stadium untuk menantikan perlawanan itu. Seperti yang diharapkan, persembahan yang sangat menarik dan penuh semangat ditunjukkan oleh kedua2 pemain itu. Walaupon terdapat juga segelintir penonton Indonesia yang memberi sokongan kepada Taufik Hidayat. Akhirnya, kepuasan terpancar pada riak penyokong Malaysia bila Chong Wei memenangi perlawanan sekaligus memanjangkan kejuaraannya untuk kali ke 7..

Gambar agak jauh kerana prince hanya zoom sebab tempat duduk prince diatas. Lepas solat Maghrib kami pun pulang la ke Shah Alam. 

p/s: Hujung minggu lepas u all tak keluar kemane2 ke??

Saturday, January 22, 2011

! Serang Habis-Habisan !

Macam nak berperang bunyinye...

Sumber: Berita Harian
Ok, pertama sekali prince nak ucapkan syabas kepada Pasukan Khas Laut ATM yang memberkas lanun Somalia yang menawan sebuah kapal tangki Malaysia-MT Bunga Laurel bersama 23 anak kapal di Teluk Aden. MT Bunga Laurel berjaya ditawan semula dengan semua anak kapalnya diselamatkan dalam tempoh tidak sampai dua jam selepas dirampas lanun dan jelas membuktikan keupayaan tentera kite dalam melaksanakan pelbagai misi sukar.

Panjang pulak iklan, berbalik pada tajuk entri tadi sebenarnya prince nak bagitaw esok ade gotong royong yang dianjurkan oleh jawatankuasa blok sekitar kediaman prince untuk bersama2 mengambil bahagian untuk mencegah denggi. Disebabkan baru-baru ini ade beberapa kes denggi yang dilaporkan disini dan kelmarin prince dengar khabar terdapat 6 orang yang kene denggi rumah depan blok prince tu..dengar kate satu rumah pulak diorang tu..bela nyamuk denggi ke ape diorang ni...mesti ade takungan air kat rumah diorg yang menyebabkan nyamuk  senang bertelur kat situ..patut la minggu lepas tiap2 ari kawasan rumah prince kene fogging.



Sekarang tak boleh pandang ringan dah dengan demam..dulu tak risau sangat kalau demam tapi sekarang kalau demam kene gi jumpe doktor dengan cepat2 takut kene demam denggi..Sebab tu penduduk sini nak perang denggi habis-habisan..

p/s: minta2 esok jangan la malas nak bangun awal2 untuk bergotong-royong bersama penduduk sini..budak2 rumah prince pun kate nak join jugak..tapi selalunya kalau 6 org yang cakap nak join mesti 2 atau 3 orang je yang betul2 pergi nanti..kite tunggu dan lihat esok je..

Friday, January 21, 2011

! Nak Beli Tak? !

Fesyen Baru Ni...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..dah petang2 cam ni baru teringat nak update blog ni, semalam dah la tak berkesempatan nak update sebab cuti..Ok la, prince nak share beberapa gambar menarik ketika prince menyelam di dasar lautan Google ni terjumpalah harta karun yang menarik untuk dilihat..tak tahu lah u all sume dah pernah tengok ke tak, tapi nak share jugak..jom layan! 

Kalau u all kat rumah pakai cadar corak ape? mesti macam corak dan aneka warna yang menghiasi sarung tilam dan bantal u all kan?? ade yang gambar kartun pun ade walaupon dah besar panjang..kan?Tapi, tak kisah la ape corak nak pakai sekali pun, janji u all suke dengannya. Ini prince nak tunjuk alternatif lain dari yang lain untuk u all mencari atau nak wat pilihan yang macam mane..

