[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, October 5, 2011

Family Day-Part1

Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu Semua...

Banyaknya keje nak settlekan minggu ni..so, prince memang sangat busy..tak dapat nak jenguk2 blog korang dan update blog prince ni...Tapi atas daya usaha yang berkobar2, prince try update jugak entri untuk harini..

Macam yang prince beritahu sebelum ni, last weekend opis prince buat family day di Water World Afamosa Melaka...Tapi prince malas nak berceloteh panjang..korang mesti nak tengok gambar je kan..so layan la pics kat bawah ni...


ular ni nak cium tangan prince...

kenderaan kami ke Melaka..bas dan van barang...

singgah di RnR Seremban...tgk tu sbg photographer dimane2 ade je dgn kamera.

dah sampai tmpt yang dituju..A'Famosa..

Gambar lagi sebelum masuk...

Acara dimulai dgn bacaan doa dan ucapan bos prince..

Acara seterusnya adalah sukaneka..prince jgk merangkap sbg AJK sukaneka

Kategori Kanak2 - masukan air dalam botol dgn cawan berlubang dibawahnya..

Acara Kangaroo Relay...tengok ada gaya macam kangaroo tak budak2 ni???

Acara Sweet Picking..sape dapat paling banyak dielah pemenang...

ni pulak kategori dewasa...Acara Big Foot (Terompah Gergasi)

Acara ni dinamakan Coconut Bowling...macam2 gaya ade...


Gunny Sack Race - ramai yang terjatuh time acara ni..bila tengok video kelakar je rasenya..

Nampak tak betapa puasnya kami bersukan...
p/s: nanti prince sambung lagi untuk part 2..aktiviti bermain air pula ye...masa tak mengizinkan untuk prince cerita panjang lebar...so short story..ringkas dan padat..hehe

Monday, October 3, 2011

Kucing Garfield

Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin..

Yeah......baru lepas enjoy sakan dengan Family Day opis prince di Afarmosa Melaka Semalam..sori la banyak2 kat korang sebab prince tak sempat nak berkunjung ke blog korang..betul2 busy la last week..terima kasih jugak yang meninggalkan komen...ada mase nanti prince trace balik korang yang tinggalkan jejak kat blog prince ni...

Masih lagi rase kepenatan hari ni selepas satu hari kami melakukan pelbagai aktiviti...next entri baru prince tunjuk2 pic eh..sebab pic2 dalam kamera prince belum diproses lagi...balik semalam sampai dalam kul 9 malam terus kemas2 dan prepare pakaian untuk keje harini then terus tido...Tapi ramai jugak staf opis prince ni yang amik cuti harini...tapi orang bujang macam prince ni segan la nak cuti2..bukannya ade anak bini pon nak jaga kan...hehe

Eh, lupe lak entri ni pasal kucing kan....pagi tadi time prince nak pegi keje, teserempak la dengan kucing bulu kembang kaler oren macam garfiled tu...tengok kat leher ade tali...prince rase ni mesti kucing orang bela terlepas ni...punya la comel dan cantek bulu die...tercari2 tuan  kucing tu..prince nak pergi tangkap takut terlewat pergi keje pulak...lagipon kucing tu takut semacam je tengok manusia yang die tak kenal..nak pergi dekat amik pic kucing tu pon dia dah lari...harap2 kucing tu dapat bertemu tuan die semula..


Thursday, September 29, 2011

Nak Laptop?

Assalamualaikum dan Salam Hormat...

Nak masuk bulan 10 dah kan..semalam anak buah prince ( irshad) call nak cakap dengan prince..prince pun layan je la..jom ikuti perbualan prince dan Irshad:

Irshad: Helo...semekom,  ngah  (pak ngah)..
Prince: waalaikumusalam...irshad ke ni?
Irshad: akngah lik kampung taw bulan depan...
Prince: insyaallah...kenapa suruh pak ngah balik kg?
Irshad: beday (birthday) abang (irshad) gan adik bln 10...nak hadiah!
Prince: owh...bukan nak jumpa pak ngah... nak hadiah dari pak ngah je la ek..
Irshad: aha..nak hadiah..abg nak LAPTOP!
Prince: hah?? nape nak laptop?
Irshad: pak lang dengan pak su main laptop...abg nak jugak..
Prince: pinjam la laptop paksu atau paklang kalau nak main..
Irshad: diorang tak maw bagi abg main...akngah belikan satu..eh dua..adik nak jugak..
Prince: adik pun nak jugak!!! pandai ke adik main..adik kan kecik lagi...
Irshad: abg boleh tolong ajar adik...

tu la antara perbualan prince dengan anak buah prince Irshad malam semalam...pandai betul die nak bodek pak ngah dia kan...nak laptop pulak tu...demand betul...ni mesti paksu dan pak lang die ajar dia main game kat laptop sebab tu la die nak sangat laptop tu...

bulan 10 ni birthday dua2 anak buah prince dan adik bongsu prince jugak...

