[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, August 25, 2011

! Pengumuman Raya !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to All My Beloved Readers...

PENGUMUMAN PENTING!!PENGUMUMAN PENTING!! PENGUMUMAN PENTING!!

DIUMUMKAN ESOK....BELUM RAYA LAGI!!!!!hahahahaha
BUKAN Prince nak umum tarikh KAWIN taw !!!
BUKAN jugak Prince nak umum bila prince nak berTUNANG!!!
BUKAN jugak Prince nak beritahu prince PUASA harini!!

Tapi, belum sempat prince announce lagi, kebanyakan sahabat2 blogger prince yang komen entri semalam dah dapat teka la ape yang prince nak umum hari ni..hebat2 betul diorang ni..yup, betul..prince nak umumkan blog prince juga akan turut bercuti raya nanti..tu jer..hehe

Ok,prince nak maklumkan juga Blog prince akan memakai header sempena raya seperti dibawah ni sepanjang Syawal yang bakal menjelang nanti..




Dan Dikesempatan ini, prince nak buat ucapan raya jugak kepada semua pembaca blog PRINCE HALILINTAR dengan ucapan:


"Prince mengambil kesempatan di bulan mulia ini dengan memohon ampun dan maaf atas semua kekhilafan samada yang disedari atau tidak, disengajakan atau tidak, untuk lisan dan sikap yang tak terjaga kerana MATA kadang2 tersalah meLIHAT, MULUT kadang salah mengUCAP, HATI yang kadang  berPRASANGKA, AKAL kadang salah menTAKSIR, JANJI yang kadang diabaikan, SIKAP yang mungkin menYAKITkan, mohon dibukakan pintu maaf yang seluas-luasya. Semoga kite di panjangkan umur untuk menemui Ramadan Al Mubarak yang akan datang, InsyaAllah."


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1 SYAWAL 1432H
MINAL AIDIN WAL FAIDZIN TAQABALALLAHU MINNAA WA MINKUM


p/s: prince post awal sebab takut tak sempat nak minta maaf dan beri ucapan raya nanti sebab sibuk nak kemas2 barang..tapi insyaAllah ade masa terluang di kampung prince jenguk2 blog sahabat2 blogger prince..Assalamualaikum =)

Wednesday, August 24, 2011

! Tinggal 2 Hari !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Ke-24

Sekejap je dah nak habis bulan Ramadhan...tak sedar tengok2 dah petang..baru prince ingat nak update entri kat blog..Tinggal 2 hari je lagi nak bekerja ni, kene semangat sikit la keje..supaya bila cuti nanti tenang je dari bebanan kerja..baru syok cuti..betul tak?

Sahabat2 blogger lain dah ade yang ucapkan Selamat Hari Raya kerana mungkin ade antara mereka yang dah pulang ke kampung..macam biasala kalau di kampung ade kawasan yg susah sikit nak dapat line internetnya..kampung prince pun macam tu..prince pakai broadband plak tu..susah sikit la..

Review Kad Raya Prince Halilintar



1. Datangnya dari blogger Zafira Nabila




Thanks Nabilah sudi bagi prince kad raya jugak..tapi kan..selamat sampai kad raya tu sebab poskod die xcukup satu kosong 4000 je..sepatutnya 40000...hehe (terima kasih kat abg posmen tu)
> Prince pun harap Nabila dan family tercinta menyambut lebaran kali ni dengan penuh rase syukur dan gembira. Jangan lupe kalau makan rendang, ketupat, lemang tu ingat2 kat prince sekali..haha
> Comey kartun nabilah tu...=) 
Selamat Hari Lebaran Nabilah.

2. Dari Blogger Bighagenjo



Terima Kasih hantar kad raya pada prince. sempoi je kad raya ni kan..
> Kad raya ni ok je..betul tu, yg penting ikhlas dari hati...
> InsyaAllah prince akan sentiasa tabah mengharungi ujian dan cabaran dlm kehidupan prince.
> Prince ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jugak. 


