[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Sunday, August 8, 2010

:: Bandar Diraja ::

Misi Terakhir...

Ini merupakan misi terakhir kami sebelum kami berangkat pulang ke Shah Alam...Jadi, misi terakhir kami adalah untuk melawat pekan Kuala Kangsar iaitu merupakan Bandar Diraja Perak..kawasan pekan ini taklah sebesar seperti Taiping..tapi berbagai2 tempat sejarah ade..jadi supaya tidak menghampakan kawan2ku yang belum pernah sampai ke sini lagi, aku sempat membawa mereka melawat beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar...nak tengok ape yang menarik kat situ??? ok jom tengok gambar2 dibawah..



hah, belakang tu nama nya Masjid Ubudiah (Masjid Diraja)..yang terletak di Bukit Chandan..masjid ini juga dikatakan masjid yang terindah di Malaysia. Masjid ini mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.Semasa kami datang melawat ade pengambaran kat masjid ni tengah giat berlangsung..

Kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan..dak kecik tu pon nak ikut orang bujang berjalan jugak..selamat anak buah aku ni laki aku bawa jer la..

Kenal dengan rumah ini??Inilah Istana Kenangan/ Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik kerana dibina tanpa menggunakan sebatang paku pon..

Ridwan sempat lagi posing tue..
Diorang ni siap berebut anak buah aku nak bergambar dengannya..ish3x

 Selepas tu, kami pun  bergegas ke Galeri Sultan Azlan Shah plak berdekatan jer dgn Masjid Ubudiah...
Ini pemandangan dari luar...
Ini view kat dalam galeri ni, tapi nak masuk kene bayar la eh..hehe
Aku pon teringin nak bergambar kat sini..
Ambik la gambar ramai2 sebagai kenangan sebelum pulang...

Sampai jer rumah sempat lagi mereka ni belasah durian yang ada kat belakang rumah...

Penuh bonet kete dengan semua buah kitaorg sumbat..
Jadi, selepas semuanya dah selesai kami pun berangkat pulang ke shah alam, rumah sewa kami...


Jadi berakhirlah misi kami di Kuala Kangsar, walaupun hanya sehari saje mereka berada di kampungku namun kepuasan terpancar pada riak wajah mereka...Kepada Ridwan dan Faiz semoga kamu enjoy berada di kampungku... Dalam mase yang same aku terfikir aku belum bawa seseorang yang aku janji akan ku bawa menikmati suasana di kampungku satu hari nanti..agak2 sapekah gerangannya??


11 comments:

NARDtheNERD said...

bila nak bawak i?
kehkehkeh.

izzatul . A . A said...

seseorang lagi ...

bila nak beberapa orang ?

haha ...

cakap je la syg kat seseorg je ..

hee

Prince Halilintar said...

ok dengan yg tersayang..full stop. hehe=)

~cik tiram~ said...

whoa.bes nye durian..hee.

shida mj said...

hee.. bestnya kuala kangsar bandar diraja itu dan buah buahan gaks. bole ke akak satu family nak dtg k.kangsar hehe

Prince Halilintar said...

cik tiram: durian sedap ni..acehh..

Shida mj: bole je kak shida..dtg ar raye t kot ade buah2an lagi..hehe

nabilah_2908 said...

alahai..sehari jer...kalau sy...x cukup kot...kejap sngt..huhu..

erm...ada lagi ke buah2 yg penuh dlm booth kete tu...bagi2 la sikit..hehee.. :P

jom ke APA KATA HATI pulak,
FIGHTING SPIDERS

apple hijau said...

Prince, waaaaa....sampainya hati mu tak bawak i...lain kali nak balik kampung mandi air terjun tu sound2 la skit..peeeerrggh!best giler ah makan buah2an + mandi air terjun tu..lepas raya org PPS ni kita gi minang U bley?hehe..

Anonymous said...

wah
kuala kangsar
tak de ape yg pelik pun
yg peliknya adalah
mcm mane ko boleh ade follower seramai 96 orang
dan
kebanyakkannya adalah
anak2 dara???
cis!!!
haha
LOL

Prince Halilintar said...

nabilah: dah abis la buah2an tu..tgu lain musim yer..haha

apple hijau: alamak nak pinang i ke, nak pinang buah2an i kat kg??haahaa

acap: lol...aku pun xsangka..ko jeles eh??hehe

sariah said...

Yes!!!Yes!!!! i tau tempat ni, kalau tak silap raya 2 th lepas i pernah sampai kat situ, sempat lagi tenguk2 masjid yg terindah tu...jgn lupa singgah mkn special laksa kat situ yg memang enak tak ada di tempat sinun...bersih bangat..