[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, January 31, 2011

! Turun Naik Tangga !

Meeting Punye Hal...

 
Hari ni dah 31 Januari kan sekejap je dah nak masuk bulan Februari...Pagi tadi nak gi kerje pun still hujan lagi dan rase macam kat oversea lak sejuknya sebab hujan tak henti2 sejak sabtu lalu..tapi tengahari tadi hujan dah semakin reda..

Petang tadi selepas waktu lunch hour kelam kabut tetibe prince ni..mane taknye tibe2 memerlukan khidmat prince dari segi teknikal untuk ketua2 prince meeting...sepatutnya kawan prince yang ditugaskan hal2 teknikal tersebut tapi disebabkan die pun tahu last minute die pun tak sempat balik ofis..dan terpaksa meminta bantuan prince..prince pun pergi la tolong ape yang patut..sampai jer kat bilik meeting prince tengok semua orang pandang prince sehingga prince rase malu la pulak..sebenarnya diorg tak boleh start meeting kerana memerlukan LCD dan connection internet untuk bermesyuarat..Tapi disebabkan hal yang tak dapat nak dielakkan oleh kawan prince tadi, terpaksalah menanggung malu sedikit..


Lepas tu, elok nak pasang jer benda tu semua boleh pulak extension plug kat bilik tu hilang..terpaksalah prince naik ofis balik untuk dapatkan yang baru..nak naik lif memang lambat la duk menunggu, jadi panjatlah tangga dan turun juga guna tangga..kemudian elok dah ade extension semua dah ok..ingatkan dah lega, rupanya Wireless pulak ade problem..tak ade connection..prince gunalah pulak plan B iaitu guna wire lan..pergi la panjat turun tangga balik ambil wire lan...sekali ingat dah ok, last2 same juga server tengah down mase tu..satu bangunan tak de internet...jadi kalau pasang awal pon diorg still xboleh start meeting jugak sebab internet takde sebab mereka menggunakan 'life data'...Jadi, plan C yang prince ade, walaupon agak berat nak bagi, tapi terpaksalah juga untuk tidak memeningkan kepala lagi..prince pon bagi la pinjam broadband prince kat bos..

Sebab utama prince berat nak bagi sebenarnya konfem la prince terpaksa menunggu diorg meeting sampai habis baru balik..kalau tak tak dapat la prince nak layan tenet kat umah..dah diorg punye meeting habis kul 7pm..tak dapat prince nak tengok cite kegemaran prince Tiramisu..waaa...sedihnya!!

p/s: lambat betul update blog rini sebab dah habis ofis hour baru tenet kembali bernyawa..

Sunday, January 30, 2011

! Diari Semalam !

Nak Buat Itu Jadi Ini...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini...Dah lame tak bagi pemuka ayat yang macam ini..Ok la, entri kali ni prince nak cite sikit kat korang banyak perkara yang prince lakukan semalam yang di plan lain jadinya lain..pendek kate tunggang terbalik la..ish3x, ape nak jadi daa!!


Di Awal pagi lagi prince bangun solat dan tunggu mase nak berjogging..disebabkan hari masih gelap lagi jadi prince tunggu la kul 7 lebih baru nak keluar jogging dan dah ready dengan track suit dan stokin..Sementara duk tunggu waktu tu, on la laptop jap tengok2 ape yg diupdate di alam maya ni...Tibe2 angin sepoi2 masuk ke tingkap bilik prince dan rase dingin semacam jer..sambil duk belek2 kat laptop, ade suara menjerit di luar rumah dengan nada marah, ape lagi kuar la sekejap tengok..rupenya2 anak dara depan rumah prince tu mengamuk sebab tuduh prince ambil baju die di ampaian..BOOM!! tibe bunyi tayar pancit dan time tu baru prince tersedar dari mimpi walaupon tidur sekejap je..tak sangka termimpi plak kes dulu tu..pastu baru ingat nak gi jogging sekali tengok jam dah kul 10.20 pagi tapi cuaca kat luar gelap je sebab mendung je sepanjang hari semalam dengan hujan turun renyai2... Jadi, dapat la prince 'jogging' atas katil jer...


Lepas tu bangun pergi basuh baju pastu tengok cuaca dah semakin cerah sikit jadi jangkaan prince mungkin tak jadi ujan..lepas sidai baju di ampaian sambil tu perhati rumah anak dara dlm mimpi tu, selamat diorg semua dah balik bercuti memandang diorg tu student lagi, tengok pintu semua berkunci dan tiada kasut di luar rumah mereka..masuk rumah tengok dah nak dekat kul 12..plan nak beli makan kat luar tapi sekali ujan turun tibe2 pulak..terpaksa la angkat pakaian tadi sidai dalam rumah..
Perut pun rase lapar, nak kuar ujan pulak..masak la jawabnya..prince plan nak masak ayam masak merah dan telur goreng je..tapi lain pulak jadinya..prince masak sambal telur  dan ayam goreng..tibe2 terbalik plak..tak caye tengok gambar bawah tu..ntah macam mane termasuk telur dalam sambal tu..fikiran melayang2 la ni..
Malam semalam plan nak main badminton dengan budak2 rumah sekali raket tak cukup la..last2 main futsal je..lepas main kami gi la keluar minum hilangkan dahaga kat kedai berhampiran situ...balik jer layan cite menantu tip top..kelakar jugk citer tu..pastu ngantuk terus tido..


p/s: Ape aktiviti korang semalam ???

