[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, November 22, 2011

Gemuruh Suara Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Syukur Alhamdulillah, akhirnya "Mother of the medal GOLD" di Sukan Sea 2011 ini milik pasukan Malaysia setelah mempertahankan kejuaraan di bumi penuh kontreversi, Indonesia dan sekalung tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berbekalkan keazaman yang tinggi dengan mental yang kuat walaupun sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda tidak menggentarkan Harimau Malaya namun telah mempamerkan permainan-permainan yang cantik sepanjang kejohanan ini. Kini ternyata kita juara Asia Tenggara dan kita sekarang berada di zaman kebangkitan dalam arena bola sepak sepertimana yang pernah dikecapi dulu.

Yang pasti mesti yang menonton perlawanan semalam berdebar-debar dengan aksi rancak kedua-dua pasukan dan tak senang duduk di depan tv ape lagi melihat penentuan sepak penalti yang terakhir diambil oleh   
kapten Malaysia, Badrol Bakhtiar dan mungkin berkat doa rakyat Malaysia bola tendangannya terus bergolek ke pintu gol dan bergempita suara rakyat malaysia..Prince di rumah pun turut menjerit keseronokan..kalau korang mesti terlompat-lompat kan...hahaha

Apepun, janganlah kite mencaci tindakan penyokong fanatik Indonesia kerana kita orang Malaysia..menang kalah adat pertandingan, tak perlulah kite nak bersengketa dan bertikam lidah atau membencinya..lebih elok yang buruk itu kite tinggalkan dan yang baik itu kita patut contohi..Tahniah Malaysia dan kepada Indonesia boleh cuba lagi sukan sea yang akan datang..

p/s: Malam esok Malaysia vs Syria di Bukit Jalil...harap2 beroleh kemenangan lagi dan kami sebagai peminat sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya.. =)

Monday, November 14, 2011

Selamat Menjawab SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber:google

Salam hari Isnin kawan-kawan dan selamat berjuang kepada calon2 SPM tahun ni...Musim peperiksaaan tiba lagi..hari ni bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dan kepada calon-calon yang menduduki exam ini pastilah debaran penuh terasa dan menyelubungi diri...begitu juga dengan adik bongsu prince yang akan memulakan perjuangannya hari ini..semoga berjaya menjawab dengan tenang dan cemerlang...

Teringat kembali pada zaman prince ambil SPM dulu..kalau tak silap prince siap bertembung dengan bulan puasa dan hari terakhir kami exam dah lupe subjek ape yang terakhir tu, lepas je paper terakhir kami pergi berbuka puasa bersama2 satu kelas dan meraikan perjuangan kami menjawab SPM dan bermulalah untuk mengorak langkah untuk masa depan..Walaupon gembira dah selesai exam namun jauh di sudut sanubari ade sedikit kesedihan dimana masing2 akan berpisah dan membawa diri untuk memenuhi cita-cita. 

Dan 8 tahun dah berlalu sejak SPM 2003, separuh dari kawan-kawan prince sudah pun melangsungkan perkahwinan dan ade pun yang sudah mempunyai anak. Sungguh cepat betul masa berlalu membawa kite ke perubahan suasana baru. 

Apepun, prince mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. Pastikan anda membaca soalan dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab. Selamat berjuang, dan prince doakan semoga semua calon SPM dapat menjawab dengan cemerlang.

sumber:google


p/s: To my little brother, do give ur best in this exam...read each questions carefully and highlight all the important hints given...avoid doing too many careless mistakes. Keep a positive attitude about the exam n stop getting worried about things that will make u feel bad. Delete the word "kalau" from your mind. I'm sure u've done your work..now its time to go all out and give your best.Opps...xlupe jugak pada adik Nor Isneini Mohd Ayob (my princess)..selamat berjuang bersama...usaha, doa dan tawakal =)

Wednesday, November 9, 2011

Pertunangan Ridwan & Sarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada lagi ke yang masih mood beraya dan bercuti lagi? opis prince ni dah dua hari rasenya sunyi je sebab masih ramai yang bercuti lagi...

