[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, September 29, 2010

:: Leman Dawi ::

Jalan2 open house...

Pada minggu lepas... prince telah berkonvoi beramai2 dengan kawan2 sepejabat untuk beraya di rumah salah seorang rakan kami iaitu En Apad di seremban..Jadi kami telah berkumpul pada pukul 11 pagi di ofis untuk bertolak bersama2 dengan 3 Buah kereta..perjalanan ke seremban mengambil masa sejam lebih jugak untuk sampai kerana terpaksa menunggu rakan lain yang terlambat untuk berkonvoi bersama di plaza tol seremban.

Selepas kereta yang ditunggu sudah muncul, kami pun bergegas la ke rumah En Apad ni kerana perut pon sudah bergonyang kuat sambil mengeluarkan bunyinya..mane taknya dah time lunch..tak sabar nak menikmati menu hidangan di rumah En Apad kerana sebelum ini di war2 kan oleh staf lain yg pernah berkunjung ke rumahnya sebelum ini masakan hidangan itu memang sodap..

selepas 20 minit keluar dari plaza tol, akhirnya jumpa la rumahnya yg terletak di Sikamat..ayahnya dia dah menanti kedatangan kami di luar rumah..lastly,eden dan sumo sekali sampai jugok datang berayo umoh ko kek noghori ni yo..ntah betul ke tidak aku cakap loghrat negeri ni..yang penting makanan dio memang spesel punyo..ade gulai tempoyak, rendang ayam, ayam goreng, macam2 lagi la..yang bestnya bapa si en Apad ni siap bagi ucapan lagi tu sebelum jemput makan..heehee..memang sempoi..adalah beberapa gambar ketika berada di sana..hah mari tengok!!

deretan family En Khairul

antara yg riuhkan suasana..

comelnya anak Cik Apple Hijau

dah macam suami isteri dan ....

Abg Kamal dgn muke selambanya

cikgu yam pon join sekali..

yang baju hijau tu la En Apad.. kak Mai duk usha makanan la tue..
 Selepas makan ape lagi nk balik la..dah lame duk di situ..tapi kami sebenarnya ade next plan..iaitu "Leman Dawi" yang menjadi tajuk entri untuk kali ini..Mesti nak taw Leman Dawi tu ape eh..Leman Dawi ni sebuah gerai cendol yg popular kat situ..memang ramai customer die..ditambah pulak cendolnya yg lazat tu, pastu boleh tambah free jer dan minuman pon free je tapi air barli la saje yg ade kat situ..Kat situ terdapat seorang yang memang hebat ingatan die..tanye jer pasal sejarah kat malaysia dan geographi semua dia ceritanya..dah tu die cakap macam keretapi laju jer..ketawa besar anak2 apple hijau tgk gelagat orang tu...


Tengoklah ramai betul orang yang datang ke Leman Dawi

sempoi je gerai die kan..

xlarat kak nab nak melayan 'pakar sejarah tu'..hehe
 Apepon hari sabtu lepas memang berjalan sakan kitaorg..walaupon ketika kami dalam perjalanan pulang hujan sangat lebat dan masing2 ikut haluan sendiri balik...Kesokkan hari ahad nya ade lagi ceritanya..tapi next entri la prince coretkan..tunggggguuuu...ok ..bye2..salam..(semangat keje dah kembali)

Monday, September 27, 2010

:: Lutsinar ::

Masa raya ritu, setiap kali prince beraya ke rumah jiran2 prince sekampung kebanyakkan mereka mengikut trend terkini..maksud prince dari segi perabot atau perkakas/peralatan rumah...Antara yg prince tertarik dengan tempat basuh tangan transparent atau lutsinar..alah yang boleh nampak bahagian dalamnya tu..

