Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat Warga Blog..
Maaflah hari ni lambat pulak prince update blog..blog prince bercuti weekend je...blog pon sibuk nak cuti jugak..hehe
![]() |
Mesti korang nak settlekan keje2 korang cepat kan dan pastinya hari ni korang ceria je sebab esok, lusa dan tulat cuti sempena hari pekerja..ape lagi plan la aktiviti untuk mengisi masa cuti 3 hari ni...walupon tak lama tapi dapatlah juga bercuti kan..
Prince? hmm..prince balik kampung la..nak jumpe dengan family dan 2 orang anak buah prince yang mesti dah debab-debab tu..Ade jugak ke yang pulang ke kampung? yang mane nak melalui perjalanan yang jauh tu prince nasihatkan berhati2 ketika memandu dan sentiasa ingat orang tersayang...
Mane yang pergi bercuti pon selamat bercuti la eh..enjoy your holiday puas-puas...Dan Kepada kawan2 blog prince yang akan melangsungkan perkahwinannya cuti ini seperti Yanamib pada 30 April ni..SELAMAT PEGANTIN BARU
yana prince cilok sikit gambar yana eh..hehe |
Kepada Yana dan pasangannya prince ucapkan Selamat Melayari Bahtera RumahTangga dengan bahagia kepada mereka..
Manakala yang belum bekerja tu dan mungkin yang sedang study dan akan menduduki final exam semoga berjaya dalam peperiksaan korang...
p/s: prince nak pergi berkunjung ke blog rakan2 prince sebelum prince balik kampung ni....jom2 sape nak ikutttt... =)