Assalamualaikum dan salam sejahtera..aku nak mengulas topik mengenai lelaki pula pada entri kali ini..Mungkin para perempuan di alam maya ini dapat menjadikan rujukan, manalah tahukan dapat mengenali kaum lelaki dengan lebih rapat dan yang takut dengan lelaki terus ingin bercinta plak kan...insyaAllah..haha..
Sesetengah perkara mengenai lelaki tak semua wanita tahu barangkali dan setiap lelaki memang ade kelebihan dan kekurangan pada dirinya. Apa yang lelaki ingin wanita tahu mengenai sikapnya?? nak tahu jom kite jeling-jeling kat sini...
1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
2. Kebanyakkan masa, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
3. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Sesetengah lelaki mungkin ingin menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab tulah kot ramai lelaki suka melihat wanita, tapi wanita tak melihat lelaki ke???
7. Kebanyakan lelaki resah bila ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama.
8. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, sebenarnye die ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
9. Bila seseorang wanita meminati seseorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint!Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat, senang usahanya nanti..( ade seorang bloger perempuan pun ade pernah bagitaw pasal ni)
10. Mungkin perempuan juga tidak menyedari sebenarnya lelaki juga berasa cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
11. Betapa hebatnya lelaki itu bersifat romeo dan berkawan rapat dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan.
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan baik.
14. Adalah memalukan bagi lelaki bila tak berupaya menolong wanita. Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan airmata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya airmata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itulah kot dikatakan airmata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah harap sesuatu yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
p/s: Ini hanyalah pandangan dan pemikiran semata-mata...anda sendiri yang dapat menentukan sikap lelaki bila anda berkawan dengannya.
5 comments:
bagus utk panduan org yg tengah bercinta..
tapi klu dah kahwin..tak perlu lagi ingin tahu tentang lelaki.. memang dah tau pun..ekekekekek
betul tu ms shadow...heehee
hmm...kalau lelaki itu asik2 mengadu sakit tu sakit ni...apa makna nya..? adakah dia ingin mndapatkn perhatian daripada perempuan..?
sedarkah dia bahawa dgn perlakuan dia itu..si perempun ni menganggap dia lembik..huhu...
jom ke APA KATA HATI pulak,
MASA ITU EMAS
thnks cz sudi follow APA KATA HATI..keep in touch...(^_^)
bagi sy klu laki itu memang sakit mungkin dia ingin dapatkan simpati dr perempuan,yelah sekurang2nya dapat meringankan sakit die tu ataupun terubat rindu..tapi klu die berpure2 sakit mungkin laki tu ingin mdptkan perhatian kot..hehe
Post a Comment