Friday, January 28, 2011

! Perlu Bodyguard? !

 Kuat Stamina Dan Digeruni...

Gorila Bernama Ambam Berdiri Seperti Manusia
KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube.

Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya.

Rakaman itu menunjukkan Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Penjaga haiwan itu sejak 16 tahun lalu, Ingrid Naisby memberitahu: "Ia (gorila itu berjalan) adalah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan gorila tetapi Ambam kerap melakukannya dan ia boleh mengimbangi badannya dengan baik." - Agensi

Jadi, sesiapa yang rase dirinya selalu dibuli boleh la upah bodyguard kat atas tu ye..Badan die sangat 'tough' sebab tiap2 ari pergi gym angkat besi..hehe, kalau korang bawa die keluar jalan same2 mesti takde orang berani kacau korang..malah sentiasa berada 100meter dari korang..=)

Sape2 nak wat teman hidup pun boleh gak..sebab die pon single lagi tu..hahaha:p

p/s: pagi2 lagi prince dah mengarut..korang jangan marah ye..hehe

Thursday, January 27, 2011

! Tak Puas !

Bila Bermain...


Bukan bermain seperti di atas tu yang prince tak puas, kalau main cam dalam gambar tu konfem nak karate je bende tu tapi kene pikir 5 kali jugak takut tangan kaki prince pulak yang dikaratenya..Agak2 kalau letak gajah boleh tak di jongkit balik eh??fikir-fikirkan lah sendiri..
 
Semalam semasa prince bermain futsal setelah lame tak menunjukkan skill menyepak dan terajang bola futsal tu rase macam tak puas pulak bila terpaksa behenti kerana tibe2 hujan turun dengan lebat pulak setelah 1 jam 30 minit kami bermain. Disebabkan keputusan kami yang bertukar lokasi last minute terpaksa la tanggung akibatnya kalau tak kami plan nak bermain di Sport Planet kerana gelanggan tertutup dan berbayar. Tapi sebab nak free punya pasal dapat lah main jugak tapi tak puas la bermain.

Prince 30 minit pertama memang puas berlari dan mengejar bola dan ade jugak score taw walaupun tak banyak, tapi lepas tu kepancitan sudah mula terasa. Hilang Stamina sebab dah lame tak excersice la agaknya. Tapi tetap teruskan game tapi dah slow2 dan mula la pihak seteru menjaringkan gol pulak..diorg tak pe sebab ramai player boleh tukar2 tapi team prince ade seorang je yang reserve..terpaksalah bergilir2 kalau dah pancit..sepatutnya ade 3 orang lagi tapi diorg tak datang pulak..



Team prince yang baju kaler putih tu..tak ramai kan..hehe, tak banyak gambar yang dapat prince snap sebab leka bermain..Lepas rehat je nak sambung balik game baru 15 minit bermain tibe2 hujan turun pula dan ramai pulak yang jatuh sebab keadaan court yang licin, jadi kami pun terpaksalah stop..

Wednesday, January 26, 2011

! Nike Pilihanku !

Sales Di Al-Ikhsan...


Lewatnya prince update bog hari ni kan..Sebanarnya minggu ni prince ade dapat emel dari salah seorang staf disini mengenai jemputan untuk perlawanan futsal pada malam ini.Macam inilah emelnya:

"Salam,
Satu perlawanan futsal yang hebat antara PPS+CANSELERI vs KORPORAT akan diadakan seperti berikut:

 
Tarikh : 26/01/2011 (Rabu)
Tempat: Padang futsal INTEC,Seksyen 17

Waktu : 9.00 malam
Objektif : Menguatkan otot dan mengempiskan perut serta usus
 

semua dijemput hadir..ajak le cik abang n anak2 yang nk join...tunjukkan skill tanpa batasan anda.... 
 
"SUKAN MENJALIN SILATURRAHIM"
sekian,terima kasih
"

Begitulah emelnya..mula2 dapat emel ni rase memang malas join atas beberapa alasan yang kukuh antaranya kasut tak ada. Ini cakap pasal kasut memang prince geram sebab kasut futsal prince dan kawan2 kene curi sebab terlupa letak dalam rumah. Sejak kene curi tu dah lame gak tak beli yang baru dan tak main futsal. Kawan2 lain semua dah beli baru. Akhirnya, semalam terbuka pulak hati nak pergi beli kasut sebab nak main futsal malam ini. Terutama bila bace Objektif perlawanan ini, sungguh hebat dan menarik perhatian prince! Satu lagi kenapa prince nak join futsal malam ni sebab tak cukup orang nak bermain disebabkan tak ramai lelaki yang nak join. 