Hari ni mood prince nak pasang lagu raya kuat2 kalau tak biase2 je...excited sikit nk siapkan keje yang belum settle lagi..

p/s: Esok jangan lupa nantikan entri blog prince ye sahabat-sahabat blogger yang dikasihi semua..ade pengumuman penting prince nak announce.(penting lar sangat kan..haha)

Tuesday, August 23, 2011

! Dah Terima Tempahan !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Ke-23

Kebiasaanya mingu2 akhir ni lah semua orang menjadi sibuk dengan macam-macam perkara..almaklumlah raya dah dekat..Sebenarnya prince nak beritahu yang minggu ni tempahan kuih raya, kerepek, kek lapis la semua prince dapat serentak...tauke-tauke yang menjualnya sibuk la memungut duit dari orang yang telah order. 


hah..penuh satu bilik dengan kerepek2 dan kuih raya kat opis prince ni sementara duk menunggu tuan badan amik tempahan mereka ni..prince beli jugak tapi takde la banyak sangat, beli setakat makan dengan keluarga je.

Alhamdulillah, tadi prince pergi bank sekejap je urusan tukar duit dah selesai. Selamat tak sesak dengan orang ramai. Prince tukar kat Bank Islam je..tahun ni duit raya kene kasi up sikit la sebab dapat bonus..anak buah prince bodek..ni konfem mama die yang suruh cakap ni..sebab semalam die call prince punyalah lama berborak2 dengan anak buah prince ni sebab mama die dapat panggilan percuma.

Tiba Mase utk Review Kad Raya Prince Halilintar untuk hari ini.


Kad Raya kali ni datang dari Blogger Nona Hidayah...Jom usha-usha..

untung pakcik posmen siap dapat ucapan raya jugak..


tadaaa...ni la kad raya darinya.

banyak jgk yg ditanya kat prince ni..terpaksalah prince jawab kan..
> baju raya awal2 lagi prince dah beli..
> prince xnaik bus blk kg..so xbeli tiket la..hehe
> puasa cukup?amboi..xcaye kat prince ke? mestilah cukup..wajib puasa tu..
> Prince pun ambil peluang ni menyusun jari mohon kemaafan sesama kite..dun wori la xdenya guriskan hati prince..kasi calar sikit ade..kehkehkeh(gurow je)
> Prince mmg suke mengomen kat blog orang..hehe
> Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jgk..
> tulisan ok jer..xburuk pon..hehe

p/s: nak dekat raya ni, banyak keje prince nak settlekan so limited sikit la mase utk prince blogwalking namun akan cube utk ke blog kawan2 ye..take care =)

Monday, August 22, 2011

! Duit Raya !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Ke-22


Sekarang mesti dah ramai yang sibuk nak tukar duit raya kat bank kan?? prince pun belum tukar lagi ni..ingat petang nanti baru nak pergi tukar..harap2 tak da la ramai sangat orang kat dalam bank nanti..korang dah tukar ke belum? Ofis prince tahun ni bagi lagi sampul duit raya (lihat gambar) kat staf-stafnya..boleh la guna masa raya nanti..Bila ofis bagi je sampul duit raya ni barulah masing2 ingat nak tukar duit raya kat bank..jangan jadi macam tahun lepas last2 minit baru nak tukar terpaksa berebut2 dengan orang ramai kat bank..

Prince Nak Review Kad Raya: #2


Kali ni kad raya yang kedua dari rakan blog prince ialah dari Toyol Kiut@TK

Jom tengok kad raya yang die bagi..cantik ooooooo..=)



Terima Kasih Toyol Kiut....cantek betul kad raya ni..dan terima kasih juga atas ucapan yang diberikan pada prince ye =)

> Prince nak ucapkan Selamat Berhari Raya bersama family tercinta juga..
> Semoga Syawal kali ni memberi kemenangan yang dicari dalam bulan Ramadhan.
> Selamat Berblog juga untuk TK.

p/s: Ramadhan semakin meninggalkan kite..semoga kita dapat mengejar malam2 terakhir yang tinggal ini. Bertuahnya jika kita dapat menemui malam Lailatulqada seperti yang dijanjikan Allah swt..

Friday, August 19, 2011

! Review Kad Raya: #1 !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke-19



Hari ni prince nak start untuk review kad-kad raya yang prince dapat sempena raya kali ini. Seperti tertera dalam pic kat atas tu adalah antara kad raya terawal prince dapat minggu ni. Tapi baru semalam prince buka peti surat, tengok2 dah bersepah dengan kad2 raya.

Untuk Review Kad Raya Prince Halilintar yang pertama sekali ni, prince berdasarkan kad raya yang prince buka sampulnya terlebih dahulu..Jadi, kad raya yang bertuah ni datang dari seorang blogger jugak dan pengomen setia pada blog Prince Halilintar (beri tepukan gemuruh pada beliau..hehe)...Okay kite tengok kad raya nya dahulu...

Salah satu tujuan review ni jugak adalah untuk prince membalas pertanyaan jika ada atau membalas isi ucapan kad raya yang diberikan kerana mungkin prince tak berkesempatan untuk menulis atau membalasnya dalam kad raya prince.



Tu dia...panjang lebar AK menulis dalam ucapannya tu (saje prince blurkan ape yg AK tulis tu, xnak bagi org bace..haha)..tapi prince tertarik dengan lukisan kartun dia tu..pandai AK ni melukis, dalam diam ade bakat terpendam rupanya. kat bawah ni image kartun yang dah prince zoom kan..bila tengok balik kartun ni seakan samalah dengan AK yang sebenar..hehe


Oklah, Terima Kasih AK prince ucapkan kerana sudi beri kad raya pada prince.  
>InsyaAllah, bln Ramadan & Syawal kali ni akan memberi kemanisan yang bermakna buat prince sekeluarga. 
>Sama2. Terima kasih jgk kerana jadi sahabat blogger prince yang tegar mengomen.
>InsyaAllah. Sama2lah kite doakan semoga selamat bercuti di hari raya dan pulang ke kampung masing2.
>InsyaAllah, nanti prince sampaikan salam kepada anak2 buah prince yg comel dan keluarga prince di kg nanti.
>uiit..ajak prince main bunga api eh..apsal tak ajak prince main meriam buloh..prince jaguh kg tu main meriam buloh..haha
> yup, nama sebenar prince memang sangat unik kan.. =)


p/s: tunggu next entri pulak ye untuk review kad raya seterusnya...pasti lebih menarik dan penuh misteri..hahaha:p

Thursday, August 18, 2011

! Men in Black & White !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...



korang layan je la gambar ni ye...komen la nak komen ape pun...prince banyak keje la hari ni xdapat nak taip panjang2..nanti prince jenguk2 blog korang.okay.take care n hepy fasting..

Monday, August 15, 2011

! Google Plus (G +) !

Assalamualaikum & Happy Monday..


Ada sape2 yang dah ada akaun Google + ke??  prince baru je try register tadi bila tengok banyak keunikan yang ada dalam Google + ni yang tiada dalam laman sosial lain seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain2 lagi laman sosial..memang banyak features yang menarik dan tak hairan jika pengguna facebook atau user lain akan tertarik dengan keunikan baru yang ditonjolkan oleh google plus satu hari nanti serta menjadi pesaing hebat facebook dan twitter. Ada juga yang mengatakan Google + ni mempunyai ciri2 gabungan Facebook & Twitter.


Sebelum ni, Google+ hanya dapat diakses melalui invitation kerana masih di peringkat percubaan tetapi sekarang Google+ sudah mula diakses kepada umum, tanpa menggunakan invitation tetapi masih lagi secara berperingkat.