Entri kali ni prince nak ucapkan tahniah kepada kawan serumah prince Ridwan yang telah bertunang hujung bulan oktober yang lalu..baru sekarang prince sempat nak letak dalam blog prince ni...hehe

Hantaran dari sebelah perempuan...

Cincin merisik dan bertunang..

Ridwan & Sarah

Setakat ni dah dua orang budak rumah prince dah bertunang...yang sorang tu akan melangsungkan perkahwinannya hujung bulan ni...prince pulak bila masenya ni ek????haha..insyaallah jika tiada aral melintang tahun depan tiba giliran prince la pulak tu...=)


Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Mesti ramai umat Islam yang menanti Raya Korban pada hari Ahad ni untuk menunaikan ibadah korban dan menunaikan Solat Hari Raya Aidiladha...tak lupa juga orang ramai yang mengambil peluang cuti sempena raya haji ni untuk pulang ke kampung masing2...

Jauh di sudut hati prince, sebenarnya teringin nak menunaikan rukun Islam terakhir di Tanah Suci...walaupon masa belum mengizinkannya lagi tapi semangat tu dah berkobar2...harap2 satu hari nanti dapatlah sampai ke sana jua dgn izinNya..

Apepun prince nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan prince yang beragama Islam...dan selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya.....jumpe lagi selepas cuti raya nanti..=)

Wednesday, November 2, 2011

•*~Wordless Wednesday 2•*~




p/s: Alhamdulillah prince dah baik demam hari ni...thanks pada u all yang doakan prince sembuh cepat ye..take care =)

Monday, October 31, 2011

Besday Anak Buah...

Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin semua...

Hari ni hari terakhir konvokesyen di UiTM dan hari terakhir juga prince bertugas sebagai urusetia disini..Ok, dah banyak cite prince tak update nie..walaupun dah basi nak cite jugak...

Haritu prince balik kampung sempena kenduri kecil2an yang dibuat oleh family prince utk adik prince dan celebrated besday ank buah prince yang comey2 tu...jom usha-usha gambar kat bawah ni nak..












p/s: tu je la pic yang sempat prince tempek kat blog ni...prince kurang sihat arini...selsema + demam, jadi nak berehat sekejap...dah cukup rehat nanti prince gi singgah blog korang...=)

Friday, October 28, 2011

Berkesempatan Jua...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Harap-harap korang semua sihat dan bersemangat setiap hari...lame betul kan prince tak update blog ni...ade yang merindui ke?hahaha:p Lega akhirnya prince dapat juga update blog hari ni..semenjak konvo ni prince banyak keje yang perlu disettlekan dan tiada kesempatan untuk mengupdate blog..hari ni tiada konvo..dapat la prince update...hehe

Banyak betul cite nak story kat u all tapi memandangkan dah lame punye cite mesti tak berapa best..betul tak? ke korang nak tahu jugak ni....?

Ade ke blogger2 yang terperasan prince yang bertugas di dewan konvo tu? sori kalau prince tak perasan...kelam kabut sikit banyak tugas..

Eh..Eh..dah Jumaat kan..sekejap pula minggu ni rasenya..tapi weekend ni pon kene keje jugak prince sebab ade konvo lagi...dah lame tak menjenguk blog korang ni...dah tibe mase prince pergi ziarah blog korang pulak...ok jumpe lagi...take care =)

Friday, October 21, 2011

Kepulangan yang dinanti...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Abaikan tajuk tu..dah macam tajuk lagu plak...Hari ni prince tak de topik nak diceritakan sangat cuma nak bagitaw malam ni prince nak pulang ke kampung halaman...esok family prince buat kenduri kecil-kecilan...buakn kenduri kawin prince..tu lambat lagi...tapi sempena adik prince nak menduduki SPM tahun ni...buat bacaan Yassin dan majlis tahlil sekali serta sambutan hari jadi anak2 buah prince yang comey tu...

Petang ni prince baru kelam kabut nak gi cari hadiah kat anak2 buah prince...biasalah bz je memanjang takde mase nak gi cari awal-awal...