Mingu lepas prince ade temankan kawan pergi beli kasut futsal di tempat yang sama. Die dan prince berkenan dengan kasut yang kat atas tu. Tapi die xcukup budget pula so die pilih la yang lain. Bila prince gan die pergi semula kedai ni semala, tengok2 ade sales di situ dan lagi angin kawan prince ni sebab bila tengok kasut tu pon ade sales. Prince pun ape lagi dah rezeki prince nk dapat kasut tu, jadi belilah. Mungkin sebab hari semalam adalah hari gaji sebab itulah ade sales. Kalau tengok kat ATM  pun pernuh je orang beratur panjang2...

p/s:Sekarang ni bukan laki je main futsal, perempuan pon dah minat main futsal kan..akhir kate dari prince "Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri"..hehe

Tuesday, January 25, 2011

! Operasi Bujang !

Huwa Huwa Sini Sana...


Gambar kat atas tu adalah ahli operasi bujang last weekend. Dari kiri Faiz, Ridwan dan Prince. Sempena sabtu malam ahad lepas kami mengadakan 'operasi bujang' disebabkan keboringan yang amat di rumah kami. Setelah bermesyuarat selama 15 minit akhirnya kami decide untuk memulakan operasi kami tepat pukul 11.30pm di Le Lac Restaurant, Seksyen 7 kerana masing-masing nak tengok bola sepak EPL. 

Sambil menonton tv di situ tetibe kami tertanya2 kenapa restaurant ni diberi nama Le Lac..tapi dalam kami tengah menjalankan siasatan ke atas nama kedai ini, tetibe datang seorang lelaki mendampingi kami. Mungkin agaknya kami cakap terlalu kuat sehingga menarik perhatian die. Jadi, lelaki tersebut terus duduk satu meja bersama kami. Die menggelar kan diri die sebagai 'Bro'. Serba ringkas dan peramahnya 'bro' ini kami terpaksa menyoal siasat ke atas die untuk mendapatkan bukti2 kukuh. Gaya percakapannya amat menyakinkan kami. Sebab bila berkenalan dengan kami sume loghat negeri die boleh bertutur dan kadang2 buat kami ketawa. Bila ditanye nama die, rupanya dia adalah Kapten Ramli Kadri pernah bertugas dalam paskal dan juga merupakan pemilik restoran tersebut. 

Le Lac itu terlintas dari fikirannya yang bermaksud rilek tapi bila die nak register kan nama itu banyak pula yang tak lepas dan terpaksa menukar nama lain. Namun disebabkan banyak negara yang telah dijelajahi nya semasa bertugas die teringat perkataan Perancis iaitu Le dan Lac adalah lake iaitu tasik kerana kedudukan restoran itu berhadapan dengan tasik. Jadi diberilah nama Le Lac. Sepanjang risikan yang kami jalankan banyak info baru yang kami tahu di dalam dan luar negara. Hampir 3 jam kami lepak di restoran itu sambil meminum air sahaja akhirnya kami pun mahu beredar selepas berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Bila kami nak bayar je, 'bro' ni belanja kami pulak jadi tak payah la bayar.

Tibe2 ade suara berbunyi duwet malam ni tak kuar lagi dari poket, jom kite wat pemantauan di uptown seksyen 24 pulak..Kami pon teruskan perjalanan ke sana. Tawaf la bangunan yang dipenuhi dengan gerai pelbagai barangan itu. Sambil tu ada lah jugak suara2 sedang berkaroke disitu walaupon jam dah pukul 3 pagi. Selepas semua pemantauan berjalan lancar dan kedai2 disitu pon nak melabuhkan tirai, kami pun dah keletihan, barulah nak tamatkan operasi kami dan pulang ke rumah dan jam sudah pukul 4 pagi.
Ini teknik penyamaran yang cuba dilakukan oleh kawan2 prince.
Sedang prince tengah drive menuju pulang, tetibe ade penuh dengan kereta polis menghalang jalan kami di Dataran Shah Alam. kelihatan begitu ramai orang di sana termasuklah kami terlihat ade kameraman, wartawan, krew2 filem yang mungkin tengah wat penggambaran di situ. Jadi, kami pun datanglah siasat di situ pulak. Sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, kami terus dekat dengan orang ramai yang tengah tengok penggambaran itu. Selepas bertanya dengan orang ramai, rupa2nya kami yang tersalah rupanya ade operasi JPJ  membanteras mat rempit daa..orang yang kami tanya tu ketawa besar dia. Patut la banyak kereta polis dan jpj serta mat2 rempit yang di tahan.
Gambar ni diambil sorok2 kerana tak dibenarkan mengambil gambar tanpa kebenaran..disebabkan kepakaran kami dapat juga snap satu tapi dari jauh je..adegan paling best ketika polis mengejar aksi2 mat rempit dan blok jalan2 sekitar situ sehingga mat rempit tak dapat nak larikan diri.

Akhirnya,operasi bujang tamat sehingga pukul 5 pagi. disebabkan Subuh pun dah hampir tunggu lah sehinnga  subuh. Akhirnya, operasi kami membanteras Denggi di kawasan kami yang prince pernah taipkkan entri sebelum ni terpaksa cancel kerana menggantuk yang amat....Selesai.

Monday, January 24, 2011

! Memang Best !

Malaysia Open SuperSeries 2011...


