[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Friday, October 29, 2010

:: Wrong Number ::

Selamat Petang kepada semua pembace...



Harini kan prince rase sungguh hairan la..dari pagi tadi ade beberapa orang yang call prince, tapi prince tak kenal pon..dan diorang kate "sori,wrong number"..setakat ni dah 3 orang yang call prince..yang paling best ade seorang pakcik ni yang buat prince rase sangat lucu dibuatnya..


Pakcik : Hello, Erol bile maw kasi gaji ar??
Prince : Sape ni?
Pakcik : Pakcik Man la..ritu yang berhenti keje tuh..gaji xmasuk lagi la kate 28hb..macam mana ni?
Prince : eh, pakcik ni salah orang ni..saya prince!
Pakcik : alah, korang kalau bab nak bayar gaji suke la kate salah orang la, lewat masuk la dan ntah ape2 alasan lagi korang bagi..
Prince: Pakcik yang call salah number ni..ni no saya.Cuba pakcik cakap no yang pakcik nak call tu.
Pakcik: jap..012-xxxxxx9
Prince : pakcik, no pakcik nak call tu belakang die 9, yang pakcik tengah call ni belakang die 6..pakcik salah tekan tu..
Pakcik: lar..yeke..camne ley salah tekan ni..ni sape?
Prince: saya "prince" la pakcik..
Pakcik: sori la mate pakcik ni dah rabun dah tua2 ni...
Prince : ok2 xpe..
Pakcik : maaf ye.salam
Prince: salam.

p/s: Bile mase pulak prince jadi bos nak bayar gaji orang ni, prince sendiri pon keje makan gaji camne la nak bayar gaji pakcik tu..haha

Thursday, October 28, 2010

:: Nostalgia era 60-an::

Facebook di zaman P.Ramlee...

Kalau la fb ni dah ade era 60an pada ketika itu, agak2nya ape akan ditulis oleh diorg?? Agak2nya ada tak macam yang kat bawah ni..jom tengok..

p/s: kat sini pon si ayu tu sempat gak minta 20sen tu..haha

Wednesday, October 27, 2010

:: Banana Boat ::

Hanya Dalam Fantasi...


Ape khabar kepada pembaca2 blog prince ni? harap semua berada dalam keadaan baik dan sihat. 

Harini prince nak cite siket pasal semalam semasa sedang lena prince tido dibuai mimpi..tibe2 muncul mimpi prince sedang bersuka ria bermain banana boat kat pantai mana pon prince tak tahu. Tapi yang bestnya dalam mimpi tu prince dengan kawan2 prince sedang naik banana boat..kalau tak silap prince, prince duduk di depan sekali...bila dah berada di tengah2 laut tu, bot yang tarik banana boat tu bawa dengan kelajuan yang menggerunkan.. sehingga rakan2 dibelakang prince semua terjatuh di dalam air dan masa tu prince dah xnampak diorg di permukaan air..cuma prince saje yang masih berpegang kuat pada banana boat tu..rase2 nya semua yang naik banana boat tu tak pakai 'live jacket' termasuk prince.

Prince punyalah menjerit sekuat hati suruh bot tu berhenti, namun jeritan prince hanya sia2 kerana orang yg mengendalikan bot tu tidak dengar dan perasan ape yang terjadi kat kami. Tibe2 je prince pon terpelanting masuk ke dalam laut. Selepas tu prince tersedar dari tido..terkejut jgk prince..prince istighfar banyak2..mimpi tu mayb mainan syaitan je tu..prince pon sambung tido kembali...

Tapi kali ni sukar pulak prince nak lelapkan mate...walaupon bilik prince dalam keadaan gelap dan sunyi jer ketika itu..prince pon menggelamun sendirian ketika prince snorkeling di Pulau Redang dengan bermain bersama2 ikan yang pelbagai warna dan melihat coral yang cantik2 di dasar lautan...
ni gambar prince ketika berada dalam laut...
Akhirnya, prince terlena jugak selepas menggelamun tadi...prince tersedar bila jam handset prince 'melontarkan jeritannya' ke telinga prince...cepat2 prince tekan handset tu..prince tengok dah pukul 6.30am..terpaksalah bangun untuk solat dan bersiap sedia pergi ke tempat kerja..

p/s: Bilalah dapat merasai naik banana bot yang sebenar..teringin pulak nak naik sampai termimpi2 prince..

Monday, October 25, 2010

:: Cinta vs Kawin ::


Mencari Cinta???




Prince nak kongsi cerita dengan korang ni..sebab cite ni best dan banyak iktibarnya... terutama kepada orang-orang yang masih mencari-cari makna cinta.. ape lagi jom la layan..

Kisahnya bermula begini...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... 

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? bagaimanaka h saya boleh mendapatkannya. ..?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Jadi,
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula.S ebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta...
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang dan tebanglah sepohon pokok saja. Maka tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini.
Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... 
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan...

Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
 

Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu,  cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. .hehe..prince pon tak kawin lagi..=p

 

Saturday, October 23, 2010

:: No 2 ::

Muhammad Husyairi Iswad...

Pada Rabu lepas,prince mendapat khabar gembira apabila menerima panggilan telefon dari mak prince mengatakan kakak prince selamat melahirkan anaknya yang ke-2. Baby boy yang bakal diberi name Muhammad Husyairi Iswad telah lahir tepat pukul 10pagi rabu kelmarin. Prince tak sabar nak balik kampung melihat anak buah yang ke2 ini..ingat cuti raya deepavali nanti baru dapat balik ke kampung.
Yang si baju kuning tu lah abang husyairi..namanya Muhammad Humaidi Irshad. Sekarang Irshad dah jadi abang, tengoklah gambar tu, sayang betul die kat adik barunya tu..Irshad sekarang dah berumur 2 tahun. Prince suke tengok die main sorang2..terjerit2 pas tergolek2 kat atas carpet..bile orang suruh diam,dia diam sekejap,pastu ketawa kuat2 ajak orang main dengan die..
Mak prince mesti la terlalu gembira sebab dah ada 2 orang cucu..excited call prince haritu nak bagitaw berita gembira ni..Lepas ni semakin meriah la rumah setiap kali musim cuti..bakal diriuhkan oleh 2 orang cucu ni...
Tapi dalam mase yang sama, kakak prince pulak tibe2 demam selepas bersalin di hospital kuala kangsar..dan semalam prince call kampung, mak prince kate kakak n babynya dah di bawa ke hospital taiping, namun demamnya beransur pulih..harap2 kakak prince dan babynya sihat dan boleh keluar hospital segera...prince berdoa agar mereka semua sihat..rindunya prince nak balik kampung.

Friday, October 22, 2010

:: Ke Tasik Kenyir ::

Air Terjun Lasir, Gua Bewah dan Taman Herba...


Kawan-kawan..sebenarnya perjalanan Prince ke Kuala Terengganu masih belum berakhir lagi...ade lagi satu hari prince di sana untuk melawati tempat2 menarik di sana antaranya seperti yang prince catatkan di atas.

Kali ini kami di 'escort' oleh kereta-kereta polis dari rumah Datuk Mohd Shukri iaitu Ketua Polis Terengganu yang turut serta bersama isterinya Datin Umi sehingga lah sampai ke Jeti Pengkalan Gawi. Yang bestnya, perjalanan kami cepat sampai kerana bila tibe di traffic light kami diberi keutamaan untuk jalan walaupon lampu masih berwarna merah oleh polis yang mengiringi kami. 

Setelah Tiba di Jeti Pengkalan Gawi, kami sempat untuk minum pagi sementara menunggu bot polis yang akan tiba untuk membawa kami ke destinasi tadi...

Salah satu bot yang akan kami naiki...

Tapi..prince memilih untuk menaiki bot yang ini..baru mengamcam..hehe
Tengok sempat lagi prince pose kat atas bot tu..
Prince tu da mule la nk try bawa bot yg ni pula..x pasal2 terbalik nanti..
Ok, destinasi pertama kami adalah menuju ke Taman Herba dimane disitu segala jenis heba boleh didapati seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah, Kepala Berok, Misai Kucing, dan macam2 lagi la...prince pon da lupe name2 pokok tue..xcaye jom tengok gambar di bawah nie..





Di sini juga kami diberi peluang untuk menikmati minuman yang asli daripada Tongkat ali bagi lelaki dan Kacip fatimah bagi perempuan...baru prince tahu betapa pahitnya rase tongkat ali yg original..tapi memang xdpt dinafikan banyak kelebihan dan faedah air tongkat ali ni...tapi untuk kacip fatimah rasenya xsepahit macam tongkat ali..bukan prince minum taw..kawan2 perempuan yg bgtaw kat prince..patut la diorg siap tambah lagi..
inilah minuman tongkat ali disebelah kiri dan kacip fatimah disebelah kanan..
bergambar untuk kenang-kenangan disini..
antara pokok yg boleh merawat pelbagai penyakit...
Kami meneruskan perjalanan ke Gua Bewah..Keunikan gua ini adalah dimane rangka manusia zaman purba ditemui disini. Selain itu tak heran lah kenapa gua ini juga dikenali sebagai gua tahi kelawar kerana banyak kelawar yang tinggal di dalam gua tersebut.. 
untuk tiba di gua bewah anda kene memanjat anak tangga yang curam sedikit..
Ketika disini anda kene tahan bau ammonia kerana terlalu banyak tahi kelawar di dalam gua ini
tapi anda akan berasa puas apabila melihat batu-batu yang terdampar indah di dalam gua ini..
Kami pun bergegas ke bot untuk pulang apabila sudah puas bergambar
Dalam perjalan pulang pon kami sempat bergambar lagi..
Sejurus selepas itu, kami bertolak ke Air terjun Lasir yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan tempat untuk bermandi manda...

