[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Friday, July 30, 2010

:: Hargailah ::

9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan...

Salam Jumaat kepada rakan taulan semua...harap korang semua sihat walafiat dan masih diberi kenikmatan hidup oleh Allah swt...diam tak diam dah masuk 18 syaban dah..lebih kurang 2 minggu lagi dah start pose lar kan...Alhamdullilah, syukur hari ni ada seorang staf ofis ku yang baik hati telah mengadakan jamuan untuk semua staf...semoga rezekinya murah lagi..dan tak lupa juga aku nak wish kat dia "Selamat Hari Lahir"...pagi yang indah begini, maklumlah penghulu segala hari kan, aku nak share dengan korang semua mengenai pembaziran yang mungkin kita tak sedar atau kita tidak menggunakannya sebaik yang mungkin...ilmu yang bermanfaat elok kita sebarkan untuk kesejahteraan umat...betul tak?

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia" iaitu:

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
 ~Bersatu kita teguh, bercerai kite roboh bukan kawin lain taw~


 Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

 Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

 Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

 ~alhamdullilah masih diberikan kesihatan yang baik~

 Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

 Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam

Wednesday, July 28, 2010

:: Unusual Pink Animals ::

Haiwan Pink Yang Jarang Ditemui...

Selalunya pink ni mesti sinonim dengan perempuan kan...tapi tak semua la, ade juga perempuan yang tak suka pink misalnya ade perempuan yang suka hitam putih, hijau, biru, kuning dan sebagainya. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal orang tetapi aku nak kongsi info mengenai haiwan yang berwarna pink yang sukar untuk kita melihat atau menjumpainya. 

Apa yang aku tahu dunia haiwan ini penuh dengan warna-warni tapi sebenarnya color pada haiwan juga bukanlah sekadar menunjukkan kecantikkan pada dirinya sahaja malah membantu mereka memburu makanan, menyelamatkan diri mereka dari bahaya dan juga untuk menarik pasangan masing-masing. Aku suka tengok National Geographic kat TV1 tiap-tiap hari yang pukul 7 pm tu...banyak info yang boleh kite tahu taw..

Ok, mari kita tengok binatang ape yang warna pink jarang kita nampak...

Ini Belalang Pink (Pink Katydid). Selalunya kita tengok belalang warna hijau dan coklat je kan...sebenarnya disebabkan oleh genetik dalam keadaan tertentu yang dipanggil erythrism.


Ini pula Ikan Lumba-lumba pink ( Pink Dolphin), Kebiasaanya ikan ini berwarna pink disebabkan oleh jenis air dimana dia hidup dan jenis makanan yang dimakannya.

Nampak tak anak gajah yang berwarna pink tu..lain dari yang lain kan..mengikut kata dari pakar anak gajah tu berwarna pink kemungkinan adalah albino. Jangka hidupnya tak pasti berapa lame.


Lipan ni plak tak sama dengan lipan normal yang lain, selalunya lipan berwarna kemerah-merahan hitam. Kegunaan color lipan ni adalah untuk memberi amaran kepada pemangsa dengan mengeluarkan racun yang boleh membunuh pemangsa.

Ini pula Iguana...ini pon adik beradik cicak jugak la..spesis sama je..iguana ni diberi nama "Rosada".

Ini diberi nama Pink Fairy Armadillo or Pichiciego atau orang melayu panggil binatang ni tenggiling kot..

Binatang ape ni  eh?? haiwan ni sebenarnya sejenis ikan kecil iaitu kurang dari 10-20 cm panjangnya. Orang putih panggil ikan ini "frogfish" atau ikan katak..haahaa :-p

p/s: tapi aku rasa ade satu lagi binatang ni yang kita jarang nampak tapi budak budak selalu nampak, famous jugak binatang ni dulu, hah korang rase ape?? nak taw ni hah...

                                         Pink Panther!

:: Cantiknya Pelangi ::

Mesti Anda Jarang Lihat...

