[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, November 14, 2011

Selamat Menjawab SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sumber:google

Salam hari Isnin kawan-kawan dan selamat berjuang kepada calon2 SPM tahun ni...Musim peperiksaaan tiba lagi..hari ni bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dan kepada calon-calon yang menduduki exam ini pastilah debaran penuh terasa dan menyelubungi diri...begitu juga dengan adik bongsu prince yang akan memulakan perjuangannya hari ini..semoga berjaya menjawab dengan tenang dan cemerlang...

Teringat kembali pada zaman prince ambil SPM dulu..kalau tak silap prince siap bertembung dengan bulan puasa dan hari terakhir kami exam dah lupe subjek ape yang terakhir tu, lepas je paper terakhir kami pergi berbuka puasa bersama2 satu kelas dan meraikan perjuangan kami menjawab SPM dan bermulalah untuk mengorak langkah untuk masa depan..Walaupon gembira dah selesai exam namun jauh di sudut sanubari ade sedikit kesedihan dimana masing2 akan berpisah dan membawa diri untuk memenuhi cita-cita. 

Dan 8 tahun dah berlalu sejak SPM 2003, separuh dari kawan-kawan prince sudah pun melangsungkan perkahwinan dan ade pun yang sudah mempunyai anak. Sungguh cepat betul masa berlalu membawa kite ke perubahan suasana baru. 

Apepun, prince mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. Pastikan anda membaca soalan dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab. Selamat berjuang, dan prince doakan semoga semua calon SPM dapat menjawab dengan cemerlang.

sumber:google


p/s: To my little brother, do give ur best in this exam...read each questions carefully and highlight all the important hints given...avoid doing too many careless mistakes. Keep a positive attitude about the exam n stop getting worried about things that will make u feel bad. Delete the word "kalau" from your mind. I'm sure u've done your work..now its time to go all out and give your best.Opps...xlupe jugak pada adik Nor Isneini Mohd Ayob (my princess)..selamat berjuang bersama...usaha, doa dan tawakal =)

37 comments:

HaiDa HiDa said...

banyak kenangan SPM ni.. pejam celik, pejam celik dah 11 tahun berlalu..

selamat maju jaya tuk semua adik2.. terutama tuk 2 org anak sedara hida.. semalam dia msg minta maaf n minta doakan mereka.. :)

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

dgr nama SPM pun berdeabar biarpun dah bertahun berlalu :)

SPM ibarat penentu masa depan :)

NasQ said...

malas nak ingat SPM...

pena rozie said...

Semoga tenang menghadapi peperiksaan

lieynanilaz said...

semoga semua yg menduduki SPM dapat menjawab dengan tenang....:)

Kakzakie Purvit said...

Perjuangan mereka bermula hari ini. Kita doakan moga mereka semua berjaya Prince...

En iLHAM said...

selamat menghdapi spm buat adik bro jugak. samelah adik kite amek spm tahun ni. hehe

sahromnasrudin said...

wah...aku lg lama...SPM tahun 1998 tue..time tue masih pakai lg sistem gradding nie huhuhhuhuhhhh

HEROICzero said...

good luck semua ! abang dah lepasss. keh3x~

nabilah_2908 said...

good luck utk adik Prince..mcm tu juga la tuk semua blogger yg ambil SPM tahun ni... :)

Aliesha Kirana said...

kita sama tahun la prince! hehehe. terkenang-kenang dh ni. goodluck utk semua! hehehe

Widi Dede said...

selamat berjuang

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Anonymous said...

haha..aku ingat ko nak ambik exam balik. lol. =.='

ngeh ngeh..kitrg mmg pembuli budak. sapa soh budak penjara letak nick 'budak'.

ko tolg buat lagu utk lirik tu.

Anonymous said...

ko ckap pipi aku semakin bulat. maknanya dalam entry Gambo tu aku slim sikit kan. huuuu...kene diet ni.

hotfm yang dtg nak jumpa aku. aku tak pegi pun ofis dorg.haahahaha..

Daddylicious said...

doakan terbaik buat mereka semua...:)

Afzainizam said...

Yuppp kepada sesiapa yang ambik SPM aku doakan moga dapat jawab dengan baiknya ... Good Luck

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

cik najah said...

prince.. huwa..

lama qlah tak jenguk kan . lappy qlah masuk tanjung rambutan :(

usaha , doa , tawakal..

denganm izin Allah ,
insyaAllah.. :)

Kella said...

doakan semoga semuanya dipermudahkan... =)

adwafarahin said...

semoga diorang dpt jawab ngan baik kan :)

Rina Rahamat said...

moga adik prince dan princess tu dpt menjawab SPM dgn baik :)

gud luck to both of them..

Unknown said...

semoga si adik dpt menjawab dgn cemerlang...

Aleen Aiden said...

masa exam dulu dapat port best.meja ke2 dari belakang kat penjuru bangunan.hehe

ainz said...

SPM 2003?? rupanye kita sebaya.....sy ingat prince lagi muda dari sy... XD perasan..

wahida said...

selamat menghadapi SPM pada adik prince...

semoga cemerlang...

Lea Isnawi said...

oh prince tua dr lea rupanya
lea spm 2005

ghost said...

dah tak rasa dah debaran SPM.adik-adik pun takde yang nak amik SPM.

Ce'gu JAERA said...

saya letih nak mengawas SPM... tapi seronok tengok budak2 tu menjawab.. semoga mereka semua akan berjaya dgn cemerlang

miera said...

ku lepas SPM je terus pegi bandar.. badget da MERDEKA. haha.. padahal banyak lagi liku2 idop nak kena tempuh

aida4eva said...

aidik aida pun tgh SPM..sebaya lah dgn adik prince kan maknanya. heeeee~

Afzainizam said...

eemmmm kepada adik-adik kita menjawab soalan dengan tenang... kami disini mendoakan terbaik buat kalian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paint protection film

say to easy=) said...

good luck kat adik jg ye :)

say to easy=) said...

good luck kat adik jg ye :)

cik sakdi said...

wah wah.lamanya spm 2003..kite 2008... spm kite dok depan skali.. hehe gudluck la kat adik.ckp kat dia SPM tu kacang je. hehehhe

E'in said...

e'in amek spm thn 2006.. good luck utk adk prince.. :)

Afzainizam said...

EEEMMMM memang penting ni.... so hope semua yang ambik exam ni jangan gabra harap tenang ajerrr.... banyak 2 doa yerrr...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
honda civik 1.6 vs mitsubishi evo 6

L said...

terlupa pasal spm nieh.. huhu

jom bacer sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

Siti Nurhayati Dollah said...

SPM, STPM, antara peperiksaan yang mendebarkan. Rindu nak exam balik. Good luck semua yg exam spm & stpm