Ape yang menarik dalam Google + ni berbanding laman sosial yang lain?? lihat gambar kat atas tu..itulah antara kelebihan2 dalam laman sosial baru ni. Nak mudah faham dengan lebih cepat lagi fungsi yang ade dalam Google + ni boley la jugak layan video review Google + oleh AndyHowtt dibawah ni:


Jelas tak? Prince kasi review sikit la ape yang prince faham dan bace kat internet mengenai keunikan google + ni nak bagi detail prince sendiri pun baru try je google + ni.

1. Circles (Lingkaran)
Fungsinya adalah untuk membahagikan kumpulan kawan2 mengikut kelompok tertentu cth seperti family, friends, bloggers, ex-girlfriends (klu ade la) atau ape2 saje group kerana kite jugak boley create sendiri dan namakannya sekali. Kite dapat berkomunikasi dengan group yang kite khususkan saje dan rakan2 dlm group yg kite masukkan tu tak akan tahu ke dlm Circle mane kite groupkan mereka dan stream berdasarkan Circle, iaitu  untuk membuat status tetapi hanya circle yang dipilih saja yang dapat melihat status kita.

2. Hangout (Chat & Layanan Video Call)
Mungkin dlm fb pun ade jgk tapi kelainannya adalah Google + membentuk satu (hangout) kump chat  @ video call maksimum seramai 10 orang dlm satu mase kerana webcam dlm converence (CMIIVV) bukannya webcam 1 to 1.

3. Sparks dan Google Search Engine
Kita dapat mengikuti berita terkini sesuai dengan kategori yang kita minati. Di dalam google plus, satu fungsi yang dinamakan 'sparks' membolehkan pengguna membuat carian dan berkongsi dengan rakan2 (sesuatu yang tiada pada Fb). Sebabnya Facebook tak mempunyai sebarang laman carian, pengguna harus meninggalkan laman tersebut dan mencari data yang boleh dikongsi atau tunggu rakan2 mereka untuk berkongsi maklumat tersebut. Dari dlm akaun Google +, kita juga dpt akses emel di akaun Gmail, membace blog2 favorite, menggunakan google translate dan produk lain milik google lagi tanpa menutup akaun Google +.

4. Lain-lain

+1 - Fungsinya sama seperti buton Like dalam facebook.

Kotak Notification - prince rase ni memudahkan kerana jika ada notificationn mcm ade friend beri komen kite boleh terus reply tanpa membuka halaman yang dikomen tu kerana semuanya boleh dilakukan di kotak notification di sudut kanan G +.

Tag nama - Serupa dengan FB, di G + bisa membuat tag di status dengan ‘@’ dan ‘+’. Tag juga blh dibuat melalui versi mobile.

Tag photo - spt di fb kite blh tag diphoto tetapi yg membezakan G +ni ialah lebih selamat dan privasi ditag oleh orang sebarangan kerana google + akan meminta  kebenaran dari user tersebut dahulu tidak spt fb jika di tag pic yang xsenonoh akan keluar di wall kite terus dan barulah blh remove tag nama kite.

Photo/video sharing - semasa kite tgh chat dgn kawan2 kite jgk blh share kan bersama picture atau video dari youtube contohnya untuk ditonton bersama2 dgn kawan ketika itu serta saling komen mengomen di video/pic  tersebut. Kite juga siap boley edit2 gambar lagi dlm G + ni.

Boleh akses semula dataGoogle membuatnya mungkin bagi kite untuk mengambil semua data yang di tempatkan di Google+. Hal ini dilakukan melalui perangkat Google+ yang disebut “Data Liberation”. Dengan hanya beberapa klik anda dapat mengundur data dari Picasa Web Albums anda, Profil Google, Google+ stream, Buzz dan kontak.

Rujukan maklumat boleh lihat Sini dan Sini


p/s: Ini je setakat maklumat yang prince tahu mengenai Google Plus ni..kalau korang ade info yg terbaru lagi boleh la share2 ye...


