[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Thursday, December 30, 2010

:: Garuda DiBaham Harimau ::

Ngauman Harimau Malaya…

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…



Ole!!Ole!!,Ole!!Ole!!...Ole,Ole,Ole,Ole....Berjuanglah..Pahlawanku, Satukanlah Tekad Semangat Mu, Kami Rela...Korban Nyawa Demi Daulat Negara (Malaysia) Tercinta...

Akhirnya! Pasti! Nyata! Piala Suzuki AFF 2010 mutlak menjadi milik Malaysia selepas perlawanan final pertama di Bukit Jalil dengan bekalan selesa 3-0 dibawa oleh anak buah Jurulatih K.Rajagopal ke Stadium Gelora Bung Karno yang bergelora kecewa apabila  pasukan Malaysia atau Harimau Malaya membaham Garuda dengan aggregate 4-2.

Di awal pemainan lagi penjaga gawang Malaysia mempamerkan aksi paling cemerlang apabila  sepakan penalti Firman Utina Berjaya diselamatkan Khairul Fahmi..Walaupun beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. Ternyata cahaya laser bukan memberi masalah kepada Khairul Fahmi seperti didakwa oleh penjaga gol indon.
Pada minit ke-55, Skuad Garuda semakin parah dengan kepatahan sayapnya apabila Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali. Walaupun Indonesia Berjaya memperoleh 2 gol saguhati dari Malaysia namun tidak mampu menyekat kemaraan anak buah Rajagopal menjuarai kejohanan ini.

Prince sekali lagi dapat menonton bersama penyokong kebangsaan di “stadium” Hakim Restaurant. Kenapa stadium?jom tengok gambar ni…


Lautan Manusia memenuhi restoran hakim..
Penonton yang sentiasa bersorak
Bunga Api dibakar selepas kemenangan
Prince sempat menonjolkan diri..ehehe
I Love Malaysia
Leader Sorakan..
Riuh bila wisel penamat dibunyikan
Tepukan diberi kepada pemain Malaysia
Wartawan dari mane ntah yang wat liputan disini..
Semestinya, segenap Rakyat Malaysia menyambut gembira dan bersorak apabila pengadil meniup wisel penamat walaupon prince begitu geram dengan pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan dengan berat sebelah. Tambahan lagi, rentetan dari kemenangan ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak menghadiahkan kepada rakyat Malaysia cuti umum pada esok hari iaitu Jumaat ini.Terima Kasih kepada PM kerana prihatin dan berbangga dengan kemenangan ini. Ini juga menjadi batu loncatan kepada pemain2 muda Negara ni untuk pergi jauh lagi atau mungkin melayakkan diri ke final piala dunia.

p/s: Sememangnya MALAYSIA LAYAK MENANG!

11 comments:

::..Dia daYa..:: said...

Assalamualaikum
Malaysia memang layak menang
Malaysia boleh!!

selamat bercuti :)

aleen aiden said...

woah...meriahnye!...jeles!hu3

shida mj said...

prince meriah betul semalam..
pemain malaysia memang macho...hehe
kat mana dapat jersi yg prince pakai..nak beli gak

shida mj said...

tambah komen lagi..
kesian ngan penyokong indon, tak tau nak react cam mana, nak kata menang tapi kalah..tengok muka sorang2 termenung dan terkedip-kedip mata saja..muahahahaha malu nya..apa alasan lagi, agaknya..

izzatul atiqah azhar said...

akhirnya milik kita :)

Prince Halilintar said...

daya: as salam, yup stuju gak gan daya..tq daya..slmt bercuti gak

aleen: best..seluruh tanah air bergembirakot..

smj:haha..betul tu smj..baru diorg tahu kegagahan harimau malaya..hehe

izza: milik kita? kita semua..hehe

apple hijau said...

terbaeeeek...

alasan demi alasan...udah2 la Indon oiii!

aliesha kirana said...

hahah...semangatnyee! mesti best kalu tgk kt kedai tu kn.. AK tgk kt umah je..itupun riuh rendah..AK la paling riuh..hahaha..

tahniah Malaysia!!!!!!

M a W a D D a H said...

wah prince...seronok gi tengok ramai2...

adah sorak2 kat depan tv kat rumah je...

hehehe

izzatul atiqah azhar said...

sme la jugak tu milik kita .. hahahaa

Prince Halilintar said...

ye la..same..haha