Humaidi Irshad

Husyairi 

Adik bongsu prince..


Kat bawah ni prince pergi celebrated birthday anak buah kawan prince sabtu lepas....



birthday gurl...Amani



p/s: ye..prince memang suke layan budak-budak ni..kalau boleh nak cubit2 je pipi die yg gebu tu...tengah penin kepala nak pikir beli hadiah ape tuk anak2 buah dan adik prince ni..

Wednesday, September 28, 2011

Hebatnya Ramli???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua..

Semalam prince kesibukan yang teramat sangat..sori la kalau tak berkunjung ke blog korang, prince sempat singgah yang mane sempat saje..

korang kenal tak Ramli?..hangat dah nama dia diperkatakan oleh ramai orang sekarang ni...alah pemain baru Manchester United kelahiran Malaysia tu!! kalau tak kenal cepat search kat Google..especially Jue & Hanie ???

nak tengok gambar dia?

Aksi Ramli selepas menjaringkan gol...

Jersi Ramli bernombor 19
sekarang mesti korang pernah  tengok aksi dia kat tv kan...kalau korang nak tahu cite lebih pasal die ni lebih lanjut tengok video bawah ni pulak..


hah? sekarang dah paham tak ape yang prince cuba maksudkan??? 

Sebenarnya disebabkan iklan ni si Ramli ni jadi femes tu...mane taknya  asyik prince layan bola je...mesti ade orang akan sebut nama die..kalau sembang pasal bola je tibe2 mesti nama dia jugak orang akan sebut...contohnya: “Alah.. masa MU lawan malam tadi Ramlee tak main sebab tu kalah @ Ramli tak main masa Malaysia lawan Jepun kelmarin”,yang kelakarnya ada jugak kawan2 yang percaya Ramli ni pemain MU.. tapi tak tahulah korang punya tempat si Ramli ni hangat disebut2 ke tak..ni disebabkan oleh pengaruh iklan TM tu..

Iklan TM ni mengisahkan tentang seorang budak (Ramli) yg memasang impian yg tinggi untuk menjadi pemain bolasepak profesinal  walaupun tahap pendidikan dia kurang bagus. Tapi dengan semangat & azam yang menggunung, akhirnya Ramli berjaya menjadi seorang pemain untuk kelab gergasi di England iaitu Manchester United dengan menyarung jersi bernombor 19…sehingga ayah Ramli dan juga seluruh rakyat Malaysia merasa bangga dengan Ramli terutama apabila menjaringkan gol. Mungkin dia merupakan Anak Malaysia Merdeka pertama bermain di peringkat professional..

Iklan ni memang bawa mesej yang bagus sebenarnya siapa sangka kalau kita dapata lihat seorang pemain dapat beraksi di liga eropah seperti EPL satu hari nanti..tiada yang mustahil jika kita ada usaha bersungguh2 dan semangat yang kuat dalam diri.

p/s: harini dah samapai Syawal 30 iaitu hari terakhir kite dalam bulan syawal kan..

Monday, September 26, 2011

SuaRaya-Anak Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka kata..

Ape khabar korang semua..bertemu kembali pada hari Isnin..selepas last weekend prince terlalu busy dengan pelbagai event..

Tapi hari ni prince nak bercerita aktiviti hari Jumaat lepas iaitu Majlis Sua Raya UiTM yang diadakan di Padang Kawad UiTM dengan tema Anak Malaysia. Pelbagai makanan dan aneka juadah disediakan oleh setiap jabatan dan staf2 UiTM secara percuma kepada pengunjung yang hadir ketika itu..Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang..

Jom layan gambar pulak...

Hah, time ni prince baru tiba untuk menghias kedai dengan menaiki motorsikal jer..lawa tak motor prince? 

(*motor prince bukan yg sedang prince duduk tu tapi belakangnya..hihi)
 kemudian tibalah masa untuk kami punya department mengemas dan menghias gerai kami...

