[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, November 22, 2011

Gemuruh Suara Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Syukur Alhamdulillah, akhirnya "Mother of the medal GOLD" di Sukan Sea 2011 ini milik pasukan Malaysia setelah mempertahankan kejuaraan di bumi penuh kontreversi, Indonesia dan sekalung tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berbekalkan keazaman yang tinggi dengan mental yang kuat walaupun sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda tidak menggentarkan Harimau Malaya namun telah mempamerkan permainan-permainan yang cantik sepanjang kejohanan ini. Kini ternyata kita juara Asia Tenggara dan kita sekarang berada di zaman kebangkitan dalam arena bola sepak sepertimana yang pernah dikecapi dulu.

Yang pasti mesti yang menonton perlawanan semalam berdebar-debar dengan aksi rancak kedua-dua pasukan dan tak senang duduk di depan tv ape lagi melihat penentuan sepak penalti yang terakhir diambil oleh   
kapten Malaysia, Badrol Bakhtiar dan mungkin berkat doa rakyat Malaysia bola tendangannya terus bergolek ke pintu gol dan bergempita suara rakyat malaysia..Prince di rumah pun turut menjerit keseronokan..kalau korang mesti terlompat-lompat kan...hahaha

Apepun, janganlah kite mencaci tindakan penyokong fanatik Indonesia kerana kita orang Malaysia..menang kalah adat pertandingan, tak perlulah kite nak bersengketa dan bertikam lidah atau membencinya..lebih elok yang buruk itu kite tinggalkan dan yang baik itu kita patut contohi..Tahniah Malaysia dan kepada Indonesia boleh cuba lagi sukan sea yang akan datang..

p/s: Malam esok Malaysia vs Syria di Bukit Jalil...harap2 beroleh kemenangan lagi dan kami sebagai peminat sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya.. =)

Monday, November 14, 2011

Selamat Menjawab SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber:google

Salam hari Isnin kawan-kawan dan selamat berjuang kepada calon2 SPM tahun ni...Musim peperiksaaan tiba lagi..hari ni bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dan kepada calon-calon yang menduduki exam ini pastilah debaran penuh terasa dan menyelubungi diri...begitu juga dengan adik bongsu prince yang akan memulakan perjuangannya hari ini..semoga berjaya menjawab dengan tenang dan cemerlang...

Teringat kembali pada zaman prince ambil SPM dulu..kalau tak silap prince siap bertembung dengan bulan puasa dan hari terakhir kami exam dah lupe subjek ape yang terakhir tu, lepas je paper terakhir kami pergi berbuka puasa bersama2 satu kelas dan meraikan perjuangan kami menjawab SPM dan bermulalah untuk mengorak langkah untuk masa depan..Walaupon gembira dah selesai exam namun jauh di sudut sanubari ade sedikit kesedihan dimana masing2 akan berpisah dan membawa diri untuk memenuhi cita-cita. 

Dan 8 tahun dah berlalu sejak SPM 2003, separuh dari kawan-kawan prince sudah pun melangsungkan perkahwinan dan ade pun yang sudah mempunyai anak. Sungguh cepat betul masa berlalu membawa kite ke perubahan suasana baru. 

Apepun, prince mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. Pastikan anda membaca soalan dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab. Selamat berjuang, dan prince doakan semoga semua calon SPM dapat menjawab dengan cemerlang.

sumber:google


p/s: To my little brother, do give ur best in this exam...read each questions carefully and highlight all the important hints given...avoid doing too many careless mistakes. Keep a positive attitude about the exam n stop getting worried about things that will make u feel bad. Delete the word "kalau" from your mind. I'm sure u've done your work..now its time to go all out and give your best.Opps...xlupe jugak pada adik Nor Isneini Mohd Ayob (my princess)..selamat berjuang bersama...usaha, doa dan tawakal =)

Wednesday, November 9, 2011

Pertunangan Ridwan & Sarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada lagi ke yang masih mood beraya dan bercuti lagi? opis prince ni dah dua hari rasenya sunyi je sebab masih ramai yang bercuti lagi...

Entri kali ni prince nak ucapkan tahniah kepada kawan serumah prince Ridwan yang telah bertunang hujung bulan oktober yang lalu..baru sekarang prince sempat nak letak dalam blog prince ni...hehe

Hantaran dari sebelah perempuan...

Cincin merisik dan bertunang..

Ridwan & Sarah

Setakat ni dah dua orang budak rumah prince dah bertunang...yang sorang tu akan melangsungkan perkahwinannya hujung bulan ni...prince pulak bila masenya ni ek????haha..insyaallah jika tiada aral melintang tahun depan tiba giliran prince la pulak tu...=)


Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Mesti ramai umat Islam yang menanti Raya Korban pada hari Ahad ni untuk menunaikan ibadah korban dan menunaikan Solat Hari Raya Aidiladha...tak lupa juga orang ramai yang mengambil peluang cuti sempena raya haji ni untuk pulang ke kampung masing2...

Jauh di sudut hati prince, sebenarnya teringin nak menunaikan rukun Islam terakhir di Tanah Suci...walaupon masa belum mengizinkannya lagi tapi semangat tu dah berkobar2...harap2 satu hari nanti dapatlah sampai ke sana jua dgn izinNya..

Apepun prince nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan prince yang beragama Islam...dan selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya.....jumpe lagi selepas cuti raya nanti..=)

Wednesday, November 2, 2011

•*~Wordless Wednesday 2•*~




p/s: Alhamdulillah prince dah baik demam hari ni...thanks pada u all yang doakan prince sembuh cepat ye..take care =)