Hah, macam mane gan corak ni? At least kalau korang tak dapat nak beli i-phone dapat beli sarung cadar pon jadilah kan..lagi besar pulak tu..mesti ade orang jeles nanti..hehe

Yang ni prince rase lelaki minat kot nak beli sebab tak akan kene tangkap basah oleh Jabatan Agama Islam..satu lagi mesti tiap2 malam akan tidur dengan lena punye..haha..:-p


Ermm..kalau yang tadi untuk laki, yang ni khas untuk perempuan la pulak..amacam?Tapi yang dah kawin tak digalakkan membelinya nanti tak pasal2 husband balik keje tgk ade laki lain dalam bilik, tak pasal2 kene cerai nanti..hehe..jgn marah:-p


Ini memang terlampau kreatif...silap2 haribulan kalau dah tak de makanan boleh jer kot jadikan ni sebagai makanan..tapi lagi kreatif kalau die dapat wat katil tu bertingkat2..ala macam Big Mac tu..

p/s: jangan tak pakai cadar pulak habis ade lukisan peta dunia kat tilam u all nanti..hehe

Wednesday, January 19, 2011

! Nyam..Nyam.. !

Asyik Makan jer...


Semalam prince terlupa nak masak awal2 khusyuk tengok berita kul8 pastu lepas solat isyak dah tak sabar pulak nak tengok cite ummu hanisah kat tv3 tu..sedih je dalam cite tu..lepas tu baru perasan macam lapar je perut ni kerana tak bagi makan lagi..ye la dah la skip lunch semalam pastu sarapan pun roti canai je..mane tak berbunyi perut ni kan..
Jadi, disebabkan tak nak miss tuk tonton cite tu, prince pun goreng jer la baki2 makanan yang ade dalam freezer tu..disebabkan lapar yang amat sangat habis sume bende nak digorengnya..gambarnya seperti  di atas tu..sosej, french fries, isi ketam dan nuggets pun ade...nak keluar makan lagi la malas kalau sorang2..tapi prince bukan nak pelahap sorang2..jemput jugak satu rumah makan walaupon tak banyak..tetibe baik kan..esok korang masak aku makan pulak taw..hehe:p

Pagi tadi prince gan kawan gi makan kat Wisma MAIS..situ memang popular gan roti canai, nasi lemak, dan char koi nye..

Prince order nasi lemak dengan air suam jer..sambal nasi lemak situ  pon sedap..sambil gah borak-borak gan member prince tu entah macam mane pulak air nescafe panas die terjatuh..mungkin sebab die duk main2 dengan gelas tu sebab nak minum panas sangat...langsung tak jadi minum..pastu ajak la balik..malu kot..ape lagi beredar la cepat2..hahaha...tapi orang lain nampak cam tak peduli pon..walaupon ramai orang..hehe..member prince tu siap balik tukar seluar lagi sebab air kene seluar dan tangannya..kesian pulak prince tengok, selamat tak ade ape2 yang melecur..jangan die serik lagi gi situ dah lar..huhu

Balik jer ofis, settlekan ape yang patut dibuat dahulu sebelum pergi mengacau dak2 ofis lain..selalunya prince akan melawat dari depan ofis hingga ke pantri untuk hilang kan boring jika tak de keje..haha..satu lagi memang tak suke kalau keje datang dah time nak balik..elok dah kemas2 tetiba pulak bos panggil bagi keje walaupon dah off komputer terpaksalah on balik PC tu..Satu lagi halnya dah la PC di ofis ni bila nak on memang ambil mase yang lame nak run nye..nak bawa laptop sendiri malas la pulak..Hari ni nak balik keje cepat2..esok cuti, tak maw ade keje..kalau nak bagi keje kene bagi lepas cuti okay!..haha..

Kalau nak bagi keje kat prince juga boleh tapi pembantu prince yang akan tolong wat kan..prince dah suruh die standby time cuti esok..nak berkenalan ke dengan pembantu prince..still single lagi taw..


Inilah die Mr. Tortoise..sepanjang cuti esok kalau ade keje dia akan bertanggungjawab untuk lakukannya ye..kalau bos nak bagi keje tolong emel je kat die taw..

p/s: Esok ade sape2 yang pergi batu caves ker??hehe