[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, January 4, 2011

! Aksi Chong Wei & Misbun !

Bercuti Bersama Badminton...


Mentang2 lah sekarang hangat diperkatakan perletakan jawatan secara tiba2 oleh Dato Misbun Sidek dan anak didiknya Chong Wei yang ingin mengikut jejak langkah sifunya, prince pun mengambil kesempatan mengupdate blog prince dengan cite badminton jugak..korang jangan marah, tak de kene mengena pun dengan isu mereka tu...

Cuma prince dah lame tak bermain badminton ramai2 dengan kawan. Kalau mase belajar dulu boleh dikatakan setiap minggu mesti kami pergi ke court untuk main badminton. Terutamanya ketika waktu tengah malam sebab time tu la court disitu tiada orang bermain.

Baru2 ni, prince dapat melepaskan gian bermain badminton dengan kawan2 walaupun masing2 sudah bekerja dan jauh dari rumah masing2 namun kami masih ade mase untuk main badminton bersama. Ceritanya bermula dengan kami berpakat pergi kenduri kawin kawan kami yang bergelar Fido.

Selepas kami berkumpul di kenduri kawinnya, kami berpakat untuk mengabiskan hari minggu kami dengan pergi ke Wangsa Walk di WangsaMaju. Ade yang main bowling ade yang karoke dan ade yang membeli belah disana. 

Selepas ke sini tibe2 kami bercadang untuk mengeluarkan peluh supaya badan kami sihat, jadi kami plan nak pergi main badminton di South Quay, Sunway. Disana kami telah sewa court selama 2jam. Pada mula2 ramai yang nak turun tetapi mungkin ade yang dah rase penat, hanya 8 orang sahaja yang pergi. Inilah aksi-aksi kami ketika bermain...

Yang berbaju putih tu adalah prince..


Inilah aksi ketika bermain..

Menghampiri mata kemenangan..

Mane bulu tangkis nie???

dah keletihan sangat untuk bermain ketika ini..
Jadi, selepas 2jam bermain memang terasa keletihan teramat sangat...rase sakit2 belakang dan sengal2 tulang...memang masing2 menunjukkan skill dan kemahiran yang mantap sehingga terpaksa prince bekerja keras untuk memenangi permainan. Tapi, prince dan kawan2 memang terasa puas bermain badminton. Ada antara kami yang terpaksa balik ke Melaka kerana rumahnya disana.

p/s: Dah lame tak  main volleyball..teringin nak menampar bola pulak..hehe =)



10 comments:

::..Dia daYa..:: said...

salam

bersukan nie dapat cergaskan badan
teruskan

lama tak main badminton

asliner said...

erm..
kalau baru 2jam main dah penat sangat..
itu tandanya dah lama tak bersenam..=)

wah..main volley jugak?
yurk lawan..

izzatul atiqah azhar said...

majulah sukan untuk negara .. hehehe

Prince Halilintar said...

daya:betul tu..rajin2 la bersukan ye..hehe

asliner: mmg dah lame xbersenam..2 cepat hilang stamina tue..haha..jom2 lawan volley..=)

izza:majulah diri untuk sukan..=)

apple hijau said...

maju lah org2 yg bersukan kalau tidak...maju perut kedepan..haha

p/s:teringin nak main volleyball?k.shida kan ada..:)

nabilah_2908 said...

next time plan la lagi mcm ni...tuk main volly ball lak..sure seronok.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TUESDAY NIGHT

aliesha kirana said...

wah! semangatnyee main..heheeh.bagus2...

aleen aiden said...

prince,gamba pengantin 2 da xde ke..alin nak tengok lagi..hu3

sariah said...

Wow...kalau akak ada mesti akak tolong nyanyikan..."marilah mari pergi bersukan, jgn lupa lepas nie pergi mkn2, utk hilangkan penat dibadan, jgn lupa ajak akan sorang"...hahaha

shida mj said...

prince & cik apple hijau..akak pun dah lama tak main volley ball nih..best gak,
tapikan rasanya sekarang ni, main congkak pun belum tentu ada masa..hehe