8 Jabatan yang berkongsi dan bekerjasama dengan jabatan prince untuk menyediakan makanan untuk juadah sua raya tahun ini..menunya..Aneka Bubur..banyak taw bubur..sedap2..sekejap je juadah kami habis di ambil oleh pengunjung yang datang...sape tak nak free kan..hehe


Antara crew yang terlibat..sempat prince gambar bersama mereka..

ni lah baru Anak Malaysia....saje2 bergambar..

menikmati juadah di gerai2 yang lain....kenyang betul petang tu..

ni gerai Nasi Arab..siap ada orang arab lagi...ape lagi bergambar lagi...hihi

ni menu paling spesel...iaitu daging RUSA...Sedappppp Betul!!! tapi nak menunggu turn  untuk dapatkannya memang kene berbaris panjang la..tapi berbaloi beb..

Ini pula antara gerai2 yang  kreatif berhias..sebab ade hadiah bagi yang paling cantek..

p/s: nak cite panjang lagi tapi masa tak mengizinkan..so short story dah la ek...gambar pun banyak lagi tapi yg dah prince tempek kat sini pun dah cukup la untuk tatapan korang ...nak pergi dengar story korang plak ni...

Friday, September 23, 2011

Penghujung Syawal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Jumaat semua...Jumaat di penghujung bulan syawal dah taw....Jumaat depan dah jumpa Zulkaedah..Hari ini prince ade terlibat dengan event  yang UiTM adakan iaitu Majlis Sua Raya...so, sape nak makan free boleh la datang..banyak makanan terhidang buat anda semua..eceh....kalau nak jumpa prince pun boleh...tapi prince ni suka merayap merata-rata kalau event macam ni..kalau boleh semua benda nak pergi tengok..sape dapat cari prince..prince kasi duit raya..hahahaha

So, hari ni prince mungkin akan lewat sikit blogwalking ke blog2 korang taw..tapi insyaAllah, akan datang juga berkunjung...Nanti lah princecite lebih lanjut pasal Majlis Sua Raya ni sebab tak de gambar tak syok la kan...

Semalam housemates prince ajak keluar tengok wayang ramai cite Bini-Biniku Gangster...Awal2 lagi dah siap booking tiket wayang. Pergilah tengok juga di Bukit Raja..


Lepas  tengok memang layan jugak la kelakarnya...terutama Shaheizy Sam punya watak la..cite die memang best la dan funny..tapi kanak-kanak tak sesuai menonton...maybe lawaknya agak kedewasaan sikit..prince layan je la...

Habis je tengok wayang, pergi minum di kedai mamak...sambil cerita2 pasal duniawi dan akhirat..hehe..sorang housemate prince ni akan outstation ke Bangkok selama 3 minggu..so, kami bercerita lah pasal negara Thailand tu..sebenarnya die takut2 juga nak pergi..ye la skrg ni kejadian bom sana sini terutama kat Thailand tu..tapi, apepun harap2 die selamat pergi dan pulang semula ke Tanah Air...

p/s: oklah, nak bersiap2 pergi ke Majlis tu...prince pakai baju raya harini...(tu pon nak bagitaw...haha)

Thursday, September 22, 2011

Selamat Bertunang Sepupuku...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Sori la agak lewat sikit update harini sebab nak settlekan keje yang penting2 dulu bar boleh blogging dengan tenang kan...Beberapa Minggu yang lalu, prince turut mengikuti rombongan meminang sepupu prince yang paling rapat iaitu Asma'i bukan Asmara taw ke Teluk Batik, Perak. Kalau tak ade gambar tak best kan..jom layan gambar sambil prince bercerita...

sempat bergambar dgn ank buah sebelum bertolak ke teluk batik..

lagi 10km perjalanan..

tu dia rombongan kami..rasenya ade dalam 11 buah kereta

Siap sedia membawa hantaran bagi pihak lelaki
Sesi Perbincangan dengan wakil pihak perempuan...
Hantaran belah lelaki..

Hantaran sebelah perempuan

inilah tunang sepupu prince bersama mak sepupu prince..

yang lelaki tu  la cousin prince..

Photographer pun nak kene makan jgk wei....jemput makan ye
p/s: banyak gambar tunang mereka ni prince tak sempat edit lagi ni...sori la kazen ku ye..bagi mase sikit taw..ade2 sape ke nak tolong prince edit???hehe