[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, August 26, 2010

:: Wanita dan Sifat2 Mereka ::

Begini ke sifat2 wanita...


Prince nak share info ni yang prince bace di www.scribd.com,
 
Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

1.  Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.
 
 
2.  Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

 
3.  Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujung daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

 
 
4.  Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu.

 
 
5.   Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur.
 
 
6.  Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

 
 
7.  Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh
    
dengan panjang dan lebat .  


   

8  Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

 
9.  Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

Erm.. prince rase no8 dan 9 tu paling best lar..hehe
*Gambar-gambar diatas adalah dipetik dari Mr Yahoo...*

Wednesday, August 25, 2010

:: Messi nie Islam ker….??? ::

Betul ke...

Assalamualaikum...ish3x..cepatnya mase berjalan..dah masuk ramadhan yang ke-15 kan...rini prince nk share emel yang member prince bagi iaitu abe bobbie...die kate messi tu Islam,pastu die tunjuk bukti lagi..nk tengok buktinya..jom layan ...

Mcm x percaya bila dpt berita bahawa penyerang Argentina, Messi mungkin seorang islam….???... ibrahimovic dan messi berdua telah didapati bersembahyang….yg si ibrahimovic  nie mmg la islam…..so no hal laa tapi si messi nie…...???…

Di Akhir Zaman, kebenaran ISLAM telah terbukti.Gambar ditangkap oleh seorang jurufoto amatur yang identitinya dirahsiakan. Ikuti Pendedahan di bawah...

                                                                                              
  • Name: Lionel Andrés Messi
  • Nationality: Argentinean
  • Date and Place of Birth: June 24, 1987 in Rosario, Argentina
  • Position: Playmaker
  • Current Club: Barcelona
                    
  • Name: Zlatan Ibrahimovic
  • Nationality: Swedish
  • Date and Place of Birth: October 3, 1981 in Malmo, Sweden
  • Position: Striker
  • Current Club: Barcelona




So korang mesti nak tengok kan betul ke Messi ni Islam...ni gambar yang dirakamkan oleh juru foto tu:

p/s: Hehe..sori le kengkawan..prince pun dah terkena dengan diorg ni...jadi ape salahnya kene same2 kan..haha..

Tuesday, August 24, 2010

:: D'Arab Cafe ::

Berbuka Puasa Bersama PPS..
Assalamualikum n salam sejahtera sahabat2 blogger ku sekalian...ok, pada 20 Ogos iaitu hari jumaat lepas, prince berkesempatan berbuka puasa bersama-sama dengan semua staf dan big bos di ofis prince dekat restoran D'Arab Cafe.Restoran ni terletak di Seksyen 7 shah alam..berhampiran dengan pintu belakang UiTM.

Jadi kami satu ofis dah berpakat untuk berbuka puasa bersama2 seperti tahun sebelum ini, walaupun sebelum ini prince masih belum bekerja disini lagi sebab masih study..tapi kali ini prince dapat bersama mereka untuk berbuka puasa berjemaah dengan mereka dan merapatkan lagi sillatulrahim di kalangan kami..

Selepas saje habis waktu bekerja masing2 bersiap sedia untuk pergi ke restoran tersebut..dan orang pertama yang sampai di restoran tersebut ialah Prince dan acap...disebabkan kami datang terlalu awal xde sape pun staf yg kelihatan disitu...jadi terpaksalah kami menunggu pulak..kemudian Kak Ila pun sampai sebab dia yang booking tempat..dan disusuli pula family Kak Jun n Kamal..Ape lagi kiteorg pun terjah la masuk ke restoran tu...

Sementara tunggu waktu berbuka, kami pun berbual2 serta tunggu kedatangan staf2 yang lain sampai..fuh..penuh satu kedai tu dengan staf kami saje..dah macam kami punya kedai pulak...tapi tauke kedai tu memang baik dan peramah..

