Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua..
Semalam prince kesibukan yang teramat sangat..sori la kalau tak berkunjung ke blog korang, prince sempat singgah yang mane sempat saje..
korang kenal tak Ramli?..hangat dah nama dia diperkatakan oleh ramai orang sekarang ni...alah pemain baru Manchester United kelahiran Malaysia tu!! kalau tak kenal cepat search kat Google..especially Jue & Hanie ???
nak tengok gambar dia?
Aksi Ramli selepas menjaringkan gol... |
Jersi Ramli bernombor 19 |
sekarang mesti korang pernah tengok aksi dia kat tv kan...kalau korang nak tahu cite lebih pasal die ni lebih lanjut tengok video bawah ni pulak..
hah? sekarang dah paham tak ape yang prince cuba maksudkan???
Sebenarnya disebabkan iklan ni si Ramli ni jadi femes tu...mane taknya asyik prince layan bola je...mesti ade orang akan sebut nama die..kalau sembang pasal bola je tibe2 mesti nama dia jugak orang akan sebut...contohnya: “Alah.. masa MU lawan malam tadi Ramlee tak main sebab tu kalah @ Ramli tak main masa Malaysia lawan Jepun kelmarin”,yang kelakarnya ada jugak kawan2 yang percaya Ramli ni pemain MU.. tapi tak tahulah korang punya tempat si Ramli ni hangat disebut2 ke tak..ni disebabkan oleh pengaruh iklan TM tu..
Iklan TM ni mengisahkan tentang seorang budak (Ramli) yg memasang impian yg tinggi untuk menjadi pemain bolasepak profesinal walaupun tahap pendidikan dia kurang bagus. Tapi dengan semangat & azam yang menggunung, akhirnya Ramli berjaya menjadi seorang pemain untuk kelab gergasi di England iaitu Manchester United dengan menyarung jersi bernombor 19…sehingga ayah Ramli dan juga seluruh rakyat Malaysia merasa bangga dengan Ramli terutama apabila menjaringkan gol. Mungkin dia merupakan Anak Malaysia Merdeka pertama bermain di peringkat professional..
Iklan ni memang bawa mesej yang bagus sebenarnya siapa sangka kalau kita dapata lihat seorang pemain dapat beraksi di liga eropah seperti EPL satu hari nanti..tiada yang mustahil jika kita ada usaha bersungguh2 dan semangat yang kuat dalam diri.
p/s: harini dah samapai Syawal 30 iaitu hari terakhir kite dalam bulan syawal kan..
29 comments:
ooo dia niiiii..aku suka nengok iklan dia weh! sbb dia nmpk sweetttttttttttttttttttttt hahaha
entry ko ni mgingatkan aku pd safee *tol x ejaan?mls Google haha** yg tgh brada nun d sana
psst: sama tringin nak tgk pmain Malaysia sarung jersi sana
Lah,, ingtkan si ramli ni mmg main kat Man U. rupanya iklan je. hahahah
bestkan tgk iklan ni..
ada gak yg komen 'jgn berangan lah, semua tu hanya mimpi'... bagi hida sesuatu tu xder yg mustahil jika kita sertakan ngan usaha berterusan.. bukan je dalam bola sepak, dalam apa jua bidang.. iklan tu ada mksud yg tersirat.. juga sebagai semangat tuk kita semua..
tggu safee sali beraksi utk cardiff huhuhhhhhh
ha..kenal2.....
moga satu hari ianya bukan sekadar iklan..tpi menjadi kenyataan... ;)
alangkah bestnya kalau mende ni sume jd kenyataan satu hr nnti kan prince? heheehe. amin!
ko pasti nang kitaorg sketchkan? xpyh la weh..kang tkejut badak ko nanti!hahaha baik soh awek cantek tu buatkan hihi
iklan ni memang kelakar. kelakar sebab nama dia ramli.
amboi!laju je ko bila aku sbut awek cantek kan! tp dia mmg cantek worrrr hihihi
haha geli hati aku tbc komen ko sbb terimaginasi ko tkejut pastu ter'automatik' ter'halilintar' aku hahaha
saya baru trngok minggu lalu.... macam betul jer... kalau betul pun apa salahnya kan???
tp betul ke ramli ni main dlm MU? tak kan,cuma iklan je kan? anyway semoga jd pembakar semangat anak2 malaysia...iklan terbaik setakat ni :)
aku taw ramly berger tu je
hehe
masa first time tgk iklan ni percaya gk.. ingat memang ank orang malaysia yang tinggal kat England.. tgk2 bodoh2 je kne tipu.. hahaha.. lawak..
http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/
1st time tgk iklan ni..biasa la busy jarang tgk tv,eheh.
Harap jd kenyataan
ai suka tengok iklan tu.. ;)
prince, kalau ko kat KL, mg kitaorg ajak punyalah
mekdi? bole aje!!my faberet tau!
wahhhhh ingatkan tauke burger ramly tadi.hehehe.coolio kalau ada anak muda kita dapat main EPL.bangga satu Msia:)
iklan tu best kan prince.. ;D
seni betul iklan nie kan prince!
entry buat aku tacing tetibe. ramli tu kiut la.MU lak tu.weeeeee...
**biar betul ko 38-24-36 ??? o.O. sama cam pix dlm entry tu eh. hahahaha.aku cube bayangkan seblom aku pengsan tadi. =D
iklan ni menarik dan memberi inspirasi :d
tp syg, byk blogers lain hentam iklan ni.
pelik betul..hmm
buger ramli jugak yang sedap... eh? lari topik...
suka tgk iklan ni...kalau la jadi kenyataan kan best...
ohhh esok syawal terakhir..
Ramlee tengok lelama hensem jugak, macam jiran aku yg slalu main guitar tu hahahaha.
dah tukar bulan dah.. syawal dah habis... =)
huhuhu...sy jarang tgk tv..belum penah tgk lagi iklan ni...bgus mesej yang nak disampaikan..segala impian boleh jadi kenyataan..
Ohhhh Abang Ramli...
Hebatnye ko... harap lebih ramai lagi ramli akan lahir bertaraf Class dunia kat Malaysia ni
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda
Post a Comment