[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, July 20, 2010

! Tanggal 20 Julai !

Ada Apa 20 Julai...

Aku sekadar ingin menyingkap kenangan setiap kali menjelang tanggal 20 Julai...Sape2 yang sudi membacenye mari kita ikuti sedutan episod hidupku...

Detik 8.45 am, kedengaran teriak dan tangis seorang bayi setelah beberapa bulan di dalam perut ibunya yang sarat mengandung di sebuah rumah atuk ku di taiping... Alhamdullilah bayi seberat 3.17 kg selamat di sambut oleh bidan dan ahli keluargaku tatkala keresahan bermain dimuka ayahku... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak tak dapat ku balas sehingga kini...  suasana yang mencemaskan di pagi hari itu bertukar menjadi riang dan senyuman mula terlempar dari raut wajah masing-masing..

Allahuakbar..Allahuakbar...itulah ungkapan yang berkumandang di telingaku ketika ayahku menyambut kelahiran seorang puteranya (anak laki) pertama dalam  keheningan pagi yang suam2 cerah... kakak ku pula xmenyedari bahawa dia telah mendapat seorang adik kerana masih belum mengenali erti dunia kehidupan lagi..

Bayi ini kemudian diberi nama Prince Halilintar (bukan nama sebenar) setelah bersusah payah, bersengkang mata, memeras buah fikiran, dan berselisih pandangan untuk memilih nama terbaik kepada puteranya itu... walaupun nama itu agak unik dan hanya satu di dunia ini aku rase tapi aku tetap menerima dengan penuh kegembiraan.. ramai yang tanya nama aku kenapa susah nak menyebutnya, tapi itulah yang menjadi keunikan aku seperti nama aku juga..

Aku memulakan kehidupan di sebuah kampung yang diberi nama Kg Pinang (bkn Kg Pinang Sebatang) dan dari situlah aku mula mengenal huruf dan angka.. seperti kelaziman sebagai anak laki, mestilah ingin menunjukkan heronya (nakal) yang dulu Ultraman menjadi idolanya (hahaha). Namun bapaku seorang yang tegas dan penuh berdisplin mendidik aku kerana bapaku dulu adalah seorang askar (tentera). Rugilah pada sape2 yang xmerasa penangan tali pinggang atau hanger (penyangkut baju) melekat di tubuhnya.. aku pernah merasanya dulu kalau balik lewat malam atau selalu kene marah kalau aku kacau ayam belanda kepunyaan jiranku (sampai nak mampos ayam belanda tu aku kerjakan... ish3x) Dulu begitulah cara untuk mendidik anak supaya xmelakukan kesilapan di kemudian hari.. dan kini alhamdullilah aku semakin berdisiplin..

Tanggal 20 Julai harini genap umur ku mencecah 24 tahun..dan pada ketika umur ini juga lah usia dimane bondaku melahirkan aku... Kini aku mampu berdikari dengan hidup sendiri.. Cume aku masih muda lagi untuk berumah tangga..aceh..hehe. Terima Kasih yang tak ternilai kepada semua yang wish pada birthdayku hari ini baik family,sanak saudara, sahabat andai dan yang menyayangi diri ini serta pada anda semua.. Semoga kita mendapat Keredhaan dariNya.Amin.

4 comments:

shida mj said...

24 tahun ye ingat 42..opps gurau je..

macam mana tak kena sebat sampai nak mampos ayam belanda prince halilintar kejekan..hehhehehh. tapi bestkan zaman bebudak dulu-dulu

Prince Halilintar said...

ingat sampai mati taw 24..ehehe
memang suke zaman kanak2 dulu..terutama bile Prince Halilintar dan bala tenteranye memerangi ayam belanda jiranya..sampai kene kejar dgn aci india siap bawa penyapu..hahaha

apple hijau said...

tanggal 20 bulan tujuh lapan puluh enam...(kene nyanyi mcm lagu merdeka tu).
issssh...sapa cakap belum boleh kawin...dah boleh dah...dah cukup haul. hehehe..
p/s: kenakalan nya sesuai ngan namanya - Prince Halilintar.

Prince Halilintar said...

haha..dulu2 jer skrg xnakal dah, name je ganas sket..hehe