tapi tibe2 dlm perjalanan bot yg kami naik kehabisan minyak dan kami bertukar dengan bot polis yg lain..
Kami bertembung dengan rumah atas bot..siap ada ASTRO lagi..
 Akhirnya, kami tiba di Air Terjun Lasir. Tempatnya memang cantik dan sesuai untuk aktiviti berkelah dan riadah..
Cantik tak??
makanan kami ditaja khas oleh polis..memang terbaik..
antara aksi prince disini..
prince suke pic yang ini...natural!
Selepas kenyang dan puas bermandi manda kami pon berangkat balik kerana cuaca pon kelihatan mendung namun tidak hujan..

masing2 memilih bot mane untuk pulang...
Walupon letih tetap berasa seronok..
bile dah sampai di darat pon bergambar lagi prince ni..
sempat gak prince bergambar gan salah seorg polis..
ni dah kemas nak balik ke shah alam.
dalam flight pon masih nk bergambar jgk..
ni pula gan pramugari MAS..mereka memang peramah..
Ni kenangan kami semua di KLIA sebelum pulang ke rumah masing2..
TERIMA KASIH prince ucapkan kepada Dato Shukri n Datin Umi dan anggota2nya serta staf PPS yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya..Syabas!

p/s: Prince dapat jumpe si dia di KLIA...thanks kerana tunggu prince arrival.. Hepi sangat =)

Thursday, October 21, 2010

:: Pulau Redang ::


Snorkeling...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua....prince nak sambung cite perjalanan prince ke kuala terengganu. Kali ni prince nak pergi ke Pulau Redang yang sungguh indah dan cantik pemandangannya. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke jeti dengan menaiki kereta Dato Mohd Shukri Dahlan (Ketua Polis Terengganu). Lebih kurang pukul 10pagi kami menaiki bot polis untuk ke Pulau Redang. 

Ini kali pertama prince naik kapal polis marin..memang seronok kat atas kapal ni..tapi bagi sape yang xtahan dengan gelora ombak..kene jaga2 la,takut mabuk laut..ade gak 2-3 orang member prince yang xtahan mabuk laut ni...Ok gambar di bawah ni aksi prince di atas kapal ni..

angin memang kuat bila berada diatas kapal..

Ni prince tengah fokus pandu kapal..walaupn prince cume ade lesen kete n moto je..hehe

ni pulak prince tgh mengelamun la tu..haha

bersantai di hadapan kapal..kononnya mcm atas kapal Titanic..
Teruja prince bila tengok ciptaanNya yang sangat indah dan menarik..


Perjalanan ke pulau redang memakan mase yang agak panjang..kira-kira sejam lebih baru kami sampai, namun kami disajikan dengan pemandangan pulau2 kecil dan lautan yang luas dan biru sehingga membuat kami alpa tentang jarak perjalanan kami. Sebelum itu, kami sempat singgah ke Balai polis Pulau Redang untuk bergambar dengan anggota disane..Kami disambut oleh beberapa anggota polis dan menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak Berjaya Resort Hotel.






Selepas itu, kami singgah ke Hotel Berjaya Resort untuk minum Petang. Disebabkan masing2 pon dah keletihan berjalan kami pun rehatkan diri disini sambil menikmati pemandangan indah.





Selepas berehat, kami pon meneruskan perjalanan ke Pulau Redang untuk aktiviti yang kami tunggu2 iaitu snorkeling..



Selepas lebih sejam kami bermain dengan ikan dan kulit muke pon dah terbakar oleh sinaran matahari, kami pon beransur pulang...

Selepas kami sampai ke Jeti, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Payang yang terletak di dalam sebuah bangunan dan menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket,serta pelbagai makanan seperti keropok lekor.



Selepas itu, dalam perjalanan balik ke rumah kami singgah pula ke pulau batu burok yg berdekatan dengan tempat penginapan kami. Disini telah berlangsung Kempen Hari Pencegahan Jenayah.Pameran dari pelbagai Jabatan dalam PDRM turut dipamerkan.




Sebelah malam pula, kami berpeluang untuk melihat masjid Kristal dan berkaroke di dalam rumah Mess Pegawai Kanan Puncak Mahligai. Disitu adalah tempat untuk berehat bagi pegawai2 kanan polis.



Kami akhirnya pulang ke tempat penginapan apabila masing2 mula mengantuk dan keletihan yang amat. Keseronokan pada hari tersebut memang tak dapat digambarkan..Price berasa bertuah kerana dapat mengikuti event ini. 

p/s:Sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Redang..jangan putuskan niat anda..memang berbaloi-baloi..hehe