Lelaki Gila Seks Muncul...
Assalamualaikum warga blog prince...
Prince nak cite sikit pasal kejadian malam semalam yang riuh rendah dan kecoh jiran tertangga prince disebabkan kemunculan lelaki gila seks di kawasan perumahan kami..
Ketika kejadian prince dan housemates lain berada dalam rumah dan ada antara kami yang dah pun dibuai mimpi indah dalam bilik masing-masing. Jam kat dinding menunjukkan pukul 11 lebih..
Tibe2 pintu rumah prince diketuk oleh seseorang..mula-mula masing2 tak sedar kerana berada dalam bilik..kemudian kawan prince yang tersedar pergi membukanya..dari bilik prince ternampak seorang makcik dan pakcik yang mengetuk pintu rumah kami..Jadi, prince bergegas ke situ untuk mengetahui lebih lanjut tujuannya..
Makcik: Ada tak orang pakai spec mate, seluar hitam dan baju putih yang tinggal dalam rumah ni sekarang?
Housemate: kehairanan..tengah berfikir..
*kemudian prince muncul....
Prince: saya pakai spec makcik kenapa?
Pakcik: owh..kamu ni..bukan dia lah..
Prince: eh, pakcik rupenya..nape pakcik?
Makcik: Tadi kat bawah, anak perempuan makcik ade sidai kain diluar..lepas tu die ade perasan seorang lelaki baju putih dan seluar hitam,pakai spec berjalan ke arah die dan terus tunjukkan die punya **** kat anak perempuan makcik..anak perempuan makcik menjerit dan terus menangis...
Housemate: macam mane orangnya makcik?
Pakcik: lebih kurang sebaya kamu..
Prince: selamat saya pakai baju hitam makcik..seluar dan pakai spec dah same...selamat baju je tak same..(sambil prince gurow dgn makcik tu)
Housemate: oooh..ko tukar baju eh?hahaha(ketawa jahat)
Prince: pandailah ko..
Pakcik: pakcik kenal sangat kamu..dulu pon pernah bgtaw kami pasal budak yang curi baju tu kan..
Prince: owh..saya la tu..
Makcik: Bukan ape, risau takut orang tu buat yang bukan2 kat anak dara orang je la nanti..berani die tunjuk "bende" tu kat perempuan..
Housemate: Kami tak dengar pulak orang lari kat sini tadi..
Pakcik: Tadi, makcik kate die lari naik moto warna merah..pakcik takut orang tu tinggal kat blok ni? tu nak cam muka tu..sebab makcik nampak muka die tadi..
Housemate: ooooohhhh..
Prince: Mcam ni la pakcik, pendapat saya mungkin kita patut aware kan penduduk sini dengan memo atau notis kat bawah blok supaya mereka lebih berhati2 lagi sebelum terjadi perkara yang lebih teruk lagi..
Pakcik: nanti pakcik bagitaw kat pengurusan disini.
Makcik: minta maaf lah menganggu kamu semua ye..minta diri dulu.
Kami: takpe makcik..kami pun belum tido lagi ni..assalamualaikum.
Sementara itu, jiran2 lain yang bising diluar rumah untuk mengetahui perkara itu masih dalam perbincangan topik itu..
Begitulah drama yang berlaku semalam..kesian pulak tengok anak pakcik dan makcik tu..budak sekolah pulak tu..mesti trauma die..kepada perempuan2 di luar sana, semoga berhati-hatilah selalu terutama ketika anda bersendirian..pastikan anda membawa peralatan yang boleh mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara yang tak diingini..