Semalam prince pergi menonton perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil..Tetibe jer rase nak menonton live di stadium, jadi prince ajaklah member2 rumah pergi jugak..dalam kul 12 tengah ari kami pun bertolak ke sana. Mula2 fikir jalan jem, tapi bila dah sampai, perjalanan lancar je tak kire la waktu pergi atau balik walaupun beribu orang yang datang menonton disitu.Sampai sana je prince tengok ade pameran proton dengan mempamerkan proton lekir, kasturi dan jebat..
Bila dah sampai tu ape lagi prince pun mula la beraksi dengan kamera sendiri snap je gambar kat sana sini walaupun tengah panas terik ketika itu..
Bila dah puas je snap picture kat luar masuklah dalam stadium nak tengok perlawanan yang bermula dengan bergu campuran yang melawan sesama sendiri iaitu China vs China..single woman dan double woman pun china vs china jugak..rase kecewa jugak sebab pemain Malaysia gagal menempatkan diri di final..Tapi yang paling best bila melihat aksi bergu lelaki antara China vs Denmark. Yang unik nya kerana pemain Denmark mendapat sokongan penuh dari penonton yang hadir dalam stadium itu sehingga tamat perlawanan bergu itu dan terpaksa akur dengan kemenangan pemain China. Tapi sebagai balasan kepada peminat Malaysia selepas mendapat hadiah dan bunga daripada penyampaian hadiah, mereka berlari ke arah peminat Malaysia dan membaling bunga tersebut untuk membalas jasa menyokong mereka. Ape lagi berebut la peminat untuk dapatkan bunga tu..


Akhirnya tibalah aksi yang dinanti2 kan oleh peminat Malaysia dimane perlawanan diantara Datuk Lee Chong Wei vs Taufik Hidayat. Sebaik sahaja mereka masuk ke stadium tepukan dan jeritan gemuruh bergema di dalam dewan..setelah menunggu kire2 6 jam di dalam stadium untuk menantikan perlawanan itu. Seperti yang diharapkan, persembahan yang sangat menarik dan penuh semangat ditunjukkan oleh kedua2 pemain itu. Walaupon terdapat juga segelintir penonton Indonesia yang memberi sokongan kepada Taufik Hidayat. Akhirnya, kepuasan terpancar pada riak penyokong Malaysia bila Chong Wei memenangi perlawanan sekaligus memanjangkan kejuaraannya untuk kali ke 7..

Gambar agak jauh kerana prince hanya zoom sebab tempat duduk prince diatas. Lepas solat Maghrib kami pun pulang la ke Shah Alam. 

p/s: Hujung minggu lepas u all tak keluar kemane2 ke??

Saturday, January 22, 2011

! Serang Habis-Habisan !

Macam nak berperang bunyinye...

Sumber: Berita Harian
Ok, pertama sekali prince nak ucapkan syabas kepada Pasukan Khas Laut ATM yang memberkas lanun Somalia yang menawan sebuah kapal tangki Malaysia-MT Bunga Laurel bersama 23 anak kapal di Teluk Aden. MT Bunga Laurel berjaya ditawan semula dengan semua anak kapalnya diselamatkan dalam tempoh tidak sampai dua jam selepas dirampas lanun dan jelas membuktikan keupayaan tentera kite dalam melaksanakan pelbagai misi sukar.

Panjang pulak iklan, berbalik pada tajuk entri tadi sebenarnya prince nak bagitaw esok ade gotong royong yang dianjurkan oleh jawatankuasa blok sekitar kediaman prince untuk bersama2 mengambil bahagian untuk mencegah denggi. Disebabkan baru-baru ini ade beberapa kes denggi yang dilaporkan disini dan kelmarin prince dengar khabar terdapat 6 orang yang kene denggi rumah depan blok prince tu..dengar kate satu rumah pulak diorang tu..bela nyamuk denggi ke ape diorang ni...mesti ade takungan air kat rumah diorg yang menyebabkan nyamuk  senang bertelur kat situ..patut la minggu lepas tiap2 ari kawasan rumah prince kene fogging.



Sekarang tak boleh pandang ringan dah dengan demam..dulu tak risau sangat kalau demam tapi sekarang kalau demam kene gi jumpe doktor dengan cepat2 takut kene demam denggi..Sebab tu penduduk sini nak perang denggi habis-habisan..

p/s: minta2 esok jangan la malas nak bangun awal2 untuk bergotong-royong bersama penduduk sini..budak2 rumah prince pun kate nak join jugak..tapi selalunya kalau 6 org yang cakap nak join mesti 2 atau 3 orang je yang betul2 pergi nanti..kite tunggu dan lihat esok je..

Friday, January 21, 2011

! Nak Beli Tak? !

Fesyen Baru Ni...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..dah petang2 cam ni baru teringat nak update blog ni, semalam dah la tak berkesempatan nak update sebab cuti..Ok la, prince nak share beberapa gambar menarik ketika prince menyelam di dasar lautan Google ni terjumpalah harta karun yang menarik untuk dilihat..tak tahu lah u all sume dah pernah tengok ke tak, tapi nak share jugak..jom layan! 