Morning semua...pagi-pagi ni kite cuci mate dengan melihat pelbagai jenis bentuk pelangi yang mengagumkan... Subhanaallah..inilah keunikan hasil ciptaan dariNya...jom tengok!

Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna saling sejajar yang terlihat di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi kelihatan seperti busur cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada suatu saat hujan ringan. Pelangi juga dapat dilihat di sekitar air terjun yang deras.
1. Classic Rainbows
Pelangi Alam terdiri dari 6 warna iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. 

2. Circular Rainbows
Pelangi itu benar-benar seperti  lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 derajat, menurut Descartes)

3. Secondary Rainbows
Pelangi primer, sering disertai dengan pelangi sekunder biasanya tipis dan samar daripada pelangi primer. Pelangi sekunder terkenal dengan ciri-ciri tertentu: spektrum ditampilkan dalam urutan terbalik dari sebuah pelangi primer.
  4. Red Rainbows
Red Rainbows biasanya terlihat disaat fajar atau senja ketika ketebalan filter atmosfera bumi menjadi biru, meninggalkan lebih merah atau titisan cahaya orange yang memantulkan dan membiaskan air. Hasilnya adalah pelangi dengan spektrum hujung merah sangat kelihatan.


5. Sundogs
Pelangi ini paling sering terlihat rendah di langit pada hari musim dingin yang cerah, sundogs kelihatan ketika matahari bersinar melalui kristal ais yang tinggi di atmosfera. Sundogs berwarna merah di bahagian dalam dan ungu di bagian luar.

6. Fogbows
Fogbows lebih jarang terlihat daripada pelangi kerana parameter tertentu yang harus disesuaikan untuk kelihatan. 

7. Waterfall Rainbows
 Kabus air terjun bercampur ke dalam aliran udara atmosfera terus menerus, dan membiaskannya.. 


8. Fire Rainbows 
Pelangi ini bukan diperbuat dari api, Nama yang sebenarnya adalah "circumhorizontal arc".

9. Moonbows
Moonbows juga sukar dilihat kerana air hujan harus berlalu dan dengan serentak bulan purnama yang terang tidak terhalang oleh awan.









:: Kisah Pokok Epal ::

Nak Cerita nie...



Hah.. ari ni nak bagi korang satu kisah cite mengenai pokok epal, bolehla layan kalau boring2 kan ataupun nak rest otak korang yg kusut dengan keje kan..cite ni tak ada berkaitan dengan "Apple Hijau"  taw, mari bace dulu...

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

 "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

p/s: Sebenarnya ape moral yang korang dapat dari cite ni??? komen siket.....

Tuesday, July 27, 2010

:: Tentang Lelaki ::

Adakah wanita ingin tahu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..aku nak mengulas topik mengenai lelaki pula pada entri kali ini..Mungkin para perempuan di alam maya ini dapat menjadikan rujukan, manalah tahukan dapat mengenali kaum lelaki dengan lebih rapat dan yang takut dengan lelaki terus ingin bercinta plak kan...insyaAllah..haha..

Sesetengah perkara mengenai lelaki tak semua wanita tahu barangkali dan setiap lelaki memang ade kelebihan dan kekurangan pada dirinya. Apa yang lelaki ingin wanita tahu mengenai sikapnya?? nak tahu jom kite jeling-jeling kat sini...

1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Kebanyakkan masa, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

3. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Sesetengah lelaki mungkin ingin menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab tulah kot ramai lelaki suka melihat wanita, tapi wanita tak melihat lelaki ke???

7. Kebanyakan lelaki resah bila ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama.

8. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, sebenarnye die ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

9. Bila seseorang wanita meminati seseorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint!Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat, senang usahanya nanti..( ade seorang bloger perempuan pun ade pernah bagitaw pasal ni)

10. Mungkin perempuan juga tidak menyedari sebenarnya lelaki juga berasa cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

11. Betapa hebatnya lelaki itu bersifat romeo dan berkawan rapat dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan baik.