Nanti prince upload pic hari Isnin nanti...weekend ni macam biasalah blog prince pon bercuti jugak...

Oklah kawan-kawan..take care =)

Thursday, October 20, 2011

Konvo UiTM bermula...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Hai..hai..hai..hari ni prince mula bertugas di Dewan Agong Tuanku Canselor... dan Agong pun turut datang harini untuk menyampaikan scroll pada graduan yang konvo hari ni....Tahniah prince ucapkan kepada graduan yang menjalani Istiadat Konvokesyen kali ni..jom tengok gambar2 yang prince sempat candid pada hari pertama ni....





menarik tak pic ni...?heehee

p/s: korang ade sape-sape ke kawan atau sedara mara yang konvo di UiTM sepanjang seminggu konvokesyen ni berlangsung? 

Wednesday, October 19, 2011

Sependapat Kita...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berkenaan entri prince semalam rupa2nya prince pun tak sangka ramai yg lebih meminati blog berbanding facebook atau twitter berdasarkan pada komen-komen pada entri tersebut..ramai jugalah yang seminat dengan prince rupanya..prince ingat prince sorang je....

Kepada rakan-rakan blogger prince semua..korang jangan risau pasal pandangan prince mengenai blog dan tuan blog tu semuanya prince fikirkan yang positif...enjoy bace blog korang dan mengenali korang dalam alam maya ni...berbaloi-baloi...

Komen-komen u all dalam entri semalam membuatkan prince ketawa seorang diri...yang bagusnya dapat jugak prince release tension bila bace komen korang dari mengadap keje-keje yang tak berkesudahan....

p/s: Ape aktiviti menarik u all nanti? pergi tengok wayang? main futsal? tido? prince rase harini lepas waktu keje nak pergi swimming la kat kolam bawah ni...jom2 sape nak ikut...


Tuesday, October 18, 2011

Mengapa Blog???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Entah kenapa sejak kebelakangan ni...prince dah mula boring nak tengok facebook, komen2 dan update status dalam fb dan upload picture dalam fb..Tapi lain pula semangat yang prince rasekan bila prince buka blog...rase dia tak sama bila prince buka fb...walaupon prince lebih ramai kawan dalam fb daripada blog tapi itu tak cukup untuk membuatkan prince rase teruja dan selesa...

Bagaimana perubahan ini boleh berlaku...? secara jujur prince rasekan blog dan kawan-kawan dalam blog prince lebih menyeronokkan...kadang2 bila bace entri mereka prince dapat tahu diri tuan blog ni macam mana orangnya...mungkin ade yg kelakar, ade yg serius, ade yg spontan, ade yg berpuitis, ade yg jiwang, ade yang emosional,ade yg islamic dan macam-macam lagi..namun sedikit pun prince tak kisah dengan pelbagai coretan mereka kerana itu adalah hak mereka untuk menulis dalam blog masing-masing..

Malah, seronok prince mendengar cerita mereka, ade jugak yang terpaksa prince bace 2 3 kali entrinya sebab bahasanya tinggi sangat...ade pula yang berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam kepakaran mereka.. ade juga yang meluahkan perasaan di blog mereka...ade jugak yg menganjurkan contest, GA dan seumpamanya...

Secara tak sedar itulah yg menyebabkan prince telah jatuh cinta dengan berblog dan followers prince yang setia...JUTAAN TERIMA KASIH Prince ucapkan...

Monday, October 17, 2011

Segunung Jasa Setinggi Kasih

Assalamualaikum dan bertemu kembali dengan entri terbaru dari Prince Halilintar..

Kalau u all perasan la kan prince ade mention pada previous entry mengenai dinner opis prince kan...u all ingat tak??hah..ingat pon...pandai!!macam tu la followers prince..hehehe

Okay, tema dinner malam itu adalah seperti tajuk entri ini...dan pakaiannya smart casual..tapi prince dress biasa2 je...takde smart manenya...Dinner ini adalah sempena majlis perpisahan Bos Besar prince yang menamatkan kontraknya di jabatan kami dan akan bertukar ke department lain...termasuklah PA dan drivernya..sekaligus kami kehilangan 3 orang staf yang sudah lama bersama2 dengan jabatan kami dan mengharungi detik suka duka bersama2...

