Assalamualaikum w.b.t....
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul.
12 Rabiulawal menjelang lagi. Alhamdullililah, prince dapat bertemu lagi pada tarikh ini. Tanggal 12 Rabiulawal 1432H atau bersamaan 15 April 2011 kali ini merupakan detik ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Ramai yang menyambut Maulud Nabi tapi tidak berapa ramai yang ingin mengenali Rasulullah s.a.w. dengan lebih dekat. Nama sebenar Baginda adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hisyam bin Abdul Manaf merupakan kekasih Allah dan utusan Allah swt dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar dengan mengutuskan risalah kebenaran dan penyelamat kepada umat dari terus dibelenggu arus jahiliyah. Rasulullah s.a.w adalah contoh segala contoh untuk dijadikan ikutan.
Jadi, sempena Maulidur Rasul ini, prince pun mahu mengajak korang semua menanamkan semangat mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah s.a.w sepanjang riwayat Baginda. Janganlah kite hanya lebih mengenali artis2 pujaan lebih dari Rasulullah s.a.w. sedangkan Rasulullah s.a.w sentiasa mencintai umatnya sehingga akhir hayatnya."Ummati, ummati, ummati.." itulah kate2 yang keluar dari mulut Baginda ketika diambang kewafatannya.
Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori (Al-Quran dan sunnah), tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi Muhammad s.a.w. . Rasulullah juga meninggalkan sahabat2nya untuk kita ikuti dan para ulama untuk kita pelajari setelah sekian lama Baginda meninggalkan kita. Namun harini tak ramai yang hendak mengikut sunnah Nabi s.a.w malah lagi menyedihkan budaya barat lebih dititikberatkan dalam kehidupan dan hanyut di arus pemodenan. Semoga kita dapat menjauhi daripada perkara yang dilarang Allah swt.
Dengan adanya sambutan Maulidur rasul secara tak langsung kita akan membuatkan hati kite tergerak untuk berselawat keatas Nabi s.a.w , meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda dan ini merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah ,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya"
Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi s.a.w akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan saje tapi hanya sekadar meningati dan mensyukuri hari kelahiran Nabi kita yang menjadi kekasih yang kita sanjungi dan pengbimbing ke jalan yang benar. Marilah kite sama-sama mengerjakan amal makruf nahi mungkar..
Marilah juga kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan sentiasa menjadikan Nabi S.A.W sebagai ikutan kita...antara selawat yang boleh kita amalkan seperti dibawah..
12 comments:
salam maulidur rasul.. :)
salam maulid...
sayangi nabi,moga bagandi mengasihani kita...
anat: salam maulud Nabi s.a.w juga..
sham: slmt myambut Maulidur Rasul..moga bertambah lagi kecintaan kita pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
salam ..
maulidur rasul :)
salam Maulidur Rasul juga tuk prince... ;)
apa plan hari ni..tk join perarakkan Maulidur Rasul..? :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAM MAULIDUR RASUL
salam maulidur rasul ;)
p p'arakan ka?? semoga yg terbaik yg akan kita lalui selepas ini,..semoga rasa cinta terhadap rasulullah bertambah2 ^^
salam maulidur rasul,semoga kita sama-sama dapat menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh didlm menjalani kehidupan..
hitamputih: salam maulidur rasul jugak..
nabilah: salam maulud nabi s.a.w.
x de join perarakan pon..
AQ: salam maulidur rasul..insyaAllah..thanks ya
smj: salam maulud Nabi juga..insyaAllah dan mudah2an begitulah..amin
salam maulidur rasul!!!
salam maulidur rasul mie
Salam Maulidur Rasul prince! smoga setiap masa, bertambah kecintaan kita pada baginda. amin! smoga kita semua mendapat syafaat baginda di akhirat kelak...
insyaAllah Ak
Post a Comment