14. Adalah memalukan bagi lelaki bila tak berupaya menolong wanita. Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan airmata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya airmata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itulah kot dikatakan airmata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah harap sesuatu yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

p/s: Ini hanyalah pandangan dan pemikiran semata-mata...anda sendiri yang dapat menentukan sikap lelaki bila anda berkawan dengannya.

:: Hati ::

Jagalah Hati...


Harini aku nak mengulas mengenai hati kita...bila bicara pasal hati ni aku mula terfikir sebenarnya banyak perkara yang berkaitan dengan hati..hati bukan sekadar menyingkap mengenai perasaan kita, tapi hati juga menjadi penggerak dari pemikiran kita, seandainya hati kita tak bergerak dengan baik jadi pemikiran kita juga akan menjadi tak baik. Disebabkan itulah ada perkataan seperti hati terluka, makan hati, hati busuk, keras hati, hati-hati, dan macam2 lagi la..

Sememangnya kadang2 tanpa kite sedari kita telah membuatkan hati sesorang terluka atas tingkah laku kita dan kata-kata yang diucapkan. Sebagai manusia memang kita  tak dapat lari dari membuat kesilapan dan barangkali aku juga pernah terucap kata-kata yang tak sepatutnya dilontarkan kepada teman-teman, ahli keluarga dan saudara mara.. Astaghfirullah....maafkan aku kalau ade...

Tersentuh dengan lirik lagu seperti kat bawah tu dari AA Gym atau kumpulan nasyid dari indon- Snada yang mempopularkan lagu "Jagalah Hati" membuatkan aku tersedar diri untuk lebih berhati-hati dengan berkata-kata kerana aku juga sedari bahawa lidah itu adalah lebih tajam dari mata pedang.

"Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi.."

Oleh itu aku nak kongsikan bersama tips bagaimana kita nak pelihara hati ini yang dipetik dari kata2 Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsar:

1) Dirikan Solat dan banyak berdoa. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih"
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tido.
3) Solat taubat.
4) Membaca al-Quran
5) Bermaaf2an sesama kawan setiap hari.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
7) Berpuasa
8) kekalkan wuduk
9) Menjaga pancaindera
10) Bersedekah
11) Pesan pada orang jadi baik

Bagi diriku, hati adalah pelita, hati adalah nur, hati adalah tenaga yang luar biasa, hati akan membuat seseorang itu gembira dan sedih.Bila hati dihubungkan dengan fikiran dan kemudiannya fikiran di laksanakan dengan anggota badan kita melalui mata , telinga, tangan , kaki serta pancaindra yang lain akan menghasilkan tindakan yang sangat bermanfaat pada diri kita dan orang lain disekitar kita. Untuk itu perlu ada link hati dengan yang pembuat hati iaitu ALLAH SWT . Dengan adanya link tersebut maka hati menjadi terarah melalui Al Quran, Hadith, dan dilaksanakankan melalui keikhlasan kita dalam beramal. Kerana dengan keihlasan hati , maka semua pekerjaan kita menjadi terarah, dan yang mengarahkan adalah ALLAH SWT. Melalui doa kita setiap detik , dengan membaca dan memahami surat Al Fatihah, mudah-mudahan kita selalu mendapat hidayah dari ALLAH SWT. amin ya rabbal alamin...

Wednesday, July 21, 2010

! Reaksi Wajah Kita !

Adakah Begini Rupa Kite...

♥ ♥ ♥ Hari Isnin, muka kita bukan setakat monyok semonyok-monyoknya, tapi mungkin macam gambar ini... ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ Hari Selasa, monyok sudah berkurangan skit...♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ Hari Rabu…sudah bisa tersenyum ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ Khamis, senyuman makin melebar ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ Jumaat! hah…hari penuh dengan senyuman! paling manis & paling indah ♥ ♥ ♥
 
♥ ♥ ♥ Sabtu Ahad pulak…. Membongkak tido sampai kembang! HAHAHAHA ♥ ♥ ♥
p/s:  Always have a nice day..

Tuesday, July 20, 2010

! My Cake !

Allah Selamatkan Kamu...