Kemudian kami adakan sambutan majlis perpisahan kepada Datin Umi yang akan berpindah ke jabatan lain..serta memberi sumbangan hadiah dari PPS oleh Big Boss kami..Setelah selesai dengan ucapan mereka, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib..Berbuka la kami bersama2 dengan hati yang gembira..kerana masakan arab beb..oklah prince nak tunjuk menunya:
Menu di D'Arab Cafe
 
 Jom prince nak tunjuk gambar2 ketika berbuka bersama staf2 ofis prince...
Tauke Kedai menyambut kedatangan kami..
Bersiap sedia untuk menjamu selera...

Nasi Arab...
Family kak shida

yg laki maju merah tu lah Bos prince..Dr Ahmad

hepi betul mereka ni..

Penyampaian hadiah kpd datin umi..
cute ank abg azmi ni..

tengok..licin..mmg lapar sangat tu

p/s: kepada staf yang xdapat hadir, mayb  nxt time kite wat lagi...rindu kat kak nab xdpt join..klu tak mesti dah riuh rendah event tu..hehe

Friday, August 20, 2010

:: Diekori Dalam Diam... ::

Si Belang Jalanan...

Salam Petang Yang Ceria kepada semua kawan2 Prince.
Lontarkan senyuman ye semua di petang hari ni!











Malam semlam selepas prince pulang dari terawih, prince pun terus la matikan enjin motosikal..selepas tu prince pun terus menuju ke tangga dan terus menaiki anak tangga untuk pulang ke rumah dimane rumah prince berada di tingkat 2...tanpa Prince sedari rupa-rupanya prince sedang diekori dalam diam oleh sesuatu yang misteri...bile prince toleh ke belakang tiada sape pun kat belakang prince...menakutkan tak?? hehe..bulan2 ramadhan ni mane ade syaitan nak kaco kan...dengan kekentalan iman didada, kononnya lar..prince terus "cool" menaiki anak tangga...tapi prince masih tak puas ati lagi sebab memang ade sesuatu yang mengintai Prince..tapi prince bukan lah seksi taw..haha...kali kedua prince toleh...MasyaAllah...terkejut Prince ..rupe-rupenya kucing..."macam pernah lihat plak kucing ni bisik hati prince..", nak tengok kucing tu?? prince ade amik gambar die..
Si  Belang...
Bile prince tengok die laju kucing tu terus turun tangga balik menyorok kat bawah tangga..sah lah dia yang cuba mengekori tu...dan selepas itu kucing tu meronta-ronta meminta makanan "meoww..meoww..meoww" lebih kurang macam tu la bunyinya..agaknya die nampak bubur lambuk yang prince bawa balik dari surau tu kot...

Prince terus naik ke tingkat 2 menuju ke rumah prince sambil kucing tu mengekori dari jauh...sebaik sampai didepan pintu je, die pun berhenti sekali dan duduk sambil menggangguk2 kepalanya sambil tenung bubur lambuk prince tu..dalam hati prince "takkan nak bagi bubur lambuk ni kat kucing die makn ker?" prince terus panggil kucing tu datang dekat dengan prince..si belang ni takut2 juga selangkah jer die bergerak..


Atas dasar kemanusiaan, prince masuk rumah je,terus ke dapur tengok ape yang boleh diberi makan kepada si belang ini..mula2 kawan prince suh bagi biskut..prince kate kucing tu makan ker..pastu kawan prince berilah biskut..rupenya si belang tu makan..mungkin sebab lapar sangat kot..mesti satu hari die puasa ni...kalau prince taw boleh ajak gi surau buka pose same2..hahaha..melawak je..prince tengok belang tu lapar lagi, jadi prince bukalah freezer dan  tengok2 jumpe "fish cat"..bagi lah dia makan..tapi kali ni die dah berani sikit nk dtg dekat..



Baru prince dan kawan prince ingat, rupenya ini kucing yang lahir kat bawah rak kasut kami di luar tu..time tu belang ni kecik lagi..kami bagi susu sebab kesian sangat ibu die tak balik2 lagi..mungkin pegi mencari makanan..budak2 rumah prince tu selalu jugak bagi susu kat dia...selepas die da besar sikit terus hilang, tak taw kemane die bawa diri..malam semalam beru jumpe balik..tadi pagi pun tengok die ade kat tingkat bawah tengah tidur bawah tangga, die perasaan prince tapi die diam jer..mungkin belang taw kot tengah puasa..