Friday, August 12, 2011

! Dapur Bujang !

Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat


Tak sedar pun dah pukul 12 tengahari rupanya. Masih ade ruang dan waktu lagi untuk mengupdate blog ni sebelum keluar solat Jumaat sekejap lagi. Hari ni nak cite pasal dapur orang bujang macam prince..tapi bujang2 prince pun belum lapok lagi..hehe

Minggu ni banyak prince tengok sahabat2 prince post entri makanan dalam blog mereka. Ada juga yang bagi resepi sekali tu antaranya Nabilah_2908 (ade resepi prince cilok & try masak). Disebabkan prince dan kengkawan rumah rajin memasak untuk sahur dari pergi makan@beli di kedai jadi kami pun bersama2 memasak resepi lauk dan sayur bujang. Kat bawah ni antara lauk pauk dan sayur yang dimasak oleh kami dan sempat prince snap gambar untuk dimasukkan dalam blog ni. 



Selalunya kami masak satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Chef ade 3 orang je termasuklah prince, so kalau sorang masak lauk, sorang tu masak la sayur dan sorang lagi tu masaklah nasi  dan seterusnya bergilir2. Dapur ni time Ramadhan selalu berasap pukul 12 malam ke atas kadang2 pukul 1 atau 2 pagi pun masih lagi berasap. Nasibla sape jadi jiran kami, nak tido pun    tak lena nanti..haha..okla jugak mana taw kot2 dengar bunyi tang tong tang kat dapur tu boley mengejut diorg bangun tengah malam buat qiyam ke kan...fikir positif okay.

Setakat ni prince belum pernah skip sahur lagi la, pernah jugak tahun2 sebelum ni semua tertido tak sedar nak bangun sahur, tapi still puasa jugak bukanlah alasan untuk tidak puasa kalau tak sahur. Korang ade yang dah pernah skip sahur ke Ramadhan kali ni? 


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw besabda: Solat lima waktu, solat jumaat ke solat jumaat selanjutnya, dari satu Ramadhan ke Ramadhan berikutnya, semuanya adalah penghapus dosa2 yang ada di antara keduanya, jika dosa2 besar dijauhi.~HR. Muslim

Thursday, August 11, 2011

! I ♥ NZ !

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Pagi-pagi lagi dah ade orang datang hantari parcel kat prince. Mula-mula dalam fikiran prince mesti ade orang hantar kad raya ni. Tersenggih2 prince tengok parcel tu sambil memikir sape lah yang sudi menghantar kad raya sebab prince pun belum hantar kad raya pada sape2 lagi ni.Tapi bila pikir balik ape hal pulak orang nak pos kad raya pakai pos laju..hehe




Tadaaa.....Sori la gambar tak clear sgt, prince pakai kamera enset je. Terungkailah misteri kebelengguan prince dalam sampul tersebut. Cantik tak hadiah di atas tu yang didatang khas dari New Zealand dan dikirimkan oleh seorang blogger@pengomen tegar blog prince iaitu Cik Sizuka[Izzati]. Baru prince ingat dulu-dulu (bln April) prince ade join contest yang Cik Sizuka[Izzati] ni anjurkan. Mase tu di era prince tidak kesibukan sangat dan rajin la join contest atau GA blogger2 ni..dan tidak disangka2 nama Prince Halilintar ni muncul dalam senarai pemenang dalam entrinya. [Lihat]

prince cilok pic ni kat blog sizuka, clear sikit.

Disebabkan kekangan dan halangan untuk poskan hadiah ini, maka lambat la prince dapat. Terima Kasih pada Cik Sizuka[Izzati] kerana bersusah payah untuk poskan jugak hadiah ni walaupon terdapat kesukaran. 


p/s: Sekarang kite dah masuk di fasa pertengahan Ramadhan yang kini telah berlabuh ke fasa pegampunan dari Allah kepada hamba-hambaNYA yang bersungguh2 memohon keampunan. Hari2 yang penuh Rahmat telah pun berlalu, jadi ni lah plak peluang utk kite mendapatkan keampunan Allah dan membersihkan diri dari segala kekotoraan dosa2 kite. InsyaAllah

Wednesday, August 10, 2011

! Dekorasi Sempena Raya & Merdeka !

Assalamualaikum....


Semalam prince dan beberapa staf lain telah menceriakan pejabat kami sempena menyambut bulan kemerdekaan dan hari raya puasa yang bakal menjelang tiba hujung bulan ni. Jadi, mungkin ini dapat untuk menaikkan semangat untuk bekerja dengan lebih gembira dan tenang disini. Jom tengok gambar ofis prince yang telah didekorasikan oleh kami.

prince tgh menggantung sesuatu..



ketupat hiasan..

lampu lip lap lip lap..

ade bendera malaysia lagi...

terus semangat staf2 nak bekerja..hehe


barisan yang terdiri daripada biro keceriaan...
Opis korang pun ade hias2 jugak tak nak menyambut merdeka dan raya ni??

Tuesday, August 9, 2011

! Kad Raya Pertama !

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa..

Hari ni  prince dapat kad raya yang pertama khas dari Big Bos prince iaitu Naib Canselor UiTM, Dato' Prof  Ir Dr Sahol Hamid  dan isterinya Datin Prof Dr Hanizah sempena menyampaikan ucapan raya mereka kepada staf-staf di Bangunan Canseleri ini...ape lagi terus gantung la kat wall sblh meja prince ni.



Lambat update harini sibuk mendekorasi ofis prince sempena sambutan merdeka dan musim perayaan raya. Esok prince tempek gambar2 ofis prince setelah siap dihias.



p/s: Terima Kasih kepada yang sudi memberi alamat rumah ke emel prince. Kepada sahabat2 blogger prince yang berminat untuk menerima kad raya dari prince boley la emelkan alamat ke emel ini : yim_my47@yahoo.com  Hari ni last taw, sape tak hantar sori la ye prince tak dapat nak hantar kad raya nanti.

Monday, August 8, 2011

! Nak Kad Raya!!! !

Assalamualaikum dan Salam Ramadan ke-8



Prince nak buka topik hari ni dengan cite Kad Raya. Mesti sesetengah orang ade berpendapat tak ikut arus kemodenan lar bila pos kad raya sekarang ni atau orang zaman sekarang dah tak main kad2 raya lagi..betul tak? So, camne dengan industri pembuatan kad raya sekarang ni, kartunis2 yang suka melukis kartun di kad raya dan menjadi sumber rezekinya?? mestilah mengalami kesan jugak kan...Jadi, ape salahnya kalau kite support mereka ni walaupun zaman skrg sudah maju pelbagai cara ada untuk menyampaikan ucapan raya contohnya melalui kiriman SMS, emel dan laman sosial sebagai pengganti diri. Memang betul, tak perlu ke kedai membeli kad dan tak payah beratur di pejabat pos membeli setem atau mungkin faktor masa & kos membuatkan kita malas untuk menghantar kad raya?

Mari kita singkap kembali zaman kegemilangan kad raya ni pada mase popularnya. 
  1. Berlumba2 dengan ahli keluarga atau kawan2 sape dpt kad raya paling banyak
  2. Peti surat sentiasa dihujani dengan pelbagai kad raya 
  3. Sentiasa menanti kehadiran posmen kalau2 ade orang poskan kad raya ( padahal posmen dtg bawa bil elektrik)
  4. Boleh sangkut kad raya kat dinding rumah ketika hari raya
  5. Tak sabar nak bace isi ucapan kad raya tu (pastu belek2 dalam sampul surat kot2 ade kirim duit raya sekali)
  6. Cari kad raya yang best2 (Kadang2 ade kartun lawak2 dalam kad raya, pastu kad yang ade bunyi2 lagu raya..skrg dah tak heran pon)
Itu yang prince ingatlah..tapi sekarang tidak lagi seperti zaman dahulu. Kalau ada pun tak sebanyak dulu..Tiada lagi kad raya dari teman-teman yang akan digantung untuk hiasan rumah menjelang Syawal. Kini, orang ramai cenderung menggunakan media elektronik kerana menjimatkan masa dan kos, sebab tu lah ramai yang beralih arah..