Kalau u all kat rumah pakai cadar corak ape? mesti macam corak dan aneka warna yang menghiasi sarung tilam dan bantal u all kan?? ade yang gambar kartun pun ade walaupon dah besar panjang..kan?Tapi, tak kisah la ape corak nak pakai sekali pun, janji u all suke dengannya. Ini prince nak tunjuk alternatif lain dari yang lain untuk u all mencari atau nak wat pilihan yang macam mane..

Hah, macam mane gan corak ni? At least kalau korang tak dapat nak beli i-phone dapat beli sarung cadar pon jadilah kan..lagi besar pulak tu..mesti ade orang jeles nanti..hehe

Yang ni prince rase lelaki minat kot nak beli sebab tak akan kene tangkap basah oleh Jabatan Agama Islam..satu lagi mesti tiap2 malam akan tidur dengan lena punye..haha..:-p


Ermm..kalau yang tadi untuk laki, yang ni khas untuk perempuan la pulak..amacam?Tapi yang dah kawin tak digalakkan membelinya nanti tak pasal2 husband balik keje tgk ade laki lain dalam bilik, tak pasal2 kene cerai nanti..hehe..jgn marah:-p


Ini memang terlampau kreatif...silap2 haribulan kalau dah tak de makanan boleh jer kot jadikan ni sebagai makanan..tapi lagi kreatif kalau die dapat wat katil tu bertingkat2..ala macam Big Mac tu..

p/s: jangan tak pakai cadar pulak habis ade lukisan peta dunia kat tilam u all nanti..hehe

Wednesday, January 19, 2011

! Nyam..Nyam.. !

Asyik Makan jer...


Semalam prince terlupa nak masak awal2 khusyuk tengok berita kul8 pastu lepas solat isyak dah tak sabar pulak nak tengok cite ummu hanisah kat tv3 tu..sedih je dalam cite tu..lepas tu baru perasan macam lapar je perut ni kerana tak bagi makan lagi..ye la dah la skip lunch semalam pastu sarapan pun roti canai je..mane tak berbunyi perut ni kan..
Jadi, disebabkan tak nak miss tuk tonton cite tu, prince pun goreng jer la baki2 makanan yang ade dalam freezer tu..disebabkan lapar yang amat sangat habis sume bende nak digorengnya..gambarnya seperti  di atas tu..sosej, french fries, isi ketam dan nuggets pun ade...nak keluar makan lagi la malas kalau sorang2..tapi prince bukan nak pelahap sorang2..jemput jugak satu rumah makan walaupon tak banyak..tetibe baik kan..esok korang masak aku makan pulak taw..hehe:p

Pagi tadi prince gan kawan gi makan kat Wisma MAIS..situ memang popular gan roti canai, nasi lemak, dan char koi nye..

Prince order nasi lemak dengan air suam jer..sambal nasi lemak situ  pon sedap..sambil gah borak-borak gan member prince tu entah macam mane pulak air nescafe panas die terjatuh..mungkin sebab die duk main2 dengan gelas tu sebab nak minum panas sangat...langsung tak jadi minum..pastu ajak la balik..malu kot..ape lagi beredar la cepat2..hahaha...tapi orang lain nampak cam tak peduli pon..walaupon ramai orang..hehe..member prince tu siap balik tukar seluar lagi sebab air kene seluar dan tangannya..kesian pulak prince tengok, selamat tak ade ape2 yang melecur..jangan die serik lagi gi situ dah lar..huhu

Balik jer ofis, settlekan ape yang patut dibuat dahulu sebelum pergi mengacau dak2 ofis lain..selalunya prince akan melawat dari depan ofis hingga ke pantri untuk hilang kan boring jika tak de keje..haha..satu lagi memang tak suke kalau keje datang dah time nak balik..elok dah kemas2 tetiba pulak bos panggil bagi keje walaupon dah off komputer terpaksalah on balik PC tu..Satu lagi halnya dah la PC di ofis ni bila nak on memang ambil mase yang lame nak run nye..nak bawa laptop sendiri malas la pulak..Hari ni nak balik keje cepat2..esok cuti, tak maw ade keje..kalau nak bagi keje kene bagi lepas cuti okay!..haha..

Kalau nak bagi keje kat prince juga boleh tapi pembantu prince yang akan tolong wat kan..prince dah suruh die standby time cuti esok..nak berkenalan ke dengan pembantu prince..still single lagi taw..


Inilah die Mr. Tortoise..sepanjang cuti esok kalau ade keje dia akan bertanggungjawab untuk lakukannya ye..kalau bos nak bagi keje tolong emel je kat die taw..

p/s: Esok ade sape2 yang pergi batu caves ker??hehe

Tuesday, January 18, 2011

! Tak Boleh Bangun !

Kene Tindih...


Nak tanye pada korang nie..pernah tak kene tindih apabila tengah tido? Ceritanya begini, tadi ade lah kawan prince cerita yang die rase seperti ditindih apabila terserdar dari tidur bila nak bangun solat Subuh..tapi badan die terasa amat lemah untuk melawan...tapi dalam tengah mamai tu, prince ade jugak tanye nampak ape-ape ke yang menindih dia tu..die pulak jawab, manelah nampak lagipun gelap sangat. Prince tanye jugak pada die, 'bende' tu tak ade wat ape2 kat ko ker? Die kate, manelah aku tahu die wat pe sebab aku tak sedar. Tapi badan aku rase lemah dan lenguh2 je bila dah boleh bangun.