Alhamdullilah..aku bersyukur kerana diberi nikmat untuk meneruskan kewajipan sebagai hamba Allah, disamping dapat melihat dunia ciptaanNya lagi... Sempena ulangtahun kelahiranku, aku berkesempatan meraikannya bersama rakan2 seperjabat yang sentiasa membuatkan hatiku terhibur..Antaranya Kak 3 Serangkai-dikepalai oleh Kak Sar, Kak Shida (org kuat Kanan) dan Kak Nab ( org kuat Kiri), Riza ( muke siyes tpi pandai wat lawak), Kak Mai ( sumber utk dpatkan kek ), Kak Jun (Perkasa), Apad (jurufoto), Acap (pemerhati), Kak Ida,Kak Zak, Kak Zaidar, Kak Das , Kak Su, Dr Mad dan Dr Nazip..

Kepada rakan2ku di dunia realiti or alam maya, blog, facebook, friendster, tagged dan sebagainya yang telah wish padaku terima kasih ku hulurkan tanda penghargaan atas niat ikhlasmu.. Sori xdapat nak sponsor kek untuk korang semua..next time okay..kalau dimurahkan rezeki..hehe

Aku bagi la korang tengok gambar untuk berkongsi gembira, xbanyak gambar yang diambil oleh jurufoto (sebab xde bayaran kot)..hehe..enjoy!

>>> Inilah Kek yang aku tempah khas untuk menjadi santapan warga PPS<<<

                        >>> Suasana di pagi hari ketika memotong kek<<<

     >>> Aku Sebenarnye tgh try edit wat picture ni jadi old style <<<

>>> Inilah Kak Mai yang membantu ku untuk order kek dari kawannya <<<

p/s: ntah mengapa hari ini aku rajin untuk mengedit gambar2 ni...mungkin terlalu hepi kot..hope u all also enjoy with me..please accept my sincerest thanks, friends!Birthday is more special than the gifts and surprises...

! Tanggal 20 Julai !

Ada Apa 20 Julai...

Aku sekadar ingin menyingkap kenangan setiap kali menjelang tanggal 20 Julai...Sape2 yang sudi membacenye mari kita ikuti sedutan episod hidupku...

Detik 8.45 am, kedengaran teriak dan tangis seorang bayi setelah beberapa bulan di dalam perut ibunya yang sarat mengandung di sebuah rumah atuk ku di taiping... Alhamdullilah bayi seberat 3.17 kg selamat di sambut oleh bidan dan ahli keluargaku tatkala keresahan bermain dimuka ayahku... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak tak dapat ku balas sehingga kini...  suasana yang mencemaskan di pagi hari itu bertukar menjadi riang dan senyuman mula terlempar dari raut wajah masing-masing..

Allahuakbar..Allahuakbar...itulah ungkapan yang berkumandang di telingaku ketika ayahku menyambut kelahiran seorang puteranya (anak laki) pertama dalam  keheningan pagi yang suam2 cerah... kakak ku pula xmenyedari bahawa dia telah mendapat seorang adik kerana masih belum mengenali erti dunia kehidupan lagi..

Bayi ini kemudian diberi nama Prince Halilintar (bukan nama sebenar) setelah bersusah payah, bersengkang mata, memeras buah fikiran, dan berselisih pandangan untuk memilih nama terbaik kepada puteranya itu... walaupun nama itu agak unik dan hanya satu di dunia ini aku rase tapi aku tetap menerima dengan penuh kegembiraan.. ramai yang tanya nama aku kenapa susah nak menyebutnya, tapi itulah yang menjadi keunikan aku seperti nama aku juga..

