[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Friday, April 29, 2011

! 3 Hari !

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat Warga Blog..

Maaflah hari ni lambat pulak prince update blog..blog prince bercuti weekend je...blog pon sibuk nak cuti jugak..hehe



Mesti korang nak settlekan keje2 korang cepat kan dan pastinya hari ni korang ceria je sebab esok, lusa dan tulat cuti sempena hari pekerja..ape lagi plan la aktiviti untuk mengisi masa cuti 3 hari ni...walupon tak lama tapi dapatlah juga bercuti kan..

Prince? hmm..prince balik kampung la..nak jumpe dengan family dan 2 orang anak buah prince yang mesti dah debab-debab tu..Ade jugak ke yang pulang ke kampung? yang mane nak melalui perjalanan yang jauh tu prince nasihatkan berhati2 ketika memandu dan sentiasa ingat orang tersayang...

Mane yang pergi bercuti pon selamat bercuti la eh..enjoy your holiday puas-puas...Dan Kepada kawan2 blog prince yang akan melangsungkan perkahwinannya cuti ini seperti Yanamib pada 30 April ni..SELAMAT PEGANTIN BARU

yana prince cilok sikit gambar yana eh..hehe

Kepada Yana dan pasangannya prince ucapkan  Selamat Melayari Bahtera RumahTangga dengan bahagia kepada mereka..

Manakala yang belum bekerja tu dan mungkin yang sedang study dan akan menduduki final exam semoga berjaya dalam peperiksaan korang...

p/s: prince nak pergi berkunjung ke blog rakan2 prince sebelum prince balik kampung ni....jom2 sape nak ikutttt... =)


Thursday, April 28, 2011

Teka-Teki RM10.

Assalamualaikum dan Morning Friends..

Ape kata Hari Khamis ni kite luaskan fikiran kita dan berfikir di luar kotak (thinking outside of the box) dengan bermain teka teki teka tekuk..hehe..Jom kite ramai-ramai join contest bawah ni..





Mudah je..korang teka la apekah geragan gambar diatas tu?
Hmm..ape tu eh?
Hah...mase ni la nak asah fikiran kite supaya lebih tajam..
Tapikan sampai bila nak tajam ni..dari tadi prince asah..tak tajam2 lagi ni..
Ape dia tu ek..hmm..
Hah! dah nampak daa..
Tu dia..sah memang betul ni..
yakin..yakin..
Inilah jawapan prince ******
korang rase betul x?
^
^
^
^
^
"Jawapan tidak akan dipublish untuk mengelakkan peniruan, wahaaa. :)"- ni kate2 penganjur ye..bukan prince kate..hehe

Kalau korang nak join ni caranya:

1- buat entri tajuk 'teka-teki rm10'
2- letak gambar teka-teki tersebut.
3- linkkan url KAMIHIDUP.COM di akhir entri tersebut. (seperti di atas)
4- hantar jawapan anda ke entri ini. (beserta url entri anda)
5- ajak ramai-ramai join.
6- tunggu, kalau betul tekaan anda, anda menang. :)

Tarikh Tutup: 08 mei 2011

Hadiah: topup rm10 untuk 5 pemenang.

Good Luck !!!

<< KAMIHIDUP.COM  prince dah join... >>
Warga Blog prince, ape lagi jom la join asah fikiran tu sampai tajam..hehe

p/s: malam semalam jumpe kawan yang sekian lame tak bertemu...selamat masing2 masih ingat lagi.. =)

Wednesday, April 27, 2011

! Blog Prince Kene Review Laa.. !

Assalamualaikum warga blog semua...


Klik la sini nak tengok..
Sebenarnya prince ingat taknak update blog rini sebab malam semalam sudah update..tapi disebabkan blog prince diberi penghormatan oleh Cik Nabilah untuk review blog prince minggu ni, jadi terpaksalah prince meluangkan mase untuk memberi kredit dan penghargaan kepadanya atas jasa baik beliau mempromotekan blog prince...tapi kan..bukan blog saje kene promote...sekali dengan diri prince Cik Nabilah ni promote..segan prince..(mahu tapi malu..haha)

Sebelum tu, prince nak bagitaw sikit..Cik Nabilah ni sememangnya antara kawan prince yang terawal jugak semasa prince berjinak2 dengan dunia blog..suke bagi komen kat entri prince dan prince pon suke kunjung ke blognya dan bace setiap entrinya...macam2 cerita boleh dapat kat blog die..