Mungkin itu perbuatan syaitan yang nak melalaikannya kite untuk leka dengan tido dan tak menunaikan solat Subuh kot...Selamat la die tak ape2 kan member prince tu..manelah tahu kot2 'bende' tu bawa die tido tempat lain ke..macam atas pokok ke, atas jalan raya ke..kan bahaya tu..Tapi boleh pulak member prince ni jawab.. kalau die angkat aku tido kat rumah anak dara bagus jugak..sambil ketawa besar.. Sekali betul2 die angkat die letak kat dalam rumah anak dara baru taw..tak pasal2 kene tido dalam lokap..terkedu member prince mendengarnya..hahaha

Jadi, sebelum tido tu bace lah doa tido ye atau ayat2 Al-Quran supaya terhindar dari bende2 yang tak diingini taw..

p/s: Korang pernah merasa pengalaman macam ni jugak ker?

Monday, January 17, 2011

! Berangan2 atau Berfantasi !

Mimpi atau Realiti...


Morning U All...

Hari Sabtu lepas, prince ade tengok cite Puteri Kayangan yang suke berangan2 jer dalam hidup dia...tapi prince terkenang semula pengalaman prince time kat sekolah dulu2..korang pernah tak berkhayal atau berfantasi ketika cikgu tengah mengajar dalam kelas???prince dulu time pelajaran yang memboringkan contohnya mcm sejarah sebab cikgu asyik bace je buku dari teks book sampai mengantuk rasenya..kalau dah nak ngantok tu, prince pun ape lagi mula lah start berangan2 tak tentu pasal..kononnya jadi pahlawan Melaka dulu2 lah..lps tu murid yang nakal sikit tu prince bagi die watak lanun dalam fantasi prince...mengarut jer kan..lepas cikgu dah habis mengajar baru tersedar..haha

Salahkah berfantasi? Ape pendapat korang..? Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge"..tapi disini prince rase bukan ilmu itu tak penting tapi untuk mencapai kejayaan jugak imaginasi mesti kuat untuk cipta sesuatu yang hebat..agaknya la kan..

Bila sesuatu terjadi itu tidak seperti yang kita harapkan, kita akan mula berfantasi dan berkhayal, sama ada kita sedar perkara itu ataupun tidak.

Kita juga kadang bermimpi tentang sesuatu yang kita fikirkan mungkin benar atau mungkin juga tidak. Mimpi itu mainan tidur tetapi mimpi juga adakalanya menjadi kenyataan.

Realiti... suka atau tidak, kita perlu menerimanya. Namun, realiti mungkin boleh berubah jika kita berusaha untuk mengubahnya. Cuma, jangan terlalu berharap... kerana tidak semestinya perubahan itu sesuatu yang kita inginkan dan nanti akhirnya kita hanya mampu berfantasi atau berkhayal.

Fantasi itu indah. Kita menggambarkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan kita. Malah, fantasi juga boleh menyebabkan kita lupa akan realiti. Sering berfantasi akan memerangkap diri kita sendiri kerana nanti kita sukar membezakan mana yang realiti dan mana yang fantasi.

Khayalan... kadang indah, kadang juga tidak. Selalunya berlaku kerana kita berharapkan sesuatu, baik atau buruk. Khayalan juga seperti fantasi. Bila terperangkap dengannya, kita akan terleka dan terlupa seketika dengan realiti.

Mimpi... mainan tidur yang mengisi malam kita. Namun mimpi tidak selalu berlaku dan mimpi juga boleh jadi indah atau seram... dan mimpi, kadang datang kerana fantasi dan khayalan kita. Tetapi hati-hati...

Hidup kita tak akan tidak lari dari fantasi dan khayalan... tak akan  lari dari realitinya. semua bergantung kepada kita.... apa yang kita mahu dalam hidup kita??
mahu terus berfantasi?? mahu terus berkhayal?? mahu terus bermimpi?? atau mahu apa yang kita fantasikan, khayalkan, mimpikan...menjadi realiti??

Tiada siapa tahu apa akan terjadi esok...

Yang pasti semua manusia pernah berfantasi,berkhayal,bermimpi atau berangan2...betul tak??

Friday, January 14, 2011

! Makan Kek !

Terima Kasih...


Terima Kasih..itulah ungkapan daripada kak Mai kepada sume rakan2 nya di ofis prince ini kerana hari ini merupakan hari terakhir Kak Mai bersama kami di ofis ini. Sebab tu la die wat masak-masak untuk kami rase masakan die. Lepas ni tak dapat merasa dah..Apepun awal-awal pagi lagi satu ofis dah makan kek..bukan kek saje yg ade taw..mihun dan kuih pun ade jugak...makan free la kami awal pagi tadi..