Aku memulakan kehidupan di sebuah kampung yang diberi nama Kg Pinang (bkn Kg Pinang Sebatang) dan dari situlah aku mula mengenal huruf dan angka.. seperti kelaziman sebagai anak laki, mestilah ingin menunjukkan heronya (nakal) yang dulu Ultraman menjadi idolanya (hahaha). Namun bapaku seorang yang tegas dan penuh berdisplin mendidik aku kerana bapaku dulu adalah seorang askar (tentera). Rugilah pada sape2 yang xmerasa penangan tali pinggang atau hanger (penyangkut baju) melekat di tubuhnya.. aku pernah merasanya dulu kalau balik lewat malam atau selalu kene marah kalau aku kacau ayam belanda kepunyaan jiranku (sampai nak mampos ayam belanda tu aku kerjakan... ish3x) Dulu begitulah cara untuk mendidik anak supaya xmelakukan kesilapan di kemudian hari.. dan kini alhamdullilah aku semakin berdisiplin..

Tanggal 20 Julai harini genap umur ku mencecah 24 tahun..dan pada ketika umur ini juga lah usia dimane bondaku melahirkan aku... Kini aku mampu berdikari dengan hidup sendiri.. Cume aku masih muda lagi untuk berumah tangga..aceh..hehe. Terima Kasih yang tak ternilai kepada semua yang wish pada birthdayku hari ini baik family,sanak saudara, sahabat andai dan yang menyayangi diri ini serta pada anda semua.. Semoga kita mendapat Keredhaan dariNya.Amin.

Monday, July 19, 2010

! Kisah Benar !

Kenapa Tak Rogol Saya...

Hah! tajuk kali mesti ramai yg tak sabar nak bace kan...baiklah aku ingin berkongsi cerita ini yang aku bace dan perolehi dari emel kawan2 ku di yahoo...kisahnye bermula begini....

Al kisahnye mengenai seorang wanita yang berwarganegara Malaysia bekerja di US..ape nak tengok gambar die?? ok2, kalau ye pon tunggu la aku habis cite dulu...ok sambung balik...wanita ini sememangnye menerapkan nilai keIslaman pada dirinya, sebab ape aku kate camni..kerana dia memakai tudung dan mempunyai akhlak yang bagus, ape yang diberitahu dalam cite tu...

Nak diringkaskan citenye...Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Korang paham2 la kan kalau jln da sunyi ape2 boleh terjadi...

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Apa lagi.dia pon mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya. Hairankan???aku tahu ape korang nak tanye...sambung bace bawah ni...

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut padahal dia keseorangan je masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu.

Ape yang boleh kite dapat melalui cite ni...
Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata  orang mukmin iaitu DOA…. dan semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang di rejam…….
 
Korang yg bergelar  wanita...amalkanlah.. semoga lelaki bermata buaya emas tak ganggu  anda...

p/s: gambar aku xmasukkan...hehe..korang jangan marah kat aku eh, yang penting moral cite ni yang dapat kite jadikan teladan dan iktibar, itu aku rase lagi penting dari gambarnye.

 

! Telephonist !

Operator Pulak...

Masuk je keje pagi ni aku asyik telefon dan ditelefon oleh ramai orang...nak xnak layan jelah kerenah diorg tu..mane taknye, due date da lepas untuk submit Pelaporan bahagian masing2, mule la call bagi macam2 alasan..ade yang kate kawin la, baru balik cuti, pura2 xdapat emel la...nak tergelak aku dibuatnya, aku taw itu cume alasan mereka dan aku paham mereka jugak sibuk, janji korang hantar laporan yang aku minta tu cukuplah, xyah la bagi alasan panjang2, kan senang by 2...ni baru letak phone je da bunyi lagi...yang wat ignore plak ni satu hal lagi, secara automatiknye aku la dapat susah nanti, xpasal2 kene marah dengan bos plak..aku telepone xangkat, ke memang xnak angkat, bagi emel xrespone...nanti bos tanye ape aku nak jawab...?? tapi aku juga belajar macam mane adab telefon menelefon ni:
   
1)   Bagi la salam dulu, jangan pakai terjah jer ye, macam tercekik orang klu gah makan...hehe
2)   Perkenalkan lah diri dulu...mane taw sambil menyelam nampak sotong..maksud aku xkenal maka xcinta kan..
3)   Dengar dengan teliti...jangan time telefon duk ingat makan jer..huhu
4)   Cakap dengan nada yang sesuai...tapi jangan lah sampai xdengar atau sampai pecah gegendang telinga sudah lar..haha
5)   Selesai cakap, ape salahnye kite cakap terima kasih atau sama2..
      p/s: Barulah nampak budi  pekerti orang Malaysia..bagi dunia taw suara orang2 malaysia ni semua manis2...ahaks. Inilah citer di pagi Isnin..