Kebanyakkan dari mereka sudah memiliki benda tersebut mungkin disebabkan daya penampilannya yang menawan hati..prince tengok pon cantek juga..tanye harga pon biase2 jer xlar mahal sangat...tapi gambar tu prince xsempat nak snap..mungkin khusyuk duk belek2 bende tu kot..haha

Tapi prince nak cite mengenai transparent ni...era moden ni segala-segalanya hendak ditransparentkan...tak caye jom tengok gambar2 kat bawah ni yang prince try search kat google..rupanya banyak benda dah ditransparentkan..contoh-contohnya seperti di bawah:

skrin komputer apple yg ditransparentkan

Iron pakaian

ini washing machine, bole nampak pakaian yg dicuci

Skrin laptop apple yang lutsinar

Peti ais pon ade transparent jugak

Ini pula tab mandi..nk mandi kat sini kene bertutup la ye..

ni pula transparent toaster

handphone pon dah ada yg ditrasnparentkan

Canoe

Catur

Ape ni?? ni concreate..ala yg wat rumah tu..

tengok bole nampak lagi orang kat belakang tu..
Banyak lagi benda yang ada kat dunia ni dijadikan transparent...baju pon ade..tapi ade ke orang yang sanggup pakai kan..haha..:-p

Thursday, September 23, 2010

:: Jemputan ::

Open House...

Assalamuaalaikum wbt dan selamat petang...

makan-makan...

Hari ni prince nak cite sikit pasal open house la..kebiasaannya di Malaysia ni lepas je raya memang ramai yang wat rumah terbuka..so dapat la berkunjung ke rumah kawan2 atau sanak sedara sambil tu dapat makan-makan..bukannya kene bayar pun..

Sekarang ni prince da dapat banyak jemputan untuk pergi ke "open house"..sampai penuh jugak jadual prince tuk bulan ni..cuma tak pasti dapat hadir ke tak..mane taknya kadang2 dalam satu masa sampai 2-3 rumah sekali dapat jemputan...kalau dekat2 boleh la jugak set time kan..tapi kalau dah jauh2 susah la jugak..

Yang bagusnya, bile ade rumah terbuka disitu lah sanak sedara atau kawan2 kita dapat berkumpul dan bercerita mengenai kehidupan atau ape2 saje...sampai lupe nak balik rumah sendiri..tapi dalam masa yang sama memang dapat mengeratkan silatulrahim...

Semalam pon prince dah pergi open house jugak..tu dah kali ke2 prince pergi ke rumah terbuka...ade 6 lagi yang dah di jemput..banyak jugak tu..tapi mungkin xdapat hadir kesemuanya..kebanyakkan rumah kawan2 prince..yang mana sempat insyaAllah prince cuba menghadirkan diri, kalau xdatang janganlah amik hati pulak ye rakan2 ku serta sedara mara...tapi sedara mara terdekat yang wat open house memang prince akan datang..

Alamak..makan punya makan..prince rase berat badan prince dah naik lar..mane taknye,dari raya ritu sampai sekarang selera makan tinggi jer..ape yang ade semua pehabis...sampai licin kuih raya kat rumah...ade orang tu siap perli prince lagi, die kate prince dah gemox...ok ape , comey kan???


so kene lah berjogging pulak lepas ni..haha..jom, sape2 yg nak berjogging..hehe..=)



Tuesday, September 21, 2010

:: Suasana Raya ::

Meriahnya Raya...

Prince tak sempat nak post entri untuk gambar raya ketika di kampung..sekarang baru lah boleh taip entri ni...tengok gambar je la eh..dah malas nak tulis panjang2..hehe..jom layan..

ni gambar org2 masjid takbir di rumah prince pada malam raya
ni adik prince yg bongsu & anak buah prince yg comey..
selepas solat raya xsempat kemana dah banyak kereta yg berkunjung ke rumah

tak henti-henti sanak sedara yang dtg raya..

ni lah baju raya prince..simple je..hehe

menikmati kuih raya sebelum keluar beraya...

ni dah macam nk gi bernikah la plak..sebenarnya nk gi raya..ehehe

:: Prince Kembali ::

Lama Betul Prince Cuti...  

Macam mana la raya korang semua..mesti meriah lagi dari prince kan..sori sangat sebab dah lame tak berkunjung ke blog2 rakan semua..di kampung prince internet sangat slow..xley wat ape2..nak post entri pon susah..