Kek die memang sedap lar..ade rase coklat + pisang + pic lagi..terbaik lar..roti sardin goreng pun sedap gak..prince siap minta die ajar lagi wat resepi tu..hehe, pasni kene try wat la kan..Kami satu ofis ni kalau ade farewell or celebrate bufday ker mesti ade nyanyi2 walaupon taw ujan akan turun dengan lebatnya selepas kami nyanyi2..tak sah kalau tak de nyanyi2 ni..sifu kami sape lagi kalau bukan "Nenek Kebayan" dan Mr K..Diorang la vokalis utama kumpulan kami..riuh jadi kat pantri tue..Tapi, segan pulak prince nak post video kami nyanyi2 tue kat dalam blog ni..takut nanti ade orang panggil wat rakaman pulak kan..haha:p

Malam ni kami bercadang untuk bermain bowling dengan Kak Mai sebelum die berpindah esok hari..dah lame tak melontar bola nie..tapi, harap2 tak hampa bila kami datang ke sana nanti..takut jadi macam dulu 2 kali terpaksa cancel sebab ade orang dah booking pusat bowling tu kerana ade tournament..kempunan kami..

Ok la ni je entri prince kali ini..jumpe lagi next time..=)

Thursday, January 13, 2011

! Merah Itu Versatil??? !

Tali Leher Merah...

Dari Kiri Prince, Mr K dan Mr F
Topik hari ini kan prince berminat nak tanya u all semua mengenai tali leher berwarna merah.Ape yang prince tahu tali leher memang mempunyai gaya, fesyen dan penampilannya yang tersendiri apabila digayakan dengan baju kemeja. Prince dari zaman u lagi memang suke tengok orang pakai tali leher kaler merah dipadankan dengan baju kemeja. 

dah macam ahli politik jer..
Setakat ni prince dah 'memperagakan' baju kemeja kaler hitam dan tie merah, putih dan merah, biru dan merah, kelabu merah dan..xingat dah kaler ape lagi..tapi prince rase memang kebanyakkannya masuk dengan kaler baju tu..Prince paling suke kalau pergi dinner pakai baju kemeja hitam dan tie merah..sangat suke kombinasi dua warna ini. Prince rase nampak macam misteriiii.... lomentikkkk... kacakkkk.... bergayaaaaa..... berkaliber.....hahahaha..ye lah sangat tue..

So, kali nio prince nak bagi tips untuk memakai tali leher yang prince rase agak sesuai la..

Pilihan 1 : kalau baju berjalur/berkotak = pakai la tie yg kosong/bertekstur /bertona warnanye

Pilihan 2 : kalau baju kosong = pakai la tie yg bercorak, samada berkotak/jalur

Pilihan 3 : kalau baju kaler cerah, pilih la tie gelap dan sebaliknya

walaubagaimanapun, tak salahkalau nak pakai baju berjalur/corak + tie berjalur/corak  dan sebaliknya. Ini hanya pandangan prince dari pengalaman dan pengamatan kepada lelaki yang mencorakkan tali leher dengan kemejanya.

Ade prince terbace kat surat khabar yang mengatakan terdapat kajian yang mendapati warna merah ialah warna yang paling berkesan untuk menajamkan perhatian manusia terhadap perincian, manakala warna biru pula paling baik bagi meningkatkan keupayaan kita untuk berfikir dengan kreatif.

p/s: Kalau u all kan suke lelaki memakai tali leher kaler ape? saje nak tahu pandangan orang lain jugak..hehe..jom share!

Wednesday, January 12, 2011

! Pertemuan, Kebersamaan & Perpisahan !

Majlis Perpisahan Kak Mai...

Cik Maimunah Miswan
Perpisahab itu akan selalu ada kerana kita pernah berjumpa, bersama, senda tawa dan ianya jugak adalah sebahagian warna-warni dalam kehidupan kita.Tanggal 11.1.11 iaitu semalam ofis prince meraikan majlis perpisahan salah seorang staf kami iaitu Cik Maimunah yang akan bertukar ke tempat kerje barunya mulai minggu depan. 

Ape yang menariknya tentang Kak Mai ini adalah kerana sikapnya yang mudah mesra dengan orang, baik, suke memasak dan bagi orang lain merasakan masakannya, rajin dan senang untuk ajak beriadah. Antara kenangan prince bersama Kak Mai sepanjang prince bekerja di sini :

Sewaktu menunggu bas ketika hendak pergi ke team building

bersama dengan kak mai menghadiri majlis kawin En Fikri

beraya di rumah Dr Nazip

ketika di atas kapal utk pergi Pulau Tioman

bergambar bersama ketika Jamuan raya di ofis

menghias gerai di padang kawad sempena sua raya aidilfitri

ini sebenarnya harijadi prince, tapi bagi penghormatan kpd kak mai untuk potong kek..haha

Tidak usah terlalu bersedih, Kak Mai…. kerana engkau akan menemukan suasana yang baru, bukan disini lagi, tapi disana.  Namun percayalah Kak Mai….. hati kami akan selalu terikat.  Jalinan ukhuwah akan semakin erat, semakin jauh ragamu melangkah, semakin hatimu mendekat. Segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan diraih, segala langkah yang akan diayunkan, yakinlah disana pasti temui kejayaan. Di sana ada keberkahan, dan di sana pasti ada cinta. Moga2 dapat kad jemputan kawin dari Kak Mai nanti..boleh prince datang ke Teluk Intan lagi..hehe..jap..nape tetibe baru prince rase macam jiwang sangat ni..lantaklah..haha