Okay, prince nk kupas sikit ape yang Cik Nabilah review pada blog prince ni..boley kan??boley la..hehe

1. Nama sebenar Prince?
Memang Prince Rahsiakan..tak ramai yang tahu kecuali kawan seofis dan kawan2 U prince je..(nama prince satu je dalam dunia kot..hehe)

2.  Masih Single?
Yup..Thanks  Cik Nabilah kerana tolong jawabkan tuk prince..hehe..memang masih membujangkan diri lagi..(bile la boley bertemu/kawin dengan Puteri Petir ni)

3. Budak Baik?
"stock alim-alim gitu"..kate Cik Nabilah...hmm, malu i..haha..Tak la prince ni biase2 je..kadang2 ternakal jugak,kalau ade prince mohon maaf ye..hehe (boley jadi cam Ashraf Muslim ke ni?)

4.Love Story?
Bukan prince tak nak cite..tapi prince mmg penyegan orangnya...haha..jap..jap..prince nak pikir...(pernah bercinta ke aku ni???)

5. Masak-Memasak?
Ahalah..prince baru perasan dah lame tak post pasal makanan ni kan..nanti prince share lagi ape yang prince masak pada entri akan datang..(Masakan bujang je pon..huhu)

6. Friendly?
Insyaallah..prince tak kisah berkawan dengan sesiapa pun asalkan dengan niat ikhlas untuk berkawan..dari situ kite dpt share2 knowledge, cite daily life, pengalaman dan macam2 lagi kan..( selalu pikir ade ke org ikhlas bace setiap entri prince ni?

p/s: Sekalung penghargaan Terima Kasih kpd  Cik Nabilah atas mengreviewkan blog prince minggu ini..semoga persahabatan kite terus kekal...=)

Tuesday, April 26, 2011

! CONTEST LOVE SONG !

Assalamualaikum dan selamat malam warga blog...


Nak Join klik la sini..
Jarang prince update blog malam-malam camni kan..tapi sebab internet tengah laju ni, bernafsu lah sikit untuk update blog kesayangan prince ni...tapi prince nak settlekan contest yang ditag oleh ToyolKiut ni...pandai die eh, bodek prince letak nama Prince Malaya Terakhir...haha



Prince nak letak lagu nasyid la pulak...lagu ni sangat bermakna pada prince..lirik die pon prince suke..mina, minat nasyid jugak kan..dengar dan hayati lagu ni ye...hehe




Tajuk Lagu: Harga Sekuntum Cinta
Penyanyi: Far East

Tag: Mina

p/s: kepada yang tag prince tu, dan prince tak buat sori la ye...kadang2 time prince free nak wat tag, internet pulak slow...time internet laju nk wat tag pon dah tak ingat sape yg tag prince lagi..jangan kecik hati ye =)

! Takziah !

Assalamualaikum wbt....

Al-Fatihah....
Prince baru pulang dari menziarahi keluarga Pn Faridah yang baru saje kehilangan mak mertuanya yang pergi melangkah ke alam yang kekal abadi..

Prince dan rakan seperjabat yang berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah...

Allahyarhamah diberitakan telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam selepas terjatuh di dalam rumah. 
Dan pada masa yang sama Pn Faridah atau prince memanggilnya Kak Ida terdetik di hati untuk pulang ke rumahnya. 
Apabila beliau dan suaminya sampai dirumah mereka terkejut dengan melihat keadaan ibu mereka terjatuh di dapur dan ade kesan muntah di sebelahnya. 
Allahyarhamah yang berusia 82 tahun meninggal dunia selepas mengalami kesukaran untuk bernafas pada petangnya..

p/s:Sekalung takziah di atas pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya kelak, insyaAllah.

Monday, April 25, 2011

Story Sikit...

Assalamualaikum warga blog...

Isnin menjelang kembali...ape cite weekend korang? penuhi dengan pelbagai aktiviti ke? share la sikit kat prince..mane taw aktiviti korang lain dari yang lain...Prince? ape prince buat? alamak, prince tanye korang, korang tanye prince balik eh...

