Semalam prince pergi menonton perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil..Tetibe jer rase nak menonton live di stadium, jadi prince ajaklah member2 rumah pergi jugak..dalam kul 12 tengah ari kami pun bertolak ke sana. Mula2 fikir jalan jem, tapi bila dah sampai, perjalanan lancar je tak kire la waktu pergi atau balik walaupun beribu orang yang datang menonton disitu.Sampai sana je prince tengok ade pameran proton dengan mempamerkan proton lekir, kasturi dan jebat..
Bila dah sampai tu ape lagi prince pun mula la beraksi dengan kamera sendiri snap je gambar kat sana sini walaupun tengah panas terik ketika itu..
Bila dah puas je snap picture kat luar masuklah dalam stadium nak tengok perlawanan yang bermula dengan bergu campuran yang melawan sesama sendiri iaitu China vs China..single woman dan double woman pun china vs china jugak..rase kecewa jugak sebab pemain Malaysia gagal menempatkan diri di final..Tapi yang paling best bila melihat aksi bergu lelaki antara China vs Denmark. Yang unik nya kerana pemain Denmark mendapat sokongan penuh dari penonton yang hadir dalam stadium itu sehingga tamat perlawanan bergu itu dan terpaksa akur dengan kemenangan pemain China. Tapi sebagai balasan kepada peminat Malaysia selepas mendapat hadiah dan bunga daripada penyampaian hadiah, mereka berlari ke arah peminat Malaysia dan membaling bunga tersebut untuk membalas jasa menyokong mereka. Ape lagi berebut la peminat untuk dapatkan bunga tu..Akhirnya tibalah aksi yang dinanti2 kan oleh peminat Malaysia dimane perlawanan diantara Datuk Lee Chong Wei vs Taufik Hidayat. Sebaik sahaja mereka masuk ke stadium tepukan dan jeritan gemuruh bergema di dalam dewan..setelah menunggu kire2 6 jam di dalam stadium untuk menantikan perlawanan itu. Seperti yang diharapkan, persembahan yang sangat menarik dan penuh semangat ditunjukkan oleh kedua2 pemain itu. Walaupon terdapat juga segelintir penonton Indonesia yang memberi sokongan kepada Taufik Hidayat. Akhirnya, kepuasan terpancar pada riak penyokong Malaysia bila Chong Wei memenangi perlawanan sekaligus memanjangkan kejuaraannya untuk kali ke 7..
Gambar agak jauh kerana prince hanya zoom sebab tempat duduk prince diatas. Lepas solat Maghrib kami pun pulang la ke Shah Alam.
p/s: Hujung minggu lepas u all tak keluar kemane2 ke??
13 comments:
errrkk??? sukan..? aq buta lo bab sukan2 ne.. ahahha..
smj tengok kat tv je..
hmmmm..camne ngan projek serang nyamuk aedes semlm.. kahkahkah..tanya walaupun dah tau cite..lawak la prince..tak tahan nak gelak
Cikgu Tie minat sangat-sangat main badminton.
huhu..dekat 6 jam kt stadium tu.. ;)
bayaran masuk macam mana..ok tak..? :)
pape pun tahniah buat Datuk Lee Chong Wei..sbb berjaya mengekalkan kejuaraan.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
NATURE CALLS
Malaysia Boleh !!!!! ujung minggu dok uam diam2 jer ... x gi mane2 pun ...
Wowww...hebat prince n rakan2...mesti seronok bangat kan...tapi nenek pun dah tenguk dekat2 dgn Datuk Lee Chong Wei dkt sunway piramid ari tu...bagi nenek taklah gantang sgt Datuk tu...gantang lagi David Arumugam....terima kasihhhhh....
dasat tu sampai tgk kat stadium...
mn gambar prince ngan datuk Lee? he he.. :P
wah! seronoknye prince.. AK ske tgk badminton..mmg semangat ah.. heheeh.. proton lima bersaudara tu yg mana paling cantik eh? heeeheh~
aq: xpe aq, mne taw satu hari tergerak ati nk bersukan kan..hehe
smj: alamak..t prince cite kat nxt entri ok..haha(gelak xpuas ati)
cikgu tie: jom kite lawan..hahaha
nabilah: prince amik tiket rm20..yg paling mahal rm60..hehe
izza: duk uma belajar jd suri rumah eh??haha
k.sar:haha..kecik je chong wei tu..tapi mantap pemainan die..huhu
cah: bkn prince xnk tangkap gmbr gan die tp reporter tu yg jeles t klu prince tangkap gmbr gan die..
AK: kete proton tu prince suke yg proton Lekir..smart n sporty!hehe
eh!!!
kereta proton ada buat pameran..
eheheeee
bestnye dapat tgk live..(-__-)
mesti time prince tgk tue prince ade angan2 nak berada gi court tue kan..
*agak je* hehe
skodeng kejap..hehehe
eh??prince pegi jugak eh ari tu?ktorg pun pegi jugak~ sang hidayah pun pegi jugak :)
mie: aha..ade
asliner: ade la jgk..hahaha
atiknaoshi: la yeke..klu x boley jumpa2 prince blanje makan..jimat duwet prince..haahha
Post a Comment