p/s: sape nak kad raya dari prince?? emel adress kat prince cepat..sape cepat die dapat..hehe =)


p/s/s:Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Friday, August 5, 2011

! 'Ujikaji' !

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat..


5 Ramadan dah ni..sekejap je mase terus berlalu..semoga ibadah puasa kite dapat diteruskan dengan sempurna. Pagi tadi prince tak sempat nak update blog sebab ade urusan di Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Cantik betul bangunan baru KPT tu..tapi prince takde la nak snap pic bangunan tue tadi..

Lain kali prince datang suke-suka untuk photoshoot building tu pulak..dah ketagih nak pegang kamera untuk photoshoot dah ni...sebelahnya bangunan Kementerian Pelancongan memang lagi cantik bangunan die..tu pun masih lagi under construction..prince tengok tengah nak pasang kubah pulak atas bangunan tu..

Teka ape dalam kotak ni????

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaa...nampak ta?.itu lah coklat(saje x nak tunjuk nnt ade yg nak buka pose plak..hehe)

Sejak kawan rumah prince ni tukar kerja ke kilang coklat... asyik bawa balik coklat je... die keje buat coklat.. jadi budak2 rumah la yang jadi 'mangsa' ujikajinya...nasiblah kalau coklat itu sedap okaylah.. tapi kalau pahit cepat2 pergi ke tong sampah..hahaha, tapi prince nak support member punye pasal sanggup menelannya juga.. ceewwaahhhhhh:p

p/s: banyakkan bersabar dalam bulan puasa ni ye kawan-kawan, take care =)

Thursday, August 4, 2011

! Dah Apply Cuti? !

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa...

Sekarang ni rasenya mesti dah ramai yang plan nak cuti raya kan??? ade yang dah apply ke awal-awal ke nak cuti bape hari..kat opis prince dah mula dah...tapi prince pun xtaw nak cuti bape lame ni..ye la kan dah ade 3 hari cuti umum sempena Hari Raya dan Merdeka, jadi mungkin tak nak la ambil cuti lama sangat sebab banyak kenduri kawin pulak lepas raya ni. Jauh-jauh plak tu..

Bape lame cuti raya korang? ade yang plan nak amik sampai sebulan ke?jom share2 kat sini..nak tengok sape paling lame bercuti...hehe, tapi ade jugak ke yang tak ambil cuti..orang raya pun die tetap nak kerja juga..hebat kalau macam tu..betul2 workaholic tu!atau mungkin juga ade yang tak dapat cuti dan terpaksa bekerja..selalunya private company la kan...

p/s: Prince pun tak sure lagi nak balik kampung mane ni...tapi sebagai gentlemen kasi balik rumah mak mertua dulu la..Opppss..lupe plak, prince tak kawin lagi rupenya..haha..saje je melawak dengan korang..ade yang pecaya ke? hehe..

Wednesday, August 3, 2011

! Night Photoshoot !

Assalamualaikum & Selamat Menjalani Ibadah Puasa Sahabat2 Prince...

Sudah pasti bulan Ramadan memberikan rasa baru yang merangsang kite untuk melakukan amal makruf nahi mungkar serta menambahbaikkan dalam kehidupan. Kalau boleh kite memperbanyakkan bersabar dalam ape jua urusan yang kite lakukan dan kurangkan bermain dengan emosi..mari kite same2 amalkan ye kawan-kawan..