Okay2..prince cite la ni...sebenarnya pada satu hari prince bertemu dgn seorang puteri petir...hehe, okay tipu je..yela2, nak serius la ni..rilek2, jangan marah..hari isnin ni kene penuh dengan ceria dan ukirkan senyuman di bibir anda ye..

Parent prince dtg sini, actually mereka nak gi merisik puteri petir kami gi melaka amik barang adik prince disana, then ke Johor melawat sedara mara disana..pastu balik la pulak ke shah alam..prince bawa la gi i-city jalan2 pulak...banyak jgk bende baru yang ade kat i-city ni, prince pun tak tahu walaupon dekat je gan rumah prince...nak taw ape yang terbaru jom layan gambar pulak..
Snowalk..tempat main ais..nak masuk.. RM25-dewasa, RM20-kanak2

Inilah family prince..

di ruang legar snowalk..kat sini pun dah sejuk xmasuk tmpt ais lagi..

kasut ni boleh sewa ye..

nak masuk dalam snowalk ni pon kene sewa baju sejuknya..
Dalam i-city ni plak dah ade tmpt games...

macam2 games boley main disini..tapi kene tukar token dulu..1 token=rm2 klu xsilap prince

tembak menembak

ade gak tmpt cam fun fair...
satu lagi tarikan terbaru ialah Wildlife Park

bayaran masuk RM5 je

Ular albino

sepupu spiderman...

Tokek pon ade..

katak hijau..

ni binatang ape ek..???

Sbg kenangan bergambar bersama burung2 kakak tua..
 p/s: hah, cite lak ape korang wat time weekend ? prince nak taw ni..cepat..cepat...hehe

Friday, April 22, 2011

! Impossible !



Assalamualaikum warga blog dan Selamat Hari Jumaat...

Kalau hari Jumaat tibe je, mase mesti pantas berlalu kite rase kan..lepas tu mesti ramai yang suke sebab esoknya boleh bercuti dan berehat di hujung minggu...Semoga anda semua dah ade aktiviti yang hendak dilakukan hujung minggu ini..

Harini prince cuma nak share lagu yang prince asyik layan je kebelakangan ni...nak taw? prince suke sebab liriknya dan lagu tersebut pun memang sedap..dan mungkin secara tak langsung berkaitan dengan kehidupan sendiri jugak...

Lagu yang prince maksudkan tu ialah Impossible yang dinyanyikan oleh Shontelle..mesti korang pernah dengar jugak kan lagu ni..ok, bagi sape yang belum mendengarinya lagi dan berminat untuk mendengarnya prince sertakan lagu dan liriknya di bawah ni yang prince dapatkan dari youtube :




p/s: When i first heard this song i liked it because its like it speaks right to me and say true of life...and now that i can fully relate to it...falling too fast and too hard for someone....its now become my favorite song...

Thursday, April 21, 2011

! Naik Banana Boat !

Assalamaualaikum warga blog semua...


Sekejap je dah masuk hari khamis kan...prince nak sambung cite trip prince ke PD semalam..weiii,akhirnya prince dapat gak merasa naik banana boat..best giler beb..

Ok, pagi-pagi lagi kami dah kuar dari bilik kami menuju ke pantai..tapi sebelum tu kami pergi breakfast dulu...tapi kami saje nak kuar makan diluar nak cari selera kampung...so, kami pergi ke kedai dalam gambar di bawah berdekatan dengan simpang masuk ke Blue Lagoon..

Tanjung Biru Cafe..

Banyak jgk juadah di waktu pagi..
Jom makan...
Selepas je makan, ape lagi masing-masing tak sabar nak naik banana boat...so, sampai ke kat pantai time tu air laut tengah surut..so nak ke banana boat tu kene lah berjalan sampai ke tempat yang dalam sikit..
Nun jauh disana banana boatnye..
Good! tande suke nak nek banana boat..
Tak sabar dah nie..
Ni slps kami selesai nek banana boat...
mmg pengalaman yang best dan menerujakan...