Inilah 3 orang yang bakal meninggalkan jabatan kami...

Antara makanan yang dihidangkan..memang puas makan malam tu..

Seperti biasa prince bertugas sbg photographer...
Amboi..bergaya betul..sapelah ni agaknya..haha:p

Kenangan gambar beramai2 di tangga Hotel....

Teringatkan sape la prince tue?

prince bersama Asyraf (acap)



spoting habis semua staf yang datang malam tu...

prince bersama Kak Sariah..takde tempat prince nak mengadu lps ni..

bersama artis K-pop malam tu Dr Nazip (yg pakai tie tu)....
T
Tema kaler yang sama..dari kiri Acap, Wany, Prince dan Abg Fen

Cukuplah tu kan prince tempek2 pic kat entri ni...dah banyak sangat tu...meriah dan enjoy malam tu sambil berkaroke beramai-ramai...

p/s: Selamat maju jaya kepada Prof Zaini, Kak Sariah dan En Azmi...semoga kite bertemu lagi nanti...insyaallah..

Saturday, October 15, 2011

Sikap Manusia...

Assalamualaikum. dan salam sejahtera...



Harini prince bertugas sebagai urusetia raptai konvokesyen uitm bertempat seperti pic kat atas tu......ramai betul bakal-bakal graduan yang datang untuk mengambil jubah untuk konvo nanti...

Ade jugak ragam sesetengah orang yang tak puas hati bila diberitahu tidak dapat mengambil jubah sebab didenda atau disaman sekiranya tidak menyelesaikan bayaran denda tersebut...ade jugak yang ego dan emosional..datang marah-marah sebab tidak tahu ape patut buat dan menyalahkan pihak urusetia kerana tidak diberitahu kepada mereka...padahal dalam website semuanya dah diberitahu secara details..itulah cabaran yang terpaksa kami tempuh sepangjang raptai kali ni...sudah menjadi lumrah bagi kami untuk mengawal situasi seperti ini...

Apepun, prince dan team yang bertugas hari ni akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka semua..

Oklah, pendek je entri untuk hari sabtu ni...selalu weekend prince jarang update entri...tapi dah ade masa sekejap ni prince update la...jumpa lagi..=)

p/s: semalam prince ade dinner opis prince di Bluewave Hotel...tunggu entri seterusnya untuk mengetahui dan melihat gambar2 semasa dinner nanti...take care u all

Thursday, October 13, 2011

Kesibukan Melanda Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kesibukan yang amat semalam dijangka berterusan sehingga hujung bulan ni melanda diri prince dan pasti sukar untuk prince mengupdate blog seperti biasa...tapi, prince akan usahakan untuk tidak membiarkan blog prince dipenuhi sawang2 prince cuba juga untuk update entri baru dan berkunjung ke blog korang.

Raptai dan Konvo UiTM akan bermula tak lama lagi...dan weekend ni juga prince terlibat untuk menjalankan kajian pengesanan graduan. Jadi secara tak langsungnya masa yang ada agak terhad. 

Prince ade design tag untuk staf-staf kami dan student yang membantu kami untuk menjayakan kajian ini..nak tengok?kat bawh ni... ok tak?


So, kalau korang ade terserempak dengan prince nanti tegur-tegur la prince..nanti prince belanja ice cream..hahaha :p

Tuesday, October 11, 2011

Selasa Yang Ceria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Woi...woi..dah hari selasa lar...hari ni banyak keje nak kene buat ni..harap-harap prince enjoy untuk setttlekan keje hari ni..Semalam prince tak dapat nak tidur dengan lena la...pusing kiri..pusing kanan...tapi bukan belakang..eh..eh..macam lagu pulak..hehe..entah ape yang prince makan pun tak tahu sampai tak boleh nak tidur..dengar lagu dalam handphone..ingat boleh la nak lena...tapi tak juga...ntah pukul berapa prince tidur pun xtaw..prince sedar je azan dah berkumandang waktu subuh dah masuk...