Mesti banyak hidangan mase raya tu..prince makan sampai tak hengat dunia..rendang,ketupat, lontong, lemang, kuih raya, nasi impit, mihun sup..tu semua menu hari raya di rumah prince..sape yg cepat dapat lar merasa kerana ade je orang yg datang berkunjung ke rumah..tak senang tangan dibuatnya..

Raya ke2, prince dan family pula pergi beraya ke rumah sanak sedara...awal2 pagi lagi dah keluar, kalau lambat nanti ade pulak orang datang ke rumah so kene lah keluar awal2 nanti sempat nak beraya ke rumah sedara mara pulak...

Seminggu tu prince cuti...hari sabtu lepas baru balik ke shah alam balik..mula la rase malas nak bekerja pula..orang kate mood bekerja tu tak sampai waktu lagi..padahal dah cuti lame...

Tapi raya kali ni best jugak la..dapat bersama dengan semua ahli keluarga..dapat bagi duwet raya...dapat makan beraneka juadah..dapat naikkan berat badan..dan macam2 lagi lar..haha

Apepon, sekarang Prince sudah kembali...prince akan kembali menaip entri baru dan berkunjung ke blog rakan2 prince seperti biasa..rindu sama korang punya blog..walaupun tak dapat berkunjung ke rumah korang tapi jadilah sekadar berkunjung ke blog korang semua..

Thursday, September 9, 2010

:: SALAM LEBARAN BUAT SEMUA ::

***Eid ul-Fitr *** Selamat Idul Fitri***Hari Raya Puasa***Selamat Hari Lebaran***


***Ok, harini prince dah start bercuti, dan tiba masenya untuk pulang ke desa***
***Akhirnya hampir tiba bulan kemenangan untuk umat Islam***
***Bagi yang berjuang untuk mencapai keredhaanNya***
***Semoga segala amal diterimaNya***


***Salam Lebaran***
***Buat semua yang mengenali ataupon tidak***
***Prince ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan***
***Selamat menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan***

***Ampun Maaf Dipinta***
** *sekiranya terdapat sebarang penulisan, kata-kata atau perbuatan prince***
***yang telah menyinggung anda sebelum ini***
***Prince cuma insan biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. ***

Ya Allah,
Jadikanlah Ramadhan yang telah berlalu pergi,
Meninggalkan bersamanya bibit-bibit IMAN dan TAQWA,
Yang telah Kau kurniakan kepada kami semua,
Moga menjadi bekalan kami mengharungi hidup di dunia,
Yang penuh fana dan noda…
 
Ya Allah,
Jadikanlah Syawal yang hadir,
Memupuk semangat UKHUWAH dan RAHMAH sesama kami,
Menjadi titik bersatunya hati-hati kami dalam mentaati suruhan dan ajaranMu,
Meninggalkan segala larangan dan kemurkaanMu,
Moga menjadi pemangkin untuk kami terus hidup di bawah naungan Islam
Yang Kau redhai..
    
Tiada embun yang lebih bening selain beningnya hati
Tulusnya jiwa membuka pintu maaf 
Berbuat khilaf adalah sifat
Meminta maaf adalah kewajipan
Dan kembalinya Fitrah adalah tujuan
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 8, 2010

:: Esok atau Lusa ::

Hari ini 29 Ramadhan...

Hari ni 8 September 2010 adalah tarikh penetapan 1 Syawal atau penentuan bila sambutan Hari Raya Puasa di Malaysia.Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Ini menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. 
"Gambar dari Prof Google"

ni ke anak bulan??

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal , iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.Pengumuman tu dibuat setelah proses pencerapan (rukyah) atau melihat anak bulan Syawal dilakukan.  Jika cerapan kurang berjaya disebabkan cuaca tidak mengizinkan, maka kaedah hisab dijadikan alternatif. Bagaimanapun, baru-baru ni sempat juga terbaca di beberapa berita desas-desus atau khabar angin yang menyatakan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 ni telah ditetapkan pada hari Khamis.


Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.
“Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.
Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat). Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 September (hari ini).

Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

“Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja”.



 Jadi same-samelah kita tunggu pengumuman Penyimpan Besar Mohor Raja-raja pada malam ini..

p/s: tadi pon dah ramai prince nampak orang ke pasar memborong daging dan ayam...untung besar la tokey2 ayam dan daging di musim perayaan..