Thursday, August 19, 2010

:: Itu Ini Award ::

Salam Petang yang ceria kepada semua pembaca blog prince ini...

Terima kasih prince ucapkan yang setia dan tak jemu berkunjung ke blog prince ini....Dalam diam prince dah ade 100 lebih dah eh follower walaupun baru sebulan prince berkecimpung dalam dunia blogging ini...kepada yang menjadi follower tu memang prince sangat hargai dan pada masa yang sama prince dapat jalinkan satu ukhuwah dengan blogger lain..

Walaupun pada mulanya prince tak berminat dengan dunia blog ni, walaupun ramai pihak yang menyarankan Prince untuk membuat blog..sebab utamanya prince malas nak luahkan persaan dalam blog atau pendek kate malas menulis entri....Tapi sebulan telah berlalu, mula terasa keseronokan dalam dunia fantasi yang baru bagi prince iaitu blog. Mana tak nya macam2 ilmu yang prince dapat walhal pada mulanya prince mengatakan Tak Nak pada blog setiap kali kawan2 bertanya. Last2 akhirnya Prince sudah mempunyai blog sendiri. Paling best Prince suke belajar dari blogger lain yang tidak loket ilmu untuk share dalam membina blog idaman sendiri..tapi Prince dah lupe kepada name2 blogger sebab banyak sangat prince explore, tak catat pula..Terima Kasih kepada mereka semua.

Sebenarnya banyak lagi yang Prince kene belajar, tapi insyaAllah kalau ade mase prince try update laman blog prince...Seronok duk main2 coding sebenarnya..hah, satu lagi yang prince tengah belajar mengenai award..ramai yang bagi award kat Prince, tapi prince tak tahu nak amik camne..dan tetibe prince ade bertanya dengan blogger Ceja, barulah die bagitaw mcm mane nak amik..rupenya senang saje..hehe..biasalah budak2 baru belajar...kenelah tunjukkan...ni prince nak tunjuk award yang prince terima yang mane prince sempat belajar untuk ambiknya...bg yang tak sempat untuk prince amik sorry sangat prince ucapkan...pastu nak tag nama orang plak xreti.. kali prince try tanye pada Nabilah...
OK ini adalah award yang Prince terima daripada Ceja 



Ni award dari Nabilah..thanks ye ajar wat tag name orang...

ok yang ni nak bagi dekat Ceja

Prince beri award ni berdasarkan kerajinan komen mereka pada entri prince..OK kepada mereka yang nak amik save as je kat gambar tu kat komputer mereka then publish kat entri..hehe seperti yang diajar oleh Ceja...hehe

Kepada Muslimin dan Muslimat yang berpuasa...Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Berbuka puasa juga Prince ucapkan...

Tuesday, August 17, 2010

:: Ganti Boss ::

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Rindu nak tulis entri sebab tu prince post entri ni...ok sebenarnya harini rase sangat mengantuk sangat..tak xcukup tido ke? rasenya tido ikut time jugak...time je tak ikut prince...hehe...tapi perasaan ngantuk tadi hilang time prince tengah blogwalking..ala macam biasa la sebelum mulakan kerja memang prince berblogwalking dulu untuk "panaskan enjin" ..selalu masuk jer ofis kul 7.30 hingga sampai kul 8.30 pagi asyik belek2 blog jer...pastu baru start keje..seru dah datang lar tu...

Tapi tadi tibe-tibe pulak Bos datang masuk bilik prince...terkejut jugak..selalu tak pernah masuk awal2 pagi..tapi prince still cool...buat2 macam wat keje lar..haha..selamat kerja dah banyak yang siap..Rupenya die suruh prince jadi wakil die dalam meeting pukul 10 pagi nanti..projek water resource pulak tu...jadi bos la aku jap nanti....haha..mudah2an satu hari nanti...prince punya ngantuk tadi terus hilang...tapi dalam meeting nanti mesti boring dah tentu aku tak tahu ape yang diorang nak bincang sebab prince tak terlibat dalam projek tu...kene mendengar jer la pastu amik minit mesyuarat...tu yang akan membuat ngantuk...kalau prince terlibat mungkin boleh celah2 nak bercakap tak la boring sangat kan...nak tak nak pun kene pergi jugak ..ini kan kerja...



