[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, July 28, 2010

:: Cantiknya Pelangi ::

Mesti Anda Jarang Lihat...

Morning semua...pagi-pagi ni kite cuci mate dengan melihat pelbagai jenis bentuk pelangi yang mengagumkan... Subhanaallah..inilah keunikan hasil ciptaan dariNya...jom tengok!

Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna saling sejajar yang terlihat di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi kelihatan seperti busur cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada suatu saat hujan ringan. Pelangi juga dapat dilihat di sekitar air terjun yang deras.
1. Classic Rainbows
Pelangi Alam terdiri dari 6 warna iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. 

2. Circular Rainbows
Pelangi itu benar-benar seperti  lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 derajat, menurut Descartes)

3. Secondary Rainbows
Pelangi primer, sering disertai dengan pelangi sekunder biasanya tipis dan samar daripada pelangi primer. Pelangi sekunder terkenal dengan ciri-ciri tertentu: spektrum ditampilkan dalam urutan terbalik dari sebuah pelangi primer.
  4. Red Rainbows
Red Rainbows biasanya terlihat disaat fajar atau senja ketika ketebalan filter atmosfera bumi menjadi biru, meninggalkan lebih merah atau titisan cahaya orange yang memantulkan dan membiaskan air. Hasilnya adalah pelangi dengan spektrum hujung merah sangat kelihatan.


5. Sundogs
Pelangi ini paling sering terlihat rendah di langit pada hari musim dingin yang cerah, sundogs kelihatan ketika matahari bersinar melalui kristal ais yang tinggi di atmosfera. Sundogs berwarna merah di bahagian dalam dan ungu di bagian luar.

6. Fogbows
Fogbows lebih jarang terlihat daripada pelangi kerana parameter tertentu yang harus disesuaikan untuk kelihatan. 

7. Waterfall Rainbows
 Kabus air terjun bercampur ke dalam aliran udara atmosfera terus menerus, dan membiaskannya.. 


8. Fire Rainbows 
Pelangi ini bukan diperbuat dari api, Nama yang sebenarnya adalah "circumhorizontal arc".

9. Moonbows
Moonbows juga sukar dilihat kerana air hujan harus berlalu dan dengan serentak bulan purnama yang terang tidak terhalang oleh awan.









2 comments:

nabilah_2908 said...

sngt teruja tgk pelangi2 ni...subahanallah..cantik....(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DEAR FOLLOWERS

Prince Halilintar said...

ye betul tu nabilah..indah sungguh ciptaanNya..