[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, November 15, 2010

:: Salam Takziah Sahabat::

Menziarahi Keluarga Reza...


Hari ni prince berkesempatan untuk menziarah kawan rapat prince kat ofis iaitu Rezahafez (gambar).Semalam ayahnya telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Laboan Dagang. Bersimpati dengannya prince dan beberapa staf lain menyertai rombongan untuk menziarahi keluarga arwah untuk menyampaikan takziah dan menghulur sumbangan ikhlas daripada semua staf2 di pejabatnya.

Arwah yang berumur 61 tahun telah pergi meninggalkan isteri tercinta serta anak cucunya pada petang semalam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman dan marilah kite sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah.

Tepat jam 11 pagi, kami bertolak dari Ofis ke rumah Reza dengan menaiki van uitm (fakulti pergigian) tapi kami bukan doktor gigi pelatih..setelah berkumpul kami meneruskan perjalanan yang mengambil masa 40minit walaupun kami terlajak jalan ketika sampai di Laboan Dagang. Akhirnya, Reza sendiri yang sudi mengambil kami di persimpangan jalan untuk menunjukkan jalan ke rumahnya. Alhamdullilah, kami sempat sedekahkan tahlil ringkas yang diketuai oleh En Nizam untuk arwah. Kemudian, Dr Ahmad Naqiyuddin (ni la bos prince) memberi sumbangan yang diderma oleh staf2 sepejabat dengannya. Sebelum itu, Dr Mad sempat memberi sepatah dua kata ayat yang menguatkan semangat kepada keluarga Arwah. Sejurus itu, kami bergegas pulang ke ofis untuk menyiapkan kerja masing-masing.

p/s: Tiap2 umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat menggundurkannya walaupon sesaat dan tidak boleh pula memajukannya.

7 comments:

M a W a D D a H said...

takziah buat arwah ayah kawan prince...al fatihah...

moga kawan prince tabah hadapinya...

nabilah_2908 said...

takziah yer buat kawan prince...

al-fatihah utk arwah...

jom ke APA KATA HATI pulak,
REUNION

Prince Halilintar said...

thanks adah n nabilah..

safirah ahsanuddin said...

takziah buat arwah..semoga ditempatkn dalam kalangan org yg beriman..AMIN..~!

Prince Halilintar said...

amin jugak..thanks fira

syaiza - chan said...

takziah buat kwn price..smoga roh ayah nye dicucuri rahmat...alfatihah...

Prince Halilintar said...

thanks ceja :)