Oklah atleast dapat juga prince post entri ni...so jumpa lagi di entri yang lain pulak...Salam Ramadhan




Saturday, August 14, 2010

:: Lewat ::

Ramadhan ke-4...

Ape gerangan khabar anda hari ini...harap2 semua dalam keadaan baik2...pasti anda semua sudah bersahur kan..yang mane sempat sahur alhamdullilah..yang mane tak sempat xpela janji jangan lupe niat puasa..

Sebanarnya tadi prince bangun sahur agak lewat lar..tapi bagus jugak ikut sunnah melewatkan sahur..kalau tak bangun terpaksalah tahan lapar sehingga berbuka nanti...Nasib baiklah ade orang yang missed call prince kejutkan sahur..kalau bukan die call mesti prince terlajak tido,bukan prince sorang je, ahli2 rumah prince yang lain jugak mesti takkan bangun juga...kepada yang menelefon itu, terima kasih diucapkkan..nanti prince belanja buka puasa seperti yang dijanjikan..

Bukan ape,semalam selepas solat tarawih prince balik rumah layan cite volcano kat tv3 jap..best citer tu...sampai kul 12 baru habis..then, prince tengok housemates prince yang lain dah terlentok tido rupanya...prince memang dah mengantuk sangat, sebab ari jumaat semalam memang busy sikit, ditambah pula ade meeting petang semalam banyak keje nak kene settlekan...tapi malam tu prince sempatlah masak nasi selepas habis cite volcano tu..pastu prince pun masuk bilik sementara nak tunggu nasi masak...

Prince ingat nak baring2 jer kat dalam bilik, last2 prince pun terlelap, tapi sebelum tu prince dah set alarm nak bangun pukul 4 pagi untuk masak lauk pula...prince dan housemates selalu kami masak dan makan bersama ketika sahur..tapi kalau berbuka prince suka berbuka di masjid atau surau2..selalu berbuka kat surau lain dan tarawih kat surau lain..saje cari suasana baru..seronok buka kat masjid ni sebab berjemaah ramai2 ketika berbuka puasa...ok sambung balik cite tadi, selepas prince terlelap sedar2 jer dengar bunyi orang calling..tengok jam dah pukul 5 pagi..dalam hati terlintas kat fikiran,"alamak lauk xmasak lagi,sempat ke nak masak ni", prince bangun terus pergi ke dapur...tengok2 ade semangkuk sayur panas lagi seperti baru dimasak atas peti..hah?dari mane datangnya sayur ni..?ade bidadari ke dalam rumah prince ni..haha..mane ade bidadari...rupenya kawan prince tersedar pukul 2 pagi lebih dan tengok lauk tak de sape yang masak lagi so die pun terus lah masak kemudian tidur balik...lega ade lah juga makanan yang hendak dimakankan...tapi kami sempat untuk menggoreng telur  lagi...dan bersahurlah kami dengan ape yang ade sahaje...
gambar hiasan jer ni..

Kepada semua rakan2 prince di sini Selamat berpuasa pada hari yang ke-4 ini...

Friday, August 13, 2010

:: Perjuangan Belum Selesai ::





Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan...

Tarikh: 13 Ogos 2010
Masa: 9.15 Pagi
Tempat: Laman Canseleri

Salam Tiga Ramadhan..syukur alhamdullilah dah 3 hari kita dapat menunaikan ibadah puasa..dan moga-moga kita semua dapat mencari sebanyak mungkin bekalan pahala di bulan yang mulia ini..Hari ni di pejabatku ada membuat pelancaran program sempena sambutan bulan kemerdekaan UiTM 2010 bersama dengan semua staf di Canseleri yang diketuai oleh Naib Canselor UiTM iaitu Dato Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Tepat pukul 9 pagi sahaje, semua staf dijemput turun dari ofis masing2 untuk memeriahkan lagi program ini dan merancakkan suasana serta mengembalikan semangat patriotik di kalangan staf2 disini..huh semangat betul prince ni...
Hah, walaupun dalam puasa namun kami tetap tidak turun melalui lif, barulah ade semangat patriotik dalam diri..
Setelah tiba di laman canseleri, kami di beri bendera secara percuma oleh staf dibawah untuk dikibarkan semasa upacara simbolik perasmian dilaksanakan..Sementara menanti pula kedatangan VC Uitm untuk memulakan program..kami pon sempat bergambar sini sana, yela kan time ni la nak hilangkan stress dari kerja masing2..lupekan mengenai kerja dulu, janji kita enjoy!