Gambar2 majlis semalam:

big boss bagi gift kat cik mai

ni nak share makanan ke?

smj sibuk je bersms dari mula sampai tgh makan..haha

aik, cah n n.k  ni kemabr ker..haha

prince yg pakai tie merah tu..cari le..haha
Pesanan prince pada Kak Mai supaya sentiasa ingatkan kami disini dan semoga lebih berjaya di tempat baru nanti. Terima Kasih atas segala kebaikkan Kak Mai pada prince dan jika ada salah dan silap sejak mengenali prince maaf dipohon.  Kad Ucapan semalam prince buat cincai2 je tapi penuh keikhlasan, semoga Kak Mai terhibur.

Monday, January 10, 2011

! Mengidam Ke Aku?? !

Craving for DSLR...


Itulah aksi prince ketika memegang Nikon D90 yang masih bau kedai lagi..tapi malangnya kamera itu bukan lah prince punya tapi kepunyaan Mr Apad. Terasa seronok dan teruja bila dapat test kamera baru die tu.. 

Sebenarnya dah lame jugak mengidam kamera ni..walaupun dah survey beberapa tempat dan dah taw macam2 mengenai kamera ni membuatkan prince terasa ingin memilikinya juga. Tapi, kene pikir dua tiga kali jugak tu nak beli sebab harga dia pun bukannya murah beribu beb..contohnya kamera Nikon D90 ni harga die RM3+++ tue..Tapi bila dah try memang betul2 puas hati. Nikon dan Canon antara yang popular sekarang tapi kebanyakkan orang lebih memilih Nikon. Dan bagi yang dah pro memang sesuai la beli D90 tu..

Alahai, bila la prince nak dapat kamera ni satu..kene saving dari sekarang baru ley beli ni..  banyak betul kemahuan dan kehendak prince ni..Sape2 tahu kedai mane yang best ar nak beli dan harga yang best boleh dapat?? Nak gi usha2 dulu kalau ade kedai best2 kan..Tapi budget takde lagi untuk kamera ni..tunggu prince bentang budget untuk bulan ni..rase2 cukup tak eh??haha

Friday, January 7, 2011

! Tak Menjadi !

Sotong Masak Tepung...


Selamat Hari Jumaat!

Semalam prince teringin nak makan sotong masak tepung seperti gamabr di atas tu..sebab kelmarin prince makan di kedai memang sedap dan teruja pulak untuk mencubanya di rumah. Jadi, malam semalam lepas je maghrib prince pergi la ke kedai berhampiran rumah prince beli sotong...

Balik2 rumah je kawan2 dah tanya nak wat ape dengan sotong banyak2 tue..ape punya soalan la diorg tanye..sambil berseloroh prince jawab nak wat minyak urut..amik ko kan dah kene,haha.. mesti la nak makan takkan nak wat perhiasan pulak..


Dah lepas je cuci sotong tu tibe2 blur sekejap sebab tak tahu macam nak masak sotong goreng tepung lar..resepinya prince tak tahu nak wat camne..jadi ape lagi prince pun search la jap kat google tu pinjam laptop member yang gah online..jumpe la cara2 die ajar..guna bahan yg mane ada di rumah saje..

Bahan2 yang prince guna: Tepung Gandum, telur, sotong, garam, lada sula xde ganti dgn lada hitam, bawang putih yang ditumbuk, tepung jagung sikit dan air...pastu baru la adunnya dalam tepung sebelum golekkan sotong tu dalam tepung...Nak tengok jadi camne??? seperti gambar di bawah ni..

Itulah gaya tepungnya diadun..tapi mula2 nak wat trial jer dulu sebab nak tengok jadi ke tak kan..so cadang nak try masak 2 atau 3 dulu...so, panaskan lah kuali kat api tunggu sehingga minyak panas...



Kali pertama try tengok macam jadi...so memang happy la prince kan..cuma rase die kurang sikit sebab xde rase sangat..sebab tu prince tambah ape yg patut supaya ade rase..Disebabkan yakin dengan percubaan pertama prince pun bersedialah untuk masak yang betul2..pastu, tengoklah ape yang jadi seterusnya...





Begitulah jadinya..ku sangkakan dapat makan sotong goreng tepung yang diluarnya rangup dalamnya lembut tapi luarnya leper dalamnya liat pulak...haha..Entah kenapa boleh jadi leper pun tak tahu..tapi rasenya boleh tahan cuma bentuknya tak seperti yang diharapkan...

Prince pun try la dapatkan respon dari Mak2 orang di ofis prince..kate mereka sebab prince tak letak banyak minyak..atau org putihnya kate kene goreng deep fry dan minyak betul2 dah panas baru masukkan sotong tue..itulah Alkisahnya di malam semalam...

p/s: sesape yang tahu resepi ni ley lah share dengan prince boleh prince belajar..boleh tak??? =)