So, hari ni memang masuk keje sangat awal....dan dapat update blog juga awal-awal pagi ni..prince nak ceria kan hari selasa anda dengan gambar di bawah ni..ape kate korang???


Gambar ni prince dapat dari emel yg diberi oleh kawan prince...ni betul-betul nak jimat minyak ni...pergi keje share satu motor je...hehe

Okay, korang...prince nak settlekan keje dulu..nanti korang update prince jenguk rumah korang ye..take care and bye2...

Monday, October 10, 2011

Isnin Yang Indah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat memulakan hari anda hari ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan..tak mo masam-masam je muka maklumlah hari isnin ramai yang liat sikit nak buat sesuatu kerja kan...

Oklah, terima kasih prince ucapkan kepada pengomen-pengomen setia prince yang mengomen di blog prince ni...dan bagi jawapan pada entri lepas tu kebanyakannnya memang betul jawapan yang korang bagi...hebat-hebat belaka pengomen blog prince ni...jawapannya adalah Biskut Coklat...

Sumber Google
Malam semalam ramai yang memperkatakan tentang bulan terutama dalam mukabuku.. memang tak dinafikan semalam kelihatan bulan sangat cantik dan indah...prince pun dah ramai yang berkata2 tu perasaan nak tengok tu pun semakin membuak2...jadi, buka tingkap tengok la ke arah bulan..tapi mase prince buka tingkap sebenarnya tak nampak pun bulan..pandang kiri..pandang kanan...lupe lak bulan kat atas..haha(tipu je)..prince donggak ke atas memamg nampak ade lingkaran cahaya mengelilingi bulan...korang sempat tengok juga ke?


Friday, October 7, 2011

Ape ni???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Takde ape nak dicerita hari ni...tapi prince ade projek spesel nak dilakukan hari ni...

korang cuba belek-belek pic kat bawah ni..


Agak2 kan..ape yang korang teka kalau tengok gambar tu? cuba bagi jawapan kat prince..prince nak tengok ade yang bijak meneka tak...hehe

p/s: oklah, pendek je entri hari jumaat ni...nak gi settlekan special project tu pulak...Slmt Hari Jumaat dan bye2..

Thursday, October 6, 2011

Family Day-Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai ape khabar korang? Harini prince nak sambung cite family day prince pada entri semalam..prince cite ringkas2 je dan tunjuk gambar2 event kami disana bagi korang excited untuk ke sana satu hari nanti kan..manalah taw..

Selepas selesai acara sukaneka bagi acara kanak-kanak dan dewasa, mestilah ade pula penyampaian hadiahnya..dan semua yang bermain dapat hadiah tak kira la dapat tempat ke berapa dalam acara sukan itu..yang pasti semua orang bergembira dan senang hati...



Selepas selesai penyampaian hadiah, tiba masa untuk lunch...dan cabutan bertuah...





Macam-macam ada untuk cabutan bertuah antara yang paling best adalah handphone,microwave,vacuum, kipas dan pelbagai lagi barang elektrik menanti kepada yang bertuah pada hari tersebut...prince dapat iron je...tapi prince juga dapat hamper besar sbg ajk...hehe



Selepas tu sesi fotografi dengan semua keluarga yang hadir untuk kenang-kenangan...




Dan lepas je bergambar ramai-ramai masing2 menuju ke tempat permianan air..untuk mandi manda









mula-mula teringin nak main High Speed Slide banyak kali..tapi memandangkan nak memanjatnya sangat lah tinggi dan memenatkan..lupakan je la...selain dari high speed slide ni aden juga family raft slide, inner tube slide, body slide dan wave pool & stage...memang puas lah asyik bermain dengan air klorin kami...

Tepat kul 6 lebih kami pun bersiap sedia untuk pulang ke Shah Alam...




Alhamdulillah...selesailah hari keluarga opis prince di Afarmosa ni...insyaAllah next year di tempat lain pulak..


p/s: korang pernah buat family day dimane?