[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Wednesday, September 14, 2011

Dari Sg Siput ke K.Kangsar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari Rabu dah..sekejap je hari-hari berlalu...oklah prince nak sambung cite konvoi prince pada entri semalam...

Selepas kami puas bergambar bersama2 pegantin di Sg Siput, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Kuala Kangsar. Tujuannya adalah untuk beraya ke kampung prince yang mengambil mase 40 minit dari Sg Siput ke Kuala Kangsar jika ikut jalan dalam...


Dalam perjalanan kami tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan menuju ke kampung prince..dan disebabkan hujan yang lebat dan pandangan yang kabur, prince pun boley pulak tersalah masuk simpang ke kuala kangsar..dan 5 minit perjalanan baru sedar rupenya menuju ke kati dan jalan sini lagi jauh dari jalan asal...untuk menjimatkan masa terpaksalah kami u-turn semula..kelakar betul..

Kami teruskan perjalanan walaupon hujan masih lebat, tiba2 salah seorg kereta dari rombongan kami menghadapi masalah teknikal pulak...terpaksalah cari tempat untuk berteduh dan tengok keadaan kereta tersebut..


Tanpa diduga kami berhenti di salah satu Car Wash untuk berteduh dan repair kerosakan yang dialami kereta tersebut..dan selamat la ade seorang mekanik moto kawasan itu yang sudi membantu..perjalanan kami tertangguh hampir 30 minit...selepas semuanya selesai kami pun bergerak ke destinasi yg dituju...sampai di kampung terus menjamu selera..masing2 lapar..




Kebetulan ade musim buah jambu, mangga dan kedondong di kampung prince tu...ape lagi yang minat mencicah tak lepas peluang untuk mengambilnya dari pokok...




hanya sejam lebih je berada di rumah prince..lepas tu kami terpaksa bertolak pulang ke shah alam semula kerana malamnya pula kami perlu menghadiri jamuan raya rumah Bos kami di TTDI..tunggu next entri pula la prince cerita ye..


p/s: semalam ade 2 jentera bomba datang ke kawasan kediaman kami..katanya ada kebakaran berlaku..kami pun keluar la tengok..selamat tak serius mane..hanya kebakaran yang disebabkan lilin je kot kate abg bomba tu..dan sedikit saje kebakarannya...tapi budak2 rumah prince ni sempat lagi nak bergambar dgn kete bomba tu..=)


27 comments:

cik sakdi said...

fuyoo. jambu pink tu. sedap giler ooo. manis x? nak sikit.. haha baru tau kampung kat kuala kangsar. slame ni tau kat perak je. hoho

NasQ said...

warna jambu tu sama merah denagn warna gincu... hoho...

cik.mello said...

banyakk nye jambu
nak jugakkk

Prince Halilintar said...

@cik sakdi

lar..byk kali prince mention kg prince kat kuala kangsar dlm entri2 prince..cik sakdi xalert kot..hehe..sedap jambu tu..=)

Prince Halilintar said...

@Tukang Karut

sapu jambu tu kat bibir je..xyah pakai lipstik..hehe

Prince Halilintar said...

@cik.mello

kat kg prince banyak lagi..dtg la kutip...hihi

Unknown said...

Wah kira beruntung la yer dpt mkn buah buahan sekali

Prince Halilintar said...

@Papa Mifz

lbh kurang begitu lar..

dwatyKNY said...

first time tengok jambu colour terang ... nampak sedap jer.... hehehe

Bidadari Syurga said...

wahhhhhhh... best giler... gambar petik jambu tu tak boleh blah... iskisk isk isk isk... sengaja tu nak bagi jeles tu...

p/s: erk... lagi 2 episod kalam lusuh... [pastu habis]

HaiDa HiDa said...

bestnya makan2..
kt kg pun ayah tanam jambu tu jgak..
blk raya hari tu pun meriah je merahnya.. :)

eija_sweetmama said...

meriahnya tgk pokok jambu air tu berbuah..merah ranum..
terus terasa cam nak makan jambu air..huk2..

Run Away said...

wah...best wah jambu...teringat kat kg...;d/salam kenal..dan slmt hari raya...;d

Anonymous said...

wow sedao nye jambu air tu. merah merah plak tu. orang kata kalau jambu merah mesti manis. nak sikit.

kete bomba memang sangat cool untuk diambil gambar bersama. kem salam kat abang bomba.

Aliesha Kirana said...

wah! bestnyeee. AK baru tau prince kat KK. kalau x, ms AK braya kt sg siput tu, boleh AK singgah. heehehehehehe.... buah jambu! kt kampung AK kt batu kurau ade ah pokoknye. heeh. tp kecik2 je buahnye. heeheh. yg prince nye pokok tu renek je eh. comel! eheheh

Anonymous said...

hamboi.... hensemnye gambar kat header tuh..

keh keh keh!

Cik Amni said...

jambu tu suka sangat2! dah la rendah jer.. buat ulam tu sedap... wah!

The Fakhirin said...

Gambar yg last tu xleh tahan tu...ada dlm FB tuh....muka xbersalah...

nFx ~
http://noframex.blogspot.com

Anonymous said...

hohoho..makan makan jugak photoshoot tu harus la yea.

makan jangan lupa kitorang.

Anonymous said...

blogger dan photogedik...hehheheh

En iLHAM said...

wah
sonoknye beraye
boleh konvoi ramai2 mcm ni
dulu buat macam ni mase study jer
skang mcm susah cket sebab sabtu pun keje
huhu

nabilah_2908 said...

sure Prince letih kan..huhu.

Anonymous said...

kemain merah menyala jambu tuu

Jue said...

kalau den, mmg borong jambu tu pastu g ulam reramai hohohoho

nyum nyum nyum. kalau den, mmg bgambo ngan keta bomba tu =P

cik najah said...

wah.. merahnya buah jambu !

#tetiba mengidam .

Afzainizam said...

Jambu air kecikkk tu memang sedap.... pergghh diorang petik sakan bua tu masuk plastikkkkk pantang di pelawa laju ajerrr diorang ni kan..kan

-----------------------------------
Salam Hari Malaysia Pada Semua
-----------------------------------

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tip membeli motorsikal second hand

shida mj said...

jambu tu memang sedap prince..hehe licin buah jambu tu kena kutip