[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, September 29, 2011

Nak Laptop?

Assalamualaikum dan Salam Hormat...

Nak masuk bulan 10 dah kan..semalam anak buah prince ( irshad) call nak cakap dengan prince..prince pun layan je la..jom ikuti perbualan prince dan Irshad:

Irshad: Helo...semekom,  ngah  (pak ngah)..
Prince: waalaikumusalam...irshad ke ni?
Irshad: akngah lik kampung taw bulan depan...
Prince: insyaallah...kenapa suruh pak ngah balik kg?
Irshad: beday (birthday) abang (irshad) gan adik bln 10...nak hadiah!
Prince: owh...bukan nak jumpa pak ngah... nak hadiah dari pak ngah je la ek..
Irshad: aha..nak hadiah..abg nak LAPTOP!
Prince: hah?? nape nak laptop?
Irshad: pak lang dengan pak su main laptop...abg nak jugak..
Prince: pinjam la laptop paksu atau paklang kalau nak main..
Irshad: diorang tak maw bagi abg main...akngah belikan satu..eh dua..adik nak jugak..
Prince: adik pun nak jugak!!! pandai ke adik main..adik kan kecik lagi...
Irshad: abg boleh tolong ajar adik...

tu la antara perbualan prince dengan anak buah prince Irshad malam semalam...pandai betul die nak bodek pak ngah dia kan...nak laptop pulak tu...demand betul...ni mesti paksu dan pak lang die ajar dia main game kat laptop sebab tu la die nak sangat laptop tu...

bulan 10 ni birthday dua2 anak buah prince dan adik bongsu prince jugak...

Humaidi Irshad

Husyairi 

Adik bongsu prince..


Kat bawah ni prince pergi celebrated birthday anak buah kawan prince sabtu lepas....



birthday gurl...Amani



p/s: ye..prince memang suke layan budak-budak ni..kalau boleh nak cubit2 je pipi die yg gebu tu...tengah penin kepala nak pikir beli hadiah ape tuk anak2 buah dan adik prince ni..

Wednesday, September 28, 2011

Hebatnya Ramli???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua..

Semalam prince kesibukan yang teramat sangat..sori la kalau tak berkunjung ke blog korang, prince sempat singgah yang mane sempat saje..

korang kenal tak Ramli?..hangat dah nama dia diperkatakan oleh ramai orang sekarang ni...alah pemain baru Manchester United kelahiran Malaysia tu!! kalau tak kenal cepat search kat Google..especially Jue & Hanie ???

nak tengok gambar dia?

Aksi Ramli selepas menjaringkan gol...

Jersi Ramli bernombor 19
sekarang mesti korang pernah  tengok aksi dia kat tv kan...kalau korang nak tahu cite lebih pasal die ni lebih lanjut tengok video bawah ni pulak..


hah? sekarang dah paham tak ape yang prince cuba maksudkan??? 

Sebenarnya disebabkan iklan ni si Ramli ni jadi femes tu...mane taknya  asyik prince layan bola je...mesti ade orang akan sebut nama die..kalau sembang pasal bola je tibe2 mesti nama dia jugak orang akan sebut...contohnya: “Alah.. masa MU lawan malam tadi Ramlee tak main sebab tu kalah @ Ramli tak main masa Malaysia lawan Jepun kelmarin”,yang kelakarnya ada jugak kawan2 yang percaya Ramli ni pemain MU.. tapi tak tahulah korang punya tempat si Ramli ni hangat disebut2 ke tak..ni disebabkan oleh pengaruh iklan TM tu..

Iklan TM ni mengisahkan tentang seorang budak (Ramli) yg memasang impian yg tinggi untuk menjadi pemain bolasepak profesinal  walaupun tahap pendidikan dia kurang bagus. Tapi dengan semangat & azam yang menggunung, akhirnya Ramli berjaya menjadi seorang pemain untuk kelab gergasi di England iaitu Manchester United dengan menyarung jersi bernombor 19…sehingga ayah Ramli dan juga seluruh rakyat Malaysia merasa bangga dengan Ramli terutama apabila menjaringkan gol. Mungkin dia merupakan Anak Malaysia Merdeka pertama bermain di peringkat professional..

