[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, April 18, 2011

! Contest TABIK Sama Kamu !


Assalamualaikum dan mari kite join contest Mina..

Mina ni saje taw psycho prince dengan orang2 yang belum menyertai contest mina ni suruh buat cepat2..Prince dah la kesibukan weekend lepas..saje je prince kate kat Adah dah siap sebab nak suruh die post dulu..haha

Prince nak Tabik..Tabik sape eh??? Jom ikuti kisah tabik menabik ni...

Korang nak taw sape prince tabik?..mase zaman belajar dulu prince pernah la tabik...ramai lak tu prince tabik..ape kejadah nye nak tabik orang ramai-ramai..tak betul ke..bukanlah!, prince tabik sebab time tu keluar arahan tabik..bunyinya "Skuad.....akan tabik hormat..kedepan..TABIK!!" cam pic kat bawah ni hah..


pinjam pic Mr Google jap..
Boley ke Mina macam ni??dah taw mina akan cakap ape.."awok suruh buat contest tabik same orangggg, bukannye tabik hormattt!!..eeeeeeee..sumenya 'miscommunication'...kite bakor je laaa blog prince ni baru taw..kite bakor!!"..tak pun mina kate " takmaw laa blanje makan choki2 kat prince nanti" alololo...mina yang comey..jangan marah ye..itu iklan prince je..hehe 

Jom Ikuti Cerita Asal...

Nak taw sangat kan mina sape yang prince nak bagi spesel tabik untuk contest mina ni...

Tabik same mereka ni...
Nampak seperti dalam gambar tu ( Dari kiri Nas, Dayu, GG, Ida, Safa)..itulah teman 'sepermainan' (sejati) prince semasa belajar selama 5 tahun di Universiti..hah, korang jangan nak ngade2 fikir main bende lain pulak taw..

Kenapa Tabik same mereka...?

-----> Melalui kenangan bersama-sama sejak 5 tahun lalu...punyai kisah suka dan duka, bukan semuanya untuk dikongsi bersama, tetapi dasarnya sudah cukup menyentuh rasa...dikejauhan membuatkan kami saling membantu dan memerlukan...cuba mencari diri, cuba mencari jalan menggembirakan hati sendiri dan orang lain...walaupun datang dari latar kehidupan yang berbeza,tapi dengan satu matlamat....Best Friends Forever Until The End!!


-----> Realiti Hidup, tanpa seseorang sebagai kawan..tiadalah warna warni di duniawi ni.. Segala yang berlaku ada khalimah tersendiri... Jangan ingat disebalik senyuman itu tiada tangisan kerana itulah yang menarik mengenai erti persahabatan.

-----> Mempunyai satu teman sejati lebih indah dan bermakna dari mempunyai seribu kawan. Kadangkala kenangan itu menjengkelkan, kadangkala memedihkan. Tetapi, itulah manisnya persahabatan bila dikenang.


-----> Sunnah dalam bersahabat, pasti ada  badai yang melanda. Walaubagaimanapun, persahabatan sejati kami semestinya mampu mengatasi segala dugaan yang menimpa.

-----> Bukan mudah untuk mencari teman yang sentiasa di sisi seperti mereka. Persahabatan yang diwarnai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Yeah we're tight and yeah we fight, but through all of it, there's one thing that will never change, we will be FRIENDS FOREVER...


Friday, April 15, 2011

! Bersabarlah !

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat Warga Blog..


Hari ni lambat sikit prince update blog ni...
Kenapa lambat usahlah ditanye ..
Kerana masalah ni dihadapi oleh kebanyakkan blogger..
Cuma prince nak story siket..
Kisah sebelum Solat Jumaat tadi.

Tadi prince pulang ke rumah sekejap..
Siap-siaplah hendak hi solat Jumaat..
Keluar je rumah kunci tombol pintu dari dlm rumah..
lepas tu nak kunci lah padlock pula..
Baru perasan kunci ada dalam rumah..

Sekali semua kunci pulak tu..
Jadi, jawabnya pergilah berjalan kaki ke masjid..
Sedang berjalan memikirkan macam mana nak masuk rumah nanti..
Kawan2 semua keje tak balik rumah lagi..

Redha je dengan keadaan..
Teruslah langkah ke masjid dengan tenang..
Sambil memikirkan perkara positif..
Yakinkan diri setiap langkah ke masjid tu ade ganjarannya..