Oklah, sikit je tazkhirah prince di atas tu..hehe..Ssebelum bulan puasa ni prince ada pergi photoshoot kat KLCC saje suke-suke nak belajar teknik2 amik gambar dengan kamera pada waktu malam..jom tengok hasilnya..








p/s: sekarang hobi untuk photoshoot waktu malam terpaksa dihentikan seketika memberi laluan untuk mengambil peluang tingkatkan ibadah dalam bulan puasa. Jom sama2 kite rebut peluang yang datang ni =)

Tuesday, August 2, 2011

! Ramadhan 2 !

Assalamualaikum dan Semoga Menjalani Ibadah Puasa warga blog...

Dah masuk hari kedua kite berpuasa dalam bulan yang mulia ni..harap-harap puasa dan amalan kite diterima olehNya. Macam mane perasaan menempuh hari pertama puasa semalam? insyaAllah semuanya berjalan lancar hendaknya..

Bulan puasa ni prince lebih suke berbuka beramai2 di masjid dan makan berjemaah sekali..tapi semalam tak ramai orang yang datang ke masjid untuk berbuka, mayb masih di peringkat awal Ramadan lagi kot...kebiasaannya memang ramai muslimin dan mulimat berbuka di masjid seperti tahun lepas..

Seperti sebelum ni, sahurnya pulak prince dan kawan2 serumah lebih suke memasak dari membeli juadah di luar..tapi kami masak tengah2 malam kebiasaannya sebab takut terlewat bangun pulak, selalu selesai terawih kami terus pulang ke rumah untuk bersedia memasak. Masak pun yang simple2 je..sekadar untuk alas perut..tapi semalam masing2 rajin nak masak...so, banyak la pulak juadahnya semalam..


Alhamdulillah, sahur tadi semuanya habis tak membazir...Elakkan pembaziran ye kawan-kawan..=)

Oklah, mase untuk mulakan kerja..take care korang semua..

Monday, August 1, 2011

! Syaitan Cuti Sebulan !

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa Sahabat-sahabat Blogger Prince..


Alhamdulillah, kita dapat jumpa lagi dalam bulan Ramadan ini dengan izinNya. Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Selamat bertemu kembali dengan bulan rahmat, maghfirat dan penuh keberkatan! Prince ambil kesempatan memohon maaf jika ade salah silap prince sebelum ini samada yang tersurat atau tersirat.

Prince nak kupaskan dan kongsikan sedikit bahan bacaan yang prince bace daripada Majalah SolusiRamadan masyur dengan panggilan bulan puasa kerana sepanjang bulan ni kita diwajibkan berpuasa. Bulan Ramadan juga disebut sebagai bulan Al-Quran kerana dalamnya pernah berlaku peristiwa Nuzul al-Quran. Ramadan juga pernah disebut khemah latihan taqwa kerana objektif puasa itu sendiri adalah untuk mendidik ketaqwaan dalam diri Mukminin. Jadi, bulan Ramadan juga ialah bulan puasa, bulan al-Quran dan bulan taqwa.

Ape yang prince dapat rumuskan disini hubungkait antara puasa, al-Quran dan taqwa adalah:
Bulan Ramadan ialah bulan diturunkan al-Quran. Puasa adalah jalan menuju taqwa. Hanya puasa yang sempurna akan melahirkan taqwa. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk hanya bagi mereka yang mempunyai jiwa taqwa. Elemen2 ini bila digabungkn akan mghasilkan hati2 yang subur untuk mengingati Allah dan jiwa2 yang merasai lazatnya beribadah bukan sahaja bulan Ramadan malah diteruskan bulan2 yang lain.

Jika syaitan sedih menjelang Ramadan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom kite sama2 tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan ini. Semoga natijah akhir iaitu taqwa mampu dicapai. Amin.

p/s: pasni jadual masak prince kene tukar tengah malam...nanti xsempat nak masak untuk sahur..macam mane sahur korang tadi?harap2 semua berjalan lancar..hehe