[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, September 2, 2010

:: Selamat Pagi Malaysia ::

Siaran Langsung dari Canseleri...


Sebenarnya pagi tadi di tempat  prince bekerja ade siaran langsung "Selamat Pagi Malaysia" menerusi TV1. RTM bersiaran secara langsung di Laman MIM, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin bermula jam 6.30 pagi - 10.00 pagi. 

Pagi tadi prince sampai ofis ade kamera dekat depan pintu masuk, tengah live tu berbicara..antara yang hadir adalah YB Datuk Ibrahim Yahya - Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Encik Mohd Ramlee Mohd Noor - Manager Traning Academy, Pluss Expressway Berhad, Puan Shue Ellis - General Manager, SACC Convention Centre, Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar-Naib Canselor UiTM dan Y Bhg Dato' Sri Zukri Samat-Pengarah Urusan Bank Islam.
Salah satu segmen yang disiarkan  adalah Penyerahan Kad Platinum Master Card Bank Islam -Alumni UiTM kepada alumni-alumni UiTM

:: Nak Dekat Raya Tapi Kerja Banyak Lagi ::

Assalamualaikum & Slmt Petang kawan2 blogger prince semua...

Rasenya sangat lama prince tak update blog kan...sori la kawan2 prince yg melawat prince..tapi jangan risau prince akan balas kunjungan yg meninggalkan jejak di chatbox...Sebenarnya jadual prince sangat penuh dengan aktiviti dan kerja di pejabat...sampai 2 hari xbuka blog...Sekarang baru dapat melepaskan rindu untuk menaip entri baru..


Prince terpaksa mendahulukan kerja2 di pejabat barulah boleh update blog, andai kate ade kerja yang perlu disiapkan prince mesti siapkan dahulu, selepas tu baru lah berblogwalking..tapi ade mase prince mmg penat sangat dengan kerja yg banyak jadi memang xsempat untuk update blog..kalau balik rumah pon nak gi terawih, pastu balik terawih masak untuk sahur nanti pastu tidur...so memang xde mase nk update blog...Sori lah sangat2 ye... 


Semasa menyambut merdeka pun prince tak sempat nak taip entri baru..sedihnye..tapi prince sempat menyaksikan bunga api dari rumah prince yg berhampiran dengan i-City selama 10 minit..untung rumah dekat, tak payah nk keluar pergi tengok bunga api..



Diam tak diam ini dah 10 malam teakhir kita di dalam bulan yang mulia ini bagi umat Islam..sama-sama lah kita mengejar malam2 terakhir ni untuk kite mendapat ganjaran yang besar yang telah dijanjikan Allah iaitu malam LailatulQadar...Sesiapa yang berkesempatan mari menunaikan ibadah pada  malam2 akhir ramadhan..

Dalam pada masa yang sama juga mesti anda semua dah wat persiapan raya..mungkin ade yang dah beli baju raya, kasut raya, buat kuih raya, dan macam2 lagi..Persiapan untuk raya prince bersederhana sahaja...tapi masih belum beli baju raya lagi..sape nak shoping baju raya??Jom...

Walaupun kebelakangan ini prince banyak kerja kene siapkan, namun prince berkesempatan juga untuk bershoping raya tapi sekadar menemankan orang yg tersayang dan rakan2 prince bershoping..  
Prince suke beli baju raya last2 minit...

 ok..Jumpa lagi.
3.33pm Shah Alam

Thursday, August 26, 2010

:: Wanita dan Sifat2 Mereka ::

Begini ke sifat2 wanita...


Prince nak share info ni yang prince bace di www.scribd.com,
 
Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

1.  Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.
 
 
2.  Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

 
3.  Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujung daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

 
 
4.  Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu.

 
 
5.   Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur.
 
 
6.  Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

 
 
7.  Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh
    
dengan panjang dan lebat .  


   

8  Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

 
9.  Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

Erm.. prince rase no8 dan 9 tu paling best lar..hehe
*Gambar-gambar diatas adalah dipetik dari Mr Yahoo...*

Wednesday, August 25, 2010

:: Messi nie Islam ker….??? ::

Betul ke...

Assalamualaikum...ish3x..cepatnya mase berjalan..dah masuk ramadhan yang ke-15 kan...rini prince nk share emel yang member prince bagi iaitu abe bobbie...die kate messi tu Islam,pastu die tunjuk bukti lagi..nk tengok buktinya..jom layan ...

Mcm x percaya bila dpt berita bahawa penyerang Argentina, Messi mungkin seorang islam….???... ibrahimovic dan messi berdua telah didapati bersembahyang….yg si ibrahimovic  nie mmg la islam…..so no hal laa tapi si messi nie…...???…

Di Akhir Zaman, kebenaran ISLAM telah terbukti.Gambar ditangkap oleh seorang jurufoto amatur yang identitinya dirahsiakan. Ikuti Pendedahan di bawah...