Selepas selesai solat tadi..
Pulanglah ke rumah..
Elok je prince sampai rumah..
Lega rase hati prince..
Sebab kawan prince terdetik untuk pulang ke rumah..
Dapatlah prince masuk ke rumah dan ambik kunci terus gerak ke tmpt keje..

p/s: Bersabarlah setiap musibah yang menimpa diri anda, insyaallah ada jalannya..

Thursday, April 14, 2011

! Kudap-Kudap Ape? !

Assalamualaikum dan Salam Penuh Ceria pada Warga Blog Semua..



Korang tahu tak kudap-kudap tu ape?? macam mane prince nak terang eh..maksud kudapan?tak tahu jugak..okla, sebenarnya macam junk food kalau dalam bahase orang putihnya..Ia seperti makanan ringan seperti keropok,kacang-kacang, kuih muih, kerepek atau lain2 yang dimakan di luar waktu makan kite..

Jadi, prince nak taw la korang nya citerase kan..agak-agaknya kalau kornag sedang menonton tv ke atau berkelah ke tak kira lah indoor atau outdoor kan..korang suke kudap-kudap  yang macam mane? Terutama ketika menikmati dengan orang yang tersayang ke...atau bersama family ke atau juga dengan kawan-kawan baik kita?

Kalau prince kan, selalu time di kampung ade je yang mak prince buat petang-petang tu..kadang2 buat goreng pisang la, kerepek, kuih, cekodok, cucur udang dan macam-macam lagi la..tapi kat umah bujang prince ni takde la rajin nak masak sangat..kalau malas pun beli je kat luar bawa balik dan makan dengan kawan-kawan..

Dah lame jugak prince tak masak cucur untuk dijadikan kudap-kudap..gambar kat atas tu cucur yang prince buat dulu-dulu la..sekarang ni tak tahulah malas pulak nak buat..nak berdiet kot..haha

Tapi, kudap-kudap seperti snek, keropok dan seumpama dengannya jugak tak boley la makan selalu kan sebab tak baik juga untuk kesihatan...kadang-kadang tak pe..hehe


p/s: contest mina prince dah nk siap tapi belum nak post lagi draft je...(tunggu adah post dulu..haha )

Wednesday, April 13, 2011

! Ulam-Ulam... !

Assalamualaikum dan Ape Khabar Semua...






Malam semalam budak2 rumah prince berdebat pasal ulam-ulam..al maklum sajelah macam-macam nama ulam keluar...mane satu yang betul pun tak tahu...masing2 nak menang..prince pun dah lupe ape lagi nama yang keluar dari mulut kitaorang...asyik ketawa je memanjang...

Prince lah yang memulakan dulu..mula-mula prince tanye kat diorang semasa makan malam, "korang pernah makan pucuk salang tak" tetapi masing-masing buat muka pelik sambil tengok prince..rupenya diorang pun tak tahu pucuk salang tu macam mane..bila prince terangkan daun tu kaler hijau..diorang cakap semua ulam warna hijau..prince cakap la lagi..daun die lebar dan lembut...diorang kate banyak daun yang macam tu..prince dah mati akal nak bagitaw macam mane...Jadi, saje prince taip entri ni, dan cari la gambar pucuk salang kat internet supaya diorang bace entri prince dan tengok...Ni lah pucuk salang..




Pokok ni memang banyak kat kebun belakang rumah di kampung prince...rasenya orang perak tahu mengenai pokok ni. selalunya mak prince suke masak sayur lemak pucuk salang..nak rebus pun boley gak...tapi paling best sekali mestilah pucuk salang masak lemak putih letak su-un campur lak ubi kentang dengan ikan bilis....perggggghhhh rase die memang sedap...selalunya orang makan pucuk nya saje atau daun yang mude2 baru sedap..kalau daun yang dah tua tak sedap dah..

Khasiatnya prince pun tak tahu..tapi sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia kan..


p/s: Antara nama-nama ulam yang terkeluar semalam bile kami berdebat seperti daun mengkudu, daun bebuas, pegaga, ulam raja, daun cekur, kaduk, pucuk gajus, pucuk putat, tapak itik, paku rawan, geli-geli pun termasuk jgk..ada yang prince tak pernah dengar pun ade..tapi iye kan saje lah..korang pernah dengar ke?