Ok, kalau korang nak taw harga die setiap seorang adalah RM10 saje..murah je kan..tapi memang berbaloi-baloi dapat naik..Mule2 kawan2 perempuan bile nampak je banana boat tu dah takut..tak jadi nak naik..macam2 alasan diorang bagi..tapi kami pujuk mereka kate banana boat ni tak jatuhkan kite ke dalam laut..tapi mestilah tak best kalau tak terbalikkan ke dalam laut..Jadi, itu sebagai helah untuk bagi kawan2 perempuan kami turut serta sama..haha

Prince kene duduk depan sekali sebab masing2 pilih duduk belakang..yang tak bestnya duduk di depan ni air laut percik masuk mata..pedih gak la mate time tu, tapi seronok punya pasal tak pe lah..bila sampai mase untuk landing je.. Kedebushhhh!!! semua terbalik jatuh dalam laut..memang SYOK habis time tu..rase macam jatuh dari kapal..haha

Lepas diorang dah rase kenikmatan ketika landing tu..terus nak merasainya sekali lagi..dan orang yang bawa bot tu plak kali ni bawa lagi laju, yang kami atas banana boat dah maacam tunggang kuda..Itulah pengalaman yang menyeronokkan prince...

p/s: Korang pernah naik banana boat tak???

Wednesday, April 20, 2011

! Tanjung Biru, PD !

Assalamualaikum warga blog prince...


Baru-baru ni iaitu minggu lepas prince dan kawan-kawan zaman belajar prince semasa di Universiti telah gathering beramai-ramai di Tanjung Biru, PD. Sebenarnya, batch prince semasa study dulu tak ramai dalam berbelas sahaja dan hanya ada 3 orang lelaki sahaja termasuklah prince.

Disebabkan ade kelapangan waktu masing2, jadi kami pun plan untuk berkumpul di Port Dickson untuk bercuti dan berjumpa kembali rakan2. 

Kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari Shah Alam dan ketika itu dari pagi hujan tak henti-henti sehinggalah ke tgh hari...Kami singgah ke KL dulu untuk ambil rakan-rakan kami yang tiada transport untuk ke sana. Destinasi kami adalah ke Tanjung Biru. Dalam perjalanan kami sempat singgah untuk bergambar di Teluk Kemang kerana terpandang pantainya yang cantik..
Keindahan pantai ciptaanNya...
Prince menikmati udara segar tepi pantai..
Masing2 dgn gaya yang mempesonakan...
Kami sampai di Tanjung Biru dalam kul 4pm dan terus untuk check in di hotel penginapan kami di Ilham Resort. Kami dapat 2 Apartment yang ade 3 bedrooms...best oow kat sini..macam2 ade..wayang pun ade, free je nak tgk..karoke kene bayar la kalau nak...
Ilham Resort,Port Dickson..
Kaunter reception tuk check in...
excited kami bile nampak pool kat luar hotel..

santai..ketika menunggu dapat kunci bilik..
prince sedang berehat jugak...
Ruang Tamu...
Bilik prince..prince sorang je duk bilik ni..hehe
Jadi, setelah selesai dapat bilik masing2 kami pun keluar la untuk aktiviti air di pool dan pantai...Jom tengok aksi kami..
agak besar jgk kolamnya..
siap ley order makanan dan ade tmpt makan lagi dlm pool ni..
berenang sepuas2nya...
berjemur...
Aksi bermandi ketika di pantai...


amik feeling...

dah ready tuk mandi laut...

apsal prince xmandi lagi ni?takut gelap ke?haha
main2 air..
Sebelah malamnya pulak kami ke pasar malam di Teluk Kemang..besar gak pasar malam nye..saje nak berjalan2 di malam hari...kemudian kami dinner di sebuah restoran on the way balik ke hotel kami..cari ikan bakar la..
kat restoran ni ade pentas bg sape yg nk nyanyi...
fresh oren...kite minum dulu ye...
3 jejaka pujaan batch kami..hehehe:p
bila sampai je lauk laju je diorg ni makan...padahal lauk lain xsampai lagi...
amik kaw...licin..tulang2 ikan sekali depa ni makan...
Lepas tu kami pun balik hotel untuk tidur dan berehat....

p/s: korang tak berminat nak gi holiday ker?hehe