[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, November 16, 2010

:: Pengorbanan ::

Tauladan atau Coretan...



Esok 9 Zulhijjah 1431H, bermulalah ibadah korban di seluruh negara. Pada bulan ini jugalah umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul di suatu kota yang suci dan mulia untk malaksanakan perintah dan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Ibadah Haji. Kain putih yang membaluti tubuh tanpa mengira kedudukan,pangkat mahupun darjat semasa melaksanakan ibadah ini.

Ape yang prince dapat ringkaskan disini setelah membaca artikel mengenai Pengorbanan: Tauladan atau Coretan keluaran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM adalah tersirat lembaran sejarah agung yang menjadi iktibar kepada umat Islam sehingga kin. Kisah tersebut menceritakan tentang kehebatan barisan pelakon yang dipilih Allah s.w.t yang berjaya memainkan wataknya dengan jayanya sehingga amalannya diangkat menjadi syariat Islam hingga kini. Filem pengorbanan suci Nabi Allah Ibrahim a.s. bukan saje dirakam, malah filem ini turut dibukukan menjadi skrip yang sangat mulia di helaian suci al-Quran sebagai tauladan dan supaya watak2 ini mampu dicontohi dan menjadi pengajaran bagi umat di akhir zaman.

Peristiwa pengorbanan Ibrahim a.s dan Ismail a.s sering kite dengar dan disampaikan samada di surau mahupun masjid. Bahkan ia disambut setiap tahun oleh seluruh Umat Islam. Ape yang menjadi soalan, adakah peristiwa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada umat Islam hari ini? atau ibadah korban yang dilakukan tersebut hanya sekadar menjadi tatapan dan tontonan semata2?

Tapi kebelakangan ini kite sering dengar pelbagai gejala negatif samada di media atau di dada2 akhbar..Sepatutnya kitalah umat yang mencorakkan perjalanan dunia!Malangnya, umat harini lupe akan hakikat ini, malah ramai diantara mereka yang tenggelam dengan gaya hidup yang berkiblatkan hawa nafsu tanpa mempedulikan keimanan.

Jadi, sempena kedatangan Aidiladha yang bakal tiba esok, marilah kita bersedia berkorban ke arah kebaikkan dan jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t. dan semoga ia dijadikan suatu asas untuk menjadi umat yang cemerlang. 

Dengan itu, prince mengucapkan Selamat menunaikan ibadah korban dan menyambut Idul adha dengan penuh taqwa kepadaNya. Kepada yang bercuti, berhati2lah pulang ke kampung halaman masing2.

p/s: prince sambut idul adha di shah alam je, tak dapat nak balik ke kampung..anda sambut di mane?

6 comments:

M a W a D D a H said...

selamat hari raya korban gak buat prince...

sizuka[Izzati] said...

sizuka sambut dekat Auckland.huuuuuu.kgkwn rmai blik Msia.sobs.Salam Aidiladha prince:)

safirah ahsanuddin said...

selamat hari raya korban..hehe..fira smbut kt penang je laa..kmpung pon kt penang..hehe~!

Prince Halilintar said...

adah: tq adah, same2 lah kite ke masjid solat sunat iduladha

sizuka: jgn sedih2 izzati, prince pun xbalik kg..raye di s.alm je..rindu di kg. :'(

Prince Halilintar said...

fira: owh..semoga sambut raya dengan penuh kesyukuran..

asliner said...

salam aidiladha prince..
sambut rye kat umah hari ini..=)