Selamat Menonton...
Prince nak tanya ni, korang dah tengok ke siaran tv di channel baru iaitu TV Alhijrah???
Mengikut pembacaan prince di internet tv alhijrah ni satu2 nya siaran yang bercorak Islamic di Malaysia. Tv ni memaparkan hiburan yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman dunia Islam selain berkongsi maklumat pendidikan, penyatuan penonton Islam di Malaysia serta di masa yang sama, mendekatkan kepercayaan yang menyatukan kita bersama. Tv ni mula bersiaran 1Disember 2010.
Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah:
| Liputan | Saluran UHF | Frekuensi (MHz) |
| Lembah Klang | CH 55 | 743.25 |
| Terengganu | CH 41 | 631.25 |
| Kuantan | CH 55 | 479.25 |
| Mersing, Johor | CH 40 | 623.25 |
| Sarawak | CH 37 | 599.25 |
| Sabah | CH 37 | 599.25 |
Semalam, prince terdetik lah nak cari siaran ni kat rumah..sebab rumah sewa prince xde ASTRO so bagus jugak kalau dapat tengok banyak channel ni. Cari punya cari yang memakan masa yang agak lame lah jugak akhirnya jumpa la siarannya tu, tapi tak lah berapa nak clear..banyak perbincangan mengenai perspektif Islam dan banyak unsur2 murni dan teladan pada cerita atau kartun yang disiarkan. Marilah kita sokong tv ni yang berkonsepkan Islamic..
p/s: suke tengok siaran tv malam2..tapi mesti terlena pastu tengok siaran dah habis..haha