      Sunday, July 18, 2010

      ! Mengapa Aku Seorang Blogger??? !

      Anda Blogger...


      .::.  Sape yang ade blog sila angkat tangan!!! Hehe...ni sekadar mukadimah sahaje… Ok serious! Sebelum anda mempunyai blog, adakah anda pernah terfikir kenapa mesti menjadi seorang blogger atau mungkin anda hanya ‘suka-suki’ untuk mempunyai blog atau anda tak pernah terfikir langsung pun nak buat blog, tut..tut..dah ada blog, pelik jugak?? Okay, rasenya setiap orang ada jawapan yang tersendiri untuk menjawab persoalan itu. Begitu juga dengan aku, sekadar untuk dikongsi bersama mengapa aku ingin menjadi seorang blogger…aku pernah terfikir jugak sebelum aku cipta blogku ini ape yang buat ramai orang ‘giler’ dengan blogging, terutama kaum hawa sebab aku pernah terbaca artikel yang menbicarakan tentang perempuan yang paling ramai mempunyai blog dari lelaki…, setelah aku menyelongkar dan meneropong seberapa banyak info dari pelbagai sumber baru aku kenalpasti jawapan yang aku cari selama ini dan merungkai segala isi di dalam benak fikiranku…Nak taw mengapa aku sekarang beralih arah ke dunia Blog?? Sebab die besttt…hehe..Mari kite pandang-pandang jeling-jeling dengan jawapan yang ku simpulkan ini untuk tatapan bersama...  .::.

      Luahan Perasaan

      Selalunye blogger gurl yang suke touching2 nie kan..tapi xsemuanya dan xsalah pon..itu hak blog diorg, blog aku hak aku kan??...kebanyakkan blogger menulis dengan perasaan tulus dari hati kerana mereka ade kepuasan untuk menyampaikan ape saje yang diorg nak tulis…dan ape yang penting ialah hati diorg hepi untuk menulis…tiada paksaan dari sape2…sebab itu ramai blogger meluahkan perasaan dan mencurahkan pelbagai cerite diorg dlm blog masing2…termasuklah aku..aku ade perasaan ker?? heehee

      Library Alam Maya

      Taw nape aku cakap cam nie?? Kerana inilah tempat yang mudah kite nak tuntut ilmu free, cepat, mudah, padat dan macam2 lagi..wei sape nak bagi ajaran tanpa bayaran..jadi blog lah jawapannya..sebab aku juga belajar buat blog dari mereka2 yang otai ini…yang bagusnye diorg xloket nak kongsi ilmu, itu yang aku respect walaupon aku xkenal mereka…bolehla ibarat macam masuk perpustakaan untuk kite cari rujukan…antara ilmu yg pernah aku jejaki di dalam blog orang seperti tips2 berguna seperti cara nak wat blog, tips tuk softwares, dan lain2, ade juga ilmu utk resepi masakan, info2 tentang alam semulajadi, mengenai politik, investment & financing serta banyak lagi boleh kite explore kat library alam maya ni..pasti menyeronokkan!

      Keluarga Baru Saya

      Nak taw kenapa?? Antara sebabnye adalah blog ni merupakan keluarga yang berbilang kaum, bangsa, agama dan fahaman…ape yang aku perhatikan blogger dari kaum berbeza tapi sangat prihatin kepada blogger lain bile ade problem dan itu menjadi kekuatan kepada seorang blogger…target aku nak friend dengan blogger dari kaum lain..ade sape2 volunteer?

