[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, September 8, 2010

:: Esok atau Lusa ::

Hari ini 29 Ramadhan...

Hari ni 8 September 2010 adalah tarikh penetapan 1 Syawal atau penentuan bila sambutan Hari Raya Puasa di Malaysia.Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Ini menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. 
"Gambar dari Prof Google"

ni ke anak bulan??

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal , iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.Pengumuman tu dibuat setelah proses pencerapan (rukyah) atau melihat anak bulan Syawal dilakukan.  Jika cerapan kurang berjaya disebabkan cuaca tidak mengizinkan, maka kaedah hisab dijadikan alternatif. Bagaimanapun, baru-baru ni sempat juga terbaca di beberapa berita desas-desus atau khabar angin yang menyatakan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 ni telah ditetapkan pada hari Khamis.


Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.
“Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.
Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat). Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 September (hari ini).

Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

“Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja”.



 Jadi same-samelah kita tunggu pengumuman Penyimpan Besar Mohor Raja-raja pada malam ini..

p/s: tadi pon dah ramai prince nampak orang ke pasar memborong daging dan ayam...untung besar la tokey2 ayam dan daging di musim perayaan..

2 comments:

nabilah_2908 said...

kt sini...dah meriah dh org jual daun ketupat...kelongsong ketupat..daging2 dah berjuntaian..kedai2 ayam pun dh mula ramai org.. :)

sama2 la kita nantikan malam ni..

Selamat HAri Raya... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BUAT KALIAN SEMUA

izzatul atiqah azhar said...

raye jumaat la kot :)