[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Monday, December 27, 2010

:: Sorakan Malaysia ::

Detik Harimau Baham Garuda..



TAHNIAH dan SYABAS kepada pasukan bolasepak negara kita yang melakar kemenangan bergaya di tempat sendiri dan membawa bekalan selesa dengan 3 gol ke perlawanan final kedua di Indonesia.

Rase-rasenya semua peminat sukan di tanah air berasa gembira dengan keputusan ini dan diharapkan mereka sekal lagi mempamerkan aksi yang seperti ini pada Rabu ini. Prince dapat rase bahang kehangatan final edisi kali ini dengan sorakan padu penyokong2 Malaysia dari mula hingga tamat perlawanan bukan sahaja di stadium malah di seluruh tanah air. Kegembiraan dan sorakan bermula apabila gol yang dicari akhirnya menjelma dan disusuli oleh 2 lagi kemudiannya..Walaupon prince tak hadir ke stadium namun tetap memberi sorakan padu bersama kawan2 yang lain dengan menonton televisyen...Seakan-akan macam baru tamat perang sebaik wisel penamat ditiupkan, laungan jeritan suara berkumandang dari seluruh tempat mahupon di kedai atau pun rumah...semuanya menjerit keriangan tak kira laki atau pun perempuan..

Cuma ape yang prince kesalkan adalah sikap segelintir penyokong Malaysia di stadium yang tiada semangat kesukanan apabila meyalahgunakan laser kepada pemain di padang..Sepatutnya mereka hormati pasukan lawan dan menyokong pasukan negara dengan sorakan tetapi mereka ini membuat kita rase geram apabila perlawanan diberhentikan sekejap ketika aksi rancak Malaysia tengah menyerang ke kubu lawan..

Hanya selangkah lagi kaki untuk membawa Piala AFF Suzuki ke Tanah Air jika pemain Malaysia bermain seperti ini dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Apepon, prince tak sabar menunggu aksi 90 minit lagi yang mendebarkan pada perlawanan final ke2 nanti..sama2 kita memberi sokongan kepada pasukan bolasepak negara kita..

p/s: sangat hepi yang tak terhingga malam ini...mesti ramai yang akan tulis entri dan bercakap mengenai bolasepak saje minggu ini...tgk status fb kawan2 sume komen pasal bola..hehe =)

12 comments:

NIA said...

tahniah skuad Msia.sedih xdpt tgok.tsk~

shida mj said...

prince, akak pun masih sgt teruja dgn perlawanan semalam..best giler..3-0
bukan soal laser, tetapi pemain indo memang tidak beraksi bagus.
marcus itu yg terover cari alasan utk menyalahkan m'sia.
m'sia pun dilaserkan di indo tempohari..5-1, ada video laser yg dihalakan pada penjaga gol m'sia..dah tengok..org malaysia terlalu baik..tak menjadikan itu isu.

izzatul . A . A said...

malaysia ... boleh !

t kalau jmpe dorg nak bg ucapan , gud luck la :)

Fatin Zulaikha Azhar said...

msia d best.. :)

Prince Halilintar said...

sizuka: xpe janji masih menyokong msia wpon berada di negara orang..

smj: kak shida dah "mengaum" disini..haha, apepon kite sokong msia hari rabu nanti..hehe

izza: bg ucapan je ke??amik la sign diorg skali..haha:D

Fatin: Alwayz d best!

Aliesha Kirana said...

seronok bangga dan gembiraaa sgt! tp xdpt tgk gk smlm sbb kluar jalan2..huhhuhu...tahniah Malaysia!

nabilah_2908 said...

HYE PRINCE !! :)

terbaca juga kisah pasal laser ni...nasibbaik la pengadil kata..laser bukn punca indonesia kalah..huhu..

tahniah buat team Malaysia..hope mereka dpt kekalkan prestasi yg baik ni kat indon nnti.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERTEMU KEMBALI

apple hijau said...

harap2 kejayaan ini berkekalan....andai kata tiada jodoh kemenangan pd perlawanan akan dtg pujian dan sokongan moral perlu diberikan juga:)

::..dYa..:: said...

Salam
tak nyesal daya tgk bola semalam
selalu malas nak layan
akhirnya malaysia Menang
suka nya laa

semoga terus menang :)
Malaysia boleh..!!

izzatul . A . A said...

sign nak wat ? frame kat uma ? .. hehe ..

Aleen Aiden said...

stuju2.xbes la dorang duk maen suluh2 laser tu..tp sbb da mng,okla tu! (ala2 kakak ct) hee

asliner said...

prince gi tgk kat stadium ke?

p/s: npe ye final ader 2 kali..sebab duit ke? waallahualam~