Tuesday, September 7, 2010

:: Sampul dan Duwet Raye ::


Assalamualaikum dan salam ramadhan yg ke 28...

Kita dah nak sampai ke penghujung ramadhan dah kan..sekejap je masa berlalu meninggalkan kite..pejam celik..pejam celik..dah raya pulak...agak2 raya jatuh tanggal bape..selalu mesti ikut kalendar jugak kan...andai kata jatuh hari khamis..jawabnya prince balik kg di pagi raya lar...wawawaaaaa....

ok lupekan dulu pasal tu,..menjelang 1 syawal nanti mesti ramai sanak saudara, sahabat andai dan muslimin dan muslimat yang kunjung berkunjung dari rumah ke rumah...yang pastinya beraneka juadah sedia terhidang untuk santapan para tetamu...Setiap kali menjelang raya je mestilah ramai anak buah, anak sedara dan mcm2 anak lar  yg pulang ke kg dan beraya di rumah family prince..dan kali ini prince tak dapat lari dari diorang lagi..sebab mesti diorang nk tuntut duwet raya..walaupon kecik2 lagi dah pandai minta tu..dulu ade alasan belum keje lagi sekarang dah keje..so kene lah wat amal jariah kat diorg pulak...zaman prince kecik2 dulu pon suke kumpul duwet  raye jugak..sekarang tibalah giliran prince pulak yang memberinya...

Jadi tugas utama prince adalah mendapatkan sampul untuk duwet raya...yela, kalau xde sampul malu jugak nanti budak2 tu ley taw kita bagi bape, ade yg xboleh tahan lagi dengan selambanya kata "xmo serengget eh, nak rm10.." wah..pokai prince camni klu ade 100 anak sedara camtu..so bile ade sampul kite letak jer duwet bape kita ikhlas nak bagi so diorag xley ckp banyak, pastu gam sampul tu guna gam gajah..hahaha..gile kejam..ala diorg pon koyak jugak sampul tu nnt..

Ini ada beberapa sampul yang prince telah peroleh untuk dimanfaatkan pada hari raya nanti...
Ini disumbangkan oleh UiTM
Ini pula diperoleh dari Public Bank..

ataupon yg ini..sebab yg ni xyah letak duit raya lagi sebab sampulnya pon mcm duit raya

Nak bagi duwet raye ni jer kat diorang...sape nak??

p/s: Sekarang prince da terasa mood raya je nie..tak sabar nak pulang ke kampong halaman...

Monday, September 6, 2010

:: Cuti Raya ::

Good Day To All...

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Hari ini mase prince nak mula pergi ke tempat kerja, jalan raya dah tak sesak seperti kelaziman penuh dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar keje..tapi hari ni mesti dah ramai yang mula bercuti untuk menyambut raya yang bakal menjelang Jumaat ini..
Semestinya ramai warga kota yang ambil kesempatan ini untuk beraya dengan family tercinta di kampung halaman masing2...
Di sini student-student UiTM sudah mula bercuti dan pulang ke kg awal-awal lagi dan sebab tu lah berkurangan kesesakan lalulintas di pagi hari..sudah pasti stesen bus dan keretapi ataupun airport semua tiket habis dijual sempena musim perayaan ini..

Di samping riak kegembiraan kita untuk pulang ke kampung, jangan lupa amalkan sikap berhati-hati dan berhemat di jalan raya..sudah tentu kita ingin jumpa orang yang disayangi nanti..kepada yang memandu pastikan anda dapat rehat yang secukupnya dan pandulah dengan hati-hati..jangan lupa baca doa perjalanan supaya perjalanan kita diberkatiNya. Selamat Pulang Berhari Raya di Kampung!

Kepada yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya disebabkan terpaksa bertugas di pagi raya, sampaikanlah salam hari raya dan bermaafan dengan keluarga tercinta nun di kampung..walaupun jauh di mata namun dihati tetap ada kamu..cewahhh..