                                                                                              
  • Name: Lionel Andrés Messi
  • Nationality: Argentinean
  • Date and Place of Birth: June 24, 1987 in Rosario, Argentina
  • Position: Playmaker
  • Current Club: Barcelona
                    
  • Name: Zlatan Ibrahimovic
  • Nationality: Swedish
  • Date and Place of Birth: October 3, 1981 in Malmo, Sweden
  • Position: Striker
  • Current Club: Barcelona




So korang mesti nak tengok kan betul ke Messi ni Islam...ni gambar yang dirakamkan oleh juru foto tu:

p/s: Hehe..sori le kengkawan..prince pun dah terkena dengan diorg ni...jadi ape salahnya kene same2 kan..haha..

Tuesday, August 24, 2010

:: D'Arab Cafe ::

Berbuka Puasa Bersama PPS..
Assalamualikum n salam sejahtera sahabat2 blogger ku sekalian...ok, pada 20 Ogos iaitu hari jumaat lepas, prince berkesempatan berbuka puasa bersama-sama dengan semua staf dan big bos di ofis prince dekat restoran D'Arab Cafe.Restoran ni terletak di Seksyen 7 shah alam..berhampiran dengan pintu belakang UiTM.

Jadi kami satu ofis dah berpakat untuk berbuka puasa bersama2 seperti tahun sebelum ini, walaupun sebelum ini prince masih belum bekerja disini lagi sebab masih study..tapi kali ini prince dapat bersama mereka untuk berbuka puasa berjemaah dengan mereka dan merapatkan lagi sillatulrahim di kalangan kami..

Selepas saje habis waktu bekerja masing2 bersiap sedia untuk pergi ke restoran tersebut..dan orang pertama yang sampai di restoran tersebut ialah Prince dan acap...disebabkan kami datang terlalu awal xde sape pun staf yg kelihatan disitu...jadi terpaksalah kami menunggu pulak..kemudian Kak Ila pun sampai sebab dia yang booking tempat..dan disusuli pula family Kak Jun n Kamal..Ape lagi kiteorg pun terjah la masuk ke restoran tu...

Sementara tunggu waktu berbuka, kami pun berbual2 serta tunggu kedatangan staf2 yang lain sampai..fuh..penuh satu kedai tu dengan staf kami saje..dah macam kami punya kedai pulak...tapi tauke kedai tu memang baik dan peramah..

Kemudian kami adakan sambutan majlis perpisahan kepada Datin Umi yang akan berpindah ke jabatan lain..serta memberi sumbangan hadiah dari PPS oleh Big Boss kami..Setelah selesai dengan ucapan mereka, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib..Berbuka la kami bersama2 dengan hati yang gembira..kerana masakan arab beb..oklah prince nak tunjuk menunya:
Menu di D'Arab Cafe
 
 Jom prince nak tunjuk gambar2 ketika berbuka bersama staf2 ofis prince...
Tauke Kedai menyambut kedatangan kami..
Bersiap sedia untuk menjamu selera...

Nasi Arab...
Family kak shida

yg laki maju merah tu lah Bos prince..Dr Ahmad

hepi betul mereka ni..

Penyampaian hadiah kpd datin umi..
cute ank abg azmi ni..

tengok..licin..mmg lapar sangat tu

p/s: kepada staf yang xdapat hadir, mayb  nxt time kite wat lagi...rindu kat kak nab xdpt join..klu tak mesti dah riuh rendah event tu..hehe

Friday, August 20, 2010

:: Diekori Dalam Diam... ::

Si Belang Jalanan...

Salam Petang Yang Ceria kepada semua kawan2 Prince.
Lontarkan senyuman ye semua di petang hari ni!











Malam semlam selepas prince pulang dari terawih, prince pun terus la matikan enjin motosikal..selepas tu prince pun terus menuju ke tangga dan terus menaiki anak tangga untuk pulang ke rumah dimane rumah prince berada di tingkat 2...tanpa Prince sedari rupa-rupanya prince sedang diekori dalam diam oleh sesuatu yang misteri...bile prince toleh ke belakang tiada sape pun kat belakang prince...menakutkan tak?? hehe..bulan2 ramadhan ni mane ade syaitan nak kaco kan...dengan kekentalan iman didada, kononnya lar..prince terus "cool" menaiki anak tangga...tapi prince masih tak puas ati lagi sebab memang ade sesuatu yang mengintai Prince..tapi prince bukan lah seksi taw..haha...kali kedua prince toleh...MasyaAllah...terkejut Prince ..rupe-rupenya kucing..."macam pernah lihat plak kucing ni bisik hati prince..", nak tengok kucing tu?? prince ade amik gambar die..
Si  Belang...
Bile prince tengok die laju kucing tu terus turun tangga balik menyorok kat bawah tangga..sah lah dia yang cuba mengekori tu...dan selepas itu kucing tu meronta-ronta meminta makanan "meoww..meoww..meoww" lebih kurang macam tu la bunyinya..agaknya die nampak bubur lambuk yang prince bawa balik dari surau tu kot...

