[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, October 21, 2010

:: Pulau Redang ::


Snorkeling...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua....prince nak sambung cite perjalanan prince ke kuala terengganu. Kali ni prince nak pergi ke Pulau Redang yang sungguh indah dan cantik pemandangannya. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke jeti dengan menaiki kereta Dato Mohd Shukri Dahlan (Ketua Polis Terengganu). Lebih kurang pukul 10pagi kami menaiki bot polis untuk ke Pulau Redang. 

Ini kali pertama prince naik kapal polis marin..memang seronok kat atas kapal ni..tapi bagi sape yang xtahan dengan gelora ombak..kene jaga2 la,takut mabuk laut..ade gak 2-3 orang member prince yang xtahan mabuk laut ni...Ok gambar di bawah ni aksi prince di atas kapal ni..

angin memang kuat bila berada diatas kapal..

Ni prince tengah fokus pandu kapal..walaupn prince cume ade lesen kete n moto je..hehe

ni pulak prince tgh mengelamun la tu..haha

bersantai di hadapan kapal..kononnya mcm atas kapal Titanic..
Teruja prince bila tengok ciptaanNya yang sangat indah dan menarik..


Perjalanan ke pulau redang memakan mase yang agak panjang..kira-kira sejam lebih baru kami sampai, namun kami disajikan dengan pemandangan pulau2 kecil dan lautan yang luas dan biru sehingga membuat kami alpa tentang jarak perjalanan kami. Sebelum itu, kami sempat singgah ke Balai polis Pulau Redang untuk bergambar dengan anggota disane..Kami disambut oleh beberapa anggota polis dan menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak Berjaya Resort Hotel.






Selepas itu, kami singgah ke Hotel Berjaya Resort untuk minum Petang. Disebabkan masing2 pon dah keletihan berjalan kami pun rehatkan diri disini sambil menikmati pemandangan indah.





Selepas berehat, kami pon meneruskan perjalanan ke Pulau Redang untuk aktiviti yang kami tunggu2 iaitu snorkeling..



Selepas lebih sejam kami bermain dengan ikan dan kulit muke pon dah terbakar oleh sinaran matahari, kami pon beransur pulang...

Selepas kami sampai ke Jeti, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Payang yang terletak di dalam sebuah bangunan dan menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket,serta pelbagai makanan seperti keropok lekor.



Selepas itu, dalam perjalanan balik ke rumah kami singgah pula ke pulau batu burok yg berdekatan dengan tempat penginapan kami. Disini telah berlangsung Kempen Hari Pencegahan Jenayah.Pameran dari pelbagai Jabatan dalam PDRM turut dipamerkan.




Sebelah malam pula, kami berpeluang untuk melihat masjid Kristal dan berkaroke di dalam rumah Mess Pegawai Kanan Puncak Mahligai. Disitu adalah tempat untuk berehat bagi pegawai2 kanan polis.



Kami akhirnya pulang ke tempat penginapan apabila masing2 mula mengantuk dan keletihan yang amat. Keseronokan pada hari tersebut memang tak dapat digambarkan..Price berasa bertuah kerana dapat mengikuti event ini. 

p/s:Sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Redang..jangan putuskan niat anda..memang berbaloi-baloi..hehe

9 comments:

nabilah_2908 said...

seronoknya...sy belum pernah sampai lagi ke pulau redang...kalau ke t'gannu tu pernah lah.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FAKE IDENTITY

sariah said...

Nanti kite g lagi ye...tapi keseronokan pertama tak akan berulang lagi...heheh

Prince Halilintar said...

nabilah: nanti nabilah bawa la family holiday disana..best..

kak sar: betul3x..teruja sangat..haha

sariah said...

Prince sambunglah lagi expedesinya tak sabar nak baca seterusnya...teruja sama....

cikgu ainura said...

wah!!!! bestnyer... nuyu memag nk p pulau redang next year ngan clasmate... :)

apple hijau said...

Prince ada gaya macam seorang polis la...Prince Inspektor Shahab..hehe....

Prince Halilintar said...

kak sar: ok2..tunggu ye..

nuyu: jgn x pegi..mmg puas dan menyeronokkan..nanti ley cerita pengalamn nuyu pulak..

CAH: hahaha..klu prince jd inspektor, prince tangkap CAH dulu..tangkap gambar..hehe

M a W a D D a H said...

syoknya tgk ikan yang berenang2 itu...huhu

Prince Halilintar said...

syok lagi klu adah dpt pegang atau sentuh gan tgn sendiri..