Iklan ni memang bawa mesej yang bagus sebenarnya siapa sangka kalau kita dapata lihat seorang pemain dapat beraksi di liga eropah seperti EPL satu hari nanti..tiada yang mustahil jika kita ada usaha bersungguh2 dan semangat yang kuat dalam diri.

p/s: harini dah samapai Syawal 30 iaitu hari terakhir kite dalam bulan syawal kan..

Monday, September 26, 2011

SuaRaya-Anak Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka kata..

Ape khabar korang semua..bertemu kembali pada hari Isnin..selepas last weekend prince terlalu busy dengan pelbagai event..

Tapi hari ni prince nak bercerita aktiviti hari Jumaat lepas iaitu Majlis Sua Raya UiTM yang diadakan di Padang Kawad UiTM dengan tema Anak Malaysia. Pelbagai makanan dan aneka juadah disediakan oleh setiap jabatan dan staf2 UiTM secara percuma kepada pengunjung yang hadir ketika itu..Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang..

Jom layan gambar pulak...

Hah, time ni prince baru tiba untuk menghias kedai dengan menaiki motorsikal jer..lawa tak motor prince? 

(*motor prince bukan yg sedang prince duduk tu tapi belakangnya..hihi)
 kemudian tibalah masa untuk kami punya department mengemas dan menghias gerai kami...

8 Jabatan yang berkongsi dan bekerjasama dengan jabatan prince untuk menyediakan makanan untuk juadah sua raya tahun ini..menunya..Aneka Bubur..banyak taw bubur..sedap2..sekejap je juadah kami habis di ambil oleh pengunjung yang datang...sape tak nak free kan..hehe


Antara crew yang terlibat..sempat prince gambar bersama mereka..

ni lah baru Anak Malaysia....saje2 bergambar..

menikmati juadah di gerai2 yang lain....kenyang betul petang tu..

ni gerai Nasi Arab..siap ada orang arab lagi...ape lagi bergambar lagi...hihi

ni menu paling spesel...iaitu daging RUSA...Sedappppp Betul!!! tapi nak menunggu turn  untuk dapatkannya memang kene berbaris panjang la..tapi berbaloi beb..

Ini pula antara gerai2 yang  kreatif berhias..sebab ade hadiah bagi yang paling cantek..

p/s: nak cite panjang lagi tapi masa tak mengizinkan..so short story dah la ek...gambar pun banyak lagi tapi yg dah prince tempek kat sini pun dah cukup la untuk tatapan korang ...nak pergi dengar story korang plak ni...

Friday, September 23, 2011

Penghujung Syawal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Jumaat semua...Jumaat di penghujung bulan syawal dah taw....Jumaat depan dah jumpa Zulkaedah..Hari ini prince ade terlibat dengan event  yang UiTM adakan iaitu Majlis Sua Raya...so, sape nak makan free boleh la datang..banyak makanan terhidang buat anda semua..eceh....kalau nak jumpa prince pun boleh...tapi prince ni suka merayap merata-rata kalau event macam ni..kalau boleh semua benda nak pergi tengok..sape dapat cari prince..prince kasi duit raya..hahahaha

So, hari ni prince mungkin akan lewat sikit blogwalking ke blog2 korang taw..tapi insyaAllah, akan datang juga berkunjung...Nanti lah princecite lebih lanjut pasal Majlis Sua Raya ni sebab tak de gambar tak syok la kan...

Semalam housemates prince ajak keluar tengok wayang ramai cite Bini-Biniku Gangster...Awal2 lagi dah siap booking tiket wayang. Pergilah tengok juga di Bukit Raja..