Masing-masing dah dapat jalur gemilang, xsabar nak nyanyi je tu..
Hah yang ni bukan bendera..yang ni mercun..nak tgk mercun tu,kene bace samapi habis...hehe

Akhirnya muncul juga ketibaan Naib Canselor UiTM dengan diringi pasukan kuda belang..opps, pasukan pancaragam lar kemasa berbaju melayu unggu lagi..jom terjah gambar-gambar die..

tengah menanti kemunculan VC...(nape blogger apple hijau pandang belakang? musykil tibe2)
Ini pasukan pancaragam..jap pancaragam ke nie??
Dato Vc yang berbaju melayu biru tua tu..

Setelah selesai menyambut ketibaan Dato VC, program pun terus dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku  disusuli dengan lagu Wawasan Setia Warga UiTM. Untuk memberkati majlis ini bacaan Doa dialunkan supaya majlis lebih dirahmatiNya. Untuk menghangatkan lagi keadaan yang sudah terhangat ketika itu (tengah panas time tu) program ini diteruskan lagi dengan deklamasi sajak kemerdekaan oleh salah seorang staf.Kemudian barulah Ucapan Dato VC..

Berdiri tegak pengawal menaikkan bendera ketika alunan muzik Negaraku dimainkan..
Ni bukan penceramah bebas, ni org yg deklamasikan sajak..
Inilah semangat warga UiTM sanggup bermandi peluh walaupun puasa untuk mehangatkan program ni..
Merdeka! Merdeka! Medeka! dilaungkan oleh VC

Kemunculan wira2 negara melakukan terjunan dari tingkat atas bangunan..simbolik je tu! kalau betul2 dah tersangkut kat tepi2 bangunan kerana angin kuat sangat...

Mercun kertas pun memeriahkan lagi majlis itu
wah semangat betul diorg ni,lepas tu kutip balik sampah tu eh..
 Kenderaan2 Uitm siap sedia berperang...heehee
Bendera dipasang pada kenderaan..

Ni pula rakaman sempena menyambut Aidilfitri...tunggukan kemunculan kami di media..
Barisan Pemimpin-pemimpin Uitm
Sempat posing sebelum masuk kerja semula..
Ok..itulah cite prince untuk pagi ini..sekarang dah kul 12.15pm mase untuk rehat dan menyiapkan diri untuk menunaikan Solat Jumaat...Salam Jumaat..kepada yang Muslimin jangan lupa untuk menunaikan Solat Jumaat..kepada Muslimah jangan duk curi-curi makan ye bulan pose ni..hahahaa ..Selamat Berpuasa Semua..Wassalam...




Thursday, August 12, 2010

:: Alamak Boss::

Dealing With Your Boss...


Assalamualaikum and good evening..

How are u today? happy fasting to all Muslims and have a nice day..i just wanna to share with you how to deal with your boss...The way you deal with your boss will, in part, determine your future promotion and your salary increment.According to David Robinson there are some important principles of good business behaviour to be observed. In his book, " Business Etiquette" he mentions the following points:

1. Do not put your boss in embarrassing or unfair situations and support his decisions even though you may not be agreeable.

2. Be loyal to him and defend your boss from criticism when necessary.

3. If you have complaints which concern your boss, address them, in confidence, to him in a reasonable way.

4. If you are not happy with the way your boss has dealt with an issue you should refer to a more senior person with his knowledge and with a sufficient period of notice to allow him to reconsider.

5. Ensure that your personal behaviour fits in with the team and your talents and efforts are noticeable by your boss and colleagues