[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, July 27, 2010

:: Hati ::

Jagalah Hati...


Harini aku nak mengulas mengenai hati kita...bila bicara pasal hati ni aku mula terfikir sebenarnya banyak perkara yang berkaitan dengan hati..hati bukan sekadar menyingkap mengenai perasaan kita, tapi hati juga menjadi penggerak dari pemikiran kita, seandainya hati kita tak bergerak dengan baik jadi pemikiran kita juga akan menjadi tak baik. Disebabkan itulah ada perkataan seperti hati terluka, makan hati, hati busuk, keras hati, hati-hati, dan macam2 lagi la..

Sememangnya kadang2 tanpa kite sedari kita telah membuatkan hati sesorang terluka atas tingkah laku kita dan kata-kata yang diucapkan. Sebagai manusia memang kita  tak dapat lari dari membuat kesilapan dan barangkali aku juga pernah terucap kata-kata yang tak sepatutnya dilontarkan kepada teman-teman, ahli keluarga dan saudara mara.. Astaghfirullah....maafkan aku kalau ade...

Tersentuh dengan lirik lagu seperti kat bawah tu dari AA Gym atau kumpulan nasyid dari indon- Snada yang mempopularkan lagu "Jagalah Hati" membuatkan aku tersedar diri untuk lebih berhati-hati dengan berkata-kata kerana aku juga sedari bahawa lidah itu adalah lebih tajam dari mata pedang.

"Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi.."

Oleh itu aku nak kongsikan bersama tips bagaimana kita nak pelihara hati ini yang dipetik dari kata2 Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsar:

1) Dirikan Solat dan banyak berdoa. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih"
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tido.
3) Solat taubat.
4) Membaca al-Quran
5) Bermaaf2an sesama kawan setiap hari.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
7) Berpuasa
8) kekalkan wuduk
9) Menjaga pancaindera
10) Bersedekah
11) Pesan pada orang jadi baik

Bagi diriku, hati adalah pelita, hati adalah nur, hati adalah tenaga yang luar biasa, hati akan membuat seseorang itu gembira dan sedih.Bila hati dihubungkan dengan fikiran dan kemudiannya fikiran di laksanakan dengan anggota badan kita melalui mata , telinga, tangan , kaki serta pancaindra yang lain akan menghasilkan tindakan yang sangat bermanfaat pada diri kita dan orang lain disekitar kita. Untuk itu perlu ada link hati dengan yang pembuat hati iaitu ALLAH SWT . Dengan adanya link tersebut maka hati menjadi terarah melalui Al Quran, Hadith, dan dilaksanakankan melalui keikhlasan kita dalam beramal. Kerana dengan keihlasan hati , maka semua pekerjaan kita menjadi terarah, dan yang mengarahkan adalah ALLAH SWT. Melalui doa kita setiap detik , dengan membaca dan memahami surat Al Fatihah, mudah-mudahan kita selalu mendapat hidayah dari ALLAH SWT. amin ya rabbal alamin...

2 comments:

shida mj said...

ikut kata hati..hehe

Prince Halilintar said...

sempat lagi ms shadow nie promote die punye blog..