      Jatuh Cinte Dengan Blog

      Tak kenal maka tak cinta…itulah sebab nape aku nak try jadi blogger…dan bile dah jadi blogger betul la peribahasa tu..aku asyik bermanje dengan blog jer…haha..yelah nak bermanje dengan org lain takut tak sudi..acehh..sebenarnye berblog ni terlalu banyak kegembiraan dan kemanisan yang boleh buat jatuh sayang dengannya…tapi bile hadir kesedihan janganlah pulak korang jatuh sakit plak ye…satu lagi bile korang naik tangga ati2 ye jangan sampai jatuh plak…ni apsal citer pasal jatuh plak..kering idea beb..

      Album Atau Diari Online Perjalanan Kehidupan

      Ini dari sudut penglihatan aku, kebanyakkan blogger ramai yang ingin meluahkan kisah-kisah silam dan terkini mengenai kehidupan realitinya baik yang manis ataupun pahit,jap masam ade  ke??..haha..ok, ade juga yang ingin menceritakan kisah kehidupannya sebab xde sape nak dengar kalau dicite kat orang kot..kirenya blog ni dijadikan sebagai hardisk untuk diorg save memory kat dalam blog,mungkin juga boleh menjadi harta (wasiat) selepas tiada didunia kelak..ehehe…Selain itu, aku rase bagus kerana boleh jadi tatapan anak cucu bile diorg besar nanti..dan lebih bagus lagi kerana cucunye bangga dengan atok die ade blog dan lagi bangga lagi bile atuk dia plak cakap “kat sinilah atuk jumpa nenek dulu2”..amacam??

      Mencari Kenalan

      Ini pun boleh menjadi satu platform dimane kite nak mengumpulkan kawan seberapa ramai yang kite nak da…dan bagi sape2 yang dah boring dengan facebook,twitter,friendster,tagged,myspace..dan macam2 lagi lah laman sosial …

      Promotion dan Business

      Bagi sape2 yg dah ade blog ini lah alternative yang diorg ade untuk expand lagi business dan mempromosikannya…pasti ramai yang teruja nanti…bukan itu saje, boleh buat new market jugak..biaselah ramai juga yg ingin jd blogger kerana ade income yg menati diorg kalau tahu carenye..so sape2 yg dah taw tu share2 lah dgn saye ye…ape yg aku taw jika blog sesorg tu mempunyai trafik yg tinggi so lagi banyak la die leh dapat income..contohnye kalau ade org yang klik pada sesuatu iklan adalah sumbernye nanti, tapi mesti daftar dulu..antaranye, nuffnang, google advense, atau advelets.

      Hilangkan Stress

      Last sekali, aku rase ade yg menjadi blogger sebab nk hilangkan kekusutan dlm fikirannya dengan mencari blogger2 lain untuk share2 or borak2…al maklumlah selalunye blog xkene block lagi bagi sape2 yang dah keje kat mane2 company lar..



      Friday, July 16, 2010

      ! Cuti Ke? !

      Weekend Yang Sibuk...

      Best bile aku dengar arini dah hari Jumaat..sebab esok nye cuti, so kite enjoy! tapi harapan nak enjoy punah bile aku dapat msg dari bos 10 minit sebelum aku balik keje suruh siapkan pelaporan untuk die check next week..mengelabar aku dibuatnye..asal xbagi tahu awal2 kan senang aku nak cari maklumat ape yang patut.. tapi kerje tetap kerja nak buat macam mane kan, keje makan gaji, nak tak nak siapkan jer la...

      1 jam sebelum aku dapat mesej dari Bos:


      1. Jogging
      Hah..ni perkara yang dah lame aku tinggalkan bile masuk alam pekerjaan..dulu time study rajin la jugak berjogging dengan kawan2..Inilah plan aku pagi2 lepas subuh esk bangun jer nak gi jogging dekat tasik seksyen 7, bukan aku sorang jer. habis budak2 satu rumah aku paksa jogging..hehe..dapat la jugak keluarkan peluh dan turunkan berat badan ni..kali ni ingat nak pusing sampai 3 rounds tasik tu, xtaw la mampu ke tak..bagi longgar sikit skrew kaki tu..haha


