[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, October 25, 2010

:: Cinta vs Kawin ::


Mencari Cinta???




Prince nak kongsi cerita dengan korang ni..sebab cite ni best dan banyak iktibarnya... terutama kepada orang-orang yang masih mencari-cari makna cinta.. ape lagi jom la layan..

Kisahnya bermula begini...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... 

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? bagaimanaka h saya boleh mendapatkannya. ..?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Jadi,
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula.S ebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta...
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang dan tebanglah sepohon pokok saja. Maka tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini.
Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... 
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan...

Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
 

Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu,  cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. .hehe..prince pon tak kawin lagi..=p

 

9 comments:

apple hijau said...

begitu berkias2 bhs si guru. nasib baik anak murid nya paham...hehehhe...

Pasangan kita adalah ANUGERAH yg diberi oleh Allah SWT. Maka, perlulah kita menerima seadanya. InsyaAllah pasangan kita pun akan buat perkara yg sama jg.
p/s: Prince tu dah ada org booking. Jgn tunggu lama2 Prince...

~Catatan Hidup *** QuRrAtuL iSmAt~ said...

Prince @ Uncle Yim ~ weh, cepat hantar kad jemputan ko kat aku hahaha!

Ko jangan tunggu lama2, kang nanti dia kena kebas orang lak..gigit jarilah ko jawabnya hihihi

shida mj said...

bagitau je tarikhnya prince..InsyaAllah satu bas PPS sampai..hehe

nabilah_2908 said...

hmm..betul juga tu tkperlu memilih sngt..

tp ada kalanya pilihan yg kita rasa terbaik...tp di depan mata org tua kita...pilihan itu bukan lah yg terbaik...susah juga...huhuhu...

yg pastinya....kita di ciptakan berpasangang...cepat or lambat..kita pasti betemu dgn pasangan kita... ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN BAKAR

sariah said...

Amboi2 prince ini...beruntung sapa dpt dia kan...Akak perhatian prince ini mmg dah cukup pakejnya. kalau dah sampai serunya jalanlah ye..yg di sana pun apa kurangnya. i doakan semoga u all bertemu jodohnya ye...

M a W a D D a H said...

eheemmmm...

kita kena berusaha mencari jodoh..tapi kalau xreti, camne...huhu

Prince Halilintar said...

macam2 komen dilontarkan disini..tapi xmengapa, terima kasih sangat2 pada korang semua yg sudi komen..

insyaAllah, kalau ada jodoh tak kemane..doakanlah prince dan prince pon mendoakan kebahagian kawan2 prince jugak..

izzatul atiqah azhar said...

hehe .. mekaseh tolong doa kan jodoh kengkawan ... aminnnn ..

Prince Halilintar said...

amin jugak..hehe