Tuesday, April 12, 2011

! YaNa Yassin 1st Giveaway !

y


Assalamualaikum warga blog...

Harini prince nak join GA yana yang di tagged oleh Acap..dah beberapa kali dia tag prince tapi kemalasan dan kesibukan prince selalu tak sempat nak settlekan..so, untuk tidak menghampakan dan support kawan2  prince join la GA yana ni...

Simple je syarat2 nya..


* Letak banner nie dengan link kan ke Entri nie. --(DONE)--

* Buat entri dengan tajuk : YaNa Yassin 1st Giveaway  --(DONE)--
* Follow Blog nie ( senang nanti nak tau pasal GA nie )  --(DONE)--
* Tag 3 orang bloggers dan pastikan diowng tau yg diowg di tag eh.  --(DONE)--


   1. Asliner  2. Farhan 3. E'in

* Link kan Post Entri anda ke Bahagian komen dibawah entri ini.  --(DONE)--
* Tarikh tutup 30 April 2011.


p/s: Lepas ni nak wat Mina nya contest lak....tengah fikir idea ni...hehe

Monday, April 11, 2011

! Bersih Dan Cantik !

Assalamualaikum Warga Blog..




Ahad kelmarin prince dan kawan-kawan ke majlis kenduri kawin kawan kami di Sekinchan..tapi gambar kawin kat kamera kawan prince so, tak boley nak tayang gambar kawinnya..tapi yang menarik perhatian prince ialah ketika kami dalam perjalanan pulang kami singgah ke satu masjid di Meru untuk menunaikan solat..

Ape yang menarik perhatian prince pada masjid ni ialah lanskapnya yang mempesonakan dan kawasan persekitarannya dijaga dengan rapi dan bersih sekali..malah bukan dipersekitaran sahaja tetapi dalaman dan toilet juga sangat selesa jika memasukinya..alhamdulillah, sepatutnya begini la yang patut dijadikan contoh kepada masjid2 lain untuk mengimarahkan dan menjaga kebersihan di Rumah Allah...Walaupun ade masjid yang yang tidak moden dari segi peralatannya namun bukanlah sebab untuk mengabaikan kebersihan di masjid atau surau2..biarlah mate sedap memandang dan yang paling penting kita selesa dan khusyuk beribadah kerana Allah.


tersusun dan indah landskap kawasan masjid ini..

tempat wudhuk yg selesa dan bersih..

dalaman masjid juga walaupon tidak luas namun kemas dan bersih..

terdapat sudut IT dalam masjid ini..

khusyuk melayari internet.. 
Di dalam masjid ni juga mempunyai wifi dan sudut IT untuk kemudahan pengunjungnya..walaupun tidak besar namun banyak kemudahan yang disediakan dan menarik orang ramai untuk mengimarahkan masjid dengan lebih kerap..

Prince harap banyak lagi masjid diberi peruntukan seperti ini untuk menarik orang ramai supaya datang ke masjid dan mengimarahkan masjid disamping dapat solat jemaah bersama dan menuntut ilmu di masjid. Di mane-mana pun kite berada kebersihan perlu la juga kita jaga dan janganlah memandang ringan seperti membuang sampah merata2..sama-samalah kita mengimarahkan masjid dan menjaga kebersihan di mana saja kita berada.. =)


"Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah AWT (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya”. (H.R. Ahmad)

Friday, April 8, 2011

! Underwater World !

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat...




Korang pernah pergi tak kat sini? Bagi siapa yang minat kepada hidupan air ni pasti tak kan melepaskan peluang untuk melawat ke sini. Pasti anda akan tertarik dengan keunikan hidupan laut yang dipamerkan disini..Haiwan yang jarang atau tak pernah lihat langsung pun ade di tempat ini..

Harga Tiketnya kalau beli di kaunter kalau tak silap prince dalam RM28 tapi kami dapat diskaun jadi perlu bayar RM26 sahaje..Bagi sape yang tak pernah masuk ke sini lagi prince nak tunjuk ape yang menarik di dalam Underwater World Langkawi ni...jom kite tengok gambar...
























Okay ini je kenangan prince semasa dalam Underwater World...Kalau pergi ke Langkawi jangan lupe untuk lawat ke tempat ni nanti ye..Jumpe lagi..bye2 =)