      2. Menemani Katil
      Perghh..ayat xboleh blah..sebenarnye kawan2, maksudnye tu aku nak tido lar..hahaha..bile lagi nak tido puas2 kan sambil di buai mimpi yang indah, time cuti lah kite nak gunakan sebaik2nye..tapi aku bukan lah kaki tido..bagi aku kalau dapat 4 jam tido yang berkualiti sudah memadai dah, kalau lebih tu anggap je bonus la..tapi bukan senang nak dapat tido pagi, that's why pas je jogging  aku plan nak belasah tido secukupnya..mane tak nye time kat ofis pagi-pagi la asyik menguap jer..ish3..


      3. "Bilik Gelap"
      haha..jangan pikir yang bukan-bukan eh..bilik gelap ni maksudnye nak gi tgk wayang lar..dgr citer cite Mantra best..tu yg excited nak tengok..tapi xtaw la ade mase ke tak nanti..redha je la..jangan aku kene mantra sudah lar..


      4. Update Blogku
      Semenjak dah ade blog ni, asyik ingatkan blog jer...cam dah bercinte dengan blog plak..hahaha...bukan ape,rase seronok plak bile tengok blok sendiri dan blog org lain..macam2 boleh dapat dengan blog ni..aku rase nak cite nape aku menjadi blogger ni pada next entri..insyaallah
      5. Bersiar-siar
      Bukan bersiar2 berdua-duaan ye...ini pasal member aku kate ade barang2 spare part komputer murah2 dekat PKNS die wat sales..ni yang buat aku nak gi tengok minggu ni..tambah lagi banyak plak barang2 yang aku suke ade kat situ..kalau berkenan memang aku beli!


      6. I-City
      Tempat ni memang best...dah banyak kali aku terjah dah..sekarang makin cantik lagi..lagi satu sangat dekat dengan rumah aku..sebenarnye member aku yg sorang ni yang beria2 ajak gi sebab die tak pernah gi lagi...akupun malas lar nak menolakkan sebab memang dekat dengan rumah aku,so join je la...


      7. Gym
      Housemate aku ni ntah ape yang di makan ntah tibe2 jer ajak aku gi gym kat mane2..xpernah plak die ajak aku gi gym sebelum ni..tapi teringin juga nak gi..cume malas jer nak gi sebab takut tak terangkat plak besi-besi kat dalam gym tu..hehe


      8. Masak
      Aku xlah hebat sangat bab masak nie..tapi sejak aku stay kat rumah sewa ni, semangat dan skill memasak aku semakin membara plak..berkobar2 setiap kali nak masak..setakat ni ape yang aku masak memang habislah ,xmembazir..aku belajar masak pun melalui kawan2 aku juga baik housemate, mak aku dan internet..masakan bujang jer beb..nak rase?jemputlah datang rumah ye...hahaha


      9. Gotong-Royong
      Aku ingat minggu ni nak kasi basuh sikit rumah aku tu..bukan ape banyak barang yang aku tengok kat rumah aku yang xpakai, so ingat nak ajak housemates aku gotong-royong bersihkan rumah..baru la nyamuk aedes xserang beb..tapi setakat ni alhamdullilah rumah kami xkotor dan bersepah sangat..selamat la dapat housemate rajin2 semua.


      10. Cuci
      Alamak..ni da bape kali ntah aku delay untuk cuci motor kesayangan aku ni...aku rase xbagi die mandi 3 bulan dah kot..kesian betul die..ye la bayangkan kalau manusia xmandi 3 bulan, amacam bau die??? okay, so aku mesti laksanakan juga plan aku yg ini..dah banyak berjasa motor tu kat aku..xnak lah aku jadi "bagai kacang lupekan kulit"..boley pakai ke peribahase ni..lantak lah aku punye suka la aku nak tulis ape kan..huhu


      p/s: tapi malangnye aku rase mungkin hanya beberapa saje yang boleh aku lakukan ape yg telah aku rancang ni..keje kene settlekan dulu beb...adoyai..cobaan..