Lepas  tengok memang layan jugak la kelakarnya...terutama Shaheizy Sam punya watak la..cite die memang best la dan funny..tapi kanak-kanak tak sesuai menonton...maybe lawaknya agak kedewasaan sikit..prince layan je la...

Habis je tengok wayang, pergi minum di kedai mamak...sambil cerita2 pasal duniawi dan akhirat..hehe..sorang housemate prince ni akan outstation ke Bangkok selama 3 minggu..so, kami bercerita lah pasal negara Thailand tu..sebenarnya die takut2 juga nak pergi..ye la skrg ni kejadian bom sana sini terutama kat Thailand tu..tapi, apepun harap2 die selamat pergi dan pulang semula ke Tanah Air...

p/s: oklah, nak bersiap2 pergi ke Majlis tu...prince pakai baju raya harini...(tu pon nak bagitaw...haha)

Thursday, September 22, 2011

Selamat Bertunang Sepupuku...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Sori la agak lewat sikit update harini sebab nak settlekan keje yang penting2 dulu bar boleh blogging dengan tenang kan...Beberapa Minggu yang lalu, prince turut mengikuti rombongan meminang sepupu prince yang paling rapat iaitu Asma'i bukan Asmara taw ke Teluk Batik, Perak. Kalau tak ade gambar tak best kan..jom layan gambar sambil prince bercerita...

sempat bergambar dgn ank buah sebelum bertolak ke teluk batik..

lagi 10km perjalanan..

tu dia rombongan kami..rasenya ade dalam 11 buah kereta

Siap sedia membawa hantaran bagi pihak lelaki
Sesi Perbincangan dengan wakil pihak perempuan...
Hantaran belah lelaki..

Hantaran sebelah perempuan

inilah tunang sepupu prince bersama mak sepupu prince..

yang lelaki tu  la cousin prince..

Photographer pun nak kene makan jgk wei....jemput makan ye
p/s: banyak gambar tunang mereka ni prince tak sempat edit lagi ni...sori la kazen ku ye..bagi mase sikit taw..ade2 sape ke nak tolong prince edit???hehe

Wednesday, September 21, 2011

Selamat Berjuang Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca  setia blog prince...

Harini merupakan detik yang dinanti-nanti oleh para peminat bola sepak tanah air dimana Malaysia akan bertemu Jepun pada peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 pada pukul  7 malam ni..

Minggu lepas prince sempat pergi menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Oman yang berkesudahan dengan Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Oman di Stadium UiTM. Namun banyak mencipta peluang di depan gol cuma nasib tak menyelebahi pasukan ketika itu..Jom tengok aksi2 pemain muda Malaysia..

Khairul Fahmi Che Mat...

Aksi Fahmi ketika menyepak bola..

Wan Zack Haikal...pemain paling menyerlah dalam pasukan..

pemain yang mendengar tips dari coach ketika tamat perlawanan..

Penyokong Ultras Malaya sentiasa ada dimana saje..
Jepun memang tak dapat dinafikan salah satu gergasi Asia dalam bolasepak dan pastinya akan turun dengan reputasi sebagai bekas juara Asia malam ni dan Malaysia harus menunjukkan semangat juang dan tidak kenal putus asa sehingga ke wisel penamat jika hendak mengaibkan Jepun malam ini. Semoga pasukan Harimau Muda ini berjaya membawa sinar baru dalam arus bola sepak negara kita.

p/s: Hari ni sepatutnya hari yang istmewa buat prince namun hari istimewa itu hanya tinggal kenangan dan telah pergi jauh dari prince..tetibe je kan..jom sambung kerja..have a nice day =)

Tuesday, September 20, 2011

Bermain Piano

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


JOm bermain piano dengan prince...ce tengok picture kat atas tu ade gaya tak prince jadi permain piano profesional ??? sebelah prince tu litlle princess...sibuk juga nak main piano..atau sebenarnya dia yang ajar prince bermian piano??? banyak tanda soal pula prince pada entri hari ni...

