Morning U All...
Hari Sabtu lepas, prince ade tengok cite Puteri Kayangan yang suke berangan2 jer dalam hidup dia...tapi prince terkenang semula pengalaman prince time kat sekolah dulu2..korang pernah tak berkhayal atau berfantasi ketika cikgu tengah mengajar dalam kelas???prince dulu time pelajaran yang memboringkan contohnya mcm sejarah sebab cikgu asyik bace je buku dari teks book sampai mengantuk rasenya..kalau dah nak ngantok tu, prince pun ape lagi mula lah start berangan2 tak tentu pasal..kononnya jadi pahlawan Melaka dulu2 lah..lps tu murid yang nakal sikit tu prince bagi die watak lanun dalam fantasi prince...mengarut jer kan..lepas cikgu dah habis mengajar baru tersedar..haha
Salahkah berfantasi? Ape pendapat korang..? Albert Einstein pernah berkata "Imagination is more important than knowledge"..tapi disini prince rase bukan ilmu itu tak penting tapi untuk mencapai kejayaan jugak imaginasi mesti kuat untuk cipta sesuatu yang hebat..agaknya la kan..
Bila sesuatu terjadi itu tidak seperti yang kita harapkan, kita akan mula berfantasi dan berkhayal, sama ada kita sedar perkara itu ataupun tidak.
Kita juga kadang bermimpi tentang sesuatu yang kita fikirkan mungkin benar atau mungkin juga tidak. Mimpi itu mainan tidur tetapi mimpi juga adakalanya menjadi kenyataan.
Realiti... suka atau tidak, kita perlu menerimanya. Namun, realiti mungkin boleh berubah jika kita berusaha untuk mengubahnya. Cuma, jangan terlalu berharap... kerana tidak semestinya perubahan itu sesuatu yang kita inginkan dan nanti akhirnya kita hanya mampu berfantasi atau berkhayal.
Fantasi itu indah. Kita menggambarkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan kita. Malah, fantasi juga boleh menyebabkan kita lupa akan realiti. Sering berfantasi akan memerangkap diri kita sendiri kerana nanti kita sukar membezakan mana yang realiti dan mana yang fantasi.
Khayalan... kadang indah, kadang juga tidak. Selalunya berlaku kerana kita berharapkan sesuatu, baik atau buruk. Khayalan juga seperti fantasi. Bila terperangkap dengannya, kita akan terleka dan terlupa seketika dengan realiti.
Mimpi... mainan tidur yang mengisi malam kita. Namun mimpi tidak selalu berlaku dan mimpi juga boleh jadi indah atau seram... dan mimpi, kadang datang kerana fantasi dan khayalan kita. Tetapi hati-hati...
Hidup kita tak akan tidak lari dari fantasi dan khayalan... tak akan lari dari realitinya. semua bergantung kepada kita.... apa yang kita mahu dalam hidup kita??
mahu terus berfantasi?? mahu terus berkhayal?? mahu terus bermimpi?? atau mahu apa yang kita fantasikan, khayalkan, mimpikan...menjadi realiti??
Tiada siapa tahu apa akan terjadi esok...
Yang pasti semua manusia pernah berfantasi,berkhayal,bermimpi atau berangan2...betul tak??
11 comments:
wah! begitu puitis sekali ayat2 prince dlm ni..hihihih.. AK skee!! AK sgt suka berangan, sebab nk menulis wajib kene brangan dl..hehehe.. hmmm mase skolah dl xdelah ske brangan dlm kelas. AK ske brangan sblm tido..hak hak!
salam
tak salah berkhayal n berfantasi
jangan sampai memakan diri
gitu kan...
suke kelas sejarah
hihi
jgn kate dulu,skarang pon alin kuat lagi berangan dlm kelas...pantang lepa.hu3
Pahlawan Melaka? ha ha ha...bocor rahsia.
realiti - tak suka sgt sbb selalunya tak best. paling suka berhangan2 la...:P
berangan itu memang perlu..untuk capai sesuatu.
kita sebagai blogger...wajib berangan..yer la tuk hasilkan sesebuat n3..perlu juga merangka..mcm buat karangan...
so..harus la merangka dlm kepala@ berangan la tu... ;)
berangan...tak salah...asal jgn melalaikan sudah.. :)
p/s: cikgu sejarah Prince..sama macam cikgu sejarah sy..huhu..
jom ke APA KATA HATI pulak,
DENDA
AK: berangan sblm tdo eh..berangan jd ape la tu kan..haha..teruskan berangan yer.hehe
daya: salam, prince pun stuju dgn daya..
aleen: memang tegar berangan lar ni kan..jgn smpi org len taw aleen berangan sdah lar..malu t..huhu
cah: shhhh..jgn ckp kuat2 cah..malu la prince..haha..tapi kene terima je la yg realiti kan..
smj:sesuatu eh?ape tu..hehe
nabilah: yg ni prince suke..kdg2 sampai teliti betul ape yg nk ditaip kat entri baru kan nabilah..hehe..same eh cikgu kite..cikgu sejarah prince lelaki..haha
err suke berangan dalam kelas...lalala...:D
gue memang selalu dalam khayalan..
ehheheeee
wah2!! men angan2 lak prince ne ya? ;) x slhnya pn brangan..
tp jgn brangan smpi x buek kojo sdhla..
ag pown, brangan ne bkn kena byor..hihihi..FOC g2..
tp kdg dr angan2 tulah yg boleh kita jdikn reality..
usaha utk jdkn dia realiti..
bknnya skdr fntasi.. ;P
btol ka tu??
wah ..
suka berangan eh ...
hahahahaaaaa ..
Post a Comment