[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, January 3, 2011

! Kasih Si Ibu Beruk !

Tak Boleh Terima Kenyataan...

Gambar Hiasan..

Entri kali ini prince nak share dengan korang kisah si beruk yang dipelihara oleh makcik prince di kampung. Si beruk ini diperoleh dari Tuannya yang menjual kepada makcik prince sejak awal tahun lalu dan beruk ini merupakan seekor betina.

Tugas Si beruk ni adalah menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk mengambil kelapa atau petai atau buah2 yang tinggi dan memerlukan kemahiran memanjat. Itulah tujuan utama makcik prince mahu membelinya disebabkan rumahnya banyak pokok kelapa yang tinggi lampai.

Pada awal tahun baru 2011 ini, si beruk betina ini mengejutkan makcik dan sanak sedara yang mengenali beruk ini kerana tiba2 si beruk ini telah melahirkan anaknya. Makcik prince menyedari setelah melihat si beruk betina ini memeluk anaknya dan mencari2 kutu di kepalanya walaupun anaknya itu belum membuka mata lagi..Dalam masa yang sama makcik prince juga turut gembira dengan kelahiran anak beruk itu. Tapi, menjadi persoalan disitu apabila ade orang menanya dari mana datang beruk jantan? sedangkan kawasan disitu jarang untuk menemui beruk selain di dalam hutan..

Malangnya, hari kedua anak beruk itu kelihatan tidak bermaya walaupun cuba diberi minum dan makanan oleh makcik prince dan ibunya sendiri. Namun, anak beruk itu akhirnya mati didalam dakapan ibunya. Walaupun begitu si ibu beruk ini tetap cuba memberi sedikit makanan kepada anaknya itu walaupun sudah mati.

Disebabkan itu, makcik prince suruh anaknya tanam bangkai anak beruk itu, tetapi si ibu beruk itu naik marah dan tidak beri orang mengambil anaknya itu sambil memeluk anaknya itu dan mencari kutu2 di seluruh badan anak kera itu.
Sumber dari Google

Prince dapat tahu melalui  mak prince yang menceritakan kepada prince bila prince menghubunginya semalam. Sampai sekarang pun beruk itu masih menjaga anaknya yang dah mati itu. Memang ramai yang rase simpati dengan beruk itu namun prince rase beruk itu terlalu menyanyangi anak beruk yang mati itu.

Tapi sekarang kita lihat segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat manusia malah lebih teruk dari itu apabila anak sendiri dibuang dijalanan atau di tempat2 kotor sehingga ade yang dijadikan makanan binatang buas. Banyak lagi di dada2 akhbar yang menceritakan kisah pembuangan bayi di merata2 tempat sepanjang tahun lepas. Sedangkan haiwan lagi tahu mengasihani inikan pula manusia yang diberi akal fikiran. Allahualam..

Sekian. Terima Kasih yang sudi membacanya.

10 comments:

::..dYa..:: said...

salam

haiwan pun sayangkan anak dia sampai anak dia mati pun masih di jaga ngan kasih sayang

manusia nie pandai wat anak jew
lepas tu buang merata-rata

~cik tiram~ said...

sedihnyaa....

cite pasal beruk ni,saye penah nampak ade beruk ni kene belasah sebab dier dah tak nak petik buah kelapa..sedih giler...tuan dier belasah tanpa belas kasihan sikit punnn..sampai luka2 jugak...:(

asliner said...

tulah..
bile ader kes ayah rogol anak
cakap manusia macam binatang..
tapi bile kes buang anak..
kita tak boleh nak cakap perangai macam binatang..sebab binatang pun kasihkan anaknya
waallahualam~

nabilah_2908 said...

malu kan jadi manusia...?

haiwan yg tek berakal tu pun tau sayangkan anak...sednagkan dia yg sempurna akal tergamak membunuh anak sendiri...


jom ke APA KATA HATI pulak,
PANDANGAN ANDA DIPERLUKAN

apple hijau said...

sedihnya...sob sob...jiwa keibuanku tersentuh.haha... binatang pun pandai sayang anak.

Prince Halilintar said...

daya: betul cakap daya tu..hehe

Cik Tiram: yeke..kejam nye tuan beruk tue..ish3x

asliner: betul3x..sambil angguk kepala!

nabilah: malu tu tgk pada tempat gak..yang penting kite gunakan akal untuk membezakan yg baik dan buruk..kan3x?hehe

CAH: sense keibuan ni mmg cepat tersentuh..huhu

izzatul . A . A said...

sesiapa yg ingin buang anak , sila anta ke rumah hitam putih :)

Prince Halilintar said...

nanti ramai yg hantar xterbela pulak hitamputih..kene bljr jaga maira dulu taw..haha

izzatul . A . A said...

klu ramai sgt bukak taska .. hehe

shida mj said...

kesian kat beruk itu..
persoalan yang belum terjawab sape kekasih pojaan hatinya itu..misteri yg belum terungkai..