[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, December 16, 2010

:: Go Go Malaysia ::

Malaysia 2 - Vietnam 0


Morning You All....

Semalam sungguh meriah suasana di restoran mamak atau dikenali sebagai restoran Hakim..sungguh ramai yang ingin menyaksikan aksi bola sepak separuh akhir antara Malaysia menentang Vietnam malam semalam. Walaupon bukan di stadium tapi suasananya seperti dalam stadium setiap kali Malaysia menyerang ke kubu lawan. Penuh dengan sorakan serta tepukan kepada pemain2 Malaysia yang bersungguh2 hendak memenagi perlawanan malam tadi.

Apa yang prince nak kongsikan adalah beberapa orang asing yang berkulit gelap, mereka pon turut serta sorak dan berikan tepukan kepada pasukan Malaysia walaupon bukan warganegara kita. Maybe diorg hanya student di sini. Terima Kasih kepada mereka yang sudi support Malaysia.

Satu lagi spesel restoran ni ialah ayam gorengnya..memang betul-betul mengancam habis..memang berbeza dengan rasa ayam di tempat lain.sebab tu lah tak heran ramai orang yang datang ke sini terutama student. Layanan dia jugak bagus dan pantas..Eh..eh promote restoran ni lak..diorg kene bg komisen ni..haha

Cuma, ape yang prince kesalkan apabila melihat budak2 atau orang tua berjalan mengutip derma sambil dipimpin oleh orang yang bukan OKU..boleh dikatakan selalu mengutip derma disitu..memang kebanyakkan kita sering simpati dan memberi derma...begitu juga prince, tapi bila difikirkan balik betul ke diorg ni susah, bila tengok org yg pimpin OKU tu pakai jam tangan yg berjenama..kasut pon ade brand..tapi yang si OKU tu macam tu je setiap kali..hmm, hati2 lah supaya anda tidak ditipu ye...

Harini dah 10 muharam atau Hari Asyura,salah satu hari yang diraikan oleh Umat Islam, kalau tak silap prince banyak peristiwa yg terjadi pada hari ini antaranya adalah Nabi Adam dan Hawa dicipta, Allah S.W.T  mencipta langit dan bumi, Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga, Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api dan Allah S.W.T menenggelamkan firaun pada hari asyura.Banyak lagi peristiwa dalam hari ini sebab prince ada dengar ceramah mengenai ini masa di U dulu. Memang baik kalau kita berpuasa sunat di hari sebegini..kalau kat kampung mesti mak prince dan sedara mara bergotong royong wat bubur asyura..teringin sangat nak makan bubur tu..

p/s: ade orang tolong kejutkan prince bangun sahur..hehe..tq =)

18 comments:

Fatin Zulaikha Azhar said...

sape la tu yg kejut bangon sahur..haha.. *sibuk jap*

Prince Halilintar said...

haha..ade hamba Allah yg baik hati la fatin..=)

shida mj said...

semoga pasukan m'sia terus mantap

p/s: baiknya org yg tlg kejutkan sahur tu..

M a W a D D a H said...

bestnya ada org tolong kejutkan...hehe

izzatul atiqah azhar said...

Ya Allah , manjanya nak suruh orang lain kejut .. ha ha ha ...

nabilah_2908 said...

sure untung bnyk restoran mamak tu semalam kan..? :)

tahniah juga tuk pasukan malaysia..myb betul kot..warna kuning..kurang ong...hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SERIBU KALI CINTA

Prince Halilintar said...

smj: sokong m'sia..org tu mmg baik smj.hehe

adah: best3x..hehe

izza: jeles ah tue:p

nabilah: mmg untung byk sgt mamak tu..kene pakai baju kaler biru je la..hehe

safirah ahsanuddin said...

restoran hakim sec 7 eh??

sariah said...

Barulah ada semagat sikit nak sokong pasukan Malaysia...kalau tidak....hampeh...
Restoren Hakim tu ayam goreng mmg sodap yg tak sodap harganya ye dah mahee....
Bestnya prince...ada org kojot sahur...akak bgnlah sendiri...hu33
Org AKU tu lately ni bertambah2 banyak pulak kan...lebih2 lagi kalau esuknya cuti...apa tu ada sendeket kaa...

::..Dia daYa..:: said...

Salam
Mak belum wat bubur asyura lagi
mungkin minggu depan :)
nak mai laa rumah
hihi

Prince Halilintar said...

kak sar:nanti sy tlg kejutkan akak pulak nak??hahaa;p

daya: bubur asyura..nak..nak..nak..hehe

shida mj said...

prince nak tolong kejutkan kak sar?..hahah kebaikan yg dipanjangkan.

kak sar nanti tlg kejutkan saya pulak ye..huhu

aliesha kirana said...

alalaal.... buah ati kejutkan ek.. heheeh...

AK pn tgk smlm, best2.. tgk kt umah je.. seronok tgk pasukan malaysia bersemangat. 2-0 hoyeah!

Prince Halilintar said...

fira: aha..kat hakim sek7..

smj:wat berangkai pulak main kejut2 ni..haha

Ak: mesti melompat2 time malaysia score gol tue..haha

aleen aiden said...

aleen xpnah lagi tengok bola sepak kat stadium.teringin jugak merasa.hu3

nabilah_2908 said...

eh...jom joinBLOG LARIAN

syaiza - chan said...

yeahh....malaysia the best..!! hehe...fighting malaysia..!! (^O^)

selamt mnyambut wo muharram ye n slmt hari asyura...
*ttp nk wish walupn dah lmbt* hehe

Prince Halilintar said...

aleen: pegi la klu ade peluang nnt..rasai kehangatannya!!hehe

nabilah: insyaAllah

ceja: tq..aja..aja..fighting!!hehe