Rancanglah perjalanan anda sebelum pulang, bagi yang pulang lewat macam prince di musim perayaan ni semestinya kesesakan lalulintas di lebuh raya atau pun jalan2 lain, bersabarlah menghadapinya, biarlah lambat asalkan selamat sampai ke destinasi di tuju. Pastikan juga kenderaan anda telah diservis supaya tidak menghadapi masalah ketika dalam perjalanan.Patuhi peraturan jalan raya.


Satu lagi pesanan dari prince, janganlah abaikan keselamatan rumah yang ditinggalkan semasa pulang berhari raya..pastikan semua pintu dan tingkap di kunci dan tingkatkan ciri2 keselamatan di rumah anda..Jangahlah beri peluang mudah untuk pencuri melakukan jenayahnya.

p/s: Kali ni prince start cuti hari khamis iaitu sehari sebelum raya..anda semua dah mula bercuti ke?

Friday, September 3, 2010

:: KaD RaYa Laa ::

Hari ini prince nak cite pasal kad raya..kawan2 semua mesti dah banyak dapat kad raya kan...kita tinggal seminggu jer lagi nak puasa..mesti masing2 tengah sibuk dengan persiapan raya tu..

Kebiasaannya, kad raya ni banyak prince dapat time mase sekolah dulu..time tu rajin tulis kad raya terutama pada kawan2 yg jauh  merantau. Dulu prince banyak kali tukar sekolah sebab ayah prince seorang tentera. Dulu nak contact mane ade handphone,kalau ade pon public phone..tu pon kalau publicpone tu tak dijahanamkan oleh perbuatan vandalism...so cara mudah nk taw berita kawan2 dengan memberi kad raya..zaman sekolah dulu,kalau kawan2 yg kene pindah mesti semua minta alamat rumah baru die nanti..tapi sekarang prince dah lost contact dengan mereka...harap2 satu hari nanti boleh jumpe kembali ...

Untuk Raya tahun ni berlainan pulak kad raya yang prince terima dari sebelum2 ini..nak taw kenapa die special??? 

Cantik x kad raye ni..setem biawak lagi..hehe
1. Ini adalah kad raya yang pertama Prince terima. Datangnya dari si dia yang jauh di mata dekat di hati aka sayahitamputih(name famousnya)..yang bestnye dalam kad raye ni siap bagi duwet raya lagi tu..bape jumlahnya dirahsiakan, nanti bgtaw takut ade org mintak lak..haha
Ade soalan yg dia tanye dalam kad raye ni, die kate betul ke tulis kad raya ni mcm budak2..Ok jadi,prince reply disini saje sebab xsempat nk reply dlm kad raya yg dah di post..jawapannya: xde kene mengena macam budak2, kad raya diutus sebagai tanda ingatan sesiapa saje tak kira peringkat usia boleh utus-mengutus kad raya, org yg terima kad raya pasti seronok hati menerimanya..
alamak, xnampak lak setem die..tapi ade gambar burung kat setem tu..hehe
2. Kad raya ni datangnya dari Melaka..Inilah pertama kali prince dapat kad raya yang sampulnya tertulis nama Prince Halilintar...kiriman kad raya ni dihantar oleh salah satu sahabat baik prince dalam dunia blog ini iaitu Nabilah..Mesti posmen tu pelik benor die bace name kat sampul surat tu..haha..kepada Nabilah, prince minta maaf kerana terlupa untuk memberitahu nama..Nabilah ade tanya kat Prince tema baju kaler kali ini warna ape..jawapannya: Oren...tapi masih belum membeli lagi,semalam baru taw nak beli warna ape...

Kad raya ni dihantar tanpa setem...
3. Pelik kan xde setem pada kad raya ni, sebabnya yang memberi kad raya ni adalah Bos Besar UiTM iaitu Dato Sahol Hamid dan isterinya Datin Dr Hanizah...Semua staf di tempat kerja prince ni menerimanya...Sonok juga dapat kad raya daripada bos kan. yang gambar bawah ni bahagian dalamnya...

p/s: kepada yang memberi kad raya kepada Prince, diucapkan terima kasih banyak2..walaupon dah lapuk ditelan arus kemodenan masa kini namun kad raya tetap istimewa bagi Prince..