[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Friday, October 22, 2010

:: Ke Tasik Kenyir ::

Air Terjun Lasir, Gua Bewah dan Taman Herba...


Kawan-kawan..sebenarnya perjalanan Prince ke Kuala Terengganu masih belum berakhir lagi...ade lagi satu hari prince di sana untuk melawati tempat2 menarik di sana antaranya seperti yang prince catatkan di atas.

Kali ini kami di 'escort' oleh kereta-kereta polis dari rumah Datuk Mohd Shukri iaitu Ketua Polis Terengganu yang turut serta bersama isterinya Datin Umi sehingga lah sampai ke Jeti Pengkalan Gawi. Yang bestnya, perjalanan kami cepat sampai kerana bila tibe di traffic light kami diberi keutamaan untuk jalan walaupon lampu masih berwarna merah oleh polis yang mengiringi kami. 

Setelah Tiba di Jeti Pengkalan Gawi, kami sempat untuk minum pagi sementara menunggu bot polis yang akan tiba untuk membawa kami ke destinasi tadi...

Salah satu bot yang akan kami naiki...

Tapi..prince memilih untuk menaiki bot yang ini..baru mengamcam..hehe
Tengok sempat lagi prince pose kat atas bot tu..
Prince tu da mule la nk try bawa bot yg ni pula..x pasal2 terbalik nanti..
Ok, destinasi pertama kami adalah menuju ke Taman Herba dimane disitu segala jenis heba boleh didapati seperti Tongkat Ali,Kacip Fatimah, Kepala Berok, Misai Kucing, dan macam2 lagi la...prince pon da lupe name2 pokok tue..xcaye jom tengok gambar di bawah nie..





Di sini juga kami diberi peluang untuk menikmati minuman yang asli daripada Tongkat ali bagi lelaki dan Kacip fatimah bagi perempuan...baru prince tahu betapa pahitnya rase tongkat ali yg original..tapi memang xdpt dinafikan banyak kelebihan dan faedah air tongkat ali ni...tapi untuk kacip fatimah rasenya xsepahit macam tongkat ali..bukan prince minum taw..kawan2 perempuan yg bgtaw kat prince..patut la diorg siap tambah lagi..
inilah minuman tongkat ali disebelah kiri dan kacip fatimah disebelah kanan..
bergambar untuk kenang-kenangan disini..
antara pokok yg boleh merawat pelbagai penyakit...
Kami meneruskan perjalanan ke Gua Bewah..Keunikan gua ini adalah dimane rangka manusia zaman purba ditemui disini. Selain itu tak heran lah kenapa gua ini juga dikenali sebagai gua tahi kelawar kerana banyak kelawar yang tinggal di dalam gua tersebut.. 
untuk tiba di gua bewah anda kene memanjat anak tangga yang curam sedikit..
Ketika disini anda kene tahan bau ammonia kerana terlalu banyak tahi kelawar di dalam gua ini
tapi anda akan berasa puas apabila melihat batu-batu yang terdampar indah di dalam gua ini..
Kami pun bergegas ke bot untuk pulang apabila sudah puas bergambar
Dalam perjalan pulang pon kami sempat bergambar lagi..
Sejurus selepas itu, kami bertolak ke Air terjun Lasir yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan tempat untuk bermandi manda...

tapi tibe2 dlm perjalanan bot yg kami naik kehabisan minyak dan kami bertukar dengan bot polis yg lain..
Kami bertembung dengan rumah atas bot..siap ada ASTRO lagi..
 Akhirnya, kami tiba di Air Terjun Lasir. Tempatnya memang cantik dan sesuai untuk aktiviti berkelah dan riadah..
Cantik tak??
makanan kami ditaja khas oleh polis..memang terbaik..
antara aksi prince disini..
prince suke pic yang ini...natural!
Selepas kenyang dan puas bermandi manda kami pon berangkat balik kerana cuaca pon kelihatan mendung namun tidak hujan..

masing2 memilih bot mane untuk pulang...
Walupon letih tetap berasa seronok..
bile dah sampai di darat pon bergambar lagi prince ni..
sempat gak prince bergambar gan salah seorg polis..
ni dah kemas nak balik ke shah alam.
dalam flight pon masih nk bergambar jgk..
ni pula gan pramugari MAS..mereka memang peramah..
Ni kenangan kami semua di KLIA sebelum pulang ke rumah masing2..
TERIMA KASIH prince ucapkan kepada Dato Shukri n Datin Umi dan anggota2nya serta staf PPS yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya..Syabas!

p/s: Prince dapat jumpe si dia di KLIA...thanks kerana tunggu prince arrival.. Hepi sangat =)

5 comments:

nabilah_2908 said...

wah..berjalan kemana2...semua polis escort yer...bestnya...mcm VVIP.. :)

pergi naik bus..balik naik flight..huhu... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CERITA APA TU ?

M a W a D D a H said...

wahh..posing sakan prince...

Prince Halilintar said...

nabilah: pengalaman yg xboleh dilupekan..

adah: bile dah bergambar mmg mcm2 gaya keluar..hahaha

apple hijau said...

uwaaaa...jelesnya... sob sob sob..

shida mj said...

wah.. bestnya..terbaek la..susah nak dapat pengalaman cam tu.