Prince terus naik ke tingkat 2 menuju ke rumah prince sambil kucing tu mengekori dari jauh...sebaik sampai didepan pintu je, die pun berhenti sekali dan duduk sambil menggangguk2 kepalanya sambil tenung bubur lambuk prince tu..dalam hati prince "takkan nak bagi bubur lambuk ni kat kucing die makn ker?" prince terus panggil kucing tu datang dekat dengan prince..si belang ni takut2 juga selangkah jer die bergerak..


Atas dasar kemanusiaan, prince masuk rumah je,terus ke dapur tengok ape yang boleh diberi makan kepada si belang ini..mula2 kawan prince suh bagi biskut..prince kate kucing tu makan ker..pastu kawan prince berilah biskut..rupenya si belang tu makan..mungkin sebab lapar sangat kot..mesti satu hari die puasa ni...kalau prince taw boleh ajak gi surau buka pose same2..hahaha..melawak je..prince tengok belang tu lapar lagi, jadi prince bukalah freezer dan  tengok2 jumpe "fish cat"..bagi lah dia makan..tapi kali ni die dah berani sikit nk dtg dekat..



Baru prince dan kawan prince ingat, rupenya ini kucing yang lahir kat bawah rak kasut kami di luar tu..time tu belang ni kecik lagi..kami bagi susu sebab kesian sangat ibu die tak balik2 lagi..mungkin pegi mencari makanan..budak2 rumah prince tu selalu jugak bagi susu kat dia...selepas die da besar sikit terus hilang, tak taw kemane die bawa diri..malam semalam beru jumpe balik..tadi pagi pun tengok die ade kat tingkat bawah tengah tidur bawah tangga, die perasaan prince tapi die diam jer..mungkin belang taw kot tengah puasa..

Thursday, August 19, 2010

:: Itu Ini Award ::

Salam Petang yang ceria kepada semua pembaca blog prince ini...

Terima kasih prince ucapkan yang setia dan tak jemu berkunjung ke blog prince ini....Dalam diam prince dah ade 100 lebih dah eh follower walaupun baru sebulan prince berkecimpung dalam dunia blogging ini...kepada yang menjadi follower tu memang prince sangat hargai dan pada masa yang sama prince dapat jalinkan satu ukhuwah dengan blogger lain..

Walaupun pada mulanya prince tak berminat dengan dunia blog ni, walaupun ramai pihak yang menyarankan Prince untuk membuat blog..sebab utamanya prince malas nak luahkan persaan dalam blog atau pendek kate malas menulis entri....Tapi sebulan telah berlalu, mula terasa keseronokan dalam dunia fantasi yang baru bagi prince iaitu blog. Mana tak nya macam2 ilmu yang prince dapat walhal pada mulanya prince mengatakan Tak Nak pada blog setiap kali kawan2 bertanya. Last2 akhirnya Prince sudah mempunyai blog sendiri. Paling best Prince suke belajar dari blogger lain yang tidak loket ilmu untuk share dalam membina blog idaman sendiri..tapi Prince dah lupe kepada name2 blogger sebab banyak sangat prince explore, tak catat pula..Terima Kasih kepada mereka semua.

Sebenarnya banyak lagi yang Prince kene belajar, tapi insyaAllah kalau ade mase prince try update laman blog prince...Seronok duk main2 coding sebenarnya..hah, satu lagi yang prince tengah belajar mengenai award..ramai yang bagi award kat Prince, tapi prince tak tahu nak amik camne..dan tetibe prince ade bertanya dengan blogger Ceja, barulah die bagitaw mcm mane nak amik..rupenya senang saje..hehe..biasalah budak2 baru belajar...kenelah tunjukkan...ni prince nak tunjuk award yang prince terima yang mane prince sempat belajar untuk ambiknya...bg yang tak sempat untuk prince amik sorry sangat prince ucapkan...pastu nak tag nama orang plak xreti.. kali prince try tanye pada Nabilah...
OK ini adalah award yang Prince terima daripada Ceja 



Ni award dari Nabilah..thanks ye ajar wat tag name orang...

ok yang ni nak bagi dekat Ceja

Prince beri award ni berdasarkan kerajinan komen mereka pada entri prince..OK kepada mereka yang nak amik save as je kat gambar tu kat komputer mereka then publish kat entri..hehe seperti yang diajar oleh Ceja...hehe

Kepada Muslimin dan Muslimat yang berpuasa...Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Berbuka puasa juga Prince ucapkan...