[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, September 6, 2010

:: Cuti Raya ::

Good Day To All...

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Hari ini mase prince nak mula pergi ke tempat kerja, jalan raya dah tak sesak seperti kelaziman penuh dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar keje..tapi hari ni mesti dah ramai yang mula bercuti untuk menyambut raya yang bakal menjelang Jumaat ini..
Semestinya ramai warga kota yang ambil kesempatan ini untuk beraya dengan family tercinta di kampung halaman masing2...
Di sini student-student UiTM sudah mula bercuti dan pulang ke kg awal-awal lagi dan sebab tu lah berkurangan kesesakan lalulintas di pagi hari..sudah pasti stesen bus dan keretapi ataupun airport semua tiket habis dijual sempena musim perayaan ini..

Di samping riak kegembiraan kita untuk pulang ke kampung, jangan lupa amalkan sikap berhati-hati dan berhemat di jalan raya..sudah tentu kita ingin jumpa orang yang disayangi nanti..kepada yang memandu pastikan anda dapat rehat yang secukupnya dan pandulah dengan hati-hati..jangan lupa baca doa perjalanan supaya perjalanan kita diberkatiNya. Selamat Pulang Berhari Raya di Kampung!

Kepada yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya disebabkan terpaksa bertugas di pagi raya, sampaikanlah salam hari raya dan bermaafan dengan keluarga tercinta nun di kampung..walaupun jauh di mata namun dihati tetap ada kamu..cewahhh..

Rancanglah perjalanan anda sebelum pulang, bagi yang pulang lewat macam prince di musim perayaan ni semestinya kesesakan lalulintas di lebuh raya atau pun jalan2 lain, bersabarlah menghadapinya, biarlah lambat asalkan selamat sampai ke destinasi di tuju. Pastikan juga kenderaan anda telah diservis supaya tidak menghadapi masalah ketika dalam perjalanan.Patuhi peraturan jalan raya.


Satu lagi pesanan dari prince, janganlah abaikan keselamatan rumah yang ditinggalkan semasa pulang berhari raya..pastikan semua pintu dan tingkap di kunci dan tingkatkan ciri2 keselamatan di rumah anda..Jangahlah beri peluang mudah untuk pencuri melakukan jenayahnya.

p/s: Kali ni prince start cuti hari khamis iaitu sehari sebelum raya..anda semua dah mula bercuti ke?

8 comments:

HaN WarreN said...

hantwo xde cuti..kesian x??? masih bekerja pada ari khamis.....

izzatul . A . A said...

orang di sana ..

selamat hari raya .....

nabilah_2908 said...

sama macam prince gak...strt cuti hari khamis...strt keje hari khamis nnti..

lama ke cuti raya...?

jom ke APA KATA HATI pulak,
LELAKI ITU

Prince Halilintar said...

hantwo: nak wat cmne kan keje..tapi raye tetap raye beb..

izzatul: slmt hari raya jugak org di sana..

nabilah: wah same la kan..cume prince cuti panjang lagi dr nabilah..

E'in said...

wah.. sme laa kite.. farra start cuti ari khamis nie.. 20/9/2010 bwu farra start keje lik.. anyway, selamata hari raya prince.. =)

zaL_cdpx said...

org pn cuti khamis.., tp nk bt pbincangan mtk arie rabu... let c da answer when my boss in at 4:30..
ahaks~

apple hijau said...

balik kampong ooooo balik kampung...sila nyanyi macam sudirman nyanyi. hahahha..harap2 hari khamis nanti jalan tak sesak mcm kat gambar tu.pening seh.. semoga semuanya selamat dan kita jumpa semula nanti. pssssstt...prince gi tak rumah 'orang di sana' tu??haha..sajer nak ngusik2.selamat hari raya.

Ana syaiza - chan said...

ceja dah lma stat cuti...hehe..urmm...lmbtnyew prince cuti..ish3..