[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, October 21, 2010

:: Pulau Redang ::


Snorkeling...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua....prince nak sambung cite perjalanan prince ke kuala terengganu. Kali ni prince nak pergi ke Pulau Redang yang sungguh indah dan cantik pemandangannya. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke jeti dengan menaiki kereta Dato Mohd Shukri Dahlan (Ketua Polis Terengganu). Lebih kurang pukul 10pagi kami menaiki bot polis untuk ke Pulau Redang. 

Ini kali pertama prince naik kapal polis marin..memang seronok kat atas kapal ni..tapi bagi sape yang xtahan dengan gelora ombak..kene jaga2 la,takut mabuk laut..ade gak 2-3 orang member prince yang xtahan mabuk laut ni...Ok gambar di bawah ni aksi prince di atas kapal ni..

angin memang kuat bila berada diatas kapal..

Ni prince tengah fokus pandu kapal..walaupn prince cume ade lesen kete n moto je..hehe

ni pulak prince tgh mengelamun la tu..haha

bersantai di hadapan kapal..kononnya mcm atas kapal Titanic..
Teruja prince bila tengok ciptaanNya yang sangat indah dan menarik..


Perjalanan ke pulau redang memakan mase yang agak panjang..kira-kira sejam lebih baru kami sampai, namun kami disajikan dengan pemandangan pulau2 kecil dan lautan yang luas dan biru sehingga membuat kami alpa tentang jarak perjalanan kami. Sebelum itu, kami sempat singgah ke Balai polis Pulau Redang untuk bergambar dengan anggota disane..Kami disambut oleh beberapa anggota polis dan menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak Berjaya Resort Hotel.






Selepas itu, kami singgah ke Hotel Berjaya Resort untuk minum Petang. Disebabkan masing2 pon dah keletihan berjalan kami pun rehatkan diri disini sambil menikmati pemandangan indah.





Selepas berehat, kami pon meneruskan perjalanan ke Pulau Redang untuk aktiviti yang kami tunggu2 iaitu snorkeling..



Selepas lebih sejam kami bermain dengan ikan dan kulit muke pon dah terbakar oleh sinaran matahari, kami pon beransur pulang...

Selepas kami sampai ke Jeti, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Payang yang terletak di dalam sebuah bangunan dan menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket,serta pelbagai makanan seperti keropok lekor.



Selepas itu, dalam perjalanan balik ke rumah kami singgah pula ke pulau batu burok yg berdekatan dengan tempat penginapan kami. Disini telah berlangsung Kempen Hari Pencegahan Jenayah.Pameran dari pelbagai Jabatan dalam PDRM turut dipamerkan.




Sebelah malam pula, kami berpeluang untuk melihat masjid Kristal dan berkaroke di dalam rumah Mess Pegawai Kanan Puncak Mahligai. Disitu adalah tempat untuk berehat bagi pegawai2 kanan polis.



Kami akhirnya pulang ke tempat penginapan apabila masing2 mula mengantuk dan keletihan yang amat. Keseronokan pada hari tersebut memang tak dapat digambarkan..Price berasa bertuah kerana dapat mengikuti event ini. 

p/s:Sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Redang..jangan putuskan niat anda..memang berbaloi-baloi..hehe

Wednesday, October 20, 2010

:: Jauh Perjalanan ::

Moh Gi Ganu Kite....

Salam rakan2 blog sekalian..baru-baru ini prince ade lalui pengalaman yang menyeronokkan sekali dalam hidup prince kerana berpeluang untuk melawat terengganu bersama-sama dengan kawan2 seperjabat prince. Banyak cerita yang menarik dan teruja untuk prince kongsikan bersama kerana inilah kali pertama prince menjejakkan kaki ke Terengganu. Walaupun tak banyak mase untuk menaip entri baru tapi prince try untuk mencari mase yang sesuai untuk meng'update' blog kesayangan prince ni..

Perjalanan cerita dan pengalaman prince ke terengganu bermula disini...
Kami dijadualkan bertolak dengan menaiki bus transnasional pada pukul 9.30 malam yang mengambil mase 7 jam 30 minit untuk tiba di Kuala Terengganu..namun sebaik sahaju semua penumpang menaiki bus tersebut, tiba-tiba...
 ...bus tersebut 'mematikan enjinya' dan lampu di dalam bus tersebut pon terpadam serta merta. Semua penumpang berasa hairan dan tertanya2 ape terjadi dengan bus itu...Disebabkan ade rakan kami yang duduk disebelah driver bus, lalu mengajukan seribu persoalan kepada driver bus...
...rupe2 nye bus itu terdapat kerosakan pada bahagian enjinnya. setelah diaju soalan,driver bus itu pon memberitahu bahawa ade mekanik akan datang sebentar lagi. Mekanik tersebut berada di Klang dan kami di stesen bus seksyen 17, jadi kami pun lega kerana dekat sahaje.
tunggu demi tunggu..kemunculan mekaniknya tak muncul2 jugak..ramai yang turun dari bus kerana tidak tahan kepanasan dalam bus sebab tiada aircond..namun masih bersabar menunggu mekanik sampai...
tapi batang hidung mekanik langsung tidak nampak selepas 3 jam berlalu, orang ramai yang bersabar mula jadi risau.ade jugak suara2 sumbang yang mengatekan bus tranasional ni bus trana'tension' jer..bus2 lain berlalu pergi meninggalkan kami..dan ketika itu hanya bus kami saje terdampar di stesen bus itu sehingga pukul 12.20 pagi..akhirnya mekanik baru muncul..
Semua penumpang berasa lega setelah 15 minit mekanik repair bus tersebut akhirnya enjin bus itu hidup semula..keriangan jelas terpapar diwajah kami..semua penumpang pun naik ke dalam bus dan tak sabar meneruskan perjalanan ke destinasi masing2...Tapi, tibe2...
sekali lagi bus itu tidak dapat bergerak..dan para penumpang mula hilang sabar..terdapat masalah teknikal kerana signal lampu bus pulak tak menyala..jadi memerlukan beberapa minit untuk direpair..Jam menunjukkan pukul 1.15 pagi..dan kali ini bas betul2 bersedia untuk bertolak setelah semua diperiksa..
setelah hampir 7 jam lebih perjalanan kami, akhirnya kami selamat tiba di Kuala terengganu pada pukul 8.20pagi..
Kami turun di depan Hotel Permai Inn..dan tanpa membuang mase kami pon nak check in cepat2..tapi bukan di hotel itu kerana penginapan kami ditaja oleh seseorang yang amat istimewa dan dipelawa untuk tinggal di kediamannya...nak taw dimane? jom tengok gambar di bawah..
tetapi kami telah jalan 100 meter kerana mengingatkan penginapan kami  terletak di sana kerana tersalah maklumat..rupa2nya rumah tersebut betul2 berada di depan hotel permai inn tadi..tapi tak pe lah berjogging di pagi hari..hehe
akhirnya kami sampai jua di mane kami akan bermalam dan menginap disini..gambar diatas bukan la tempat sebenar kami menginap..hehe..tetapi di depan kediaman istana tetamu adalah tempat yang kami tuju iaitu :
inilah menjadi tempat penginapan kami sepanjang di Kuala terengganu..

p/s: ini saje sempat prince ceritakan dahulu untuk arini..jangan lupe ikuti cerita prince ke pulau redang pada sambungan esok hari..
Terima Kasih yang sudi membace ye. =)

Friday, October 15, 2010

:: "Ekspedisi Penyelamatan" ::

Aduhai Kunci...


Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat kawan2 blogger sekalian...

Semalam terjadilah kejadian yang tak diingini berlaku ke atas barang milik prince..barangnya adalah segugus kunci...nak dipendekkan cerita, dalam kesibukan prince bekerja semalam, tibe2 datang dugaan yang tak lah sebesar mane namun mendatangkan kesan yang significant kepada prince..

Kejadian ini berlaku pada waktu petang dimane baru sahaja selepas waktu rehat dalam pukul 2.30pm..disebabkan terlalu excited dengan keje time rehat pon masih menyiapkan keje sebab urgent..namun selepas settle keje tersebut, prince pun boleh senyum dengan lebar selepas serahkannya pada bos..namun sebaliknya dugaan yang tak diundang menyelubungi diri prince ini..  

Kejadian ini agak memalukan..tebal muke prince nak cerita tapi untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada rakan2 lain terpaksalah prince share cite ini..ketika prince dalam toilet, tanpa prince sedari kunci prince telah terjatuh ke lubang tandas sebaik sahaja hendak keluar dari toilet tersebut..dah la banyak pulak kunci penting kat situ, termasuklah kunci rumah,kunci kenderaan, kunci keselamatan (macam ade peti besi jer), dan macam2 kunci lagi ...hiba perasaan prince bile melihat kunci tersebut menggelonsor laju masuk ke lubang tandas.. 

Namun, prince ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupon tidak kerana banyak membantu untuk mendapatkan semula kunci2 "kebahagiaan" prince itu..Antaranya Orang2 Maintanance, Makcik2 Cleaner, Kak Sariah yang sudi call bahagian maintanance, Kak Nab,Abg Mi, Wan, Kak Mai, staf2 PPS serta staf2 jabatan lain yang memberi semangat utk mendapatkan semula kunci itu.

"Ekspedisi" penyelamat ini dimulakan pada pukul 3pm-4pm. mengambil masa selama sejam untuk mendapatkan kunci itu.Selepas beberapa cara digunakan mengikut perancangan awal akhirnya kunci tersebut berjaya "diselamatkan"..yang prince respect kat org2 maintanance mereka siap basuh hingga bersih lagi kunci tersebut..walaupon mereka org asing tapi kerja yang dilakukan dan rase hormat mereka memang prince respect habis!

p/s: Berhati-hati jika anda membawa barangan2 penting ketika masuk ke toilet...naseb baiklah di ofis prince, kalau tempat lain jawabnya tiada harapan untuk dapatkan semula..

Wednesday, October 13, 2010

:: Rindunya... ::

Ape Khabar Rakan2 Blogku...


Tengok Gambar tu pon dah taw prince tengah merindui sesuatu sebenarnya...rindu sape?sebenarnya prince rindu pada blog prince dan rakan2 seperjuangan blog disini...dah lame sangat rasenya prince xupdate blog dan tak dapat membaca entri2 baru kat kawan2 prince di blog ini...sori sangat2..

Tapi janganlah kate prince sombong lak, sebenarnya disebabkan komitmen prince yang tinggi dalam pekerjaan terpaksalah dilupekan seketika untuk niat meng"update" blog prince ni..kononnya pekerja yang dedikasi la nie..haha..

Banyak prince dah ketinggalan untuk bace entri terbaru kawan2..tapi jangan risau eh,pasni prince gi marathon dekat blog anda semua..hehe..

Sekarang mase berjalan dengan pantas betul la..prince tercunggap-cunggap mengejar mase..betul la kate pepatah "Mase itu Emas"..kalau bukan "emas" memang malas nak kejar.. 

Sekarang ni alhamdullilah prince diberi kesempatan lagi untuk update blog "Brigth&Dark" ni..dah lame jugak prince tak tengok 2 ekor kucing comey peliharaan prince yang jaga blog prince ni..prince rindu gak kat penjaga blog prince ni..

Prince rindu gak gan orang2 yang prince sayang...arini harijadi adik yim yang bongsu tu..pastu anak buah prince yang comey lak ahad ni..dan prince juga bakal mendapat sorang lagi anak buah yang akan melihat dunia ni bile-bile mase saje lagi...rindunya nak balik kampong halaman...

"Rindu... rindu serindu-rindunya...", tetibe kan nyanyi lagu kumpulan Spoon lak ..haha..dah2..stop..sambung keje..bye2..

Wednesday, October 6, 2010

::Sua Raya Anak Desa::

Riang Ria Syawal-part 1...

 Minggu lepas Uitm Shah Alam ade menganjurkan jamuan raya untuk warga Uitm di Padang Kawad,Uitm Meriah sungguh program yang dinamakan "Sua Raya Anak Desa" dengan pelbagai aktiviti turut disertakan. Antaranya pertandingan yang diadakan adalah
1.Gerai Paling Happening
2. Gerai Paling Gempak
3. Gerai Paling Mesra
4. Gerai Paling Unik
5. Anak Teruna Desa
6. Anak Gadis Desa
7. Mak Dara Desa
8. Pak Tua Desa

Semua gerai sibuk untuk menghiaskan gerai masing2..

disebabkan ketiadaan staf perempuan ketika itu, terpaksalah staf lelaki yang menghiaskannya..

menu utama gerai kami untuk para pengunjung adalah rojak buah,koktail dan jeli buah..semua habis beb..benda free,mmg cepat habis..hehe

jom tengok hiasan gerai2 lain memang gempak..

Motor ni  setelah dihias..
ala-ala zaman dahulu kala..


makanan kat gerai ni memang bez..lempeng dan sambal tumis ikan bilis

ade asap keluar selepas perasmian program ini dan bermula la acara menjamu makanan

anatara staf kami yang bertuah membawa pulang cabutan bertuah..

bersama kak shida n kak sariah

antara hadiah yang disediakan untuk para staf..untung sape dpt peti ais n tv tu...
dah kenyang barulah pulang ke ofis..tapi prince tertinggal bas..lupe plak dtg nek bus, balik terpaksalah tumpang en khairul..