[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, September 28, 2011

Hebatnya Ramli???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua..

Semalam prince kesibukan yang teramat sangat..sori la kalau tak berkunjung ke blog korang, prince sempat singgah yang mane sempat saje..

korang kenal tak Ramli?..hangat dah nama dia diperkatakan oleh ramai orang sekarang ni...alah pemain baru Manchester United kelahiran Malaysia tu!! kalau tak kenal cepat search kat Google..especially Jue & Hanie ???

nak tengok gambar dia?

Aksi Ramli selepas menjaringkan gol...

Jersi Ramli bernombor 19
sekarang mesti korang pernah  tengok aksi dia kat tv kan...kalau korang nak tahu cite lebih pasal die ni lebih lanjut tengok video bawah ni pulak..


hah? sekarang dah paham tak ape yang prince cuba maksudkan??? 

Sebenarnya disebabkan iklan ni si Ramli ni jadi femes tu...mane taknya  asyik prince layan bola je...mesti ade orang akan sebut nama die..kalau sembang pasal bola je tibe2 mesti nama dia jugak orang akan sebut...contohnya: “Alah.. masa MU lawan malam tadi Ramlee tak main sebab tu kalah @ Ramli tak main masa Malaysia lawan Jepun kelmarin”,yang kelakarnya ada jugak kawan2 yang percaya Ramli ni pemain MU.. tapi tak tahulah korang punya tempat si Ramli ni hangat disebut2 ke tak..ni disebabkan oleh pengaruh iklan TM tu..

Iklan TM ni mengisahkan tentang seorang budak (Ramli) yg memasang impian yg tinggi untuk menjadi pemain bolasepak profesinal  walaupun tahap pendidikan dia kurang bagus. Tapi dengan semangat & azam yang menggunung, akhirnya Ramli berjaya menjadi seorang pemain untuk kelab gergasi di England iaitu Manchester United dengan menyarung jersi bernombor 19…sehingga ayah Ramli dan juga seluruh rakyat Malaysia merasa bangga dengan Ramli terutama apabila menjaringkan gol. Mungkin dia merupakan Anak Malaysia Merdeka pertama bermain di peringkat professional..

Iklan ni memang bawa mesej yang bagus sebenarnya siapa sangka kalau kita dapata lihat seorang pemain dapat beraksi di liga eropah seperti EPL satu hari nanti..tiada yang mustahil jika kita ada usaha bersungguh2 dan semangat yang kuat dalam diri.

p/s: harini dah samapai Syawal 30 iaitu hari terakhir kite dalam bulan syawal kan..

29 comments:

Jue said...

ooo dia niiiii..aku suka nengok iklan dia weh! sbb dia nmpk sweetttttttttttttttttttttt hahaha

entry ko ni mgingatkan aku pd safee *tol x ejaan?mls Google haha** yg tgh brada nun d sana

psst: sama tringin nak tgk pmain Malaysia sarung jersi sana

cik sakdi said...

Lah,, ingtkan si ramli ni mmg main kat Man U. rupanya iklan je. hahahah

HaiDa HiDa said...

bestkan tgk iklan ni..
ada gak yg komen 'jgn berangan lah, semua tu hanya mimpi'... bagi hida sesuatu tu xder yg mustahil jika kita sertakan ngan usaha berterusan.. bukan je dalam bola sepak, dalam apa jua bidang.. iklan tu ada mksud yg tersirat.. juga sebagai semangat tuk kita semua..

sahromnasrudin said...

tggu safee sali beraksi utk cardiff huhuhhhhhh

nabilah_2908 said...

ha..kenal2.....

moga satu hari ianya bukan sekadar iklan..tpi menjadi kenyataan... ;)

aliesha kirana said...

alangkah bestnya kalau mende ni sume jd kenyataan satu hr nnti kan prince? heheehe. amin!

Jue said...

ko pasti nang kitaorg sketchkan? xpyh la weh..kang tkejut badak ko nanti!hahaha baik soh awek cantek tu buatkan hihi

KAMIHIDUP said...

iklan ni memang kelakar. kelakar sebab nama dia ramli.

Jue said...

amboi!laju je ko bila aku sbut awek cantek kan! tp dia mmg cantek worrrr hihihi

haha geli hati aku tbc komen ko sbb terimaginasi ko tkejut pastu ter'automatik' ter'halilintar' aku hahaha

dwaty said...

saya baru trngok minggu lalu.... macam betul jer... kalau betul pun apa salahnya kan???

Maya Mayana said...

tp betul ke ramli ni main dlm MU? tak kan,cuma iklan je kan? anyway semoga jd pembakar semangat anak2 malaysia...iklan terbaik setakat ni :)

Lea Isnawi said...

aku taw ramly berger tu je

hehe

nazira said...

masa first time tgk iklan ni percaya gk.. ingat memang ank orang malaysia yang tinggal kat England.. tgk2 bodoh2 je kne tipu.. hahaha.. lawak..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

fa-in said...

1st time tgk iklan ni..biasa la busy jarang tgk tv,eheh.

pena rozie said...

Harap jd kenyataan

aizamia3 said...

ai suka tengok iklan tu.. ;)

Jue said...

prince, kalau ko kat KL, mg kitaorg ajak punyalah

Jue said...

mekdi? bole aje!!my faberet tau!

sizuka[Izzati] said...

wahhhhh ingatkan tauke burger ramly tadi.hehehe.coolio kalau ada anak muda kita dapat main EPL.bangga satu Msia:)

qlah said...

iklan tu best kan prince.. ;D

Cikgu Tie said...

seni betul iklan nie kan prince!

Hanie_Dew said...

entry buat aku tacing tetibe. ramli tu kiut la.MU lak tu.weeeeee...

**biar betul ko 38-24-36 ??? o.O. sama cam pix dlm entry tu eh. hahahaha.aku cube bayangkan seblom aku pengsan tadi. =D

schaze zainn said...

iklan ni menarik dan memberi inspirasi :d


tp syg, byk blogers lain hentam iklan ni.

pelik betul..hmm

Tukang Karut said...

buger ramli jugak yang sedap... eh? lari topik...

wahida said...

suka tgk iklan ni...kalau la jadi kenyataan kan best...

Umie Artoqiemie said...

ohhh esok syawal terakhir..
Ramlee tengok lelama hensem jugak, macam jiran aku yg slalu main guitar tu hahahaha.

Amni said...

dah tukar bulan dah.. syawal dah habis... =)

ainz said...

huhuhu...sy jarang tgk tv..belum penah tgk lagi iklan ni...bgus mesej yang nak disampaikan..segala impian boleh jadi kenyataan..

Afzainizam said...

Ohhhh Abang Ramli...

Hebatnye ko... harap lebih ramai lagi ramli akan lahir bertaraf Class dunia kat Malaysia ni


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda