[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, October 20, 2010

:: Jauh Perjalanan ::

Moh Gi Ganu Kite....

Salam rakan2 blog sekalian..baru-baru ini prince ade lalui pengalaman yang menyeronokkan sekali dalam hidup prince kerana berpeluang untuk melawat terengganu bersama-sama dengan kawan2 seperjabat prince. Banyak cerita yang menarik dan teruja untuk prince kongsikan bersama kerana inilah kali pertama prince menjejakkan kaki ke Terengganu. Walaupun tak banyak mase untuk menaip entri baru tapi prince try untuk mencari mase yang sesuai untuk meng'update' blog kesayangan prince ni..

Perjalanan cerita dan pengalaman prince ke terengganu bermula disini...
Kami dijadualkan bertolak dengan menaiki bus transnasional pada pukul 9.30 malam yang mengambil mase 7 jam 30 minit untuk tiba di Kuala Terengganu..namun sebaik sahaju semua penumpang menaiki bus tersebut, tiba-tiba...
 ...bus tersebut 'mematikan enjinya' dan lampu di dalam bus tersebut pon terpadam serta merta. Semua penumpang berasa hairan dan tertanya2 ape terjadi dengan bus itu...Disebabkan ade rakan kami yang duduk disebelah driver bus, lalu mengajukan seribu persoalan kepada driver bus...
...rupe2 nye bus itu terdapat kerosakan pada bahagian enjinnya. setelah diaju soalan,driver bus itu pon memberitahu bahawa ade mekanik akan datang sebentar lagi. Mekanik tersebut berada di Klang dan kami di stesen bus seksyen 17, jadi kami pun lega kerana dekat sahaje.
tunggu demi tunggu..kemunculan mekaniknya tak muncul2 jugak..ramai yang turun dari bus kerana tidak tahan kepanasan dalam bus sebab tiada aircond..namun masih bersabar menunggu mekanik sampai...
tapi batang hidung mekanik langsung tidak nampak selepas 3 jam berlalu, orang ramai yang bersabar mula jadi risau.ade jugak suara2 sumbang yang mengatekan bus tranasional ni bus trana'tension' jer..bus2 lain berlalu pergi meninggalkan kami..dan ketika itu hanya bus kami saje terdampar di stesen bus itu sehingga pukul 12.20 pagi..akhirnya mekanik baru muncul..
Semua penumpang berasa lega setelah 15 minit mekanik repair bus tersebut akhirnya enjin bus itu hidup semula..keriangan jelas terpapar diwajah kami..semua penumpang pun naik ke dalam bus dan tak sabar meneruskan perjalanan ke destinasi masing2...Tapi, tibe2...
sekali lagi bus itu tidak dapat bergerak..dan para penumpang mula hilang sabar..terdapat masalah teknikal kerana signal lampu bus pulak tak menyala..jadi memerlukan beberapa minit untuk direpair..Jam menunjukkan pukul 1.15 pagi..dan kali ini bas betul2 bersedia untuk bertolak setelah semua diperiksa..
setelah hampir 7 jam lebih perjalanan kami, akhirnya kami selamat tiba di Kuala terengganu pada pukul 8.20pagi..
Kami turun di depan Hotel Permai Inn..dan tanpa membuang mase kami pon nak check in cepat2..tapi bukan di hotel itu kerana penginapan kami ditaja oleh seseorang yang amat istimewa dan dipelawa untuk tinggal di kediamannya...nak taw dimane? jom tengok gambar di bawah..
tetapi kami telah jalan 100 meter kerana mengingatkan penginapan kami  terletak di sana kerana tersalah maklumat..rupa2nya rumah tersebut betul2 berada di depan hotel permai inn tadi..tapi tak pe lah berjogging di pagi hari..hehe
akhirnya kami sampai jua di mane kami akan bermalam dan menginap disini..gambar diatas bukan la tempat sebenar kami menginap..hehe..tetapi di depan kediaman istana tetamu adalah tempat yang kami tuju iaitu :
inilah menjadi tempat penginapan kami sepanjang di Kuala terengganu..

p/s: ini saje sempat prince ceritakan dahulu untuk arini..jangan lupe ikuti cerita prince ke pulau redang pada sambungan esok hari..
Terima Kasih yang sudi membace ye. =)

13 comments:

noorfa.nasir said...

G Terengganu xbgtau ekk hehe

nabilah_2908 said...

mcm2 dugaan tul yer sebelum nk gerak..tp bagus juga dpt kesan kerosakkan dari awal..

cuba lah dlm perjalanan tiba2 jer bus rosak...sure lagi haru..tul tak..hehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KERANA SEGUGUS KUNCI

apple hijau said...

laa....baru intro jer ke ni??? cepat hup date Prince tak sabor dah ni nak tau kisah selanjutnya...hehehehe..

M a W a D D a H said...

g trg erk...hihihi...best ar cuti2 malaysia...nak2 gi pulau redang...jelesss...huhuhu

p/s: walaupun adah org trg, lum sampai lagi pulau redang..uwaaa..

Prince Halilintar said...

noorfa: nape,nak blanje prince eh??hehe

nabilah: betul ckp nabilah tue..selamat prince sampai jua akhirnya..

C.A.H:dalam pembikinan la CAH,insyaAllah esok akan prince update..hehe..harap sabor ye..=)

Prince Halilintar said...

adah: selepas penat bekerja..mestilah ingin bercuti pulak..hehe..mmg ganu byk tmpt bez..tunggu entri baru prince nanti taw..

syaiza - chan said...

wahhh....bestnye dpt bercuti ke terengganu... hahaha..ape pny bus lorhh..asyk rosak jewp...dugaan2...hehe...

btw cantik larr kediaman prince uh...msty tido lena pnylah tuh...nmpk slesea katil uh..rese nk guling2 disna...hehehe..(^_^)

izzatul atiqah azhar said...

bas rosak :P

~Catatan Hidup *8* QuRrAtuL iSmAt~ said...

ole2 untukku dr ganu tu mana uncle yim? smpi tanduk dh tumbh tnggu ole2 tu tp x ada gak hihihi

Prince Halilintar said...

ceja: mmg sgt lena la prince tido..ceja ni mesti suke guling2 atas katil dulu sblm tdo kan...haha

izzatul:dugaan...

ras: mu dah la xbg aku tgk blog mu,pastu minta ole2 lagi..

Misz Nuriz said...

sabo je la..
sy pun penah alami kejadian camni..
gara2 bas rosak, p'jalanan memakan masa 2 ari.. ish, teruk tul..

http://akutiewa.blogspot.com/2010/04/bengangku-da-x-ttahan.html

shida mj said...

takpe prince smj rasa bersusah dulu..berseronok kemudian..kenangan itu akan lebih maniskan

aleen aiden said...

lalu ikot tepi laot 2 bes kan.