Sebenarnya, prince dan little princess tu kedua2nya tak ade pengalaman bermain piano..pendek kate 0 knowledge..piano tu pun bukan kepunyaan prince mahupun litltle princess itu...kami action je lebih bila bergambar..ini lah dinamakan menggaburi pihak lawan...apelah yang prince merapu ni ek...

Prince suke dengar bunyi piano ni..selalunya yang ade okestra mesti ada bunyi piano kan..alunan bunyinya boleh menenangkan fikiran...selalu lagu dari jepun dan korea banyak gunakan instrumen ni...salah seorang yang prince suke adalah Kitaro...mungkin korang pernah dengar kan nama dia...tapi malas nak bercerita panjang pasal die..sebab prince nak pergi jamuan raya kat sebelah ofis prince ni..pasal makan no1 kan..

Oklah kawan-kawan jumpa lagi di entri berikutnya...selamat bekerja. selamat belajar dan selamat dalam ape jua yang dilakukan...=)

Monday, September 19, 2011

Jamuan Raya @Ofis

Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin

Bertemu kembali pada hari Isnin yang mana mesti ramai orang moodnya untuk bekerja atau ke kelas sangat malas kan...sebenarnya prince yang malas ni...hehe..Jom kite merajinkan diri di hari Isnin ini....

Rabu lepas opis prince mengadakan jamuan raya dikalangan staf-staf kami bertempat di lobi bangunan opis kami. Bermacam-macam juadah disediakan antaranya feveret prince iaitu Satay, Laksa Penang, Nasi Beriani, Kek, Koktail, kuih muih dan macam-macam lagi sehingga kenyang perut dibuatnya..jom layan gambar pulak.

tetamu yang hadir

bacaan doa dibaca..

ucapan dari Bos

aneka juadah terhidang..

eh..eh..satay..

jom sape nak makan dgn prince..

try cari prince yg mane satu??
staf opis prince..

gaya kami...
team purple...
cantik xbaju raya prince..hehe:p

pulangkan kameraku....haha

p/s: oklah..sampai sini dulu...mood rajin bekerja dah datang...jumpe lagi..bye2

Thursday, September 15, 2011

Kuala Kangsar ke TTDI

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera..

Yahoooo...hari ni last day keje..esok cuti...semangat sikit nak keje arini...bagi blogger yang bekerja esok hari prince ucapkan Selamat Bekerja dan blogger yang tidak bekerja prince ucapkan Selamat Bercuti...

Jom, prince nak sambung cite konvoi prince...selepas jamuan raya di kampung prince, rombongan konvoi kami bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke Shah Alam dan singgah ke jamuan raya rumah Bos Prince di TTDI...Hujan lebat menemani perjalanan sepanjang perjalanan pulang kami. Kami singgah di perhentian RnR Tapah untuk berhenti solat. Kemudian, sedang konvoi kereta lain meneruskan perjalanan kami masih lagi di Tapah kerana ingin menikmati  Baskin-Robbins Ice-Cream disitu. Sedap!!!


Selepas tu, kami pun pantas bergerak, dan aksi pecut-memecut dimulakan walaupun hujan masih lebat lagi...(Dinasihatkan jangan meniru aksi kami ni) Kelihatan konvoi kami saling bertukar2 yang menjadi lead konvoi di depan..mase ni kami agak kelewatan sudah untuk ke jamuan raya bos kami...Alhamdulillah, pukul 9.30 kami sampai di rumah Bos kami dan sempat menikmati hidangan yang disediakan serta bergambar dengan Bos..




sepanjang hari kami berjalan...memang penat campur gembira..esoknya memang kami rehat puas2..pengalaman manis sesama kawan2 opis memang xdapat dilupakan...Ok, samapai sini saje perjalanan konvoi prince..pic prince tak banyak sangat sbb prince yg photographernya..

p/s: semalam jamuan raya opis prince..nanti prince story ye..=)